Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Semoga Berbahagia Dunia dan Akhirat

29021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Sekiranya anda datang ke blog ini untuk membaca apa yang akh Munzir post di group SMIAAK, sila pergi ke link ini.

Ana menjangkakan post ini agak panjang sebab separuh hari juga kami berada di sekolah.^^ Kalau tak nak baca takpe~


21 Januari 2012, Sabtu

[kredit, nak tengok gambar lain, pergi ke link tersebut]

Dalam pukul 11:00, tunggu dekat luar rumah, jalan kaki ke lorong hujung, biar makcik senang ambil kami. Pergi dengan makcik Midah, Mardhiyyah je ada dalam kereta tu, yang lain, dah pergi sekolah dengan pakcik Abas. Im tanya, "Macam mana tadi?" Makcik Midah, "Alhamdulillah, semuanya lancar. Sarah mana?" "Dia ikut pergi Penang." "Kita jadi wakil." "Oh, makcik tak tau Ibrahim pun ada, kalau tak, makcik datang je ambil ajak pergi rumah." "Kak Syaza tak bagitau ke im pun ada?" "Saya bagitau dekat Mardhiyyah."

Sampai dekat sekolah, jumpa Wafaa' dengan beberapa orang banat asrama. "Gelap..hehe." "Aish, jangan tegur." Mardhiyyah ajak ana jumpa keluarga dia, Mak Long dia rasanya, yang anak dia sekolah Hidayah JB. "Ni Syaza, kawan Mardhiyyah. Dia orang Johor jugak." "Johor, dekat mana?" "Pengerang, Kota Tinggi." Hari ni baru jumpa keluarga dia yang lain, selama ni, dengar dia cerita je, tengok gambar. Jumpa juga kak Atiqah, kawan kak Sakinah yang belajar sama2, dari Kelantan. Umi dan ibu pun ada dekat depan sekolah.

Ikut Wafaa' pergi dengar taklimat dari makcik Ros untuk AJK Kebersihan. Tuang lauk dengan Mardhiyyah sekejap. Cikgu Hussin tegur, "Ni, dah habis sekolah kan?" "A'ah." "Belajar mana dah le ni?" "PLKN." "Oh, tengah tunggu result."

"Nti tolong bagi goodies boleh?" Kak Mardhiyyah panggil ana dengan Wafaa', minta kami tolong bagi goodies. Bahagi tugas, Asma' dan Sarah bagi untuk orang perempuan. Ana dengan Wafaa' kena bagi dekat orang lelaki, ana bagi kanak2/remaja, Wafaa' bagi orang dewasa. Kami ni seganlah juga, tapi kak Mardhiyyah suruh kami sebab dia kata, biar orang besarlah buat. Sami'na wa ato'na. Haziqah, Syikin dan Hazirah pun datang.

Awal-awal ok lagi. Muslim, ada je 'muslihat' supaya dia dapat lebih, lama tak jumpa budak ni. Kemudian, budak2 form 5 nak ganti tempat kami sekejap. "Fa', kenapa nti nampak gelap dari Mardhiyyah." "Memanglah, diorang baru sekali kawat, kitorang kawat lagi banyak dari diorang." "Oh, a'ah, sebelum ni asyik hujan dekat sini. Best ke?" "Tiap-tiap hari rasa nak balik, tapi ok je, Syikin sama kumpulan dengan ana."

Tak lama kemudian, nampak Marsha, dia tolong sediakan lauk untuk pengantin. Pergi join sekali. Letak lauk, susun pinggan dan sudu. Tak lama kemudian, Haziqah, Syikin dan Hazirah pun minta diri, Zalilah baru datang. "Robi datang lepas Zohor." Syikin, "Dia semangat sekali ajak kitorang, tengok2, dia datang lambat sekali.^^"

Pergi bertugas balik, 'singgah' dekat umi sekejap, nak tengok Ilyas. "Berapa tahun dah ni?" "Setahun 3 hari, 18hb hari tu." "Dah besar dah." "Eh, dia ada tahi lalat dekat sini." "Ni, tahi lalat manis." Zalilah balik. "Bai cikgu~" "Ana jadi pembantu je lah." "Samalah tu." "Lah jadi cikgu?" "A'ah, tadika kita dulu. (Tadika an-Nur, dulu ana duduk Kerteh, ana pun nak sekolah SRIAAKerteh dulu sebenarnya, tapi abang ana dah sekolah kat SRIAAKemaman)" "Sekali dengan Hazirah."

Dah lama2 tu, jadi segan bila nampak banin sekolah kita dan alumni, macam mana ni, kitorang juga ke kena kasi? Tiba-tiba, Mardhiyyah datang, ajak ana ambil barang untuk bagi kepada keluarga pengantin. "Jom, nti bagi goodies untuk kanak2 dekat dalam tu." Masa tu, kawan kak Sakinah, Ihab (doktor) jadi penghibur.



Dah habis tu, cari Wafaa'. "Lah, mana bakul nti?" "Ana dah bagi adik nti." "Mana aci, nak bagi jugalah. Nti bagitau tak yang tu untuk orang dewasa." "Tak, ana terus bagi." "Aduh, bagilah briefing dulu sikit." Dah jumpa dia, beritahu apa yang patut. "Im nak bagi yang kanak2 punya." (Dia mmg suka budak2, budak2 pun suka dia, mengingatkanku kpd nabi Ibrahim) Kami pun cari kerja lain.

Nampak Marsha makan sorang2. Jumpa mak Atifah, tapi dia takde. Kak Ainin pun ada. Innah (kakak Mardhiyyah) dok berkepit dengan ana, kesian juga dia terpaksa ikut ana pergi mana2. Tapi dah cakap dah, "Innah nak ikut kita ke? Nanti takut Innah penat pulak ikut kita jalan sana sini." "Takpelah, kita nak ikut awak." Jumpa muallimah Zuliana. "Kagum ana muallimah datang." "Tu lah, sebab saya rasa lapar." "Best ke sekolah tahun ni muallimah?" "Tak, awak semua dah takde." Tergelak kami. Muallimah tanyalah Wafaa' pasal PLKN.

Tak lama kemudian, Marsha datang jumpa kami. "Dah makan belum?" "Belum." "Haih, cepat pergi MAKAN!!!" Akhirnya, kami terheret juga untuk makan, nanti kena bebel. "Wafaa' tu?" "Nanti ana panggil." Kami duduk sebelah kawan2 kak Mardhiyyah. Masa nilah peluang untuk berehat, temu ramah. "Marsha, nti pergi ke pagi tadi?" "Tak, tapi keluarga ana semua pergi. Ana kena tinggal. Lepas tu, ana pergi rumah muallimah Yong, tolong masak." Dia sibuk tanya pasal lesen, dia nak ajak ambil sekali. "Rileklah, dulu ana ambil sorang2 je." "Hu, panjangnya keluarga dia." Keluarga Mardhiyyah bergambar dengan pengantin.






Nampak makcik Baya, tapi Nusrah takde, dia suruh Naili kirim salam pada kami. Nusrah pun patutnya pergi PLKN juga, tapi dia kasi surat. Kami pun pergi ke depan sekejap, tengok gambar2 sekejap. Sekali Hazimah tanya, "Eh, macam pernah tengok je pakcik tu." "Pakcik Mazuni. Mi..mizuna." "Heh, Muzani lah." "Ha, ye, Muzani, ayah Anas. Apa nama isteri dia, lupa." "Makcik Alawiyah." "Ha, ye."

"Eh, dah, Aisyah ada tak?" "Ada tadi, dekat dalam." "Jom, jumpa sekejap." "Malulah." "Takpe, nti ikut ana, biar ana cakap." Wafaa'ni, payah nak ajak dia. "Dulu, kitorang kawan baik. Tapi lepas pindah, lama dah tak jumpa." Akhirnya, makcik Ros, "Mana Wafaa'?" "Tu, dekat tiang." "Wafaa', meh sini jumpa Aisyah." "Hahaha, kan mak hang pi panggil hang sendiri."

Dia mengajar dekat Al-Amin Bangi. "SRI ke, SMI?" "Haih, SRI lah, tak kan SMI kot." "Mana tau kan." "Nti kerja apa?" "Ana, PLKN." "Oh, nti ana ada baca kat blog hari tu." "Blog Robiatul?" "Yelah kot." "Nak jumpa dia? Meh kitorang kenalkan. Mana dia eh?" "Ntah, menghilang. Diorang yang lain malu nak jumpa nti." Tanya nanti nak sambung belajar mana. Dia kata nak jadi doktor.

Marsha lambai ke arah kami, hoho, diorang duduk dekat meja pengantin. Masa ni, dah nak pukul 4 dah. "Robi, dia nak jumpa nti tadi." "Bukan dia kenal ana pun." "Dia baca blog ntilah." "Malunya~" "Kan, mesti malu kan nak jumpa orang yang kita tak kenal." "Nti ni pun Marsha, jadilah peramah sikit. (Kalau bab2 ni, dia mmg malu)" "Ana tak bolehlah, tadi ana jumpa juga Nazatul, tapi malu nak tegur." "Ye ke? Ana tak nampaklah pulak dia." Kawan tadika Mardhiyyah dan Marsha, geng sokmo 3 orang tu.

Kitorang cakap, Mardhiyyah dengan Wafaa' cakap laju. Tengah cerita pasal kawan baik ni. Marsha ada tanya, "Ana cakap laju tak?" "Tak, slow." "Tapi bila ana debat, laju tak?" "Hok tu laju lah." "Laju ok."

Orang2 Kerteh pun datang. Makan bubur kacang sekejap. Sambil tu, Marsha menjadi pendengar setia ana. Innah tak habis2 nak tolong ana. "Awak nak air?" "Eh, takpelah, kenapa tiba2 tanya ni?" "Takpelah, mesti awak haus kan." Sekali, pakcik Muzahar datang. "Assalamualaikum pakcik." "Waalaikumussalam." "Ni, 1, 2, 3, 4, 5, boleh jadi menantu." "Mende gok." "Tengok eh gambar ni, pakcik nak tunjuk." Semua menanti sambil tertanya2, gambar apa ye? "Hee~ Suspend." Marsha mengangguk dan mengiyakan. "Ha, tengok siapa yang duduk atas pelamin ni. Hebat tak?" (Cakap dengan nada bangga, nak tengok, cari sendiri dekat fb dia^^) Baru ingat, kak Sakinah, kakak Syifa' pun kahwin hari ni.

Lipat alas meja, alas kerusi, skirting dll. "Bleach. Ana baca komik dia." "Lama dah tak tengok cerita tu." Innah pun suruh Marsha cerita. "Haha, dulu selalu tunggu malam Ahad, nak tengok cerita ni." "A'ah, excited uh nak tengok." "Ana tengok kat tv je, habis je yang kat tv, ana dah tak tengok dah. Tapi adik-beradik ana yang lain still tengok. Kelakar pulak rasa, macam mana entah adik-beradik ana semua boleh tersangkut tengok cerita ni." "Ana, baca lagi komik dia." Dia pun cerita, panjang dia cerita, siap dengan gaya2 lagi. Marsha dan ana ada banyak minat yang sama^^

Simpan skirting dekat library. Susun pinggan, sambil tu dengar lagi usikan pakcik (tak ingat siapa), "Boleh jadi menantu nih." Ana dengan Marsha berpandangan sambil membuat muka seolah2 mengatakan (tah pape). Bungkus lauk. Sir Malik baru nak makan masa ni. Tadi, Sir makan bubur je. Terngiang2 di telinga, makcik Ros ajar membungkus, "Masukkan sedikit udara, lipat dua ke bawah, lipat dua ke tepi, masukkan getah, pusing, pusing, pusing secukup rasa, ikat. Siap, mudah sahaja." "Ce wat lagi sekali." "Kak, saya minta diri dulu." "Nak minta diri siapa?" "Saya." Kelakarlah makcik Ros.

Makcik Midah kata, "Budak2 lelaki yang basuh pinggan tadi dah balik dah. Tak sempat nak bagi baju. Diorang balik naik basikal je. Jauh rumah diorang tu, Gong Pauh, Bukit Kuang." "Siapa2?" "Tadi, yang ana nampak, Irfan."

Angkat kerusi. Kerusi besi yang berat tu, Robi kata, "Berat nanang." kami angkat 3 orang, ada yang angkat 2 orang. Tengok-tengok, adik ana angkat sorang je, lelaki kan. Lipat banner. Sir Malik, "Nak gantung dekat mana tu?" "Tak gantung. Lipat." "Gantung kat bilik pengantin." Angkat meja dengan Marsha, Sir Malik dan Im. Mardhiyyah, sedang mengemop lantai. Sir tanya pasal kerja. Sir ingat ana ni finance officer. "Mana adalah, dia jadi PA System." Aduh, tergelak kami di situ, tapi Sir Malik tak dengar. "Macam mana boleh salah sebut PA System." Sir tanya, "Why, why?" Takpelah sir, mengarut je Marsha ni.

Makcik La kata, "Cepat-cepat, semua cari botol, bungkus air, bawa balik." Tak jumpa botol, biarlah. Robi dengan Hazimah sudah berjaya kutip botol mineral yang orang tinggal. Makcik Ros, "Ambil lah makanan2 ni, bawa balik." Diorang pun ambil. "Ambil 2 pun takpe." "Eh, satu je, tak boleh 2 sebab ada lagi orang tak ambil. Nanti nak..." tak sempat makcik Ros nak habiskan cakap, "Ambil 5 pun takpe." "Hui..hui..(terkejut makcik Ros)" Kagum tengok umi dan ibu bertungkus lumus tolong, "Kak, kena buat apa lagi?".

Dalam pukul 6:30, Robi dan Hazimah pun minta diri. "Lawatlah sekolah nanti." "Tu lah, ingat nak lawat juga. Jom lah kita pergi sama2." "Kerja." "Oh, ye lah." Tolong Mardhiyyah sekejap, tolong tarik baldi untuk mop je pun. "Tadi, masa ana dengan Marsha hantar bekas untuk basuh dekat belakang, kitorang macam terkejut tengok ada nti dengan Asma' je perempuan. Yang lain tu sepupu nti kan?" "A'ah." "Marsha kata, ana tak biasa dengan sepupu2 ana. Ana pun." "A'ah, sepupu ana ramai lelaki." Padanlah. "Eh, nenek nti yang Melaka datang jugak kan tadi?" "Datang." "Ana nampak dari jauh je, ingat nak jumpa juga, tapi dah sibuk2 tu, lupa nak jumpa."

Muallimah Yong pun datang ke sini, muallimah kata, nak balik dah. Buat isyarat ke Mardhiyyah (mengatakan Mardhi, gi lah tanya.) "Ah, muallimah, boleh tak nak join usrah minggu ni?" "Boleh je, nak buat bila?" "Bila muallimah free?" "Ahad je lah." "Esok?" "Kalau Rabu?" "Rabu u all ada lagi eh? Bila u all balik?" "Khamis." "Oh, bolehlah. Tapi, group usrah diorang sekarang dah lain sikit. Ada kak Muazzamah, kak Sumayyah." "Kak Soli." "A'ah, si Solihah lagi. Tapi takpe je nak gabung dengan group lama hari tu. Kitorang buat malam." "Malam?" "A'ah, si Auni habis kerja pukul 5:30." "Kerja apa?" "Ajar mengaji, sekali dengan muallimah Anis." "Nanti muallimah kabo semula pukul berapa." Mardhiyyah excited. Kabo ke Wafaa' sekali. Khadijah balik sini, masa Ahad, keesokan harinya.

Bungkus cawan2 dalam surat khabar bersama kak Atiqah, kak Muazzamah, sepupu Mardhiyyah (lupa nak tanya nama -_-"). Im pun datang, hantar barang. Kak Muazzamah, "Ibrahim, tadi ada makcik tu tegur, bagusnya budak lelaki tu, boleh buat menantu." "Hehe..I'm happy to be single now." "Siapa yang cakap?" "Mak Ngah. Ni la, kakak dia. Adik-beradik dia bijak2 ni." "Oh, anak siapa ni?" "Anak makcik Norma. Kan?" "Macam mana boleh kenal?" "Ni, kawan baik Mardhiyyah. Rapatlah dengan keluarga dia." Semua kak Muazzamah yang tolong jawabkan. sambil buat kerja, makcik La datang, "Nah, Syaza, bawa balik air ni." Tu dia, 2 botol besar air oren.

Kak Sakinah pun ada lagi, dia pun tolong2 juga. Sekali, makcik La datang, "Meh, Syaza, balik sekali dengan makcik." "Hoho, balik dengan ana rupanya." "Syaza balik dengan Marsha eh, kereta makcik penuh, nak buang sampah dulu ni." "Ok." Simpan barang dalam kereta Marsha. Makcik La bawa balik 5 botol air, ha kau, lagi banyak.

Sir Malik datang, "Muat tak, kalau nak angkut sampah2 ni dalam kereta?" "Mana boleh, belakang ni semua makanan." "Ya, kita campur je makanan dengan sampah." "Heh, kotor lah." Pakcik Abas, "Syaza, takpe kan balik dengan Marsha. Muat tak kereta." "Takpe, muat je. (sambil menunjukkan isyarat bagus d^.^b)" Duduk 4 orang dekat tengah, dah, dekat belakang, ada rak kecil dan makanan. Tanya Marsha pasal program dengan form 4 nanti. "Ana pun tak berapa pasti sangat. Sekarang, nak fokus untuk LKD dulu." Akhirnya, kami sampai rumah dalam pukul 7:45 malam. Rasa puas hari ni.


Note:
*Aisyah *Fatimah *Hazimah *Kak Atiqah *Keluarga Mardhiyyah *Mardhiyyah *Marsha, makcik La *Robiatul *Sir Malik *Syikin *Wafaa', makcik Ros *Zalilah *adik ana *ana *others


*Akhawat batch kami semua pakai baju sama warna. Tak pakat pun. Tapi yelah, sehati sejiwalah katakan^^
*Ikhwah batch kami ada juga yang menolong, setakat yang ana tau, Syafiq dan Mujahid (Dari pagi sampai petang), Irfan.
*Mungkin anda nampak, kami macam talkative. Budak2 yang lahir tahun 1994 memang semua macam tu, bila capai tahap matang, memang banyak cakap. Walaupun ada yang nampak macam pendiam, tapi hakikatnya, kalau anda kenal mereka...
*Next program, LKD.

Tadi, ayah ana tunjuk video orang masuk Islam ramai2 di German, 1,500 orang, dikendalikan oleh bilal Phillips. Ada juga video lain, semua tentang usaha mereka mengajak manusia ke arah Islam, ada lagilah Yusuf Estet, Hussein Yee dll.
BAGAIMANA DENGAN KITA? APA YANG KITA SUDAH BUAT?

Harun Yahya juga ada mengatakan siapa yang ada penyakit kulit, itu semua tanda2 stres. Ubatnya, kena banyak baca al-Quran, insyaAllah, hilang penyakit tersebut. Panjanglah penerangannya.
Ps. Abg ana kata, suggest2lah kat kawan2 awak suruh sambung kat Jordan.
Pss.manakala kak Humaira' pula, tak sabar nak tunggu batch antum datang ke Mesir.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Semoga Berbahagia Dunia dan Akhirat
Design by a.a.ghariib