Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Donat

05061433H
Assalamualaikum W.B.T.

Tiba-tiba post cara nak buat donat. Apa kes? Melepaskan rindu di Kg. Tebun.
Senang sahaja caranya. Orang kampung pun suka donat ni. Bak kata indai Hashim, lembut aja donatnya. Nyamai, apatah lagi diletakkan coklat sebagai toppingnya. Donat yang dibuat untuk kali kedua, tak sempat nak ambil gambarnya. Yang itu lebih menarik hiasannya ;)

Sila abaikan 'persembahan' yang tidak menarik ini. Ini yang belum dihidang.

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 bungkus yis
1/2 cawan susu pekat
Sedikit air dan garam

Cara-caranya:
  1. Gaul minyak, tepung dan susu pekat.
  2. Serbuk yis direndam sedikit dengan air dan gaul bersama adunan tadi.
  3. Masukkan sedikit garam dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Tinggalkan 10-15 minit.
  5. Terap dan tunggu sehingga kembang.
  6. Bentukkan dan goreng.


Cara-caranya membuat topping coklat:

  1. Panaskan serbuk koko, sedikit air dan susu pekat.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Resepi Kek Keju

10031432H
(Base)
Biskut hancur+ Butter
*keraskan dalam peti

(Atas)
Blend 250gm feta cheese
500ml susu
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung jagung
1 cawan gula
3 biji telur
1/2 biji limau nipis
*tuang dan bakar

Credit: Kak Humaira'


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Puding Karamel

Sudah lama rasanya tak memasak kuih atau puding. Dan sudah lama juga tak mencuba masakan baru (resepi baru). Agak sibuk tahun ini. Baru-baru ni, nak berbuka puasa, tanya Ibrahim, nak puding karamel ke, nak puding koktel? Ini, kali kedua ana buat puding karamel. Tapi resepinya berbeza dari yang pertama. Caranya mudah sekali.

Bahan-bahannya:
  1. 175 g susu sejat
  2. 80 g gula kastor
  3. 3 biji telur
  4. 1 sudu teh esen vanila
  5. 1 sudu teh tepung jagung
  6. sedikit parutan kulit limau dan jusnya
Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga sebati.
  2. Tuang ke dalam loyang, tutupkan bahagian atas loyang itu dengan foil aluminium dan kukus selama 20 hingga 40 minit.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-11-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kek Coklat

Bahan-bahan:

1 1/3 cawan gula perang
1/3 cawan susu
6 sudu meja serbuk koko
1/2 cawan + 1 sudu meja mentega
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
1 1/3 cawan tepung
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan susu

Cara membuatnya:
  1. Panaskan 2/3 cawan gula perang, 1/3 cawan susu dan serbuk koko dan kacau sehingga sebati. Tutup api.
  2. Pukul mentega bersama baki 2/3 cawan gula perang. Masukkan bancuhan koko tadi dan pukul sehingga sebati. tambahkan telur dan esen vanila. Kacau.
  3. Dalam bekas yang lain, ayak tepung dan masukkan serbuk penaik dan garam.
  4. Masukkan ia ke dalam bekas bancuhan koko dan akhir sekali, tambahkan 1/4 cawan susu.
  5. Tuang ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven di bawah suhu 375o F atau 180oC selama 18 hingga 20 minit.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pai Epal

Pastri:
2 cawan tepung serbaguna
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan mentega
1 biji telur
4 hingga 5 sudu besar susu segar

Inti:
8 cawan epal hijau-dibuang kulit dan dihiris/dipotong kiub
2 cawan air
2 cawan gula
2 batang kayu manis

Cara membuatnya:
  1. Pastri; campur semua bahan. Uli hingga sekata. Balut dan sejukkan doh tersebut selama 30 minit.
  2. Inti; campurkan semua bahan dan reneh bahan-bahan tersebut selama 15 minit sehingga ia menjadi pekat.
  3. Canai setengah bahagian doh ke dalam bekas pai dan isikan intinya. tutup permukaannya. Cucuk permukaan pai dengan garfu dan sapukan sedikit susu di atasnya. bakar selama 30 hingga 50 minit dalam ketuhar bersuhu 180oC sehingga keemasan.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pai Epal Spicy (Resepi Mardhiyyah)

Bahan Kulit Pai:
360 g tepung serbaguna
110 g mentega
110 g marjerin
7 sudu besar air dingin
2 sudu kecil gula kastor
Garam secukup rasa
Serbuk kayu manis secukup rasa
Serbuk pala secukup rasa

Bahan Inti Pai:
100 g gula kastor
60 g gula perang
30 g tepung serbaguna
6 biji epal hijau-dibuang kulit dan dipotong kiub
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil gula kastor
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk pala

Cara membuatnya:
  1. Untuk inti pai; campurkan semua bahan dan kaup balikkan supaya rata. Ketepikan.
  2. Untuk kulit pai; campur semua bahan kecuali air dingin. Uli hingga sekata.
  3. Tuang air dingin dan jadikan doh lembut. Canai setengah bahagian doh ke dalam bekas pai dan isikan intinya. tutup permukaannya.
  4. Cucuk permukaan pai dengan garfu dan sapukan sedikit susu di atasnya. bakar selama 30 hingga 50 minit dalam ketuhar bersuhu 180oC sehingga keemasan.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Resepi
Design by a.a.ghariib