Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Menjawab Pertuduhan Terhadap Khalifah Uthman

Antara tuduhan terhadap Uthman r.a.:

1-Memberi kuasa kepada kerabatnya.
Jawapan: Ijtihad.

Mereka yang merupakan kerabat beliau adalah;
1.Mu'āwiyah
2.'Abdullah bin Sa'ad bin Abī asSarh
3.AlWalīd bin 'Uqbah
4.Sa'īd bin al'Āsh
5.'Abdullah bin 'Āmir


Mereka berlima ini diberi jawatan oleh Uthman. Namun, jika dilihat pada baki jawatan yang lain, nisbah kerabatnya sendiri lebih sedikit berbanding yang bukan dari kerabatnya.

Nabi juga telah memberi tugasan kepada bani umayyah lebih banyak berbanding yang lainnya. Dan jumlah mereka itu (zaman nabi) sama seperti jumlah mereka yang diberi kuasa oleh Uthman iaitu 5 orang.

Dikatakan lagi, mereka berlima itu bukanlah diberi jawatan pada waktu yang sama. Bukan serentak. Dan mereka berlima ada keistimewaan masing-masing dari sudut sumbangan dalam Islam.



2-Mengusir Abu Dzar je Rabadzah.
Jawapan: Perkara bohong.

Riwayat di sisi atTobari dan selainnya, dari riwayat Saif bin Umar:
"Bahawa berlaku perbezaan kata antara Mu'awiyah dan Abu Dzar. Kemudian dia mengutuskan kepada Uthman bahawa Abu Dzar telah merosakkan manusia. Maka Uthman berkata: Utuskan dia kepadaku. Mu'awiyah mengutuskannya kepada Uthman. Uthman memberi peringatan kepada Abu Dzar dan mengusirnya ke Rabadzah."


Sedangkan terdapat riwayat dari sohih Bukhari berkenaan hal ini. Pada masa kekhalifahan Uthman, dia menegur dengan para gabernornya, dia pergi menemui Mu'awiyah di Syam dan membacakan di depan khalayak firman Allah, "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka berikanlah kabar gembira kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) azab yang pedih." [Q:9:34]

Menurutnya semua orang harus menginfakkan seluruh harta yang dimilikinya, jika tidak mereka akan terkena ancaman yang terdapat dalam ayat tersebut.

Majoriti shahabat menolak pendapat Abu Dzar ini. Mereka berkata, "Harta yang telah dikeluarkan zakatnya tidak termasuk harta yang ditimbun meskipun disimpan di bawah tujuh lapis tanah. Sebaliknya harta yang tidak ditunaikan zakatnya merupakan harta yang ditimbun meskipun diletakkan di permukaan tanah. Inilah yang benar."

Tidak ada yang sanggup melaksanakan Abu Dzar tersebut kecuali segelintir orang.

Uthman tidak pernah mengusir Abu Dzar ke Rabadzah dan tidak pernah mengutuskan Abu Dzar melalui Mu'awiyah dari Syam ke Madinah.

Ketika Abu Dzar hendak keluar ke Rabadzah, dia teringat akan pesan nabi padanya, "Jika bangunan telah mencapai Sala', maka keluarlah dari sana."

Bahkan dia ke sana adalah atas perintah nabi. Diriwayatkan bahawa nabi bersabda: "Allah merahmati Aba Dzar. Dia berjalan seorang, dia mati berseorangan dan dia dibangkitkan pada hari qiamat berseorangan."

Maka Abu Dzar meminta izin kepada amirul mukminin untuk pergi meninggalkan Madinah.



3-Memberi seperlima dari Afrika kepada Marwan bin Hakam.
Jawapan: Perkara bohong.

Tidak tsabit Uthman berbuat sedemikian.

Btw, even jika Uthman bagi pun, hanya boleh beri 1/5 dari 1/5. Kerana harta rampasan perang (ghanimah), 4/5 untuk mujahidin. 1/5 untuk Allah, rasul, kerabat, anak yatim, orang miskin, dan ibn sabil.

Tapi...even kalau baca sejarah pembukaan Afrika pun, Uthman hanya menjanjikan 1/5 dari 1/5 bahagian ghanimah untuk Abdullah bin Sarh jika dia berjaya membuka Afrika.



4-Membakar Al-Quran
Jawapan: Pembaikan.

Huzaifah bin al-Yaman bertemu Uthman dan mengkhabarkan perbezaan al-Quran yang ada. Perbezaan yang sangat besar sehingga dia bimbang mereka menjadi kufur dengan al-Quran. Maka dia meminta Uthman agar mengumpulkan manusia atas bacaan yang satu dan mengumpulkan al-Quran buat kali kedua.

Uthman memerintahkan supaya dibuat pengumpulan semula al-Quran buat kali yang kedua dan membakar semua al-Quran yang berbeza dari yang sepatutnya.

Mushaf yang dibakar Uthman adalah mushaf yang terkandung dalamnya ayat yang dimansukhkan tilawahnya. Ada juga yang tidak disusun mengikut urutan surah sebagaimana yang disampaikan oleh jibril kepada nabi. Terdapat juga al-Quran yang tertulis tafsir sebahagian sahabat.

Oleh itu, Uthman memerintahkan supaya dibakar mushaf-mushaf, menulis satu mushaf dan di dalamnya terdapat qiraat-qiraat.

Ibnu al-'Arabi berkata: Itu kebaikannya yang agung, sumbangannya yang besar. Sesungguhnya dia menghapuskan khilaf dan Allah memelihara al-Quran melalui tangannya.



5-Memukul Ibn Mas'ūd sehingga terobek ususnya, dan memukul 'Amār bin Yāsīr sehingga patah tulang rusuknya.
Jawapan: Perkara bohong.

Ini semua adalah suatu pembohongan buat Uthman. Jika terobek usus Ibn Mas'ūd, dia dah lama mati. Uthman tidak pernah melakukan kedua-dua ini.



6-Menambah kawasan pemeliharaan/perlindungan (hima)
Jawapan: Ijtihad.

Nabi pernah bersabda, "Tidak ada tanah lindungan kecuali milik Allah dan RasulNya." Rasulullah menetapkan tanah lindungan pada Naqi', tanah luas yang ditumbuhi rumput hijau.

*Hima: lingkungan kawasan yang tidak dimasuki seseorang.

Kemudian pada masa Umar, tanah yang dilindungi adalah untuk unta sedekah. Beliau meletakkannya di tanah khas, tidak menternak padanya kecuali unta sedekah. Sehingga ia menggemuk dan manusia mendapat faedah darinya.

Ketika Uthman menjadi khalifah, harta sedekah semakin banyak, maka beliau memperluaskan kawasan tanah yang dilindungi.

Uthman berkata: Sesungguhnya Umar menjaga tanah yang dilindungi sebelumku, untuk unta yang disedekah. Maka apabila aku diberi kuasa, unta sedekah semakin bertambah, maka aku pun menambah (memperluas) kawasan lindungan.

Bahkan perbuatan ini bermula dari nabi. Dan semakin bertambah selepas setiap pertukaran khalifah.

Dengan demikian, penentangan terhadap Uthman dalam hal ini sama saja menentang Rasulullah, sebab bagindalah yang memulakan tanah lindung.

Lalu tuduhan apakah ini?



7-Menyempurnakan solat (4 rakaat) ketika bermusafir
Jawapan: Ijtihad.

Rasulullah, Abu Bakar, Umar menqasarkan solat apabila bermusafir. Uthman pada awal pemerintahannya beliau solat dua rakaat ketika bermusafir. Kemudian beliau menyempurnakan solatnya (4 rakaat) ketika musafir.

Pertamanya, ini adalah masalah feqh yang terbuka kepada ijtihad. Adakah dengan sebab ini darah Uthman menjadi halal? Siapakah yang lebih maksum dari Rasulullah?

Dalam masalah khilaf antara ahli ilmu, kebanyakan mereka berpendapat bahawa menqasarkan solat adalah sunat mustahabbah. Jika Uthman melakukan seperti yang dikatakan, beliau hanya meninggalkan mustahab sahaja. Dan melakukan yang harus. Atau meninggalkan rukhsah dan membuat 'azimah.

Kenapa Uthman menyempurnakannya? Dikatakan kerana:
1.Beliau berkahwin di mekah dan menganggap mekah sebagai negerinya. Kerana itu beliau menyempurnakan solat ketika di mekah.


2.Uthman takut mendatangkan fitnah kepada orang arab. Iaitu apabila mereka pulang ke negeri mereka, mereka akan menqasarkan solat. Maka beliau menyempurnakan solat untuk menjelaskan kepada mereka bahawa asal solat adalah 4 rakaat.

Daripada Abi Abdullah bin Ja'far: Bahawasanya menyempurnakan solat di haramain adalah lebih baik.



8-Tidak menghadiri perang badar
Jawapan: Pembaikan.

Kerana ketika itu beliau menjaga anak rasulullah, ruqayah yang sedang sakit. Dan kemudian meninggal dunia.

Nabi bersabda: Sesungguhnya bagi kamu pahala seorang lelaki yang menyaksikan perang badar.



9-Lari dari hari uhud
Jawapan: Kesalahan yang tidak diketahui dan telah diampunkan.

Allah telah mengampunkan kesalahan ini baginya. Rujuk surah ali imran ayat 155.



10-Hilang ketika baiah ridhwan
Jawapan: Pembaikan.

Seandainya ada orang yang lebih mulia dari Uthman di sisi ahli mekah, nescaya nabi dah gantikan perutusannya dengan orang lain.

Nabi menghantar Uthman ke mekah untuk memberitahu kedatangan orang islam adalah untuk mengerjakan umrah. Baiah ridhwan berlaku selepas pemergian Uthman ke mekah atas perintah baginda.



11-Menambah azan kedua pada solat jumaat
Jawapan: Ijtihad.

Nabi telah bersabda: Hendaklah kamu berpegang pada sunnahku, dan sunnah khulafa' arrasyidin sesudahku.

Penambahan ini adalah dari sunnah khulafa' arrasyidin. Uthman melihat kepada maslahat menambah azan supaya manusia aware sudah hampir waktu solat jumaat. Ini kerana kawasan di madinah semakin besar.

Maka beliau berijtihad untuk keadaan ini dan dipersetujui oleh semua sahabat. Bahkan amalan ini berterusan dari zaman ke zaman dan tiada siapa menentangnya.

Ia mempunyai asal dalam syarak iaitu azan ketika waktu solat subuh. Maka Uthman mengqiyaskan azan jumaat dengan azan subuh.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Menjawab Pertuduhan Terhadap Khalifah Uthman
Design by a.a.ghariib