Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Riang Bersama Kanak-kanak

20061433H
Assalamualaikum W.B.T.

Pada 7 Mei yang lalu, 4 orang daripada kami telah 'menemani' kanak-kanak berusia 4 tahun melawat ke zoo mini di sini. Segalanya bermula dari sini~

Peserta dari SMIAAK,
tidak berkesempatan untuk bergambar sama sebab kena jaga sijil masa ni.


1 Mei 2012- Majlis Pelancaran IKRAMTeens
Nampak Mardhiyyah dan muallimah Noraidah berbincang something. Pergi menyibuk, buat-buat lalu. Takdelah, ana pun lupa, memang nak lalu situ atau memang saja nak menyibuk. Tiba-tiba Mardhiyyah berpaling ke arahku sambil bertanya,
"Boleh je kan?"
"Huh? Apa, tiba-tiba tanya ni?"

Dia pun ceritalah. Muallimah minta tolong jaga budak-budak tadika yang akan melawat zoo mini pada 7 Mei ni.
"Nak berapa orang?"
"Dalam 2 atau 3 orang."
"4 orang boleh?"
"Boleh. Asalkan tak lebih dari 5 orang."
"Ok, kang sama pulak dengan budak-budak."
"Tu lah. Nanti you all pulak lagi ramai dari budak-budak."
"Tak lah. Bukan ramai pun yang ada dekat sini."

Alkisahnya, lebih kurang pada jam 7:40 pagi ana sampai di sekolah. Tunggu Mardhiyyah. Robiatul dan Auni lambat sikit. Pergi jumpa muallimah Noraidah. Baru tahu, 24 orang budak yang akan ke zoo semuanya berusia 4 tahun dan hanya 3 orang guru yang turut mengikuti mereka.

Muallimah awal-awal dah kata, "Biar orang lain jaga Ruqayah, kalau denga orang yang dia dah kenal, nanti dia tak dengar cakap." Angguk sahaja. "Tapi muallimah suka juga kalau you all yang jaga dia." ^^

Ruqayah, "Awak masuk dulu."
Muallimah, "Amboi, pandai ber'awak saya'. Kakaklah tu."
Minum-minum air kotak susu, tanya pada dia, "Sedap?"
"Pedas." ??

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam taska tersebut, budak-budak terus melihat ke arah kami. Tak kelip mata. Yelah, strangers. Hee~



Pagi-pagi diorang zikir, baca doa dll. Sarapan pagi. Dekat sini dah lengkap ditulis menu makan setiap hari bersama kalorinya. Mardhiyyah kata, sama macam masa PLKN, ada menu setiap hari. Ada juga budak yang bernama Auni dan Marsha. Ruqaiyah pula dah 'lekat' dengan Mardhiyyah.

Bertolak~



Dalam bas duk cakap pasal upu dengan Robiatul.

Setibanya di zoo, bahagi kumpulan. Setiap daripada kami harus menjaga 3 orang kanak-kanak. Dapat dengan Umaimah (anak ustaz Zul dan mlmh Adha), Farisha dan Alfad. Jalan mana-mana kena pegang tangan sentiasa.

Budak yang paling kecil kumpulan Robiatul, Fifi, umurnya dalam 3 tahun setengah. Ruqayah duduk dengan Mardhiyyah. Auni dah sangkut dengan seorang budak ni, lupa nama penuh dia.


Putera (Auni), Umaimah, Farisha, Alfad

Macam-macam keletah. Terhibur~

Walaupun hilang suara pada saat itu, tetap rasa gembira dapat bersama mereka^^

Balik-balik dekat taska, Haziqah telefon Robi, cakap pasal result UPU. Tak lama kemudian, muallimah Noraidah ambil kami, hantar ke sekolah. Auni dan Mardhiyyah cuba check result melalui sms. Tapi tiada balasan jawapan, line penuh kot.

Muallimah nak dengar postmoterm. Di samping itu, muallimah turut mengajak kami menyumbang idea untuk kem kepimpinan SRI.


Ada juga orang ingat tarikh kelahiranku (tahun hijri), walaupun dah beberapa hari berlalu. Daripada orang yang tidak disangka-sangkakan^^

11-05-12 06:55
Assalamualaikum, sanah helwah ya sodiqati ^_^ jadikanlah Mardhatillah sbg ghayah kita.



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Riang Bersama Kanak-kanak
Design by a.a.ghariib