Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kisahnya...

23101431H
Assalamualaikum. Tiba sudahlah abangku di Jordan pada 28 September 2010, jam 12:00 tengah hari (waktu sana) bersamaan 5:00 petang jam Malaysia. Katanya cuaca di sana macam di Genting Highlands sekarang.

Masihku ingat keadaannya dan peristiwa sebelum bertolak. Start kemas betul-betul, masa hari Ahad, 26 September tu lah. Tapi, barang, semua dah adalah. Tiba-tiba mak ana masuk bilik ana, katanya, boleh tak abangku nak bawa jaket batchku. Kataku, bawalah.. tapi jaket tu ada nama banat. Mak ana pun tunjuk pada abangku dan ayahku. Dengar komen mereka berdua dari dalam bilik. Mak ana pun masuk balik sambil tersenyum. Takpelah, nanti orang tengok pulak, ramainya 'makwe' abang Irfan. Sudah ku duga. :D
Diri ini bukan malaikat, diri ini bukan sempurna, diri ini bukan suci, tapi diri ini pejuang ilahi... amin.
Esoknya, minta izin balik awal untuk hantar mereka bertiga ke airport. Pergi ambil abangku yang sedang buat pemeriksaan gigi. Bertolak ke airport lepas Asar. Sampai-sampai dekat sana, baru tahu, pakcik Zameran, Sir Malik dan Sir Azman nak datang. Oh, Marsha mesti ada juga, monologku. Dia balik awal jugalah. Dalam pukul 5:00 petang macam tu.

Keberangkatan abangku lebih memberi kesan kepada kami berbanding keberangkatan ibu bapaku. Ada orang tu masuk kepala dalam almari, sedih. Siapa ya? :D Sarah seperti tidak sedar bahawa abangku akan berada di perantauan buat masa yang agak lama. Kemudian, ku ditugaskan oleh ibuku untuk menginstall skype di komputer. (Bab2 komp. ni, keluargaku suka suruh ana) Install pada keesokan harinya.

Dalam pukul 5:00 petang, abangku menghantar sms.
Alhamdulillah selamat sampai jam 12 waktu sini. Sekarang ke penempatan. Panas juga tengah hari. Kirim salam semua. Doa-doa dipermudahkan.
Beza masanya dengan kita adalah 5 jam. Sementara itu, ayahku juga menghantar sms, katanya sudah tiba di sana pada jam 12:30 tengah hari. Beza dengan Malaysia, 6 jam.
Ahaha... ingatkan beg besar, sekali student sana tanya, "Aik, banyak tu je? Cukup ke 4 tahun?"
(Handle bag dua kali patah, menggambarkan isipadu x ketumpatan x daya pecutan graviti = handle beg patah) Alhamdulillah, sudah di Amman, Jordan. Terima kasih atas ingatan dan bantuan semua. Perjalanan je dah 1000 pengalaman. Darab dengan setahun. Darab 4 tahun.
Nak tahu perkembangannya, boleh tengok status di yahoo atau facebooknya. Setakat ini, masih tak sempat nak update blog. Layan emailnya yang banyak itu. Hari tu, tengok cerita catdog. Baru-baru ni, cerita Naruto pulak. Katanya, jadi peliklah pula suara Naruto tu.

Malam Jumaat baru-baru ni, skype dengan mereka. Adikku terus skype dengan Akh Munzir setelah diberitahu abangku. Kami turut skype bersama Kak Humaira'. Lama sangat dengan Kak Humaira'. Daripada lepas Asar sampai Maghrib. Lebih kurang 2 jamlah juga. Banyak ceritanya. Yelah, tak sempat jumpa di saat-saat akhir dia di sini.

Abangku start belajar pada 10 Oktober ini.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah sini di Jordan baik2 sahaja. Kebanyakan urusan mudah, dipermudahkan Allah. Senior2 banyak membantu, cuma masih kekok dengan suasana yang dipenuhi orang Arab dan landskap yang masih asing. Masih tertunggu2 dengan penuh debaran permulaan kuliah pada 10/10 ni...

7-9/10 ni ada program, macam orientasi lebih kurang, untuk pelajar2 Malaysia seluruh Jordan.
Antara cabaran paling besar ialah masalah bahasa, kita masih dengan bahasa arab simple... Membaca itu mudah, tetapi mendengar itu lain cabarannya. Laju...

Cuma Ustaz2 menyuarakan kebimbangan kalau2 kena dipanggil balik untuk BtN... Tengah mohon supaya jika perlu BtN, biarlah lepas habis setahun di sini...

Alhamdulillah, rasanya bolehlah survive... "snippet-snippet" tentang kehidupan di sini ada dipost dalam Yahoo updates dan facebook (Muhammad Eirfan). Kalau ada masa sebenarnya nak update blog, tapi blog ni, makan masa sikit. Lagi nak susun ayat, dll...^^

Insya-Allah doa-doakan...

Muhammad,
http://astrangemuslim.blogspot.com

Semalam, dia pergi jamuan raya.
Semalam jamuan sambutan pelajar baru Amman... pertandingan nasi kerabu dan sate... alhamdulillah walau tak menang, tapi sedap gila...^^, Kumpulan kami sate XL, walau tak menang tapi ramai komen sedap... Dgn jumlah kami tak ramai, Amman Malaysians macam satu keluarga... Alhamdulillah suasana penuh ukhuwwah...

Pagi tadi Syed Ubaidah sampai... kuliah sama rupanya... Rupa2nya orangnya dah berjambang hehe...^^


Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan.

Ps. Abangku kirim salam pada semua..
Pss. Kak Humaira' kirim salam pada semua 'budak' form 4.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

4 Comments
Comments

4 responses:

  1. salam...SKYPE...ana pon aderr..m0ga abg nti dipermudahkan sgl urusan & mudah fashi bahasa arab...hikhik

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    eh, sir azman tu. sir azman abdul rahman ke?

    ReplyDelete
  3. @ariffah9
    wassalam..

    oh, tak. yg ni, sir azman dosan.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Kisahnya...
Design by a.a.ghariib