Syukran kepada kedua ibu bapaku yang telah mendidik aku dari kecil, sebelum aku mengerti apa-apa, keluargaku yang lain terutamanya abangku. Para muallim dan muallimah yang pernah mendidikku di Tadika An-Nur, SRIAAK dan SMIAAK. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Juga sahabat-sahabatku sekalian^^
Seawal pagi semalam, hantar sms pada para murabbi. Bukan semualah, hanya berpeluang untuk menghantar pada mereka yang ku punyai nombornya. Boleh faham tak?
Sungguhpun begitu, sudah ku kirimkan salamku pada yang lain melalui muallimah Azlinda dan sahabat-sahabatku yang hadir ke sekolah.
Ucapan yang ku beri ringkas sahaja,
Selamat Hari Murabbi. Syukran atas segala didikan yang telah muallim dan muallimah beri. Doakan kami selalu. -Irfan dan Syaza-
Ada beberapa orang murabbi yang membalasnya. Yang lain agak sibuk mungkin.
Antara balasan sms mereka,
08:09 - Laisa al 'aid bi lubsu al jadid, wa lakin, al 'aid bi al imani tazid.. syukran
08:50 - Jazakillah. Doakan muallimah juga.
09:53 - Syukran, moga anak-anak dirahmati Allah
10:09 - Syukran kathira..hanya doa dari anak-anak pelajar yang kami harapkan..syaza dapat tawaran ke mana-mana?
Me: 10:14 - ______. Diploma Pengajian Islam (Al-Quran dan As-Sunnah)
10:15 - Tahniah
Me: 10:16 - Terima kasih^^ 4 Jun ni masuk. Izyan dapat situ juga, diploma undang-undang.
10:23 - Nanti nti bawa perubahan pada ______...jadikan semula ia seperti asalnya.. jangan biarkan perubahan berlaku pada tempat yang pernah melahirkan ulamak-ulamak. InsyaAllah.
Me: 10:24 - InsyaAllah _tahun _ juga dekat situ.
10:25 - Muallimah doakan yang terbaik untuk nti dan sahabat-sahabat
Me: 11:53 - Kirim salam pada guru-guru lain. Rasa macam tak dapat nak datang hari ni.
12:51 - Takpelah, doa dari jauh..
14:57 - Terima kasih atas ingatan
14:59 - Mana boleh lupa pengetua kita.^^ Sekampung pulak tu.
20:23 - Tq 10x.... Hi..hi..
15:01 - Alhamdulillah. Sama-sama. Doakan kami juga dan moga berjaya dunia akhirat
15:02 - InsyaAllah. Ameen. Sampaikan pada muallim juga.
Hantar juga pada sahabat-sahabatku yang turut bekerja dalam bidang ini. Seorang di SMIAAK, seorang di SRIAAK, seorang di Tadika Nurul Iman dan seorang lagi di Tadika An-Nur (tadikaku). Tiba-tiba rindu cikgu Yus dan cikgu Sal.
Jumpa gambar muallim dan muallimah SRI je
Teringat beberapa hari lepas, ustaz Khair call. Bila angkat, ditanya, "Ni [nama penuhku]?" "Ya." "Ni cik [nama penuhku] ke?" "A'ah." "Ni memang betul [nama penuhku]?" Hish, lain macam je ustaz tanya. Ni mesti nak kenakan orang. -monolog- "Ya, ustaz nak apa?" "Huih, tau pulak dia. (ust gelak) Baru nak wat lolok tadi." Barulah ustaz beritahu tujuan sebenar ustaz call.
Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)
"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus." [Q:22:54]
Malam harinya, ikut bulatan gembira. Usrah terakhir buat Wafaa' sebelum dia masuk U minggu depan pada 23 Mei 2012. Ana dan Izyan ingat, kami dah lambat sebab hari ni pergi dengan ayah dia, mak dia tak sihat. Kena tunggu ayah Izyan balik dari masjid.
Bila sampai, oh, awal sekali~
Duduk dulu bersama Izyan, Robi dan Wafaa'. Buka bungkusan pos laju yang baru diambil petang tadi. Tak sempat nak buka, jadi sementara tunggu Izyan datang tadi, cuba buka (di luar rumah) tapi tak berjaya. Disampul kemas.
Robi kata, "Semakin rancaklah dia mengait nanti^^"
Mula lambat sikit usrah. Tunggu cik MC. Sementara menunggu, muallimah kumpul data kami sebelum masuk U. Tempat belajar, jenis bidang, bila masuk dan no hp. Paling lambat masuk adalah pada 4 Jun iaitu 4 orang daripada kami.
Hari ni semua orang ada. Kak Maya dapat datang. Ditambah pula dengan kak Maisarah yang mahu turut serta sama.
MCnya yang ceria, pandai-pandai pergi letak tema malam ni iaitu FOKUS. Tazkirahnya pula berkenaan Matematik. Tidak hairanlah tajuk tazkirahnya begitu kerana dia sememangnya mengajar subjek itu di sekolah. Bukan setakat mode math malah add math juga diajarnya^^ InsyaAllah nanti ana post, rasa menarik tajuk tu
Ada juga cerita sikit-sikit pasal hari guru. Muallimah cerita, orang Jordan telefon muallimah. Manakala orang Mesir skype dengan muallimah dan muallimah Ainon. Kelakar muallimah kata tengok diorang masa skype. adalah sebabnya, rahsia
Kak Maya bawa kek untuk birthday girls. Kak Muazzamah dan Robi. Makanan pun banyak hari ni. Kak Muazzamah pun bawa kek juga, kek tiramisu cheese.
Suruh Wafaa' beri kata-kata terakhir. Agih sedikit cenderahati pada setiap ahli. Lagi 3 tak dapat nak bagi lagi sebab diorang tak dapat turut serta usrah bersama kami. Kak Soli, Nurul dan Khadijah. Nanti datang tuntut, hehe..
Habis agak lewat dari biasa. Bahagia~
Berilah kebahagiaan kepada orang, nescaya kamu akan peroleh kebahagiaan walaupun hanya melalui hadiah, senyuman dan doa. -Wafaa'-
Ps. Post yang bercampur-campur kisahnya~ Pss. Post yang paling banyak label.
Pada 7 Mei yang lalu, 4 orang daripada kami telah 'menemani' kanak-kanak berusia 4 tahun melawat ke zoo mini di sini. Segalanya bermula dari sini~
Peserta dari SMIAAK, tidak berkesempatan untuk bergambar sama sebab kena jaga sijil masa ni.
1 Mei 2012- Majlis Pelancaran IKRAMTeens Nampak Mardhiyyah dan muallimah Noraidah berbincang something. Pergi menyibuk, buat-buat lalu. Takdelah, ana pun lupa, memang nak lalu situ atau memang saja nak menyibuk. Tiba-tiba Mardhiyyah berpaling ke arahku sambil bertanya, "Boleh je kan?" "Huh? Apa, tiba-tiba tanya ni?"
Dia pun ceritalah. Muallimah minta tolong jaga budak-budak tadika yang akan melawat zoo mini pada 7 Mei ni. "Nak berapa orang?" "Dalam 2 atau 3 orang." "4 orang boleh?" "Boleh. Asalkan tak lebih dari 5 orang." "Ok, kang sama pulak dengan budak-budak." "Tu lah. Nanti you all pulak lagi ramai dari budak-budak." "Tak lah. Bukan ramai pun yang ada dekat sini."
Alkisahnya, lebih kurang pada jam 7:40 pagi ana sampai di sekolah. Tunggu Mardhiyyah. Robiatul dan Auni lambat sikit. Pergi jumpa muallimah Noraidah. Baru tahu, 24 orang budak yang akan ke zoo semuanya berusia 4 tahun dan hanya 3 orang guru yang turut mengikuti mereka.
Muallimah awal-awal dah kata, "Biar orang lain jaga Ruqayah, kalau denga orang yang dia dah kenal, nanti dia tak dengar cakap." Angguk sahaja. "Tapi muallimah suka juga kalau you all yang jaga dia." ^^
Ruqayah, "Awak masuk dulu." Muallimah, "Amboi, pandai ber'awak saya'. Kakaklah tu." Minum-minum air kotak susu, tanya pada dia, "Sedap?" "Pedas." ??
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam taska tersebut, budak-budak terus melihat ke arah kami. Tak kelip mata. Yelah, strangers. Hee~
Pagi-pagi diorang zikir, baca doa dll. Sarapan pagi. Dekat sini dah lengkap ditulis menu makan setiap hari bersama kalorinya. Mardhiyyah kata, sama macam masa PLKN, ada menu setiap hari. Ada juga budak yang bernama Auni dan Marsha. Ruqaiyah pula dah 'lekat' dengan Mardhiyyah.
Bertolak~
Dalam bas duk cakap pasal upu dengan Robiatul.
Setibanya di zoo, bahagi kumpulan. Setiap daripada kami harus menjaga 3 orang kanak-kanak. Dapat dengan Umaimah (anak ustaz Zul dan mlmh Adha), Farisha dan Alfad. Jalan mana-mana kena pegang tangan sentiasa.
Budak yang paling kecil kumpulan Robiatul, Fifi, umurnya dalam 3 tahun setengah. Ruqayah duduk dengan Mardhiyyah. Auni dah sangkut dengan seorang budak ni, lupa nama penuh dia.
Putera (Auni), Umaimah, Farisha, Alfad
Macam-macam keletah. Terhibur~
Walaupun hilang suara pada saat itu, tetap rasa gembira dapat bersama mereka^^
Balik-balik dekat taska, Haziqah telefon Robi, cakap pasal result UPU. Tak lama kemudian, muallimah Noraidah ambil kami, hantar ke sekolah. Auni dan Mardhiyyah cuba check result melalui sms. Tapi tiada balasan jawapan, line penuh kot.
Muallimah nak dengar postmoterm. Di samping itu, muallimah turut mengajak kami menyumbang idea untuk kem kepimpinan SRI.
Ada juga orang ingat tarikh kelahiranku (tahun hijri), walaupun dah beberapa hari berlalu. Daripada orang yang tidak disangka-sangkakan^^
Sekiranya anda datang ke blog ini untuk membaca apa yang akh Munzir post di group SMIAAK, sila pergi ke link ini.
Ana menjangkakan post ini agak panjang sebab separuh hari juga kami berada di sekolah.^^ Kalau tak nak baca takpe~
20 Januari 2012, Jumaat
Masih tak tahu nak pergi ke sekolah dengan siapa esok. Nak tumpang pakcik ana, dia kata dia kerja esok. Nak tumpang muallimah Fatimah, muallimah kata, muallimah tak datang esok sebab pergi kursus MUSLEH. SMS dekat Mardhiyyah.
Terus dia telefon ana. Dia tanya nak pergi dengan siapa esok, kalau boleh, dia nak tumpangkan kami ke sekolah. Sempat jugalah dia cerita sikit pasal PLKN, perjalanan program esok, tanya khabar pasal akhawat sebatch, pasal sekolah. Maklumlah, dia tak bawa handphone masa pergi PLKN, tak tahulah tertinggal ke, memang sengaja tak bawa.
"Warna apa tema? (Saje tanya)""Tema? Hmm..Warna purple.""Purple? Wah, betul cakap Izyan. Hari tu cakap pasal ni, tanya diorang, agak2 warna apa kali ni, dia kata, tengoklah kad, kan warna purple.""Pandai Izyan. Dia datang tak esok?""Rasanya tak sebab dia nak balik kampung."
Katanya, pukul 8:30 pagi esok, akad nikah dekat rumah dia. Dalam pukul 11:00 lebih baru ke sekolah. Dia ajak juga ke rumah dia, yelah, tapi takde transport kan. Tanya juga dia, Marsha pergi pukul berapa, dia pergi tak rumah nti? Kalau nti takut tak boleh ambil ana, nak try tanya Marsha pula.
21 Januari 2012, Sabtu
[kredit, nak tengok gambar lain, pergi ke link tersebut]
Dalam pukul 11:00, tunggu dekat luar rumah, jalan kaki ke lorong hujung, biar makcik senang ambil kami. Pergi dengan makcik Midah, Mardhiyyah je ada dalam kereta tu, yang lain, dah pergi sekolah dengan pakcik Abas. Im tanya, "Macam mana tadi?" Makcik Midah, "Alhamdulillah, semuanya lancar. Sarah mana?""Dia ikut pergi Penang.""Kita jadi wakil.""Oh, makcik tak tau Ibrahim pun ada, kalau tak, makcik datang je ambil ajak pergi rumah.""Kak Syaza tak bagitau ke im pun ada?""Saya bagitau dekat Mardhiyyah."
Sampai dekat sekolah, jumpa Wafaa' dengan beberapa orang banat asrama. "Gelap..hehe." "Aish, jangan tegur." Mardhiyyah ajak ana jumpa keluarga dia, Mak Long dia rasanya, yang anak dia sekolah Hidayah JB. "Ni Syaza, kawan Mardhiyyah. Dia orang Johor jugak.""Johor, dekat mana?""Pengerang, Kota Tinggi." Hari ni baru jumpa keluarga dia yang lain, selama ni, dengar dia cerita je, tengok gambar. Jumpa juga kak Atiqah, kawan kak Sakinah yang belajar sama2, dari Kelantan. Umi dan ibu pun ada dekat depan sekolah.
Ikut Wafaa' pergi dengar taklimat dari makcik Ros untuk AJK Kebersihan. Tuang lauk dengan Mardhiyyah sekejap. Cikgu Hussin tegur, "Ni, dah habis sekolah kan?" "A'ah." "Belajar mana dah le ni?" "PLKN." "Oh, tengah tunggu result."
"Nti tolong bagi goodies boleh?" Kak Mardhiyyah panggil ana dengan Wafaa', minta kami tolong bagi goodies. Bahagi tugas, Asma' dan Sarah bagi untuk orang perempuan. Ana dengan Wafaa' kena bagi dekat orang lelaki, ana bagi kanak2/remaja, Wafaa' bagi orang dewasa. Kami ni seganlah juga, tapi kak Mardhiyyah suruh kami sebab dia kata, biar orang besarlah buat. Sami'na wa ato'na. Haziqah, Syikin dan Hazirah pun datang.
Awal-awal ok lagi. Muslim, ada je 'muslihat' supaya dia dapat lebih, lama tak jumpa budak ni. Kemudian, budak2 form 5 nak ganti tempat kami sekejap. "Fa', kenapa nti nampak gelap dari Mardhiyyah." "Memanglah, diorang baru sekali kawat, kitorang kawat lagi banyak dari diorang.""Oh, a'ah, sebelum ni asyik hujan dekat sini. Best ke?""Tiap-tiap hari rasa nak balik, tapi ok je, Syikin sama kumpulan dengan ana."
Tak lama kemudian, nampak Marsha, dia tolong sediakan lauk untuk pengantin. Pergi join sekali. Letak lauk, susun pinggan dan sudu. Tak lama kemudian, Haziqah, Syikin dan Hazirah pun minta diri, Zalilah baru datang. "Robi datang lepas Zohor." Syikin, "Dia semangat sekali ajak kitorang, tengok2, dia datang lambat sekali.^^"
Pergi bertugas balik, 'singgah' dekat umi sekejap, nak tengok Ilyas. "Berapa tahun dah ni?" "Setahun 3 hari, 18hb hari tu.""Dah besar dah.""Eh, dia ada tahi lalat dekat sini.""Ni, tahi lalat manis." Zalilah balik."Bai cikgu~""Ana jadi pembantu je lah." "Samalah tu.""Lah jadi cikgu?" "A'ah, tadika kita dulu. (Tadika an-Nur, dulu ana duduk Kerteh, ana pun nak sekolah SRIAAKerteh dulu sebenarnya, tapi abang ana dah sekolah kat SRIAAKemaman)""Sekali dengan Hazirah."
Dah lama2 tu, jadi segan bila nampak banin sekolah kita dan alumni, macam mana ni, kitorang juga ke kena kasi? Tiba-tiba, Mardhiyyah datang, ajak ana ambil barang untuk bagi kepada keluarga pengantin. "Jom, nti bagi goodies untuk kanak2 dekat dalam tu." Masa tu, kawan kak Sakinah, Ihab (doktor) jadi penghibur.
Dah habis tu, cari Wafaa'. "Lah, mana bakul nti?""Ana dah bagi adik nti.""Mana aci, nak bagi jugalah. Nti bagitau tak yang tu untuk orang dewasa.""Tak, ana terus bagi." "Aduh, bagilah briefing dulu sikit." Dah jumpa dia, beritahu apa yang patut. "Im nak bagi yang kanak2 punya."(Dia mmg suka budak2, budak2 pun suka dia, mengingatkanku kpd nabi Ibrahim) Kami pun cari kerja lain.
Nampak Marsha makan sorang2. Jumpa mak Atifah, tapi dia takde. Kak Ainin pun ada. Innah (kakak Mardhiyyah) dok berkepit dengan ana, kesian juga dia terpaksa ikut ana pergi mana2. Tapi dah cakap dah, "Innah nak ikut kita ke? Nanti takut Innah penat pulak ikut kita jalan sana sini.""Takpelah, kita nak ikut awak." Jumpa muallimah Zuliana. "Kagum ana muallimah datang." "Tu lah, sebab saya rasa lapar.""Best ke sekolah tahun ni muallimah?""Tak, awak semua dah takde." Tergelak kami. Muallimah tanyalah Wafaa' pasal PLKN.
Tak lama kemudian, Marsha datang jumpa kami. "Dah makan belum?" "Belum." "Haih, cepat pergi MAKAN!!!" Akhirnya, kami terheret juga untuk makan, nanti kena bebel. "Wafaa' tu?" "Nanti ana panggil." Kami duduk sebelah kawan2 kak Mardhiyyah. Masa nilah peluang untuk berehat, temu ramah. "Marsha, nti pergi ke pagi tadi?""Tak, tapi keluarga ana semua pergi. Ana kena tinggal. Lepas tu, ana pergi rumah muallimah Yong, tolong masak." Dia sibuk tanya pasal lesen, dia nak ajak ambil sekali. "Rileklah, dulu ana ambil sorang2 je.""Hu, panjangnya keluarga dia." Keluarga Mardhiyyah bergambar dengan pengantin.
Hazimah dan Robiatul pun datang. Ana habis je makan, Fatimah pula datang. Famous dia, semua orang tegur sebab dia pergi PLKN. "Kenapa korang semua ni ha? Muka ana ada cop PLKN ke ha?!" Mardhiyyah pun baru makan. Makcik Ros datang duduk sekali dengan kami. "Ceritalah, makcik nak dengar juga." Maklumlah, makcik Ros tu naqibah dia. Kelakar dengar cerita dia, famous dia sebab satu insiden yang berlaku. Tapi dia ada nama panggilan lain dekat sana. Ada juga dia cerita benda yang dia rasa geram. "Sabar, dia saje nak provoke, dia tahu kita sekolah agama." Ya, itu dia pesanan makcik Ros.
"Nanti, lepas cuti ni, kitorang nak hantar surat, minta supaya boleh pakai tudung labuh. Sebab kawan ana tu, ayah dia peguam. At least, kita usaha kan.""Eh, dalam iklan, diorang pakai tudung labuh.""A'ah, tudung hitam tu kan.""Yang dia buat test air sungai.""Tu dulu, dia tak bagi sekarang. Awal2 hari tu, ada je yang pakai, kena sound sedewan." Semua mengadu, tak selesa bila pakai baju, tudung masuk dalam baju. Orang semua dok kata, best diorang makan 6 kali sehari. Hakikatnya, sahabat2 ana ni, banyak juga skip makan, sebab kalau nak ke dewan, kena pakai uniform dia yang kena masukkan tudung ke dalam.
Mardhiyyah kata, dia punya pakaian, semua dia pilih yang besar2, XL rasanya. Kemudian, kawan Cina dia yang dari Temerloh, sebelah katil dia, Pang, kata, "Haiya, lu punya baju manyak besar ma. Macam baju tidur ma." (Mardhiyyah kata mmg dia selalu sebut kalimah ma) "Takpelah, saya selesa pakai baju besar/longgar macam ni.^^" Fatimah pernah kena baca ikrar dekat depan. Diorang ada nombor dekat pakaian diorang.
Diorang kata, kalau merokok, kena denda. "Tapi ana terkilan jugalah, sebab orang tu sendiri merokok.""Cakaplah dekat dia, PAKCIK!!" Serentak mereka bertiga, "Haih, mana boleh panggil pakcik dekat sana, kena denda nanti." Diorang pun sebut panggilan yang dibenarkan. "Oklah, TUAN, KENAPA TUAN MEROKOK? KATA TAK BOLEH MEROKOK, TAPI TUAN PUN SAMA JE..BLA..BLA.." "Macamlah nti boleh cakap macam tu." "Oklah, kita tukar nada, tuan, kenapa tak boleh merokok? Memang itu peraturannya. Bukan apa, saya teringin nak ikut apa yang tuan buat." Macam2lah Marsha ni. "Eleh, bila nti ada depan dia, bukan nti cakap betul2 pun." "Memanglah -_-" tapi ana cakap dalam hati." Konklusinya, merokok tetap haram~
Fatimah pun balik, sebab dia nak pergi rumah Syifa' pula.
Diorang ceritalah kehidupan seharian mereka. Banyak juga istilah yang kami tak faham. Diorang kata ada juga jumpa ex-alaminians batch 7; Sabri, Abas (kalau tak salah), Afif, Firdaus. Dengar cerita ada orang tu dah jadi kurus. Sabri selalu bagi arahan dekat depan, kata Wafaa'.
Nampak makcik Baya, tapi Nusrah takde, dia suruh Naili kirim salam pada kami. Nusrah pun patutnya pergi PLKN juga, tapi dia kasi surat. Kami pun pergi ke depan sekejap, tengok gambar2 sekejap. Sekali Hazimah tanya, "Eh, macam pernah tengok je pakcik tu.""Pakcik Mazuni. Mi..mizuna." "Heh, Muzani lah.""Ha, ye, Muzani, ayah Anas. Apa nama isteri dia, lupa.""Makcik Alawiyah.""Ha, ye."
"Eh, dah, Aisyah ada tak?""Ada tadi, dekat dalam.""Jom, jumpa sekejap.""Malulah.""Takpe, nti ikut ana, biar ana cakap." Wafaa'ni, payah nak ajak dia. "Dulu, kitorang kawan baik. Tapi lepas pindah, lama dah tak jumpa." Akhirnya, makcik Ros, "Mana Wafaa'?""Tu, dekat tiang." "Wafaa', meh sini jumpa Aisyah." "Hahaha, kan mak hang pi panggil hang sendiri."
Dia mengajar dekat Al-Amin Bangi. "SRI ke, SMI?" "Haih, SRI lah, tak kan SMI kot.""Mana tau kan.""Nti kerja apa?""Ana, PLKN.""Oh, nti ana ada baca kat blog hari tu.""Blog Robiatul?" "Yelah kot.""Nak jumpa dia? Meh kitorang kenalkan. Mana dia eh?" "Ntah, menghilang. Diorang yang lain malu nak jumpa nti." Tanya nanti nak sambung belajar mana. Dia kata nak jadi doktor.
Marsha lambai ke arah kami, hoho, diorang duduk dekat meja pengantin. Masa ni, dah nak pukul 4 dah. "Robi, dia nak jumpa nti tadi.""Bukan dia kenal ana pun." "Dia baca blog ntilah." "Malunya~""Kan, mesti malu kan nak jumpa orang yang kita tak kenal.""Nti ni pun Marsha, jadilah peramah sikit. (Kalau bab2 ni, dia mmg malu)" "Ana tak bolehlah, tadi ana jumpa juga Nazatul, tapi malu nak tegur.""Ye ke? Ana tak nampaklah pulak dia." Kawan tadika Mardhiyyah dan Marsha, geng sokmo 3 orang tu.
Kitorang cakap, Mardhiyyah dengan Wafaa' cakap laju. Tengah cerita pasal kawan baik ni. Marsha ada tanya, "Ana cakap laju tak?""Tak, slow.""Tapi bila ana debat, laju tak?""Hok tu laju lah.""Laju ok."
Orang2 Kerteh pun datang. Makan bubur kacang sekejap. Sambil tu, Marsha menjadi pendengar setia ana. Innah tak habis2 nak tolong ana. "Awak nak air?""Eh, takpelah, kenapa tiba2 tanya ni?""Takpelah, mesti awak haus kan." Sekali, pakcik Muzahar datang. "Assalamualaikum pakcik.""Waalaikumussalam.""Ni, 1, 2, 3, 4, 5, boleh jadi menantu." "Mende gok." "Tengok eh gambar ni, pakcik nak tunjuk." Semua menanti sambil tertanya2, gambar apa ye? "Hee~ Suspend." Marsha mengangguk dan mengiyakan. "Ha, tengok siapa yang duduk atas pelamin ni. Hebat tak?" (Cakap dengan nada bangga, nak tengok, cari sendiri dekat fb dia^^) Baru ingat, kak Sakinah, kakak Syifa' pun kahwin hari ni.
Lipat alas meja, alas kerusi, skirting dll. "Bleach. Ana baca komik dia." "Lama dah tak tengok cerita tu." Innah pun suruh Marsha cerita. "Haha, dulu selalu tunggu malam Ahad, nak tengok cerita ni." "A'ah, excited uh nak tengok." "Ana tengok kat tv je, habis je yang kat tv, ana dah tak tengok dah. Tapi adik-beradik ana yang lain still tengok. Kelakar pulak rasa, macam mana entah adik-beradik ana semua boleh tersangkut tengok cerita ni.""Ana, baca lagi komik dia." Dia pun cerita, panjang dia cerita, siap dengan gaya2 lagi. Marsha dan ana ada banyak minat yang sama^^
Simpan skirting dekat library. Susun pinggan, sambil tu dengar lagi usikan pakcik (tak ingat siapa), "Boleh jadi menantu nih." Ana dengan Marsha berpandangan sambil membuat muka seolah2 mengatakan (tah pape). Bungkus lauk. Sir Malik baru nak makan masa ni. Tadi, Sir makan bubur je. Terngiang2 di telinga, makcik Ros ajar membungkus, "Masukkan sedikit udara, lipat dua ke bawah, lipat dua ke tepi, masukkan getah, pusing, pusing, pusing secukup rasa, ikat. Siap, mudah sahaja.""Ce wat lagi sekali.""Kak, saya minta diri dulu." "Nak minta diri siapa?" "Saya." Kelakarlah makcik Ros.
Makcik Midah kata, "Budak2 lelaki yang basuh pinggan tadi dah balik dah. Tak sempat nak bagi baju. Diorang balik naik basikal je. Jauh rumah diorang tu, Gong Pauh, Bukit Kuang.""Siapa2?" "Tadi, yang ana nampak, Irfan."
Angkat kerusi. Kerusi besi yang berat tu, Robi kata, "Berat nanang." kami angkat 3 orang, ada yang angkat 2 orang. Tengok-tengok, adik ana angkat sorang je, lelaki kan. Lipat banner. Sir Malik, "Nak gantung dekat mana tu?""Tak gantung. Lipat." "Gantung kat bilik pengantin." Angkat meja dengan Marsha, Sir Malik dan Im. Mardhiyyah, sedang mengemop lantai. Sir tanya pasal kerja. Sir ingat ana ni finance officer. "Mana adalah, dia jadi PA System." Aduh, tergelak kami di situ, tapi Sir Malik tak dengar. "Macam mana boleh salah sebut PA System." Sir tanya, "Why, why?" Takpelah sir, mengarut je Marsha ni.
Makcik La kata, "Cepat-cepat, semua cari botol, bungkus air, bawa balik." Tak jumpa botol, biarlah. Robi dengan Hazimah sudah berjaya kutip botol mineral yang orang tinggal. Makcik Ros, "Ambil lah makanan2 ni, bawa balik." Diorang pun ambil. "Ambil 2 pun takpe.""Eh, satu je, tak boleh 2 sebab ada lagi orang tak ambil. Nanti nak..." tak sempat makcik Ros nak habiskan cakap, "Ambil 5 pun takpe.""Hui..hui..(terkejut makcik Ros)" Kagum tengok umi dan ibu bertungkus lumus tolong, "Kak, kena buat apa lagi?".
Dalam pukul 6:30, Robi dan Hazimah pun minta diri. "Lawatlah sekolah nanti." "Tu lah, ingat nak lawat juga. Jom lah kita pergi sama2.""Kerja." "Oh, ye lah." Tolong Mardhiyyah sekejap, tolong tarik baldi untuk mop je pun. "Tadi, masa ana dengan Marsha hantar bekas untuk basuh dekat belakang, kitorang macam terkejut tengok ada nti dengan Asma' je perempuan. Yang lain tu sepupu nti kan?" "A'ah.""Marsha kata, ana tak biasa dengan sepupu2 ana. Ana pun.""A'ah, sepupu ana ramai lelaki." Padanlah. "Eh, nenek nti yang Melaka datang jugak kan tadi?" "Datang." "Ana nampak dari jauh je, ingat nak jumpa juga, tapi dah sibuk2 tu, lupa nak jumpa."
Muallimah Yong pun datang ke sini, muallimah kata, nak balik dah. Buat isyarat ke Mardhiyyah (mengatakan Mardhi, gi lah tanya.) "Ah, muallimah, boleh tak nak join usrah minggu ni?" "Boleh je, nak buat bila?""Bila muallimah free?""Ahad je lah." "Esok?""Kalau Rabu?""Rabu u all ada lagi eh? Bila u all balik?""Khamis.""Oh, bolehlah. Tapi, group usrah diorang sekarang dah lain sikit. Ada kak Muazzamah, kak Sumayyah.""Kak Soli.""A'ah, si Solihah lagi. Tapi takpe je nak gabung dengan group lama hari tu. Kitorang buat malam." "Malam?" "A'ah, si Auni habis kerja pukul 5:30." "Kerja apa?""Ajar mengaji, sekali dengan muallimah Anis." "Nanti muallimah kabo semula pukul berapa." Mardhiyyah excited. Kabo ke Wafaa' sekali. Khadijah balik sini, masa Ahad, keesokan harinya.
Bungkus cawan2 dalam surat khabar bersama kak Atiqah, kak Muazzamah, sepupu Mardhiyyah (lupa nak tanya nama -_-"). Im pun datang, hantar barang. Kak Muazzamah, "Ibrahim, tadi ada makcik tu tegur, bagusnya budak lelaki tu, boleh buat menantu." "Hehe..I'm happy to be single now.""Siapa yang cakap?" "Mak Ngah. Ni la, kakak dia. Adik-beradik dia bijak2 ni." "Oh, anak siapa ni?""Anak makcik Norma. Kan?""Macam mana boleh kenal?""Ni, kawan baik Mardhiyyah. Rapatlah dengan keluarga dia." Semua kak Muazzamah yang tolong jawabkan. sambil buat kerja, makcik La datang, "Nah, Syaza, bawa balik air ni." Tu dia, 2 botol besar air oren.
Kak Sakinah pun ada lagi, dia pun tolong2 juga. Sekali, makcik La datang, "Meh, Syaza, balik sekali dengan makcik." "Hoho, balik dengan ana rupanya.""Syaza balik dengan Marsha eh, kereta makcik penuh, nak buang sampah dulu ni." "Ok." Simpan barang dalam kereta Marsha. Makcik La bawa balik 5 botol air, ha kau, lagi banyak.
Sir Malik datang, "Muat tak, kalau nak angkut sampah2 ni dalam kereta?""Mana boleh, belakang ni semua makanan." "Ya, kita campur je makanan dengan sampah." "Heh, kotor lah." Pakcik Abas, "Syaza, takpe kan balik dengan Marsha. Muat tak kereta." "Takpe, muat je. (sambil menunjukkan isyarat bagus d^.^b)" Duduk 4 orang dekat tengah, dah, dekat belakang, ada rak kecil dan makanan. Tanya Marsha pasal program dengan form 4 nanti. "Ana pun tak berapa pasti sangat. Sekarang, nak fokus untuk LKD dulu." Akhirnya, kami sampai rumah dalam pukul 7:45 malam. Rasa puas hari ni.
Note:
*Aisyah*Fatimah*Hazimah*Kak Atiqah *Keluarga Mardhiyyah *Mardhiyyah *Marsha, makcik La *Robiatul*Sir Malik *Syikin *Wafaa', makcik Ros*Zalilah *adik ana*ana*others
*Akhawat batch kami semua pakai baju sama warna. Tak pakat pun. Tapi yelah, sehati sejiwalah katakan^^
*Ikhwah batch kami ada juga yang menolong, setakat yang ana tau, Syafiq dan Mujahid (Dari pagi sampai petang), Irfan.
*Mungkin anda nampak, kami macam talkative. Budak2 yang lahir tahun 1994 memang semua macam tu, bila capai tahap matang, memang banyak cakap. Walaupun ada yang nampak macam pendiam, tapi hakikatnya, kalau anda kenal mereka...
*Next program, LKD.
Tadi, ayah ana tunjuk video orang masuk Islam ramai2 di German, 1,500 orang, dikendalikan oleh bilal Phillips. Ada juga video lain, semua tentang usaha mereka mengajak manusia ke arah Islam, ada lagilah Yusuf Estet, Hussein Yee dll. BAGAIMANA DENGAN KITA? APA YANG KITA SUDAH BUAT?
Harun Yahya juga ada mengatakan siapa yang ada penyakit kulit, itu semua tanda2 stres. Ubatnya, kena banyak baca al-Quran, insyaAllah, hilang penyakit tersebut. Panjanglah penerangannya.
Ps. Abg ana kata, suggest2lah kat kawan2 awak suruh sambung kat Jordan.
Pss.manakala kak Humaira' pula, tak sabar nak tunggu batch antum datang ke Mesir.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang musim cuti persekolahan. Yeay~ Namun begitu, masih ada pelajar yang hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM...
Abangku: "mengucapkan selamat bertarung dengan SPM kepada calon2 di seluruh Malaysia... Semoga dikurniakan Allah SWT keputusan yang terbaik; untuk kalian dan untuk ummah. Bit taufiq, and put your best efforts, and put your full trust in Allah, because He knows what is best for you...
SPM salah satu tangga dari tangga-tangga kehidupan. Bagaimana anda mendakinya menentukan apakah tangga yang bakal menyusul seterusnya. Hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan itu tidak akan berhenti. SPM bukan penamat, ia permulaan. Hadapilah ia dengan dua sikap orang mukmin: penuh optimis dan pengharapan!"
Doakan kejayaan kami semua, batch 7 yang sedang berjuang menghadapi SPM. 11A+ InsyaAllah. Perkenankanlah ya Allah~
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan kepada Tuhanmu, berharaplah." (Quran, asy-Syarh, 94:7-8)
Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)
Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.
Selamat Hari Guru!!!...
"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus." [Q:22:54]
-------------------------------
Bonda cerita, terharu sangat pagi-pagi, alumni-alumni hantar mesej pada bonda termasuklah abangku, kak Afifah dll. Yang lagi bonda terkejut, bila Akh Afif Mohd Nor telefon (batch 7), sehingga menitis air mata.
*Bonda- muallimah Yong
Teringat masa orang nak tangkap gambar dengan muallimah Azlinda. Ana dengan Afiah, "Bulat mata muallimah.""Yelah, takut dalam gambar jadi kecik." "Eh, ambil gambar muallimah dengan Syaza. Kitorang sokmo 'gaduh'.""Gaduh? Takdelah gaduh muallimah, main-main je."
-------------------------------
Masih belum terlambat kan Hazimah, Haziqah dan Robiatul Adawiyah?!
Sahabatku, Perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman, Mujahidah tidak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwwah, Istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan, Semoga ikatan ukhuwwah ini terbina selamanya...
Alhamdulillah, baru selesai menghadiri kem PQS dan kimia pada hari Jumaat dan Sabtu. Petang Sabtu, mereka yang akan mengikuti kursus kenaikan pangkat staf dan sarjan akan bertolak pada jam 6:00 petang dari Kuantan. Dalam jam 4:00 petang, mereka bertolak dari sekolah. Tak sempat nak ajar.
Jadi, banat ambil inisiatif, minta kak Humaira' tolong ajarkan dengan bantuan slide-slide yang telah dihantar oleh Farhana Sazali dari Al-Amin Bangi. Masa waktu rehat tengah hari, ajar dua benda lagi yang mereka tidak tahu. Ajar elak guna level 1 dan asas pergerakan BaSeD level 2. Panggil Wafaa' (sarjan baru), suruh dia beritahu apa-apa yang patut mereka tahu. Ajar ikatan anduh tong.
Mereka semua bertolak dari sekolah dalam jam 4:30 petang dan dihantar oleh Ustaz Azman, Muallimah Hayati, kak Humaira' dan Sir Malik.
Guru pengiringnya adalah Ustaz Khairuddin. Bakal Staf: Anas, Hakim, Ikmal Haziq, Syifa' Zameran dan Fatin Nadhirah. Bakal Sarjan: Syamil, Amir Aiman, Firdaus, Syafiq Hasan, Zaiful, Afiah, Najwa, Qurratul Ain dan W.N.Nadhirah.
Marsha: Marilah kita sama2 doakan kawan2 kita yang sdg berjuang habis2an kat setiawan sana tu. Moga segala urusan dipermudahkan dan tiada lagi benda pelik2 berlaku yg berkaitan ngan sekolah kita(pasal krs laa...)
Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Selamat berjuang! Naikkan semula nama sekolah kita. Sama-sama kita doakan. La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'ana.
Sahabat kita, Haziqah telah mengalami keretakan tulang pada buku lalinya. Kena masa buat latihan sukan, main bola jaring.
Mula-mula ingat terseliuh sahaja. Start masa rehat tengah hari, dia kata rasa sakit sangat kaki dia. Waktu kelas tambahan, muallim tak masuk. Duduk dekat luar, tengok orang main bola jaring. Dia pun duduk atas kerusi dekat luar. Dia kata sakit sangat. Kami buka stokinnya. Dah semakin membengkak!
Sama-samalah kita mendoakannya. Syafakillah ya ukhti. Semoga cepat sembuh.
"Dan tidaklah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam." (Quran, 21: 107)
* * * * *
Kami baru selesai mengikuti usrah pada pagi tadi dari pukul 7:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Monica Bay. Pelajar asrama pun pergi situ juga untuk beriadah. Hari ini usrah dengan 3 orang lagi makcik; makcik Midah, makcik La dan makcik Ma. Seronok! 4 orang sekaligus. Ain pun ada sekali.
Pada mulanya, makcik Midah mengajak kami bersama-sama menunaikan solat dhuha di tepi pantai ciptaan Allah yang indah. Kemudian barulah kami memulakan aktiviti riadah kami. Makcik Midah semangat jogging bersama. Makcik La dan muallimah Yong jalan (stroll) di belakang, menikmati keindahan di tepi pantai. Masa ni, Khadijah dan makcik Ma tak datang lagi. Rumah biru mendahului! Selalu lumba dengan rumah hijau (Mardhiyyah dan Izyan). 5 orang rumah biru termasuk Ain. Muallimah Yong dan makcik La ikut jalan pintas.
Dalam pukul 8:45 pagi, kami bersarapan bersama. Makanan berat tidak dibenarkan untuk dibawa. Dapat minum air zamzam yang makcik Ma bawa. Sambil-sambil bersarapan, makcik Midah pun berkongsi cerita ketika makcik ke Australia.
Amanah
Orang dekat Australia, kalau nak beli barang, boleh letak dalam apa-apa beg yang dibawa. Contohnya, beli barang kecil je, jadi letak je terus barang tu dalam beg tangan, nanti bayarlah dekat kaunter. Tapi, semua amanah, semua bayar lepas ambil barang. Takde pun yang nak sorok-sorok barang atau cuba-cuba nak curi. Sedangkan mereka bukan orang Islam pun. Tapi begitu jujur dan amanah.
Begitu juga keadaannya ketika hendak menaiki bas. Takde orang yang kutip tiket. Sistem mereka, naik bas terus bayar dalam tabung yang disediakan di depan.
Bersih
Kebersihan di sana amat dititikberatkan. Contohnya, lepas mereka makan di suatu tempat, mereka akan kemas dan bersihkan semula tempat tersebut. Tak perlu nak upah orang untuk bersihkan tempat tersebut sebagaimana di Malaysia. Tandas pun bersih. Nak masuk tandas tak perlu bayar tapi bersih sangat tandasnya. Boleh tidur dalam tandas. Dan semua tandas boleh digunakan, semua berfungsi. Sebab kerajaan dia guna duit cukai untuk kemudahan rakyat. Walaupun cukai di sana agak tinggi, takde pun orang merungut sebab mereka tahu duit tersebut akan digunakan untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat juga.
Ikut peraturan
Sistem di jalan raya begitu teratur. Biasanya, di tepi-tepi jalan, ada papan tanda had laju kenderaan. Mereka akan ikut had laju tersebut. Takdelah kemalangan dahsyat-dahsyat seperti di sini. Kadar kemalangan di sana rendah.
Berterus terang
Kalau ada apa-apa yang tak puas hati, mereka tak akan simpan. Mereka sentiasa berterus terang dan cuba menyelesaikan masalah. Takde cakap-cakap belakang.
Rakyat diutamakan
Ada tu, orang Islam minta masjid untuk dibina di kawasan tersebut. Kemudian, memang kerajaan dia bina masjid untuk orang Islam di situ. Bahkan masjid di sana lebih besar dari masjid yang terbesar di sini. Yalah, negara mereka besar, rakyat sikit, cukai tinggi.
Tapi ada juga orang yang menyebarkan dakyah-dakyah kristian. Walaupun mereka tahu kita Islam, mereka tetap datang. Biasanya, kalau orang yang tak kuat, ada masalah, dia akan mudah terikut dengan dakyah-dakyah mereka ni.
Orang-orangnya peramah
Mulut mereka begitu ringan untuk menyapa kita di sana walaupun dengan orang yang mereka tidak kenal. Sepatutnya, kita sebagai orang Islam perlu sentiasa menyebarkan salam. Malangnya, rata-rata umat Islam di dunia kini tidak berbuat demikian.
Seterusnya, kami ditanya, apa yang kami dapat, apa yang paling terkesan daripada SHB, Seminar Hasan al-Banna tempoh hari. Macam-macam jawapan. Makcik-makcik semua kata, kami beruntung kerana dapat pendedahan tentang dakwah lebih awal daripada mereka. Antara bab yang kami sentuh yang berkaitan dengan SHB adalah tentang guru, kepentingan usrah, sukan dll.
Masa sebut pasal guru, makcik-makciklah banyak bercakap. Maklumlah, semua jadi guru. Makcik Ma paling banyak cakap. "Dulu, zaman kami, macam tu lah cara cikgu kami mengajar (macam Ustaz Zawawi). Tapi hasilnya kami semua dapat. Budak-budak le ni, nak kepelbagaianlah. Kita pula kena belajar tahap kepandaian pelajar. " Kemudian, masuk pula pasal kelas tambahan sekolah makcik. Muallimah Yong cadangkan sistem rakan sebaya untuk belajar. Maksudnya, untuk kelas tambahan, pelajar yang ajar. Siapa yang paling mahir subjek/topik tersebut boleh ajar orang lain.
Lupa pula, kak Humaira' pun turut serta bersama kami. Dia cerita cara murabbi di sana mengajar dan mendidik. Barulah diteruskan dengan pembentangan seperti yang telah ditugaskan.
Banyak yang kami dapat hari ini. Dengan kehadiran makcik-makcik dan kak Humaira', lagi meriahlah dan lebih banyak perkongsian yang kami dapat. Makcik Midah banyak bercerita, makcik Ma sentiasa menjadi penceria suasana (sentiasa membuat kami tersenyum walaupun apa yang diperkatakannya itu betul), makcik La lebih banyak menyokong apa yang diperkatakan oleh sahabat-sahabatnya (nampak diam hari ini) dan muallimah Yong sudah tentu bercakap secara menyeluruh sebagai naqibah.
Afif dah pindah, semoga nti baik-baik sahaja di sana bersama kumpulan usrah nti...
Assalamualaikum. Wah, dah jadi senpai dah sekarang. Sekejap sahaja rasanya, sedar-sedar dah form 5 dah. Nampaknya, tinggal setahun lagi berada di alam persekolahan. Semakin bertambah usia, semakin bertambah tangungjawab, semakin kurang usia untuk beramal, semakin bersedia malaikat Izrail datang menjemput.
Esok, bermulanya sesi persekolahan 2011. Guru kelas form 5 tahun ini adalah muallim Nadir. Dengar-dengarnya, pakcik Abas kata, Ustaz Idris tak mengajar tahun ni, cuma jaga bahagian tarbiyyah dan Akh Sufian menjadi guru bahagian IT.
Ramai juga batch 6 yang jadi guru. Tadi datang sekolah dengan Mardhiyyah, ikut ayah dia. Ada pondok, mural, kipas tambahan dalam kelas, padang dll. Pustakawan pakai baju hijau. Banyak juga rasanya perubahan yang bakal berlaku di sekolah kita. Dari segi peraturannya dll. Masa kelas tambahan hari tu, pengawas-pengawas banat adakan perbincangan untuk sesi 2011. [ada banyak kisah yang berlaku masa kelas tambahan hari baru-baru ni. Nak cerita tak ye?]
Alhamdulillah, rancangan yang direncanakan dua hari lepas dapat dijalankan dengan baik pada semalam. Selepas bacaan mathurat, muallimah suruh banat form 4 berkumpul depan asrama. Nak main bola jaring. Bahagi kepada dua kumpulan, kumpulan nasaie dan saiena. Ana kumpulan nasaie dengan muallimah An (purple). Rasanya, saingannya taklah sehebat macam waktu permainan bola jaring hari Isnin tu. Dengan mudah muallimah shootkan bola. Pada waktu akhir-akhir, kumpulan saiena mula menunjukkan kehebatannya. Akhir sekali, seri!
Kemudian, kami pun (banat) segera menyiapkan segala macam benda untuk jamuan. Buat air, potong makanan, bahagi dan susun makanan. Kemudian, kami pun menjamu seleralah dalam bengkel tersebut sehinggalah pukul 9:45 pagi.
Setelah itu, kami disuruh bergegas ke bilik mesyuarat untuk aktiviti tayangan. Cerita Alangkah Lucunya Negeri Ini. CD yang dibawa oleh Marsha. Kalau bab-bab cerita, CD, serah sahaja pada Marsha. Tapi, kadang-kadang dengar juga ada yang kata tak faham sebab bahasa Indonesia. Sedang-sedang menonton, dipanggil atas urusan lawatan. Bagi duit kelas. HA, SIAPA BELUM HABIS BAYAR LAGI??
Keluar-keluar dari bilik mesyuarat, nampak ramai ibu bapa dekat depan pejabat. A'ahlah, keputusan UPSR keluar hari ini. Masa tu, tak ada perasaan apa-apa lagi. Cari Aqilah sekejap sebab muallimah Ainon nak minta tolong pasal duit hafazan. Selepas itu, jumpa dengan kakak-kakak form 5 sekejap yang sedang membuat hafazan. Tak terus masuk bilik mesyuarat sebab ramai orang lain depan bilik itu kerana bersebelahan dengan pejabat.
Kak Shaidatul ada terdengar beberapa orang punya keputusan UPSR. Dia pun beritahu masa tu. Diri ini menyibuk juga ketika itu. "5 orang je dapat 5A." "Ha? 5 orang je?" "A'ah, ramai dapat 3A. Oh, nti pun ada adik tahun 6 kan." "Hm." Dalam hatiku, ada harapan ke. Sebab biasa dia bukanlah antara top 10 pun. Biarlah dia dapat berapa-berapa pun, tapi ana curious sangat. Sarah Mazlan dapatlah macam yang ditargetnya.
Ana pun terus pergi masuk semula bilik mesyuarat sebab dah kurang sikit orang depan tu. Masuk-masuk, cakap dengan Wafaa' result adik dia. Orang lain pun sibuk tanya adik ana punya result. Ana tak tahu lagi masalahnya. Tak berapa lama kemudian, Tasha cakap, adik ana dapat 5A. Bila dengar tu, rasa macam tak percaya. Tanya dia banyak kali juga. Seronok tapi tak percaya. Ye ke adik aku tu? Mendadaknya. Dalam pukul 11:15 pagi, AJK yang berkaitan dengan permainan, pergi keluar dulu. Nak buat persiapan.
Sambil-sambil kami menyiapkan kertas-kertas untuk explorace, Sofia Idris tahun 5 datang, "Kak Syaza, Sarah dapat 5A." "Ok ^_^ " Tak tahu nak kata apa. Percaya sikitlah bila dah dengar dari mulut orang kedua. Sambil-sambil bersiap, pergi dekat kelas dia sekejap. "Sarah, betul ke dapat 5A?" Muka dia muka selamba je. "A'ah." Muka dia macam tak percaya pun ada. Muka selamba dan cool pun ada. Memang sebiji sifat dia dengan abang ana. Cumanya tak rajin je. Tapi, keputusan UPSR kali ini menurun dari tahun-tahun sebelumnya sebab 5 orang dapat 5A daripada 41 orang. SRIAAKertih macam menaik mendadak pula. Dengar-dengarnya 20 orang lebih dapat 5A.
Berbalik kepada explorace tadi, mula-mula ada taklimat dekat kelas oleh Syifa'. Haziqah, jaga checkpoint depan asrama, Villa idaman SMIAAK. Dalam kumpulan, kena ada sorang yang pergi ambil kad yang ditulis nama lagu dan penyanyinya. Orang tersebut perlu menyanyi dan diteka oleh ahlinya yang lain lagu apakah itu dan dinyanyikan oleh siapa. Kebanyakannya lagu Maher Zain. Tapi, tak semudah itu. Sambil dia menyanyi, Syifa' sumbat sagoon banyak-banyak dalam mulut dia. Kumpulan paling sporting adalah kumpulan Izzah.
Seterusnya, ana dan Wafaa' jaga di depan bilik pengawas, Tingginya view, I believe I can fly. Mereka dikehendaki untuk meneka rasa (pejam mata). Ada 3 jenis dan dalam setiap satu jenis itu mengandungi banyak bahan campuran. Dekat sini, kumpulan Nasyitah yang paling banyak betul.
Yang pertama, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Kedua, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketiga, kicap dan cuka. (Ramai kata sedap yang ni)
Kemudian, Mardhiyyah jaga dekat tepi sekolah, Jom Lepak! Kena putuskan tali rafia untuk dapatkan bendera rasanya menggunakan api. Bahagian ini dimenangi oleh kumpulan muallimah An.
Dan akhir sekali, Nurul jaga di kantin, Santapan Jasad. Setiap kumpulan kena pilih satu botol air yang mana setiap daripadanya mempunyai kandungan yang berlainan. Lumba minum air dan dimenangi oleh kumpulan muallimah An.
Sambil menyiapkan hadiah, mereka yang lain main dulu sambut-menyambut belon air. Siapa yang gagal tangkap dan menyebabkannya pecah dikira kalah dan tersingkir. Sebelum sesi penyampaian hadiah, siapa yang masuk hafazan dengan yayasan hari itu dipanggil oleh muallimah Ainon. Banyak juga peristiwa yang berlaku ketika itu.
Buat majlis penyampaian hadiah dalam bilik mesyuarat. Waktu itu, sempat lagi muallimah Ainon dan muallimah An membuat pakatan mengenakan sorang banin ni. Apa-apa pun, tempat pertama dimenangi oleh kumpulan muallimah An. Kedua, kumpulan Nasyitah dan ketiga, kumpulan Izzah. Selepas itu, kami mengemas bengkel dan solat.
Balik rumah, mak ana skype dengan abang ana pasal keputusan UPSR. Dia pun suspens je. Mak ana pun saja buat dia berdebar. Katanya,
Alhamdulillah.. adik yang tak pernah dapat straight A muncul top 5 dalam UPSR sebagai 5 orang yang dapat 5A daripada 60+ calon Al-Amin.. Semua guru terperanjat.. yalah, dapat nombor belas2 tu biasa baginya, hihi.. tapi UPSR kali ini ana naik saksi yang ana tak pernah tengok dia serajin ni belajar.. Omedetou gozaimas imouto chan. Bertambah rajinlah untuk sekolah menengah..^^
Assalamualaikum. Hari ini penuh dengan gimik birthday. Ana cerita pasal form 2 dulu ya. Masa semalam, ada beberapa orang form 2 datang pada kami, beritahu pasal gimik itu sebab nak minta bantuan pengawas form 4 dalam menjayakan gimik ini. Sungguhpun diri ini bukanlah seorang pengawas, tetapi sahabat-sahabatku yang pengawas adalah antara sahabat yang rapat denganku.
Cadangnya begini, Afiq menulis surat cinta. KONON-KONONNYA. Dan dia ingin mengirimkannya kepada Ain Shamsul Azhar dan Farhahlah yang memasukkan surat tersebut ke dalam beg Ain. KONON-KONONNYA. Kemudian, pengawas form 4 banat buat sport check dan jumpa surat tersebut dan bukti (palsu) menunjukkan bahawa Farhahlah yang terlibat. Sebelum Sir Malik masuk kelas, Marsha tahan Sir Malik sekejap sebab nak cakap pasal ni. Marsha dan Mardhiyyah pun masuklah sekejap kelas mereka.
Marsha: Tadi, pihak pengawas telah mengadakan sport check. Dan malangnya, kami telah menemui sesuatu yang tidak sepatutnya. Antum semua baru form 2. Tak naklah buat masalah macam ni. (menyatakan kekesalannya). Oklah, ana tak nak cakap panjang sebab Sir Malik dah tunggu dekat luar. Nanti, esok kami panggil mereka yang terlibat masa perhimpunan.
Yang Sir Malik pula, tanya kami dekat luar.
Sir: What happen? Fatimah: Gimik. Sir: For what? Fatimah: Birthday. Sir: Whose birthday? Haziqah: Somebody. Fatimah: Someone. Sir: I see.
Last sekali, sebelum Sir Malik masuk,
Fatimah: Sir, jangan cakap apa-apa eh! Sir: Hm.
Muallimah Ainon turut bersekongkol. Pagi tadi, muallimah panggil Farhah dan Ain berdiri di depan. Kesian tengok muka diorang. Muka sedih. Tapi lari sikit dari rancangan asal. Lepas perhimpunan, muallimah panggil mereka bertiga. Marahlah kononnya. Tak berapa lama kemudian, orang pun nyanyi dari belakang, Allah selamatkan kamu. Mereka berdua apa lagi, menangislah. Hee..
Muallimah Ainon pula seronok,
M.Ainon: Yes. Saya berjaya buat mereka berdua menangis.
Cara yang kejam..hohoho..
Form 4 juga ada kisahnya. Nanti che sambung. Apa? Nak dalam loghat utara? hehehe... Jangan main-main, che anak orang utara. Sat gi, kalau ada masa, che habaq mai ceritanya. Caranya juga agak kejam.
Sekarang, kita beralih pula kepada gimik form 4. Pemulauan kepada Nurul telah dimulakan daripada petang Isnin iaitu ketika kelas tambahan add math. Semua orang tak layan dia. Masa tu, barisan ana baru tahu pasal itu. Sekejap-sekejap, Marsha dan ana tengok dia. Kesiannya... Marsha pun tanya, boleh tak ada sorang jadi watak baik? Sebab Nurul selalu minta Marsha ajar dia add math. Tapi, nasib baik Syikin ajarkan dia add math masa tu.
Sebelum itu, Nurul ada minta Marsha ajarkan tapi...
Marsha: Owh, ana pun tak faham lagi.
Tapi, bila orang lain minta ajarkan, terus Marsha ajarkan. Katanya, rasa bersalah pula. Ana buat seperti biasa sahaja. Tapi, kalau tak ada apa-apa urusan, cuma mendiamkan diri sahaja. Geng-geng barisan belakang sebelah kiri sekali memainkan paling banyak peranan sebab majoritinya duduk asrama.
Pagi Selasa, Fatini report pada ana perkembangan rancangan ini..hihihi. Katanya, Syifa' dan Iera telah berjaya membuat Nurul menangis. Masa dekat musolla, Iera memaksa Nurul ambilkan tafsirnya, tapi Nurul tak nak sebab dia nak keluar dari musolla. Kemudian, Iera dan Syifa' menghalang dia daripada keluar. Mestilah Nurul rasa bengang, tetapi akhirnya, dia berjaya keluar. Dah keluar tu, Fatimah pula membebel, apa bising-bising ni?
Ada sekali tu, Syifa' tolak Nurul. Kemudian Nurul pun cakaplah,"Apa, nti ingat ana ni binatang ke?" Ada juga Nurul cerita kepada Robi'ah.
Bi'ah: Padan muka!
Nurul: Padan muka siapa? Bi'ah: NTILAH!
Terus Nurul masam mencuka. Dan muallimah An juga turut memainkan peranannya. Keseluruhannya, 5 kali dia menangis pada hari Isnin dan Selasa itu. Tetapi, rancangan ini tidak mampu untuk kami teruskan sehingga hari Khamis kerana semua orang berasa kasihan kepadanya. Akhirnya rancangan ini diketahui olehnya pada Selasa malam Rabu itu.
Ketika usrah di rumah Auni, Nurul jadi pengerusi majlis dan penyampai tazkirah. Dan tajuk tazkirahnya mengenai Apa Bahagian Tubuh Paling Bererti. Pada akhir tazkirah pun, dia cakap, "seperti yang ana lalui semalam, 5 kali ana menangis." dan cerita semua peristiwa yang dialaminya. "Ana rasa, hari tersebut adalah hari yang paling pahit dalam hidup ana." Muallimah Yong pun ketawa je. "Bagus juga sekali-sekala buat macam tu. Barulah dapat melatih ketahanan emosi kita. Mungkin sekarang, kita ada kawan-kawan yang baik sebab ada biah solehah. Nanti tak lama lagi, u all akan ke U, macam-macam orang kita jumpa. Tak semua boleh dijadikan kawan. Masa tu pun, semuanya bergantung ke atas kita. Tak ada cikgu dah nak beritahu dekat kita pasal kawan-kawan ni. Masa u all dekat sini semakin singkat. Tapi, janganlah buat selalu, kesian kawan kita, sampai kering air mata nanti."
Esoknya itu, ada rancangan lain pula sebelum nak keluarkan kek. Selesai sahaja ULBS dan pembentangan BM, ana duduk tepi dia. Mula-mula nak buat rancangan lain, tapi dia syak.
Nurul: Eh, nti pun berkomplot dengan diorang juga ke? Ana: Kita kan baru habis bentang ULBS. Nurul: Oh, ye ke. Ana: Eh, dia syaklah.
Aqilah: Ye ke. Nantilah ana cakap kat muallimah An.
Masa muallimah nak suruh orang yang baru uat ULBS tandatangan,
M.An: Nurul! Kan ana suruh nti jumpa ana tadi! Nurul: Tak sebab... M.An: Sini, tandatangan. Lepas ni jumpa ana.
Habis je waku BM,
M.An: Nurul, jumpa ana!
Muallimah pesan dekat kami, 10 minit lepas dia jumpa muallimah, semua masuk bilik guru. Macam-macam muallimah cakap dekat dia.
M.An: Nti nak tak hadiah ni? Nurul: Kalau muallimah nak bagi, bagi je lah. M.An: Ana memang sakit hati kalau orang cakap macam tu dengan ana.
M.An: Nti bincang baik-baik dengan pakcik nti, boleh tak kalau nti duduk je rumah pakcik nti tahun depan. Sebab nti asyik buat masalah dekat asrama.
Dan macam-macam lagi. Menurut Nurul, last sekali, dia tahankan juga dirinya daripada menangis. Tapi, makin tahan, makin nak menangis. Akhirnya, tumpah juga air matanya. Kami pun datang, Allah selamatkan kamu! Guru-guru semua tengok dia.
Marsha: Tepi-tepi, ana nak tengok juga. Tengok kek. M.An: Kejap-kejap, nah hadiah dari ana. Jadilah seperti dia. Senyum selalu, jangan asyik nangis.
Begitulah sedikit sebanyak kisahnya. Akhir sekali, ana minta maaflah pada dia. YEAY~DIMAAFKAN, sayang 'anak sedara' ana ni...
Nanti, che cari masa untuk update pasal MaUTaDi pula ye!
Di sini, che juga ingin kongsi dengan hangpa semua sedikit sebanyak loghat utara yang biasa digunakan di kampung che dan pernah che dengaq:
Hampa cari sendiri makna yang hangpa dak faham. Banyak lagi sebenarnya. Cara sebut pun lain pada sesetengah perkataan cuma lebih pendek harakatnya :D Contohnya, jauh. Oh ye, lagi satu, kebanyakan perkataan yang ada ng, dibuang g. Contohnya, burun.
Awat? Ada orang nak cuba terjemah ka?
Mak ana orang utara, ayah ana orang selatan, ana, duduk tengah. Jadi, boleh macam-macam loghat. Bahasa Jawa sikit, Cina sikit, India sikit, Melayu sikit sebab keturunan campur-campur. Ada keturunan Acheh juga. Dalam keluarga, ada pula sorang orang Siam, orang Australia dan Singapura. Universal betul. Nak belajar bahasa Arab betul-betul.
Masing-masing begitu kreatif. :D
Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~
About Me
Khaleefah Allah ^_^
The silent extraordinaire and underestimate her at your own peril...