Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.
Showing posts with label Bulatan Gembira. Show all posts
Showing posts with label Bulatan Gembira. Show all posts

Kotakan Janji Itu

03071433H
Assalamualaikum W.B.T.

Semakin hari, seorang demi seorang melangkah masuk ke medan itu. Medan yang lebih mencabar. Dengan bertebarannya kita, moga Islam juga dapat disebarkan. Masa untuk mengotakan janji untuk berjihad di jalanNya.

Semalam Wafaa' masuk USIM. Hari ni Mardhiyyah masuk IKIP. Kami yang lain? Kira-kira seminggu lagi. Tak lama dah. Dayana dan Fatini pun dah masuk.

Orang yang beriman itu bila dia pergi ke mana-mana, dia tak bawa hati dia sorang-sorang. Tapi dia juga bawa hati sahabat-sahabatnya yang lain dan sentiasa meletakkan pergantungannya kepada Allah.

Semalam juga merupakan usrah kami yang terakhir sebelum melangkah masuk ke medan itu. Kalau ikutkan hati kami, kami merayu-rayu meminta untuk adakah usrah kali terakhir minggu depan. Tapi setelah dipujuk, kami akur. Naqibah kami kata, "Muallimah pun tak tahu lagi jadual muallimah cuti ni."

Rasa macam sunyi je usrah semalam. 5 orang sahaja, akhirnya kembali kepada jumlah yang asal seperti awal tahun hari tu. Banyak pesanan yang diberikan oleh naqibah kami. Tidak lupa juga kisahnya saat beliau mendapat Islam yang sebenar dan kisah di U. Walaupun sudah pernah dengar sebelum ini, bila diceritakan semula pada saat kami akan ke medan itu, kisah tersebut menjadi cukup terkesan pada kami.

"Sentiasalah kita berdoa kepada Allah agar diri kita tidak jemu dengan DnT. Kalau kita tak sibukkan diri kita dengan DnT, nanti Allah sibukkan kita dengan perkara-perkara lagho."

Nasib baik kakak-kakak yang tak dapat hadir malam ni dah beri pesanan awal-awal pada minggu lepas. Syukran kak Maya n kak Muazzamah.


Lepas habis pembentangan segala bagai, kami berkongsi cerita tentang beberapa perkara. *Teringat pasal medical check up hari tu Selesai, diorang semua ke dapur untuk mencuci pinggan dan cawan. Tinggallah aku seorang di ruang tamu bersama naqibahku.

Mulut terasa ringan nak tanya pelbagai soalan. Sebab terlalu ringan sampai ayat pun jadi macam kelakar.
"Muallimah, 'dekat sana' ada 'orang' tak?"
"Apa pulak takde. Mestilah ada, beribu." *Ayat mengenakan aku
"Hee~ Maksud ana....bla...bla.."

Rasa macam banyak juga berbincang/bercerita dengan naqibahku semalam.

Bulan Jun ni senior-senior nak balik ke sini. Abang ana kot yang paling awal balik ke sini. Robiatul kata, "Bila kita dah tak ada, diorang pulak balik. Takpe, biar diorang 'jaga' sekolah."



Sebelum dapat result upu, kakak-kakak di Jordan bertanya kepadaku. Adik di sana pun turut bertanya, "Salam kak keifik? Dah plan nak apply mana? Jadi tak nak datang jordan?"

Jawapanku, setelah tahu result upu,
"InsyaAllah, tapi bukan tahun ni, masuk [U 'dekat situ' dulu] selama [tempoh pengajian]. Doakan ana."
"Wahhh mashaAllah! InshaAllah. Alhamdulillah, mubarak ukhti kira nanti lepas diploma datang sini la kan? Hee~tak sabar nak jumpa enti lagi :')"
"InsyaAllah, jika diizinkanNya."
"InshaAllah."

Hebat tak penangan ukhuwwah, padahal baru jumpa sekali waktu dia balik Malaysia. Itu pun masa dia masih belajar di Mesir. Muda daripadaku, kakak sahabat adik lelakiku.

Ada seorang lagi macam ni, (sebelum dapat upu)
"Nak sambung mana lepas ni? Meh la datang jordan, ana sekarang kat Jordan, bidang ekonomi islam."
"[Beritahu perancangan] Ramai ajak pergi sana."
"Hurmm.. InsyaAllah [U] pun ok je. Tapi nipis kan kemungkinan tak dapat [U] tu. Hehe.. Sebab ana yakin nti akan mudah je nak dapat mana2. Yang penting mana2 ipt pun kita pergi kita berfungsi sebagai benih yang menjadi pulau, dan ambil kira faktor kelangsungan tarbiyyah dalam pemilihan ipt. Saja berkongsi, tapi ana yakin nti lebih arif dalam hal ni. Apapun, kalau nak datang Jordan boleh lah beritahu ana. Ana boleh bantu apa2 yang termampu. Ada satu blog akhawat Jordan buat untuk bagi pencerahan sedikit sebanyak tentang study dan tarbiyyah kat jordan : dhiyaulkahfi.wordpress.com. Jemputlah masuk."


Kakak di Mesir juga bertanyakan perkara yang sama. Namun jawapanku membuatkannya kecewa? 'merajuk' *uhuk

"Enty, kalau tak dapat kat m'sia nak sambung mana? Huhu, jahat tak ana?"
"Jordan."
"Huuu.. Kenapa? Tak nak kawan."
"Ala."
"Kita doakan awak dapat kat m'sia lah kalau macam ni!"
...
"Sekejap lagi nak ke sekolah, ada nak suruh ana sampaikan apa2 kat depa (group usrah ana/batch ana)?"
"Sampaikan salam. Doakan yang terbaik untuk ana. Jzkk sgt2. Tolong doakan sangat2 ye. Desperate. Akak kebulur doa antunna."


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Matematik

30061433H
Assalamualaikum W.B.T.

InsyaAllah, ini dia tazkirah yang dikongsikan oleh ukhti Marsha selaku guru matematik moden dan add math ketika bulatan gembira kami. Baca post yang lalu.
*Rasa nak menulis ni lagi payah daripada menerangkan dengan tutur kata
* Ada unsur tokok tambah

Sekiranya kita meneliti nama-nama Allah, ada dua namaNya yang membawa makna Maha Penghitung. Iaitu? Al-Hasib dan Al-Muhsi.

Kerja Tersusun
Pertama sekali, kita perlu ada asas sebelum menjawab soalan matematik. FORMAT itu penting untuk menyelesaikan sesuatu soalan. Kena selesaikan satu persatu, mana boleh terus tulis jawapan.

Agak-agaknya kenapa Allah ciptakan malaikat? Sedangkan Allah boleh buat semua benda yang malaikat buat. Begitu juga penciptaan langit dan bumi, Allah cipta sampai berhari-hari. Walhal kalau Allah kata jadi, maka jadilah sesuatu itu.

Ini juga merupakan tarbiyyah daripada Allah. Allah nak ajar kita agar buat kerja dengan tersusun dan sistematik. Sebab itu kalau nak buat apa-apa program atau dalam sesuatu persatuan atau pertubuhan adanya organisasi.

Rujuk semula 10 Muwassofat Tarbiyyah. Susun jadual hidup, mempunyai wawasan sama ada untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." [Q:59:18]


Berhati-hati
Soalan matematik kadang-kadang ada muslihatnya. Diputar belitkan soalannya yang mampu menyebabkan membuat si penjawab keliru atau cuai.

Contohnya soalan 2(x+3)2. Kena expand dulu. Mungkin ada yang akan terus selesaikan square menjadi 2(x2+9). Inilah kesan tidak berhati-hati.

InsyaAllah, bila kita berhati-hati ketika hendak menyelesaikan soalan, segala kilah yang dikemukakan mampu kita tepis.


Penyebut/ Denominator
Apa perkara pertama yang akan kita buat kalau jumpa soalan pecahan yang mempunyai penyebut yang berlainan?

Mestilah kita akan samakannya terlebih dahulu. Barulah kita selesaikan mengikut kehendak soalan. Di sini gabungan format itu perlu.

"Kehidupan ini seperti Air Batu Campur. Berwarna-warni, pelbagai aneka dan rasa. Namun apabila digaul dan dicampurkan, dimasukkan ke dalam mulut aaaahhh sungguh enak rasanya, semuanya bersatu menjadi satu." - Pak Cik Salehuddin Dolah, penjual cendol di Taman Setia Murni semenjak tujuh belas tahun yang lalu
[APG]

Nak buat sesuatu perlu ada kerjasama. Untuk bekerjasama, kita perlu ada matlamat atau asas yang sama.

Dalam erti kata lain, kita mesti mempunyai FIKRAH yang sama~


Percanggahan Simbol
Dalam matematik, ada pelbagai simbol yang bertentangan atau berlawanan. Tambah vs tolak. Darab vs bahagi. Sungguhpun begitu, hakikatnya masing-masing saling memerlukan antara satu dengan yang lain.

Samalah seperti hidup kita. Memang Allah telah menciptakan setiap manusia itu berbeza. Seronokkah anda rasa jika semua orang mempunyai sifat yang sama, kegemaran yang sama, pemikiran yang sama dll? Semuanya sama? Tiada warna warni lah dalam kehidupan. Umpama robot. Walaupun ada pelanduk dua serupa sekalipun, sifat mereka tetap berbeza kan?

Ada indahnya bila manusia diciptakan berbeza. Semua ada peranan mereka masing-masing. Barulah saling melengkapi.


Unknown (Algebra)
Bila jumpa soalan unknown, mesti kita rasa nak tahu apa nilai unknown yang sebenar. Unknown diumpamakan sebagai masalah yang perlu kita selesaikan.

"Jika seseorang itu tidak mengenali dirinya dengan tepat, maka dia hanya akan menimbulkan masalah ketika berinteraksi dengan sesiapapun."

Di sini juga kita boleh dapati bahawa kita amat memerlukan ilmu untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

"Tidak ada masalah dengan masalah, yang menjadi masalah adalah cara kita yang salah dalam menangani masalah."

Tambah ilmu, tambah amal, nescaya bertambahlah iman kita.^^


Practice Makes Perfect
Mana yang lebih baik, orang itu bila diajar terus faham tetapi tak buat latihan atau orang itu pada awalnya dia tak faham, tetapi dia sentiasa membuat latihan walaupun setelah dia faham?

Sudah tentulah kita katakan orang yang kedua lebih baik kerana sentiasa membuat latihan.

Mungkin orang yang pertama dia faham pada awal sahaja. Namun disebabkan tiada latihan sebagai pengukuhan kepada pemahaman dia, akhirnya dia..... Sedar ataupun tidak, soalan matematik ada pelbagai corak. Bila kita sentiasa buat, lain kali bila kita tengok je soalan, terus dah tahu apa yang soalan itu kehendaki.

Semua ilmu yang kita pelajari bukan sekadar untuk tahu. Sebaliknya ilmu adalah sesuatu yang perlu diamalkan.

Boleh lihat semula 10 rukun baiah. Rukun yang ke-3 adalah AMAL:
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah.

"Dan perangi mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan jadilah al-din (agama) seluruhnya untuk Allah semata-mata. Maka jika mereka berhenti (daripada kekafiran), sesungguhnya Allah adalah al-Basir (Maha Melihat) terhadap apa yang mereka kerjakan." [Q:8:39]

Kita tidak duduk dalam daurah ini untuk menambahkan ilmu-ilmu dalam kepala, bukan juga untuk menambah koleksi-koleksi nota tarbiyyah kita, tapi kita ada perkara yang sangat besar dihadapan kita iaitu mengamalkan apa-apa yang telah kita dapat dari daurah ini. Kita perlu menjadi asset yang bukan sekadar dibina dalam tarbiyyah, bahkan kita menghidupi tarbiyyah di mana-mana kita berada.
-Kak Izyana-

Sebaik-baik teman ialah teman yang membantu anda kenal kelemahan anda dan membantu anda membaikinya, sementara jika dia ada kelemahan, anda membantu dia membaikinya.

Sebaik-baik guru ialah guru yang membantu anda kenal kelemahan anda dan membantu anda membaikinya, sementara jika dia ada kelemahan, anda membantu dia membaikinya.

Sebaik-baik keluarga ialah keluarga yang membantu anda kenal kelemahan anda dan membantu anda membaikinya, sementara jika mereka ada kelemahan, anda membantu mereka membaikinya.

Sebaik-baik musuh ialah musuh yang membantu anda kenal kelemahan anda dan membantu anda membaikinya.

Agama itu nasihat. Tiada nasihat, hancurlah agama.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan kelemahan anda, dan akan menguji anda dengan kelemahan-kelemahan anda, kerana Dia ingin membantu anda membaikinya!

Dakwah bukan sekadar memupuk 'tahu', tapi memupuk 'mahu'.

-Muhammad Eirfan-

Ps. Ada orang hebat lawat sini. Cbox.
Kata Robi, "Wau! Osem. Untungla. "


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Selamat Hari Murabbi

26061433H
Assalamualaikum W.B.T.

Baru berpeluang untuk post di blog pada hari ini. Semalam, internet ada interruption.

Sebelum itu, boleh singgah sini dan sini^^

Syukran kepada kedua ibu bapaku yang telah mendidik aku dari kecil, sebelum aku mengerti apa-apa, keluargaku yang lain terutamanya abangku. Para muallim dan muallimah yang pernah mendidikku di Tadika An-Nur, SRIAAK dan SMIAAK. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Juga sahabat-sahabatku sekalian^^

Seawal pagi semalam, hantar sms pada para murabbi. Bukan semualah, hanya berpeluang untuk menghantar pada mereka yang ku punyai nombornya. Boleh faham tak?

Sungguhpun begitu, sudah ku kirimkan salamku pada yang lain melalui muallimah Azlinda dan sahabat-sahabatku yang hadir ke sekolah.

Ucapan yang ku beri ringkas sahaja,
Selamat Hari Murabbi. Syukran atas segala didikan yang telah muallim dan muallimah beri. Doakan kami selalu.
-Irfan dan Syaza-
Ada beberapa orang murabbi yang membalasnya. Yang lain agak sibuk mungkin.

Antara balasan sms mereka,







Hantar juga pada sahabat-sahabatku yang turut bekerja dalam bidang ini. Seorang di SMIAAK, seorang di SRIAAK, seorang di Tadika Nurul Iman dan seorang lagi di Tadika An-Nur (tadikaku). Tiba-tiba rindu cikgu Yus dan cikgu Sal.

Jumpa gambar muallim dan muallimah SRI je

Teringat beberapa hari lepas, ustaz Khair call. Bila angkat, ditanya,
"Ni [nama penuhku]?"
"Ya."
"Ni cik [nama penuhku] ke?"
"A'ah."
"Ni memang betul [nama penuhku]?"
Hish, lain macam je ustaz tanya. Ni mesti nak kenakan orang. -monolog-
"Ya, ustaz nak apa?"
"Huih, tau pulak dia. (ust gelak) Baru nak wat lolok tadi."
Barulah ustaz beritahu tujuan sebenar ustaz call.

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)

"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus." [Q:22:54]


Malam harinya, ikut bulatan gembira. Usrah terakhir buat Wafaa' sebelum dia masuk U minggu depan pada 23 Mei 2012. Ana dan Izyan ingat, kami dah lambat sebab hari ni pergi dengan ayah dia, mak dia tak sihat. Kena tunggu ayah Izyan balik dari masjid.

Bila sampai, oh, awal sekali~

Duduk dulu bersama Izyan, Robi dan Wafaa'. Buka bungkusan pos laju yang baru diambil petang tadi. Tak sempat nak buka, jadi sementara tunggu Izyan datang tadi, cuba buka (di luar rumah) tapi tak berjaya. Disampul kemas.


Robi kata, "Semakin rancaklah dia mengait nanti^^"

Mula lambat sikit usrah. Tunggu cik MC. Sementara menunggu, muallimah kumpul data kami sebelum masuk U. Tempat belajar, jenis bidang, bila masuk dan no hp. Paling lambat masuk adalah pada 4 Jun iaitu 4 orang daripada kami.

Hari ni semua orang ada. Kak Maya dapat datang. Ditambah pula dengan kak Maisarah yang mahu turut serta sama.

MCnya yang ceria, pandai-pandai pergi letak tema malam ni iaitu FOKUS. Tazkirahnya pula berkenaan Matematik. Tidak hairanlah tajuk tazkirahnya begitu kerana dia sememangnya mengajar subjek itu di sekolah. Bukan setakat mode math malah add math juga diajarnya^^
InsyaAllah nanti ana post, rasa menarik tajuk tu

Ada juga cerita sikit-sikit pasal hari guru. Muallimah cerita, orang Jordan telefon muallimah. Manakala orang Mesir skype dengan muallimah dan muallimah Ainon. Kelakar muallimah kata tengok diorang masa skype. adalah sebabnya, rahsia

Kak Maya bawa kek untuk birthday girls. Kak Muazzamah dan Robi. Makanan pun banyak hari ni. Kak Muazzamah pun bawa kek juga, kek tiramisu cheese.

Suruh Wafaa' beri kata-kata terakhir. Agih sedikit cenderahati pada setiap ahli. Lagi 3 tak dapat nak bagi lagi sebab diorang tak dapat turut serta usrah bersama kami. Kak Soli, Nurul dan Khadijah. Nanti datang tuntut, hehe..

Habis agak lewat dari biasa. Bahagia~
Berilah kebahagiaan kepada orang, nescaya kamu akan peroleh kebahagiaan walaupun hanya melalui hadiah, senyuman dan doa.
-Wafaa'-
Ps. Post yang bercampur-campur kisahnya~
Pss. Post yang paling banyak label.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lawat Sekolah + Usrah Gabungan

25021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Semalam, pergi sekolah, ada usrah gabungan. Minta keluar kerja awal, pergi sekolah pukul 2 petang.

Sampai di sekolah, lalu ikut bahagian luar sebab ada ramai banin dekat kawasan depan tu. Waktu rehat kan. Masa nak lalu dekat sinki banin, dengar diorang kata, "Eh, senyap2, muallimah tu." Semua jadi 'baik' sekejap senyap. Adik Nadhirah tu pun cakap, "Bukanlah, tu kakak2 form 5 tahun lepas."

Pergi pejabat dulu, jumpa muallimah Yong. "Yang usrah gabungan ni dengan makcik2 ke?" "Yalah, dengan makcik2lah, you all ni pun bakal makcik2 kan." Muallimah Ainon takde dekat pejabat. Pergi pula bilik guru, jumpa muallimah Hayati, muallimah Zuliana dan muallimah Roshayati. Muallimah Roshayati tengah ajar resepi dekat muallimah Hayati. Muallimah Zu pun kata, "Salam gok dulu budok2 ni." "Jom, ikut saya ke library."

Sebelum tu, jumpa muallimah An dan muallimah Ainon di bilik AMT. Muallimah An sibuk menanda kertas BM. Muallimah minta kami tolong tanda sekali, tapi tak tolong pun, manalah kami tahu macam mana nak tanda karangan. Bagi roti yang kami bawa.

Oh ye, Hazimah pun ada juga. Muallimah Yong suruh ajak dia ikut usrah gabungan sekali. Ronda2 tengok kelas, baru pergi library. Hebat library sekarang, dah upgrade banyak benda. Marsha takde, dia keluar makan dengan Sir Malik.

Bersembang dengan muallimah Zu, macam2 cerita. Muallimah Syu pun join sama. Cakap pasal U, pasal kerja, sekolah, usrah, LKD, pasal keluarga pun ada. Hari tu pergi Jom Masuk U dekat Kuantan. Tanya muallimah macam-macam pasal U. Cerita ke muallimah, abang ana hantar message, ajak belajar dengan dia dekat Jordan. Tapi kelakar ayat dia, muallimah pun kata, gitu rupanya Irfan, tak sangka pulak.

Muallimah Zu banyak juga tahu pasal perkembangan batch kami, muallimah lah dok me'report' pasal itu dan ini. Best rasa dengar diorang yang dah belajar kereta, nak dapat lesen dah pun. Muallimah lah cakap semalam orang tu datang sekolah, tadi orang ni datang sekolah, hari tu orang tu datang sekolah, habis semua diceritanya.

Ada juga muallimah kata pasal budak2 kena denda kat sekolah tu. Tapi muallimah kata kesian dekat sorang budak ni, dia kena denda sebab pengawas kata rambut dia tak letak minyak. Bila muallimah tanya dia sebab dia kena denda, "Sebab ana tak minyak rambut, nok wat gane, rambut ana duri." Budak SMI ada qiam hari ni.^^

* * * * * * * * * *

Dipendekkan cerita, pukul 3:30 petang, kami pun turun ke bawah untuk usrah. Makcik La tanya, "Cantik tak library?" "Cantik lagi daripada yang dulu." Makcik pun macam seronok. Jumpa makcik Midah juga, lama dah tak jumpa makcik Midah. Kami pun pergi ke surau SRI sebab surau SMI, ada taklimat untuk qiam.

Muallimah Yong jadi pengerusi majlis, besar bulatan gembira hari ni, sampai kena duduk berlapis-lapis. Muallimah fokuskan pasal AZAM.

Secara ringkasnya (panjang lagi sebenarnya, ni ringkasannya),

"Azam yang hendak dibuat perlulah mengikut kemampuan diri. Fokus betul-betul apa yang kita nak capai. Kita perlu menjadi lebih baik daripada hari semalam. Jadi, yang paling penting, kita kena tahu tujuan hidup kita untuk mengecapi nikmat yang paling besar. Apa nikmat yang paling besar? Sila jawab wahai anak-anak usrah saya di sana. Marsha? Melihat wajah Allah. Dapat masuk syurga sahaja, bukanlah nikmat terbesar. Kita semua sebenarnya dah ada tiket dah untuk bertemu dengan Allah, cumanya kita tak tahu bilakah masanya. Salah satu cara untuk kekalkan azam atau istiqamah melakukan azam kita adalah kita buat 'skrip' dalam kehidupan kita. Tulis apa yang kita nak capai, apa yang kita kena buat, tampal dekat bilik kita, tiap-tiap hari kita tengok dan cuba buat."



Majlis diteruskan dengan pengumuman AJK Wanita IKRAM (tak pasti, daerah Kemaman ke, seluruh Terengganu). Ana sebut yang ana ingat je lah, banyak sangat AJK.

Ketua: Umi Saidah
Timbalan: muallimah Yong
Setiausaha: ibu Dayang
Bendahari: makcik Aisyah
AJK Tarbiyyah: muallimah Zahra
AJK Pembangunan Keluarga: muallimah Ainon, dibantu oleh muallimah Yong
AJK Belia: makcik La
AJK Ekonomi: makcik Ma, dibantu oleh muallimah An

Kemudian, umi memberi sedikit pengisian tentang usrah.


"Kita kena bersedia untuk berubah. Jangan kita fikir, semua yang berlaku adalah kebetulan kerana semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Jangan kita fikir, kita kena usrah sebab kita 'tercampak' dekat al-Amin. Sedangkan usrah merupakan wasilah dakwah kita. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, ada dua syarat untuk jadi umat yang terbaik, pertama, amar ma'aruf dan keduanya nahi mungkar. Sahabat-sahabat yang mengajar di Al-Amin, tadika Nurul Iman, antunna semua beruntung sebenarnya. Saya sendiri pun mengajar di sekolah kerajaan, saya rasa ada 'bahagian' yang saya tak dapat, tapi antunna semua dapat. Terima kasih kerana mendidik anak-anak saya. Teruskan mendidik anak-anak di sini. Ada kawan saya, dia hantar anak dia di Al-Amin, baru darjah 1. Dia cerita, masa nak sarapan pagi, anak dia kata, Mak, mak dah solat ke? Tunggu saya sekejap eh, saya nak solat dulu, baru sarapan. Subhanallah, anak-anak beginilah yang kita ingin lahirkan. Besarnya pahala muallim muallimah yang mendidik mereka. Kita pun ada ramai pengganti kita untuk generasi yang akan datang, meneruskan dakwah kita. Tu, Marsha, Syaza, dari tadika bersama-sama dengan tarbiyyah kita. Nanti diorang teruskan MLMI, cari 'anak-anak baru', 5 orang pun jadilah."


Rasa kerdil je diri ini. Akan ana usahakan ke arah itu.

Seterusnya, kami diberitahu taqwim tahun ni, kemudian, bahagi kumpulan usrah. Ingatkan nama kami tak masuk dalam senarai dekat dalam 'laptop' umi. Sekali, umi sebut nama kami semua, group muallimah Yong, Marsha, ana, Robiatul, Izyan, Auni, kak Muazzamah, kak Solihah dan kak Sumayyah. Heh, debar. Tak pernah cakap pun dengan kak Sumayyah, kenal dari jauh je. Kak Solihah baru datang, dengan uniform pengawasnya. Dia tak perasan pun kitorang ada dekat sini.

Ada makcik cakap macam ni, "Oh ye, jemputlah ke perkahwinan kak Midah hari Sabtu ni." "Hah?!" Semua terkejut dengar ayat tu, walaupun semua faham maksudnya. Makcik La dengan muallimah Yong pun sambung, "Ye lah, kak Midah kahwinkan anak dia." Makcik Midah pun bagi ucapan sedikit, jemput semua orang hadir, "Alhamdulillah, bila kita hidup dalam jemaah, semua kerja senang dilakukan. Kalau kita nak buat kerja sendiri, sorang2, memang tak larat. Ramai juga yang datang menolong, terima kasih semua."


Dah nak habis majlis, baru dia nampak kami. Lambai kami dengan muka excitednya. Marsha kata, "Hebat kak Soli, baru masuk sekolah, dah jadi pengawas." "Heh, ni dah tahun akhir dah ni." "Ha?" "Kan dia masuk dari tahun lepas dah." "Oh, ye lah, lupa pulak." "Hai kakak-kakak." "Hai pengawas." "Jomlah, sekolah dengan ana."

Jumpa muallimah Azlinda, muallimah Anis. Tak sempat nak jumpa semua, nampak dari jauh je.

Kami balik lewat sikit, jadi, kami pergi tengok budak2 SMI. Diorang tengah riadah. Ramai juga yang menegur. Dah jumpa dah dengan budak2 form 1 yang ana nak jumpa. Dengan Izzati je tak sempat nak tegur. Siti Ruqiah tak habis2 berkepit dengan ana. Dia dengan Sofiah sibuk kata, "Eh, kita dah tinggi dah." Aduh, sibuk bandingkan dengan ana ni, taulah, huhuhu... Siti ajak juga tidur dekat sekolah, join qiam, tapi ada halangan tertentu, jadi, lain kali lah ye. Tengah aim nak join rehlah bulan 2 ni.

Tolong muallimah An, pergi tunggu dekat stor, budak2 nak pulangkan alat2 sukan. Best, jumpa muallimah An, macam-macam kerenah. Jumpa muallimah baru juga, muallimah Syarifah dengan muallimah... hmm...(tak ingatlah siapa sorang lagi).

ps. Haih, batchku, kalau betul2 nak buat reunion, rancanglah betul2. Janganlah asyik kata nak tunggu dah tua nanti. Memanglah best, tapi tak mau ke buat masa 'muda' jugak? Buat bulan 3 pun takpe. (hah, kan ana dah bebel) Kalau nak tunggu semua orang ada, complete, jom reunion dekat syurga^^ full stop (fuh, mendalam maksud nih) Ke gane?


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Gelagat Berusrah

10021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Baru selesai 'berpetak gembira' petang tadi... Penangan baca blog APGlah ni~

Apa-apa pun, tahun ni juga banyak perubahan yang berlaku di sekolah. Maklumlah, kena sentiasa upgrade menjadi lebih baik dari sebelumnya. Setakat ni, masih belum mempunyai kesempatan untuk datang melawat mereka pada waktu persekolahan. Selalu datang sekolah sebab ikut ayah ana ambil adik ana je.

Ini post rencam, tajuk utama adalah gelagat kami berusrah,
setelah sebulan lebih meninggalkannya.

*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*

Yeay~ Dah sebulan lebih tak berusrah. Pukul 4 petang tadi, lepas habis kerja, pergi sekolah, ambil adik-adik ana dulu, baru pergi usrah. Sebenarnya ayah ana nak hantar kami ke rumah bonda dulu, tapi bonda pun tak balik sekolah lagi. Dekat sekolah, nampak Marsha dengan Sir Malik baru balik dari Kuantan, dia pergi usrah dengan bonda.

Sikit je orangnya, tadi, 5 orang je. Mardhiyyah dan Wafaa' pergi PLKN, Auni jaga anak saudara dia, Nurul ikut usrah dekat Kuala Berang. Semalam, mati-mati ingat 4 orang je, ingatkan Khadijah dah pergi STAM Ipoh dah. Nasib baik Auni beritahu yang Khadijah pergi 6hb, pagi tadi baru sms Khadijah pasal usrah.

Mula-mula masuk, duduk dekat ruang tamu yang telah lama menjadi saksi kami berusrah di situ. Bonda tanya pasal kerja pada kami berempat. Robi semangat cerita~ Dia kata kerja sepejabat dengan peguam. Bonda ada tanya juga pasal LKD. Setakat ni, tak dengar apa-apa berita lagi. Oh ye, Khadijah nak pergi STAM Ipoh 6hb ni.

Syifa' dengan Ain duduk asrama. Wah~tinggal Hana sorang je lah dekat rumah ni. Rajin-rajin tolong bonda tu~

Seusai azan berkumandang, menandakan sudah masuknya waktu solat Asar, bonda pun kata, "Oklah, kita solat dulu, jadi, kita tangguhkan dulu majlis kita dan akan disambung dengan penyampaian tazkirah oleh ukhti Syaza."

Sementara menunggu giliran untuk berwudhu',

Marsha: Eh, bila nya nak ambil lesen? (sambil memandang ke arah ana dan Izyan)
Ana: Nti gi lah ambil lesen dulu, kitorang ni tak belajar pun lagi. Nti kan pernah je bawa, kesian pula kalau nak tunggu kitorang ni.
Izyan: (sengih)
Marsha: Mende gok, ana takde lah expert sangat
Ana: Tu, Izyan kata, dia nak belajar, tapi mak dialah pulak yang takut. Halaman rumah dia kan besar.
Izyan: Nti pulak keta bapok!
Marsha: Kita gi lah sama-sama. Hari tu mak ayah ana tanya juga, diorang kata, ikut suka awaklah nak ambil bila. Ana ingat, nak tunggu kerja stabil dulu.

Yelah, banyak juga kerja dia dekat perpustakaan tu.

Ana: Nti duduk dekat perpustakaan je ke?
Marsha: Taklah, ada je ana gi tempat lain.
Ana: Gi mana? Ronda-ronda keliling sekolah ke?
Marsha: Gi musolla, nak solat masa waktu rehat.
Kami: Memanglah, tak yah kabolah hok tu.
Ana: Semalam ana tanya adik ana, nampak kak Marsha tak kat sekolah? Dia jawab, "Nampak, dia buat apa kat sekolah? Saje datang sekolah sebelum masuk U ke?" Ana katalah, "Eh, awak ni, dia kerja dekat perpustakaanlah."
Marsha: ^^ Tapi memang perpustakaan tak buka lagi. Bulan 2 baru buka.
Ana: Oh, ye ke? Taklah, ana dah bagitau adik ana dah sebelum ni sebenarnya, dia tak ingat kot.

Sebelum solat Asar,
Izyan: Ntilah jadi imamah. (sambil memandang Khadijah)
Ana: A'ah, ntilah jadi imamah, nanti, nti takde dah.

Selesai solat Asar,
Ana: Nti duduk dekat perpustakaan je ke?
Sebelum sempat Marsha jawab,
Ana: Eh, tadi aku tanya dah (cakap sendirian tapi bukan monolog dalaman) Maksud ana, nti ikut juga ke orientasi diorang?
Marsha: Tak pun. Tapi, kalau diorang minta tolong, ana gi lah. Setakat ni, ana kena handle ADK sekolah rendah. Eh, Hana darjah berapa dah?
Ana: Hmm... Darjah 5.
Marsha: Oh, ana handle ADK budak darjah 5 lah.

Ingatkan lepas solat, sambung usrah terus. Hana pula tercegat melihat kami mula duduk keliling meja petak di ruang tamu. "Hmm... Kita makan dululah."

Kami pun beralih ke meja petak yang lebih besar di dapur untuk makan mi goreng masakan bonda. Mi pun, bonda sendukkan.

Marsha: Boleh saya kurangkan mi? Kenyang. (dengan penuh sopan santunnya)
Bonda: Dah makan dekat Kuantan lah ni.
Marsha: A'ah, makan dekat Restoran Tajjj (dia menebalkan sebutan huruf 'j')
Bonda: Ha? Restoran apa?
Marsha: Taj.
Bonda: Oh, Taj.
Marsha: Kenapa? Dengar ana cakap apa?
Bonda: Nti kata Tash ke apa tadi.
Ana: Dia cakap gaya orang Jawa~
Bonda: Kurangkan je lah. (Ana dan Robi saling berpandangan)
Kami: Nak kurangkan jugalah, kenyang betul hari ni.

Sambil makan, macam-macam cerita jugalah keluar. Nana datang rumah, ajak Hana main. Bila bonda ajak dia makan, dia jawab, "I'm full!"

Bonda cakap juga, siang tadi, Izzat, Syafiq dan Mujahid ada datang sekolah. Katanya, diorang tolong angkat buku.

Habis makan mi, mau minum air,

Bonda: Ni teh dari Arab. Biasa diorang tak bubuh gula.
Marsha: Dah, muallimah bubuh tak gula?
Bonda: Muallimah bubuhlah.
Marsha: Orang Cina biasa bubuh tak gula?
Bonda: Tak juga.

Bonda: Syaza, tolong ambil coklat jap dekat situ, tu, yang kotak merah. Coklat lada hitam, dari Sarawak.
Kami: Lada hitam?
Marsha: Eee~ Seram dengar.
Bonda: Sedap coklat ni, berangin.

Bonda cakap apa entah lagi, tak berapa dengar sebab tengah basuh pinggan. Tiba-tiba dengar orang kata,
Robi: Syaza sukalah coklat berangin.
*Tapi ana still tak pasti sama ada bonda nak maksudkan rasa peppermint atau memang lada hitam.

Bila dah duduk balik dekat meja petak tu, nampak bonda potong kek lapis Sarawak pula.

Bonda: Yang ni, masam manis punya, yang ni pula, nama dia Ombak, bukan Ombak Rindu.
Izyan: Takde rupa ombak pun.
Bonda: Ada juga Ombak Rindu, bentuk dia macam ombak, beralun, warna biru. Actually, bahan asas dia semua sama, cuma dia ada tambah pewarna dan bahan-bahan lain sikit. Ada macam-macam nama, Michael Jackson lah, Maher Zain lah.
Marsha: Michael Jackson?
Bonda: A'ah, Michael Jackson.
Marsha: Hitam putih.
Ana: Dah, kalau Maher Zain?
Marsha: Ada topi.
Bonda: Hati pari pun sedap juga.
Ana: (angguk tanda mengiyakan)
Marsha: (bisik pada ana) Hati pari? Mende tu?
Ana: Keklah.
Marsha: Ana mati-mati ingat hati ikan pari. Ana fikir, eee~ Syaza suka hati ikan pari?
Bonda: Yang jenis sisik ikan ada juga. Dia susun jadi macam bentuk sisik.
Marsha: Dah, ada sisik ikan ke?
*Mengarut sokmo dia hari ni

Bonda: Khadijah, ambil dodol tu. Ni, dari Negeri Sembilan. Rasalah, sedap~

Banyak betul makanan hari ni.

Kemudian, kami teruskan dengan petak gembira di ruang tamu. Baca tazkirahnya di sini.

Bonda buat konklusi, tambah informasi-informasi lain, beri pelbagai pesanan kepada kami, bonda cerita perancangan untuk SRIAAK. Bonda kata, projek untuk bangunan baru tu, nak bagi dekat akh Azri.

Banyak juga cerita pasal sekolah. Robiatul selalu sebut pasal adik-adik form 1. Yelah, dia kan tolong masa orientasi asrama hari tu. "Ada 2 orang budak kembar. Tinggi. Ada lagi sorang tu, comel, nama dia Adibah." Dia selalu cerita macam tu, teringin nak jumpa adik-adik form 1.

Rupa-rupanya Adibah yang dimaksudkan itu, anak makcik Jah Dungun (bonda beritahu). Owh, kalau yang tu, ana kenallah sebab pernah tumpang rumah dia bersama kak Humaira' dan abang ana. Masa tu, tahun 2008, ana teman kak Humaira', diorang ada meeting lepas program PINTAR 2. Abang dia nama Adib, form 3 kalau tak silap ana. Dia kamain suka masa kami stay dekat rumah dia sebab boleh geng dengan abang ana. Makcik Jah kata, Adib punyalah tunggu kami balik dari meeting. Last2, dia tertidur. Rindu pula nak berprogram dengan kak Humaira'~

Nanti, usrah akan datang, buat dekat sekolah atau rumah orang lain pula. Bonda pesan juga suruh mahirkan kemahiran rumah tangga. "Rumah tangga tak semestinya untuk orang yang dah kahwin. Atau rumah yang ada tangga. Dan, urusan rumah tangga bukanlah orang perempuan je yang kena pandai. Orang lelaki pun sama. Kalau dekat tempat muallimah dekat Perak tu, orang lelaki pandai buat serba serbi. Muallimah suka betul kalau ayah Ikmal ada dekat kampung. Mesti dia bakar ikan. Yang beli ikan, dia. Yang siang ikan, dia. Yang uruskan untuk bakar ikan pun dia. Tempat dia buat kerja pun bersih je, kemas je."

Dah tutup majlis, bonda tanya minat bidang apa.
Link
*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*

Teringat abang ana ajak ana belajar dekat Jordan dengan dia. Kelakar rasa baca message dia. Bila baca ayat dia, macam orang buang tabiat pula.
Hey, awak, awak, awak nak sambung belajar kat mana awak? Awak marilah belajar dengan saye kat Jordan, awak!
Nanti ye, fikir-fikir dulu.

Apa-apa pun, esok dia ada exam Seerah. Bittaufiq wa nnajah~

macam muka Cina kan, mata sepet..oh moyangku~

#sibuk scan gambar dari album lama untuk hantar kepada dia


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Berakhir Sudah~

20011433H
Assalamualaikum...

Tanggal tarikh 13.12.11, maka berakhirlah SPM.
Ramai yang merasakan mereka sudah merdeka.
Aku fikir aku juga akan berasa sedemikian.
Ternyata setelah tamat peperiksaan,
aku merasakan ada satu tanggungjawab lain yang perlu ku pikul.
Aku perlu melaksanakan tugas aku sebagai
seorang DA'IE...
Aku berfikir, berfikir dan terus berfikir.
Akhirnya, aku menyedari bahawa aku hanya akan merdeka
hanya apabila aku telah selesai bercucuk tanam di dunia ini
dan bertemu denganNYA...
*(hanya pendapat ana)
Akan ku pegang kata-kata bonda,
ALLAH WILL MAKE EASY,
IF WE DO SOMETHING BECAUSE OF HIM.


Apa-apa pun,
Sekarang kita sudah masuk ke dalam
ZON TAWAKKAL.
Sentiasa berdoa agar mendapat keputusan yang terbaik.

Akan merindui zaman persekolahan.
Sahabat-sahabat seperjuangan,
para murobbi yang sekian lama mendidik kami.
Masih ana ingat setiap guru yang pernah mendidik kami,
dari darjah 1 hingga tingkatan 5.
Tak percaya? Ana boleh senaraikan.
Tengah cuba trace balik akhawat batch 7 SRIAAK.
Walaupun ingat nama, ada yang masih tak dapat dikesan. (fuh, ayat..)

Rindu juga sahabat-sahabat dari rangkaian MUSLEH;
Maryam, Fida', Liyana, Nabilah, Rumaisa', Ain dll.
Juga kakak-kakak yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan;
Kak Izyana, kak Najuwa, kak Fathimah, dua2 kak Najihah (Najihataani?) dll.
Alumni Al-Amin itu sudah pasti.^_-

Sepanjang waktu cuti,
masing-masing nak cari kerja,
ada yang dah dapat kerja,
ada yang masih mencari.
Kita kerja sama-sama Robi!
Marsha, selamat menjaga perpustakaan. Nanti kami jenguk-jenguklah nti dekat sana.
Auni, jaga anak saudara dia.
Hazimah, jadi babysitter, ajar mengaji.


Ada yang cuba mencari ilmu baru. Kan Haziqah!
Dah ada list nak buat apa sepanjang cuti ni.
Bolehlah ambil tempahan mengait lagi Amira Suraya Nunn (sepupuku, mixed).
Jom ambil lesen sama2 Izyan dan Marsha.

Yang perlu pergi PLKN,
selamat maju jaya,
banyak peluang dakwah.

Kepada kumpulan usrah bonda,
Usrah akan tetap dijalankan,
Kalau ada apa-apa, ana akan maklumkan.
Nurul, bonda cuba arrangekan dengan akhawat di sana.

SANAH HELWAH KAK NAJIHAH!

Oh ye, terima kasih Marsha atas hadiahnya,
walaupun sudah sebulan berlalu birthday ana,
(sehari sebelum periksa. Farhana Sazali, hari first periksa)
juga Mardhiyyah, Khadijah, Izyan, Haziqah (ana selalu bawa kad tu masa hari periksa)
serta sahabat-sahabat yang lain.

"GREATLY LOVED, SADLY MISSED AND FOREVER REMEMBER IN OUR HEARTS"


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Q:Muhammad:7)

Ps.
-Teringin sangat nak pergi PRINT'11 sebenarnya, tapi tak dapat pergi sebab halangan tertentu.
-Berharap dapat jumpa Maryam dan Fida' dalam program LKD.
-Mak ana suruh ana tanya, ada siapa2 berminat untuk mengajar di Smart Reader Kerteh tak, akhawat batch 7? Nak 2 orang je.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Maulidur Rasul 1432

12031432H
"Dan tidaklah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam."
(Quran, 21: 107)


* * * * *

Kami baru selesai mengikuti usrah pada pagi tadi dari pukul 7:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Monica Bay. Pelajar asrama pun pergi situ juga untuk beriadah. Hari ini usrah dengan 3 orang lagi makcik; makcik Midah, makcik La dan makcik Ma. Seronok! 4 orang sekaligus. Ain pun ada sekali.

Pada mulanya, makcik Midah mengajak kami bersama-sama menunaikan solat dhuha di tepi pantai ciptaan Allah yang indah. Kemudian barulah kami memulakan aktiviti riadah kami. Makcik Midah semangat jogging bersama. Makcik La dan muallimah Yong jalan (stroll) di belakang, menikmati keindahan di tepi pantai. Masa ni, Khadijah dan makcik Ma tak datang lagi. Rumah biru mendahului! Selalu lumba dengan rumah hijau (Mardhiyyah dan Izyan). 5 orang rumah biru termasuk Ain. Muallimah Yong dan makcik La ikut jalan pintas.

Dalam pukul 8:45 pagi, kami bersarapan bersama. Makanan berat tidak dibenarkan untuk dibawa. Dapat minum air zamzam yang makcik Ma bawa. Sambil-sambil bersarapan, makcik Midah pun berkongsi cerita ketika makcik ke Australia.
  • Amanah
  • Orang dekat Australia, kalau nak beli barang, boleh letak dalam apa-apa beg yang dibawa. Contohnya, beli barang kecil je, jadi letak je terus barang tu dalam beg tangan, nanti bayarlah dekat kaunter. Tapi, semua amanah, semua bayar lepas ambil barang. Takde pun yang nak sorok-sorok barang atau cuba-cuba nak curi. Sedangkan mereka bukan orang Islam pun. Tapi begitu jujur dan amanah.

    Begitu juga keadaannya ketika hendak menaiki bas. Takde orang yang kutip tiket. Sistem mereka, naik bas terus bayar dalam tabung yang disediakan di depan.

  • Bersih
  • Kebersihan di sana amat dititikberatkan. Contohnya, lepas mereka makan di suatu tempat, mereka akan kemas dan bersihkan semula tempat tersebut. Tak perlu nak upah orang untuk bersihkan tempat tersebut sebagaimana di Malaysia. Tandas pun bersih. Nak masuk tandas tak perlu bayar tapi bersih sangat tandasnya. Boleh tidur dalam tandas. Dan semua tandas boleh digunakan, semua berfungsi. Sebab kerajaan dia guna duit cukai untuk kemudahan rakyat. Walaupun cukai di sana agak tinggi, takde pun orang merungut sebab mereka tahu duit tersebut akan digunakan untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat juga.

  • Ikut peraturan
  • Sistem di jalan raya begitu teratur. Biasanya, di tepi-tepi jalan, ada papan tanda had laju kenderaan. Mereka akan ikut had laju tersebut. Takdelah kemalangan dahsyat-dahsyat seperti di sini. Kadar kemalangan di sana rendah.

  • Berterus terang
  • Kalau ada apa-apa yang tak puas hati, mereka tak akan simpan. Mereka sentiasa berterus terang dan cuba menyelesaikan masalah. Takde cakap-cakap belakang.

  • Rakyat diutamakan
  • Ada tu, orang Islam minta masjid untuk dibina di kawasan tersebut. Kemudian, memang kerajaan dia bina masjid untuk orang Islam di situ. Bahkan masjid di sana lebih besar dari masjid yang terbesar di sini. Yalah, negara mereka besar, rakyat sikit, cukai tinggi.

    Tapi ada juga orang yang menyebarkan dakyah-dakyah kristian. Walaupun mereka tahu kita Islam, mereka tetap datang. Biasanya, kalau orang yang tak kuat, ada masalah, dia akan mudah terikut dengan dakyah-dakyah mereka ni.

  • Orang-orangnya peramah
  • Mulut mereka begitu ringan untuk menyapa kita di sana walaupun dengan orang yang mereka tidak kenal. Sepatutnya, kita sebagai orang Islam perlu sentiasa menyebarkan salam. Malangnya, rata-rata umat Islam di dunia kini tidak berbuat demikian.

Seterusnya, kami ditanya, apa yang kami dapat, apa yang paling terkesan daripada SHB, Seminar Hasan al-Banna tempoh hari. Macam-macam jawapan. Makcik-makcik semua kata, kami beruntung kerana dapat pendedahan tentang dakwah lebih awal daripada mereka. Antara bab yang kami sentuh yang berkaitan dengan SHB adalah tentang guru, kepentingan usrah, sukan dll.

Masa sebut pasal guru, makcik-makciklah banyak bercakap. Maklumlah, semua jadi guru. Makcik Ma paling banyak cakap. "Dulu, zaman kami, macam tu lah cara cikgu kami mengajar (macam Ustaz Zawawi). Tapi hasilnya kami semua dapat. Budak-budak le ni, nak kepelbagaianlah. Kita pula kena belajar tahap kepandaian pelajar. " Kemudian, masuk pula pasal kelas tambahan sekolah makcik. Muallimah Yong cadangkan sistem rakan sebaya untuk belajar. Maksudnya, untuk kelas tambahan, pelajar yang ajar. Siapa yang paling mahir subjek/topik tersebut boleh ajar orang lain.

Lupa pula, kak Humaira' pun turut serta bersama kami. Dia cerita cara murabbi di sana mengajar dan mendidik. Barulah diteruskan dengan pembentangan seperti yang telah ditugaskan.

Banyak yang kami dapat hari ini. Dengan kehadiran makcik-makcik dan kak Humaira', lagi meriahlah dan lebih banyak perkongsian yang kami dapat. Makcik Midah banyak bercerita, makcik Ma sentiasa menjadi penceria suasana (sentiasa membuat kami tersenyum walaupun apa yang diperkatakannya itu betul), makcik La lebih banyak menyokong apa yang diperkatakan oleh sahabat-sahabatnya (nampak diam hari ini) dan muallimah Yong sudah tentu bercakap secara menyeluruh sebagai naqibah.

Afif dah pindah, semoga nti baik-baik sahaja di sana bersama kumpulan usrah nti...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Usrah

Definisi 'USRAH':
  1. Keluarga
  2. Perisai (Hasan Al-Banna)
  3. Jamaah atau kumpulan yang diikat oleh perkara yang sama.
"Duduklah bersama kami supaya kita beriman sejenak"
(Muaz bin Jabal)
  • Satu kumpulan du'at yang dibina berasaskan kasih sayang kerana Allah.
  • Batu bata binaan yang mengikat antara anggota atau ahli dengan kumpulan.
  • Satu kumpulan yang beramal selepas mengenal pasti kemampuan dan mengaktifkan potensi.
  • Merupakan salah satu wasilah tarbiyyah.
  • Para sahabat berkata:
"Kami tidak melewati 10 ayat sebelum kami beramal dengannya."
  • Said Hawwa pula berkata:
"Menghadiri usrah adalah pengiklanan terhadap persediaan."
  • 3 rukun dalam usrah
  1. Taaruf
  2. Tafahum
  3. Takaful
  • Mewujudkan peribadi muslim yang sempurna dari sudut:
  1. AQIDAH
  2. IBADAT
  3. FIKRAH
  4. THAQAFAH / ILMU
  5. AKHLAK
  6. TANZIM
* * * * *

Hari ini, kumpulan usrah ana, kumpulan Muallimah Yong, ikut usrah gabungan makcik-makcik JIM dan muallimah-muallimah. Kena duduk depan sekali. Rasa segan pula sebab kami sahaja pelajar. Jadi, tazkirah hari ini dibentangkan oleh 'ummi', mak Khadijah. Pada penutupnya, Makcik Ros kata, minggu depan, waktu iftar jamaie Makcik Midah, mak Mardhiyyah nak belanja makan untuk minta tolong solat hajat untuk Kak Sakinah. Hal ini disebabkan oleh Kak Sakinah akan sambung belajar ke Australia. Kalau tak salah ana, bertolak pada 5 Februari 2010.

Bila dah masuk semula group usrah, kami melantik bendahari iaitu Robiatul dan membahagikan tugasan untuk minggu seterusnya. Ketua, sudah dipilih oleh Ustaz Idris (PK Tarbiyyah) hari itu. Muallimah kata, malam ni, ada dua orang Jerman akan datang ke sekolah untuk belajar lebih lanjut tentang Islam. Muallaf. Seorang lelaki, seorang perempuan.

Kami habis awal hari ini, pukul 5:00 petang. Mula-mula, ingat, nak balik sekalilah dengan adik ana. Dia habis kelas tambahan pukul 5:45 petang. Kemudian, Muallimah An, Muallimah Ain dan Muallimah Fatimah Munirah (Ira) minta tolong angkat barang, nak pindah ke bilik sebelah. Ana pun tukar plan, ana balik pukul 6:30 dengan Mardhiyyah. Ana, Mardhiyyah, Robiatul dan Faiqah. Tiba-tiba, nampak Pakcik Abas lalu. Mardhiyyah pun tanya, kenapa kena pindah ke sebelah? Rupanya nak jadikan bilik guru ni, bilik lecture. Alihkan katil, susun karpet, angkat buku. Meja diangkat oleh Hafizuddin dan Nazifi. Dan 'dibantu' oleh Ashrin dan hmmm.....tak ingat pulak nama dia. Mereka berdua bermain sambil angkat meja dan laci. Kelakar. Macam budak-budak sekolah rendah. Yang laci tu, dia main pusing-pusing macam kereta. Yang meja tu, jadi apa entah keretapi ke lori.

Dapat upah keropok sira daripada Muallimah Ain. Makan dengan Kak Ain, 'Abah' dan Kak Shaidatul. Makan depan tandas muallim dan tangga banat. Kakak-kakak ni pesan, jangan drop fizik sebab fizik ni, subjek penting. Masa hari Isnin hari itu, ana memang bercadang nak drop fizik. Tapi, bila bincang dengan mak ana dan abang ana, tak jadilah nak drop. Abang ana kata, Pakcik Zameran beritahu dia, Kak Mardhiyyah nak masuk U dulu, kena ada/tahu fizik. Sedangkan bidang yang diambilnya tidak ada kena mengena pun dengan fizik.

wassalamualaikum...

::4 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

3 Hari Terakhir Persekolahan 2009

17 November 2009, Selasa
Hari ini sekolah kami telah mengadakan jamuan perpisahan :tareflower: kerana form 5 tidak dapat bersama dengan kita lagi pada hari esok. Hari ini juga merupakan hari terakhir peperiksaan :33: diniyyah. Jadi, ana dan Izyan mengemas :cucirumah: kelas pada pagi tersebut selepas habis peperiksaan tafsir kerana inilah kali terakhir kami menggunakan kelas ini. Lagi pun, kami telah diingatkan oleh Ustaz Azman dan Muallimah Roshayati untuk mengosongkan kelas daripada segala macam benda melainkan kerusi dan meja.

Pertamanya, kami mengumpulkan segala jenis buku dan kertas di atas meja. Kemudian, kami perlu mengasingkan kertas-kertas yang mengandungi ayat al-Quran dan sebaliknya. Kertas yang tidak mempunyai ayat al-Quran, kami buang begitu sahaja. Manakala buku-buku pula dikumpulkan dan dipulangkan semula kepada tuannya. Sedang asyik melakukan tugas, kami semua dipanggil berkumpul di musolla. Setiap wakil tingkatan atau MPP memberi ucapan. :boy16: Begitu juga dengan AMT dan form 5. Form 5 kemudiannya memberi sedikit cenderamata kepada guru-guru SMI Xmas dan kad :1: kepada setiap kelas. Akhir sekali, pelajar form 3 banin membuat sedikit persembahan bersama-sama banin form 5.

Kemudian, kami turun ke kantin dan menjamu selera. Memang berselera :makan: kerana kami tidak makan pagi seperti biasa. Kira-kira jam 2 petang, kami bergegas ke kelas untuk menyiapkan tugasan. Pada jam 2.30 petang, Khadijah dan Fatini pun datang dan menolong kami memulangkan buku-buku tersebut kepada tuannya. Pada waktu pulang sekolah, Robiatul, Marsha, Syifa' dan Zalilah turut datang membantu kami mengemas kelas. :laptingkap::vacuum::cucirumah: Namun, kami semua berasa hairan Question apabila diberitahu bahawa Auni sudah balik. Hari ini ada usrah, patutnya dia pergilah. Tapi... (begitulah)

Seusai membersihkan kelas, kami membantu kelas sebelah pula. Ketika itu, yang ada di kelas sebelah ialah Fatimah, Mardhiyyah dan Wafaa'. Namun, kami berhenti dahulu apabila jam sudah menunjukkan pukul 4 petang kerana kami perlu pergi usrah. Ana rasa muka ana kena banyak habuk. Jadi, ana menukar contact lens ana dengan cermin mata. :18: Kami berjalan kaki ke rumah Muallimah Yong dengan pantas kerana hujan sedah mula turun.

Setibanya di rumah muallimah, kami terus menunaikan solat Asar dan kemudiaannya usrah kami 'dihandle' oleh Kak Majidah. Apa yang kami dapat daripada bacaan al-Quran itu adalah pengajaran daripada kaum-kaum yang telah dibinasakan oleh Allah. Kami juga mengetahui bahawa orang-orang kafir sentiasa mendustakan ayat-ayat Allah. Ketika ini, ana teringat surah AnNaba' yang menyebut bahawa akhirnya orang kafir berkata, "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah." Allah turut menyuruh manusia berjalan atau bermusafir di muka bumi ini. Lihatlah kepada keindahan ciptaanNya yang membuktikan kekuasaanNya.
:naruto_1:

Kemudian, kami diperdengarkan kisah Abdullah bin Jahsyi dan Abu Ubaidah Al-Jarrah (Manusia rongak yang paling baik kerana beliau telah membantu Rasulullah mencabut besi pada rahang baginda sehingga kedua rahang Abu Ubaidah tercabut). Sedang asyik mendengar, Muallimah Yong pun pulang ke rumah. Muallimah beritahu kami bahawa Auni telefon. :phonehappy: Katanya, "Muallimah, ana lupalah :puteh_23: ada usrah hari ini." Selesai usrah, kami mendengar cerita daripada Kak Majidah tentang pengalamannya menjadi MPP di SMI Hidayah JB. Katanya, sebenarnya form 3 ini pun, masih belum cukup tarbiyyah. Jadi, tak perlulah lagi keluar daripada Al-Amin sekarang.

18 November 2009, Rabu

Hari ini, ana ada projek dengan Izyan. Kami ingin membuat penanda buku untuk diberikan kepada pelajar kelas kami dan guru yang berkaitan dengan form 3. Tapi, projek kami tergendala seketika kerana pada paginya, ana dipanggil untuk membuat latihan untuk ke PRINT'09 (Perkhemahan Internasional 2009). Ana masuk BaSeD seperti biasa. Hari ini cuma ada 4 orang sahaja yang berlatih BaSeD. Lagi 6 orang, form 5 sedang SPM. Ketiga-tiga orang daripada kami memang sudah biasa dengan BaSeD, jadi, agak mudah bagi kami. Hari ini, kami cuma fokuskan kepada Fatimah kerana ini adalah pertama kalinya dia masuk BaSeD. Kemudian, kami berlatih berguling cara BaSeD dan 'bintang'. Izyan menunggu dengan setianya di hadapan asrama. Selesai berlatih, kami bergegas ke musolla untuk meneruskan projek. Namun, kami dipanggil oleh Muallimah An untuk turun ke depan asrama.

Rupa-rupanya form 3 ditugaskan untuk membersihkan khemah. Pada mulanya, ramai yang merungut kerana tahun-tahun sebelum ini, semua orang wajib membersihkan khemah kumpulan masing-masing. Banin seperti tidak biasa dalam hal-hal khemah. Akhirnya, banat kena bersihkan semula khemah yang 'dibersihkan' oleh banin. Pada mulanya, ana merancang untuk melipat khemah sahaja. Tapi, akhirnya ana rasa nak menyapu sekali. Last sekali, ana bersihkan ground sheet banin yang agak besar. Kami membersihkannya dengan cepat kerana hujan rintik-rintik.

Seusai membersihkan khemah, barulah kami makan pagi. Hari ini, kami makan agak lewat daripada orang lain. Kemudian, ana dan Izyan ke kelas dan menyiapkan penanda buku. Kemudian, datanglah Zalilah. Dia turut menolong kami. Suasana menjadi agak bising dengan kedatangan Marsha dan Robiatul. Mereka tidak sabar menyuruh ana ajar mereka berguling cara BaSeD dan 'bintang'. Selesai menyiapkan penanda buku, ana pun ajarlah. Tapi susah juga nak ajar kalau mereka tiada keyakinan. Kira-kira jam 12.35 tengah hari, kami pun memberi penanda buku tersebut. Ana bercadang hendak membeli :tapau2: coklat cadbury di kedai belakang rumah ana untuk diberi kepada kelas 3 Ibnu Majah. Tetapi disebabkan halangan yang tertentu, ana tidak dapat membelinya.

Jadi, pada malam harinya, ana bersama adik lelaki ana membuat 2 bekas kek coklat.
:buatkek:


19 November 2009, Khamis



Pagi ini, kami diberi tugasan oleh Ustaz Khairuddin untuk menghafal juzu' 1 pada cuti persekolahan ini. Seterusnya, ana mengira duit :writing: kelas yang perlu dipulangkan bersama Izyan. Kemudian, kami memulangkan wang :1: tersebut bersama 10 potong kek kepada banin kelas ana. Selepas makan pagi, kami berlatih kawat. Walaupun ana tidak masuk pertandingan kawat, tetapi ana perlu mengajar mereka kerana ana telah pergi Kursus Kemahiran Kawat 2009. Ana cuma memberi arahan, ajar mereka dan berlatih gulingan 'bintang'.

Pada tengaharinya pula, kami dipanggil oleh Muallimah An untuk membersihkan bengkel. Ana, Marsha, Zalilah, Amalina, Haziqah dan Auni. Sejak akhir-akhir ini, kami banyak mengemas dan membersihkan :cucirumah: tempat. Walau bagaimanapun, itulah kenangan manis yang sebenarnya yang dapat kami kutip. Pada waktu beginilah, kita dapat mengetahui hati dan budi :flower: seseorang itu. Memang sejak akhir-akhir ini, ana agak sibuk, terkejar sana sini. Tapi itulah yang menggembirakan hati ana. Memang pelik tetapi ana suka mencari kerja sebab ana memang tidak suka duduk diam. Pernah suatu hari itu, Wafaa' mengadu kepada ana. Katanya, kakinya sakit kerana ikut ana berulang alik ke sana sini semalam. Akhir sekali, kami berkumpul di dalam kelas untuk mendengar ucapan yang ditulis oleh senior.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Halaqah @ Usrah

HALAQAH:
Sekumpulan manusia yang berkumpul atas dasar cinta kepada Allah.

USRAH:
Keluarga..

ADAB HALAQAH @ USRAH:
  1. Bersedia dari sudut ruuhi.
  2. Bersedia dari sudut aqli.
  3. Bersedia dari sudut jasad.
  4. Bertanggungjawab menjaga keceriaan halaqah.
  5. Beri tumpuan.
  6. Berfikiran terbuka dan menerima teguran.
  7. Hidupkan suasana halaqah dengan perbincangan.
  8. Jauhkan diri dari sikap taksub.
  9. Jaga adab berbincang.
  10. Memberi teguran dengan berhikmah.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Bulatan Gembira
Design by a.a.ghariib