Definisi 'USRAH':
- Keluarga
- Perisai (Hasan Al-Banna)
- Jamaah atau kumpulan yang diikat oleh perkara yang sama.
"Duduklah bersama kami supaya kita beriman sejenak"(Muaz bin Jabal)
- Satu kumpulan du'at yang dibina berasaskan kasih sayang kerana Allah.
- Batu bata binaan yang mengikat antara anggota atau ahli dengan kumpulan.
- Satu kumpulan yang beramal selepas mengenal pasti kemampuan dan mengaktifkan potensi.
- Merupakan salah satu wasilah tarbiyyah.
- Para sahabat berkata:
"Kami tidak melewati 10 ayat sebelum kami beramal dengannya."
- Said Hawwa pula berkata:
"Menghadiri usrah adalah pengiklanan terhadap persediaan."
- 3 rukun dalam usrah
- Taaruf
- Tafahum
- Takaful
- Mewujudkan peribadi muslim yang sempurna dari sudut:
- AQIDAH
- IBADAT
- FIKRAH
- THAQAFAH / ILMU
- AKHLAK
- TANZIM
* * * * *
wassalamualaikum...Hari ini, kumpulan usrah ana, kumpulan Muallimah Yong, ikut usrah gabungan makcik-makcik JIM dan muallimah-muallimah. Kena duduk depan sekali. Rasa segan pula sebab kami sahaja pelajar. Jadi, tazkirah hari ini dibentangkan oleh 'ummi', mak Khadijah. Pada penutupnya, Makcik Ros kata, minggu depan, waktu iftar jamaie Makcik Midah, mak Mardhiyyah nak belanja makan untuk minta tolong solat hajat untuk Kak Sakinah. Hal ini disebabkan oleh Kak Sakinah akan sambung belajar ke Australia. Kalau tak salah ana, bertolak pada 5 Februari 2010.
Bila dah masuk semula group usrah, kami melantik bendahari iaitu Robiatul dan membahagikan tugasan untuk minggu seterusnya. Ketua, sudah dipilih oleh Ustaz Idris (PK Tarbiyyah) hari itu. Muallimah kata, malam ni, ada dua orang Jerman akan datang ke sekolah untuk belajar lebih lanjut tentang Islam. Muallaf. Seorang lelaki, seorang perempuan.
Kami habis awal hari ini, pukul 5:00 petang. Mula-mula, ingat, nak balik sekalilah dengan adik ana. Dia habis kelas tambahan pukul 5:45 petang. Kemudian, Muallimah An, Muallimah Ain dan Muallimah Fatimah Munirah (Ira) minta tolong angkat barang, nak pindah ke bilik sebelah. Ana pun tukar plan, ana balik pukul 6:30 dengan Mardhiyyah. Ana, Mardhiyyah, Robiatul dan Faiqah. Tiba-tiba, nampak Pakcik Abas lalu. Mardhiyyah pun tanya, kenapa kena pindah ke sebelah? Rupanya nak jadikan bilik guru ni, bilik lecture. Alihkan katil, susun karpet, angkat buku. Meja diangkat oleh Hafizuddin dan Nazifi. Dan 'dibantu' oleh Ashrin dan hmmm.....tak ingat pulak nama dia. Mereka berdua bermain sambil angkat meja dan laci. Kelakar. Macam budak-budak sekolah rendah. Yang laci tu, dia main pusing-pusing macam kereta. Yang meja tu, jadi apa entah keretapi ke lori.
Dapat upah keropok sira daripada Muallimah Ain. Makan dengan Kak Ain, 'Abah' dan Kak Shaidatul. Makan depan tandas muallim dan tangga banat. Kakak-kakak ni pesan, jangan drop fizik sebab fizik ni, subjek penting. Masa hari Isnin hari itu, ana memang bercadang nak drop fizik. Tapi, bila bincang dengan mak ana dan abang ana, tak jadilah nak drop. Abang ana kata, Pakcik Zameran beritahu dia, Kak Mardhiyyah nak masuk U dulu, kena ada/tahu fizik. Sedangkan bidang yang diambilnya tidak ada kena mengena pun dengan fizik.

::4 Safar 1431H::
Semoga beroleh manfaat^^
0 responses:
Post a Comment