Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

PerNas 2008

Pada 16 Disember hingga 19 Disember 2008, satu program yang dinamakan "Perkhemahan Nasional" telah diadakan di Pusat Latihan Unit Beruniform, Kem Rimba Ilmu, Kg. Terusan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Antara objektif program ini diadakan ialah:
  • Merapatkan ukhuwah antara anggota.
  • Memberi peluang menambah point dalam markah kokurikulum.
  • Pertandingan kemahiran, dalam 2 bentuk iaitu bentuk antara sekolah dan antara kumpulan campuran sekolah.
  • Mengadakan lawatan sambil belajar dan ziarah.
  • Pengisian kebudayaan dan IT.
  • Mengadakan khidmat masyarakat.
14 & 15 Dis stay di hostel. Kami berlatih untuk pertandingan BaSeD, kebudayaan & syarahan BI & BA. Kami manfaatkan masa sepenuhnya. Setiap petang, Kak Mardhatillah akan datang ke sekolah untuk mengajar abg ana & Kak Humaira' 'speech' tentang kemanusiaan. Manakala peserta syarahan BA iaitu Izzat Anuar & Kak Liyana Athirah telah diberi teks tentang kemanusiaan oleh mlmh Hayati. Manakala untuk reka cipta perlu disiapkan di sekolah dengan menggunakan barang kitar semula. Ana masuk pertandingan BaSeD & kem kraf sebab ana suka BaSeD & ikatan. Kami kumpulkan kayu-kayu dari sekolah untuk digunakan bagi menghasilkan gajet di sana nanti. Ana & Kak Humaira' pergi ke kedai pada waktu petang. Mula-mula nak beli tembikai, tapi tak jadi sebab mahal. Jadi, kami beli jambu batu je.

Mlm 15 tu bertolak ke Juaseh, Negeri Sembilan. Bas pukul 12 tengah malam. Sementara tunggu bas, kami berlatih sama-sama. Marsha pun datang, ziarah kami.Guru yang pergi mlmh Ainon, mlmh Roshayati & Mlm Azman.

Kami sampai pukul 7 pagi. Kendiri. Antara sekolah yang hadir ialah SMI Al-Amin Kemaman, SMI Hidayah JB, SMI Hira' Jeram, SM Al-Irsyad Kuantan. SMI Al-Hidayah Ipoh hantar wakil banin je.

Hari pertama, uruskan kontijen je. Tuan-tuan kat situ cakap, khemah kita macam khemah minangkabau. Semua orang tengok. Malu je.. Malam tu ada ceramah dari seorang ustaz yang pandai cakap 7 bahasa.

Hari ke-2, start bertanding. Ada pertandingan ikhtiar hidup (masak nasi dalam buluh), reka cipta, speech, syarahan BA (kemanusiaan), BaSeD [Basic Self Defend] & Kebudayaan (Lagu patriotik rekaan sendiri & teater). Petang tu kita ziarah khemah-khemah sekolah lain. Pengadil untuk pertandingan kebudayaan tu cakap sekolah kita cute2. Suara harmoni. Then, kita ziarah SMI Hidayah JB sebab tak sempat masa petang tadi. Meriah sangat. Bertaaruf.. Cerita pasal sekolah masing-masing.

Hari ke-3, masa pagi, banat kena rentas halangan. Dia bahagi kumpulan...campur sekolah. Petang, ada Khidmas [Khidmat Masyarakat]. Yang ni pun kumpulan campur sekolah. Kena tolong warga emas. Ana dapat rumah atuk tu umur 86 thn. dia tinggal dgn anak, cucu & cicit dia. Ana pergi dengan mlmh Ainon. Malam tu ada pertandingan kem kraf. Komandan-komandan datang ke khemah kita untuk menilai gajet-gajet yang kita buat. Kita buat pintu gerbang, rak dapur, rak kasut, ampaian, perangkap.

Hari terakhir..
Keputusan pertandingan untuk banin,
  1. Ikhtiar hidup:2
  2. Reka cipta:3
  3. Speech:1(Abg ana)
  4. Syarahan BA:2(Izzat Anuar)
  5. BaSeD:3
  6. Kebudayaan:2
  7. Kem kraf:2
  8. Pangkalan terbaik:2
  9. Secara keseluruhan banin Naib Juara.

Keputusan pertandingan untuk banat,


  1. Ikhtiar hidup:1
  2. Reka cipta:4
  3. Speech:2(Kak Humaira')
  4. Syarahan BA:2(Kak Liyana Athirah)
  5. BaSeD:2
  6. Kebudayaan:1
  7. Kem kraf:1
  8. Pangkalan terbaik:1
  9. Secara keseluruhan banat Juara.

Bertolak balik dari sana kul 2 petang. Sampai sini kul 7 malam.

Best.... Dapat ramai kawan dari sekolah lain.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: PerNas 2008
Design by a.a.ghariib