Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Oh Kumbang...


Diceritakan bahawa ada seorang lelaki yang sangat benci pada kumbang kerana mungkin dia pernah dikejutkan oleh binatang yang suka bergumul dengan kotoran itu atau memandangkan bentuknya yang sangat hodoh.

"Ini adalah makhluk yang sangat kotor, bentuknya hodoh dan baunya busuk. Untuk apa Allah menciptakannya?" kata lelaki itu.

"Setiap ciptaan Allah pasti ada manfaatnya."
kata teman-temannya.

"Tapi kumbang selalu merosakkan sesuatu." katanya lagi.

Suatu hari ketika lelaki itu ditimpa penyakit bisul, lalu dibawa kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Akan tetapi setelah beberapa orang doktor mengubatinya, bisul itu tidak sembuh juga, bahkan bertambah besar dan bernanah. Beberapa orang kawan lelaki itu juga telah cuba mencarikan ubat, tapi tetap tidak berjaya.

Suatu hari dia berjalan di sebuah lorong dengan bisulnya yang semakin besar sehingga orang ramai memperhatikannya.

"Wahai saudara! Mengapa pipimu sebesar itu?" tanya mereka.

"Terkena penyakit bisul."

"Sila ke sini aku ingin melihatnya."

Lelaki itu pun mendekat kepada orang yang memanggilnya.

"Sudahkah engkau pergi kepada doktor?"

"Sudah ramai doktor yang mengubatinya dan berbagai ubat telah dicubakannya, tapi tidak sembuh juga."

"Apa yang boleh aku buat jika para doktor sudah tidak mampu mengubatinya?"

"Cubalah tuan, barangkali ia sembuh di tangan tuan," kata si lelaki yang berbisul.

Setelah memeriksa sebentar, lelaki itu berkata, "Ooo...ini senang sahaja ubatnya."

"Apa?" tanya lelaki yang sakit.

"Kumbang."

"Kumbang?" tanya lelaki yang sakit seperti tidak percaya. Dia segera terkenang pada masa-masa lalunya yang sangat membenci kumbang.
:mNo:

"Ha....ha....ha...." teman-teman lelaki yang sakit tertawa terkekeh-kekeh.
:minimo_38:

"Mengapa kalian tertawa?" tanya orang yang mahu mengubatnya itu.

"Bukan apa tuan. Saudaraku yang sakit bisul ini adalah seorang yang sangat benci pada kumbang. Dia pantang melihat kumbang melainkan akan memakinya sebagai makhluk yang buruk, busuk dan tidak ada manfaatnya langsung."

"O...begitu. Sekarang mahu saya ubat dengan kumbang atau tidak? Setahu saya, hanya benda itu sahaja yang boleh menjadi ubatnya."

"Silakan." kata yang sakit.

"Tolong tangkap beberapa ekor kumbang dan bawa ke sini."

Mereka lalu memburu kumbang dan setelah dapat dibawa kepada lelaki yang mahu mengubat itu. Dia membakar kumbang itu dan abunya ditampalkan pada bisul si sakit. Tidak lama kemudian penyakit itu pun sembuh dengan izin Allah berkat diubat dengan kumbang.

Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada orang-orang yang telah menolongnya. Dia berkata dalam suatu majlis kesyukuran yang diadakannya,
"Ketahuilah saudara sekalian. Sesungguhnya Allah Ta'ala ingin memberi tahu saya bahawa pada makhluk yang paling dipandang hina itu terdapat ubat yang paling mujarab. Kalaulah aku tidak diuji dengan penyakit bisul oleh Allah, nescaya aku tetap membenci kumbang buat selama-lamanya."

Sesungguhnya, setiap ciptaan Allah itu ada kegunaannya. Cuma manusia sahaja yang cetek ilmunya dan melihat ciptaan tersebut hanya dari segi fizikal.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

1 Comments
Comments

1 responses:

  1. All things are useful, nothing is useless in this world

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Oh Kumbang...
Design by a.a.ghariib