Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

"Then, you should do more dakwah."

Bismillah,
Assalamualaikum W.B.T.
 
Baru teringat ada mak sedara, orang thailand. Tapi rasa macam tak pernah cakap dengan dia. Takleh cakap melayu. Jumpa pun jarang-jarang. Senyum je mampu.
 
Ada kawan dengan lecturer fakulti bahasa, orang vietnam. Reverted. Time petang-petang ke, waktu free ke, mesti menyibuk lepak kat bilik lecturer fakulti pengajian kontemporari islam. Sebab dia pun selalu lepak kat situ. Buka puasa sama-sama ke.
 
Dari situ ana belajar macam mana ustazah syarifah hamadiah (zaujah ustaz zawawi a...li) ngan kak lateefah (orang pattani. suka hati je panggil kak. padahal beberapa sem lepas tu dia jadi lecturer budak-budak usuluddin) DF kak mai (nama islam dia maisarah).
 
Mujurnya kak mai boleh cakap melayu sikit-sikit. Tapi lebih banyak speaking english lah dengan dia.
Kadang-kadang soalan-soalannya membuat kita lebih giat untuk berfikir tentang cara jawab apakah yang terbaik.
 
Kadang-kadang membuat kita pun lebih banyak mencari. Apalah sangat yang ada pada diri ana ketika itu, sem 1, tahun 1. Walaupun dari sekolah ditarbiyah dengan subjek-subjek diniyyah.
 
Kadang-kadang kita yang born as a muslim, dibesarkan dalam suasana Islam, menjadi sentap dengan soalan-soalannya.
 
 
Yang sampai sekarang ana ingat, antaranya,

 "Kenapa ada muslim yang pakai tudung kecik, pakai tudung jarang, macam-macam gaya?"

 Sorang ustazah tu jawab, "Bukan semua orang pious. Warak. Ikut agama betul-betul."

 Kak mai kata, "Then, you should do more dakwah."
T_T
 
 
Sekarang dah lost contact. Huuu. Kalau ada program best-best selalu ajak sama-sama join. Sempatlah pergi majlis kawen dia. Kawen dengan orang Terengganu.
 
I wonder, macam mana abang Fan ajar paksu dulu eh. Australian. Abang Fan pernah mengajar sorang or dua orang reverted, pastu paksu nak join.
 
*Dari sem 1, antara tempat rehat ana di bilik-bilik pensyarah. Sebab tu sampai habis diploma geng baik je dengan pensyarah. Lagi-lagi bila jadi penolong course sebatch (gabung 2 kelas). Sampai dah duduk Jordan pun, lecturers yang wasap or pm kita. Huuu. Bila tau ana dah kawen, ada yang terkejut. Ada juga yang terkilan sebab lecturer tu dah carikan calon untuk ana. Macam what?! Haha. Tak pernah tau pun.
 
Best sebenarnya berkawan dengan berbilang bangsa. Lagi-lagi dengan non-muslim atau reverted. Dapat tau banyak benda baru. Dan kita akan lebih terbuka. Tapi kadang-kadang kecut perut jugaklah, saspen kalau diorang nak tanya soalan.
 
That's why kena banyak membaca dan tuntut ilmu dengan sebenar-benar niat.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: "Then, you should do more dakwah."
Design by a.a.ghariib