Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Mutabaah Amal

Dulu sebelum kawen, lepas solat jemaah ke, lepas mathurat ke, mesti akan termenung sekejap. Terfikir, nanti...dah kawen, dah tak duduk dengan akhawat, dapat lagi ke nak rasa nikmat berjemaah macam ni?
 
Nanti, kalau dah pindah rumah, duduk berdua, dah kurang dah part dapat solat berjemaah kalau kat rumah. Orang lelaki mestilah kena solat kat masjid. Kita ni...sorang. Kalau duduk sekali ngan adik beradik pun, sama je lah, adik beradik semua lelaki.
 
Tu satu part. Benda-benda lain pun takkan sama lah. Mathurat kubra berjemaah. Al-Mulk, Kahfi. RS. Hmm. Tolak-tolak jadi imamah. Mengaji sambil tunggu orang lain bersiap untuk solat. Heh. Yang mana ana sangat appreciate lah semua benda tu. Tapi paling terasa bab solatlah. Dan mathurat.
 
Cakap dengan akhawat, please, please, please sangat jaga mutabaah amal. Dan buatlah semua atas kesedaran diri, buat lillahi taala. Andai kita buat kerana orang, bila orang takde ingatkan, mati begitu sahaja amal.
 
Dan lepas dah kawen, sempatlah merasa keadaan itu. Dia pergi masjid, kita ni macam, alooo, solat sorang. Balik masjid, dia cuma tanya, "Dah solat?" Bila balik rumah akhawat, solat sesama, jadi imamah, terus senyum, "Rindunya nak solat sekali."
 
Puas nanges dah sebelum ni time solat, time cakap ngan Allah. Andainya semua merasa nikmat memenuhkan mutabaah amal fardhi. Tanpa paksaan.
 
Tau je akan sampai satu masa nanti, kita akan keluar dari zon itu. Kita takkan selama-lamanya serumah dengan sahabat-sahabat kita yang selama ni menjadi support system kita.
 
Makcik senyum sambil kata, "Dicampak menjadi pulau."
 
Moga terbina bayt dakwah yang diredhaiNya.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Bunga Kehidupan

15081436H
"Janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." [Q:20:131]

Apa hubungan antara bunga dengan kehidupan kita?

"...sebagai bunga kehidupan dunia..."

Jika diperhatikan, ketika sesuatu tanaman atau tumbuhan hendak mengeluarkan buah, proses itu dimulai dengan kemunculan bunga. Bunga itu indah sifatnya, menarik perhatian kita. Kadangkala sehingga ada yang terasa ingin memetik bunga tersebut.

Bunga mana yang bakal kau petik? *tetiba o.O

Teringat sahabat dekat Irbid cerita, budak-budak arab ni nampak bunga terus nak petik. Kesian bunga tu, katanya.

Jadi, bila dipetik, bunga tersebut tidak dapat tahan lama. Bahkan akan menjadi layu dengan lebih cepat dan akhirnya dicampak atau dibuang begitu sahaja. Daripada yang asalnya kelihatan cantik pada pohonnya, dengan segera menjadi layu apabila dipetik.

Hal ini berbeza bilamana bunga itu dibiarkan terus berada pada pohonnya untuk beberapa tempoh lagi. Akhirnya akan bertukar menjadi buah yang bukan sahaja menenangkan mata yang melihat, bahkan boleh dimanfaatkan (dimakan atau digunakan).

Tamat cerita bunga.

Melalui gambaran itu, berbalik kepada kehidupan realiti, dunia ini dilihat sangat indah dan penuh dengan pelbagai kenikmatan seperti perhiasan, harta, anak-anak, pangkat, kekuasaan dan sebagainya.

"...untuk kami uji mereka dengannya."

Allah jadikannya indah untuk menguji kita semua. Namun segala keindahan itu akan menjadi lebih indah andainya kita menunggu untuk sedikit lagi masa yakni menunggu kehidupan akhirat. Demikianlah bagaimana Allah menguji siapakah dari kalangan hambanya yang benar-benar jujur dan patuh padaNya dan siapakah hambanya yang terburu-buru mengejar kenikmatan dunia.

"Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal."

Orang yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, pasti Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik untuknya.

Dunia ibarat fatamorgana. Ia kelihatan megah tetapi hakikatnya lemah. Dalam bahasa arab, dunia bermaksud hina dan dekat. Hina kerana tiada nilai jika dibandingkan dengan akhirat. Dekat kerana dekat dengan akhirat.

Maka yang manakah yang kau pilih?
Bunga itu bakal kau petik atau kau biar?

Syair yang dibawakan oleh Imam Nawawi ini memberi makna yang mendalam,

إن لله عبادا فطنا *** طلقوا الدنيا وخافوا الفتانا
Sesungguhnya Allah memiliki beberapa hamba yang cerdik, mereka menceraikan dunia kerana khuatir bencana,

نظروا فيها فلما علموا *** أنها ليست لحي وطنا
Mereka merenungkan isi dunia, ketika mereka mengetahui bahawa dunia bukanlah tanah air orang yang hidup,

جعلوها لجة واتخذوا *** صالح الأعمال فبها سفنا
Mereka pun menjadikannya laksana samudera dan menjadikan amal soleh sebagai bahtera.

Beliau mengatakan, "Jika keberadaan dunia adalah seperti yang saya kemukakan tadi, dan status kita serta tujuan kita diciptakan aalah seperti yang saya sampaikan (untuk mengabdikan diri pada Allah), maka sudah semestinya bagi setiap mukallaf membawa dirinya ke jalan orang-orang pilihan dan mengikuti jalan-jalan orang yang memiliki akal dan fikiran."

Ini bukanlah ajakan untuk zuhud dalam kebaikan-kebaikan hidup. Tetapi ajakan untuk bangga dengan nilai-nilai dasar yang abadi, bangga dengan hubungannya kepada Allah dan redha Allah kepadanya. Jiwa jangan mudah luntur apabila berhadapan dengan kekayaan, kenikmatan yang melimpah. Hendaklah terus tetap berasa mulia daripada sekadar perhiasan yang sia-sia yang memukau pandangan.

Rujukan: Tafsir fi zilal.

*Dapat ilham lepas ziarah rumah muallimah baraah. Bahagian sutuh (atap), ruang untuk tetamu penuh dengan bunga. Cantik sangat.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Tips Genius

11061436
Bismillah.
Assalamualaikum.

[Sharing from others]
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang.

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu.

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya.

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik.

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri.

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita.

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya, walaupun mulanya saya tak berapa faham.

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar.

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini.

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran.

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya.

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan.

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah.

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran.

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Minat Manusia

16031436H
Bismillah,
Assalamualaikum W.B.T.

(Full version dari ig)
Manusia.
Makhluk yang sangat interesting.

Somebody asked me how to do DF. This is my answer.

"Berminat dengan manusia, adalah pra syarat seorang pendakwah.

Pendakwah perlu sedar bahawa tugasnya adalah untuk menterjemahkan kehendak titah Pencipta manusia untuk ditempa ke atas manusia ciptaan Dia. Pendakwah harus kenal Allah dan kenal manusia. Mesejnya mesti Rabbani, pendekatannya mesti manusiawi.

Apabila pendakwah tidak menjaga kemanusiaan manusia, dia telah melanggar sehimpun sunnatullah aturan-Nya.

Justeru untuk menyampaikan dakwah yang manusiawi, pendakwah mestilah berminat dengan manusia."
-ustaz Hasrizal-

Minat dengan manusia.

Walau banyak persoalan yang timbul.
Kenapa manusia begitu?
Kenapa manusia begini?
Walau you are totally different dengannya, cuba cari satu titik persamaan.

Bermacam manusia sudah ku temui.
Punyai pelbagai sejarah dan latar.
Dari yang aku rapat sampai yang aku tak kenal.
Kadang pernah rasa macam regret jumpa orang tu.
Istighfar.
Allah bukan saje2 puts us in that situation.

Tak pelik orang yang kita rapat berkongsi cerita. Berkongsi masalah.
Tapi banyak pengalaman2 aku bersama orang yang tak ku rapati atau kenali langsung.

Masakan orang yang tak pernah ku kenali menemanku travel beratus2 km tatkala tok meninggal.
Masakan orang yang tak ku kenali pegang tangan aku, minta dipimpin, cerita segala sejarahnya berubah.
Dan bermacam lagi yang kalau ku cerita, kadang seperti tidak masuk akal.

Kadang tertanya kenapa selalu datang manusia menceritakan masalah2 atau kisah2 mereka kepadaku?
(Dulu abah pernah kata, aku boleh kerja jadi kaunselor. *walau aku tak pandai bercakap.)

Semuanya kerana Allah. Yes, Allah.
Allah yang menggerakkan hati mereka menemuiku.
Ada hikmahnya untuk aku.
Ada yang Allah nak ajarkan.
Aku cuba melihat dari perspektif yang berbeza.
Don't get me wrong.
Salah tetap aku marah.
Dakwah itu seni.
Daie harus kreatif.
Bagi aku, dakwah bil hal paling berkesan.

The most important thing, kau jaga hubungan dengan Allah.
Kerana akhirnya, yang memegang hati manusia itu Allah.
Dan kita mahu membawa kepada Allah.
Hakikatnya, aku masih jauh ketinggalan.
Moga Allah pandu aku.
Tsabat atas jalanNya.

Mungkin sebab tu ig aku banyak gambar manusia. Minat dengan manusia. Mungkin aku yang pendiam ini membuatkan people tends to forget me. Takpe, yang penting aku tak lupa.

Ps. Aku jarang bercakap. Tapi suka berfikir, menulis dan bercerita. Cerita yang bukan penuh dengan khayalan tetapi realiti. Rasa nak terbitkan buku. Haha. Will try to post something on blog regularly asap. Draf banyak terkumpul sudah.



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Manusia

12031436H
Bismillah,
Assalamualaikum W.B.T.

Manusia,
Kelemahan aku.

Dari dulu tak suka jadi perhatian, jadi tumpuan.
Kerana aku, mama tak dapat ke masjid lagi.
Bimbang aku yang asyik menangis di masjid,
bimbang aku terlihat something that cannot be seen by naked eyes.
Sebenarnya aku takut bila makcik-makcik menoleh ke arahku.

I don't talk much.
Even with my own parents.
I only talked to my big brother.
Dari dulu sampai sekarang,
nak masuk mana-mana ajak dia teman.
Nak masuk tadika, sekolah, my previous university,
even UJ. tapi UJ, hantar sampai tangga je. sebab tangga perempuan.

Kerana manusia, aku difitnah,
dengan kisah-kisah rekaan dari mulut ke mulut.
Kerana manusia, aku dikecewakan,
dengan janji-janji palsu.
Kerana manusia, aku dikhianati,
di sebalik persahabatan yang palsu.
Indeed, people do change.
(Berjaya jua habiskan diploma yang perit. Dalam derita ada bahagia.)

Menyendiri kadangkala lebih bahagia.

Namun...
Kerana manusia juga, aku menjadi aku.

Kerana manusia, aku mendapat tarbiyah.
Kerana manusia, aku mendapat ilmu.
Kerana manusia, aku masih bersama keluargaku.
Kerana manusia, aku masih dapat bertahan.
Kerana manusia, aku masih mampu hidup.
Kerana manusia, aku tersenyum melupakan derita.
Kerana manusia, aku gagah melangkah.
Kerana manusia, mewarnai hidupku.
Kerana manusia, aku mendapat ISLAM.
Kerana manusia-manusia itu kiriman Allah.

Bukanlah bermaksud manusia adalah segala-galanya.
Bukanlah manusia itu tuhan.
Pastinya semua kerana ALLAH dan manusia hanya wasilahNya.

Makhluk yang paling hebat itu,
manusia.
Seburuk-buruk makhluk juga,
manusia.
Yang membezakan mereka adalah TAQWA.

Kalau kau 'nampak' ALLAH,
Kau akan jaga semuanya.
Jaga hubungan dengan Allah,
Jaga hubungan sesama manusia.
Hablun minallah, hablun minannas.

Allah kekuatan aku.
Manusia juga,
kekuatan aku.

Aku tak benci manusia.
Aku suka perhati manusia.


Macam yang ustaz Hasrizal kata kan:
BERMINAT DENGAN MANUSIA

Saya suka menelaah kelakuan manusia, mengkaji kecenderungan yang mencorakkan kehidupan manusia malah meyakini bahawa warna-warna alam sekitar hari ini adalah terjemahan kepada kemanusiaan manusia.

Berminat dengan manusia, adalah pra syarat seorang pendakwah.

Pendakwah perlu sedar bahawa tugasnya adalah untuk menterjemahkan kehendak titah Pencipta manusia untuk ditempa ke atas manusia ciptaan Dia. Pendakwah harus kenal Allah dan kenal manusia. Mesejnya mesti Rabbani, pendekatannya mesti manusiawi.

Apabila pendakwah tidak menjaga kemanusiaan manusia, dia telah melanggar sehimpun sunnatullah aturan-Nya.

Justeru untuk menyampaikan dakwah yang manusiawi, pendakwah mestilah berminat dengan manusia.




Rabbuna yusahhil.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: 2015
Design by a.a.ghariib