Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Result SPM mereka

Hari Khamis yang lalu, keluarlah result SPM. Pada waktu itu, ana tengah belajar chemistry. Mereka yang bakal mengikuti kursus staf sarjan dan sarjan tak masuk kelas. Jadi, merekalah yang terhendap-hendap dekat pejabat tengok result abang-abang dan kakak-kakak batch 5. Tengah-tengah belajar, sekali Zalilah cakap ikut tingkap, "Abang nti, 15A." Ana dan Mardhiyyah terus hilang mengantuk (semalamkan qiam) bila dengar dia dapat straight A's. Result penuhnya, 11A+, 2A dan 2A-...

Walaupun mereka adalah batch pertama SPM di sekolah kita, mereka telah menunjukkan keputusan yang membanggakan. Tak ada orang failed dalam apa-apa subjek. 13 daripada 17 orang dapat A.

Bakal staf sarjan semua cerita kisah abang ana nak ambil result. Bila dia tahu waktu itu sudah keluar result, dia cepat-cepat pergi ke pejabat dengan wajah yang excited n confident. Dia nak masuk pejabat, Sir Malik pun tahan dia, "No, no, no, you cannot enter yet." Tapi dia buat tak endah. Last sekali, Sir Malik pun tarik dia ke luar.

Hari Rabu semalamnya, Pakcik Abas tanya dia, "Debar tak esok keluar result?" "Tak rasa apa-apa." Ana dengan Mardhiyyah dengar macam tak percaya. Tak debar? Mana mungkin. Dahlah dia sorang je yang ambil banyak sekali.

Baca mereka HEBAT!!
Baca 15A?

Tahniah...

::30 Rabi'ul Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Result SPM mereka
Design by a.a.ghariib