Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Jom Murajaah!

26011439H
Bismillah,
Assalamualaikum W.B.T.

Tetiba dapat mesej dari adik tu,
"Ana tinggal 4 m/s lagi nak habis hafazan. Alhamdulillah doakan 😁"
"Yeke? Sekolah ada buat apa2 ke? I mean macam haflah ke...test ke...?"

"Takdelaaa. Sekarang ni ust khair yang jadi pentasmi'. Lepas habis hafazan nak murajaah balik. Sekarang ni dah nak dekat spm jadi semua orang focus on spm je."
"Ooo i see."

"Akak murajaah quraan cane haa?"
"👍👍👍 Nanti ana tunjuk yang ana tengah buat sekarang."

Dari dulu, masa jadi guru tasmi' diorang, doa adik ni habis sebelum keluar sekolah. Tak faham jugak macam mana adik ni boleh nak attach dengan kita, padahal bukan bagi kasih sayang yang cukup pun. Padahal dalam kelas tu garang pun 🤔

Doakan dia. Kiranya dia akan jadi batch 1st kelas tahfiz dan orang 1st yang habiskan hafazan di Al-Amin Kemaman.

* * * * *

Malu rasa nak jawab bab murajaah ni. Macam tak pernah betul-betul konsisten. Bagi ana yang terbaik, kena cari guru untuk murajaah.

Dulu konon target nak habiskan murajaah before kawen. Sebab dulu suami kata paling awal kawen mungkin bulan 6 tahun ni. Rupanya Allah tetapkan kawen lagi awal. Lepas tu target nak habis before sem 1. Pun tak berapa nak jalan. Murajaah je tapi rasa tak cantik susunan jadual.

Sekarang target habis sem ni paling-paling minimum boleh habis half Quran. Kalau boleh nak habis completely sem ni. Before ada baby 🙊 Jadi...try buat jadual macam ni untuk motivate diri. Psyco diri sendiri.

Ada 3 jenis jadual yang dibuat.
1st, ada 5 helai jadual murajaah by maqra'. Start murajaah dari juz 11. Sambil-sambil juga dengan juz belakang-belakang. Bila habis, tulis tarikh tasmi'.

2nd, jadual murajaah by surah. Acah-acah nampak banyak yang tertick. Supaya terus bersemangat. Doakan.

3rd, jadual tilawah by juz. 1 hari patutnya kena habis 1 juz. Itu pun kira yang paling malas lah patutnya (lupa syeikh mana yang sebut haritu). Lagi-lagi kalau pelajar syariah.

Lepas tu tampal lah kat mana yang biasa kita akan tengok.

Tebalkan je muka mintak suami printkan. "Qowiynya~ MasyaAllah ukhti." 👊

Doakan dia. Doakan ana. Doakan kami.


[Gambar; sebelah kiri contoh by maqra'. Sebelah kanan contoh jadual by surah.]


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

1 Comments
Comments

1 responses:

  1. salam akak, nak jugak murajaah sekali, boleh jadi mentor ana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Jom Murajaah!
Design by a.a.ghariib