Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Penat?

21101431H
Kebelakangan ini, terlalu banyak rasanya tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Post ini bukanlah sebagai satu keluhan atau apa-apa yang seumpama dengannya. Sekadar menulis di sini. Semenjak akhir-akhir ini, penulis merasakan terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Terlalu banyak dalam masa yang begitu padat ini.

Pertamanya, tentang MaUTaDi. Tak pasal-pasal, ana diamanahkan untuk memangku jawatan sebagai pengarah program. Sudahlah program pada kali ini adalah 'grand final' punya sebelum perpindahan kuasa atau pertukaran tangan AJK MaUTaDi bagi tahun hadapan. Kalau bab-bab multimedia pun, empunya diri ini yang perlu menguruskannya. Takpe, nanti tahun depan mesti akan rindu untuk berprogram semula, tak boleh anjurkan program dah. Form 5 kan.

Sedang-sedang diri ini menguruskan program MaUTaDi yang terakhir pada tahun ini, penulis turut diamanahkan untuk membuat laporan aktiviti kelab keusahawanan bulanan. Kata muallimah, setiausaha (Fatimah) kelihatan sibuk. (Rasanya, sama je sibuknya.) Tapi takpelah penulis menerima tugasan tersebut. Best juga menulis, (Masih tak siap lagi ni.) Kemudian, kena tutup akaun dan kira hasil jualan untuk bulan lepas.

Dalam masa seminggu ini juga, penulis telah diamanahkan untuk menjaga adik-adik penulis dan menjalankan tanggungjawab yang seumpamanya di rumah. Ini kerana ibu bapa penulis sedang berada di perantauan, di --------. Mereka telah berangkat pada hari yang sama abangku berangkat ke Jordan. Waktu penerbangan mereka ketika itu adalah jam 11:00 malam, sedangkan abangku pada jam 3:00 pagi. Kenalah guna 'skills' yang ada untuk jaga adik-adikku ini.

Minggu ini juga sudah bermulanya kelas tambahan, 4 subjek. Memang tidak diwajibkan tetapi diri ini merasakan tahap pembelajaran ana masih kurang memuaskan dalam keempat-empat subjek ini walaupun penulis menyukai kesemua pelajaran tersebut. Setelah berbincang dengan emak penulis, katanya, kalau tak confident lagi dengan subjek-subjek tu, pergi je lah kelas. Jadi, tiap-tiap hari balik lambat. Untuk dapat sesuatu yang baik itu, kita perlu menyusuri jalan kesusahan atau kepayahan.

penat?
Penat? Banyak tanggungjawab?
Itulah erti kehidupan.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Buat Abangku...

18101431H
Tidak mampu mengungkap kata-kata buat masa sekarang.
(Nanti sambung update ye!)

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Salman Al-Farisi

17101431H

Sesungguhnya sesiapa yang mencari kebenaran, pasti akan menemuinya. Kisah ini adalah kisah benar pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman Salman Al Farisi.

Marilah kita semak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya. seorang sahabat Rasulullah saw.

Dari Abdullah bin Abbas Radliyallahu 'Anhuma berkata, "Salman al-Farisi Radliyallahu 'Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Kata Salman, "Saya pemuda Parsi, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapaku pemimpin Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Aku adalah insan yang paling disayangi ayah sejak dilahirkan. Kasih sayang beliau semakin bertambah seiring dengan peningkatan usiaku, sehingga kerana teramat sayang, aku dijaga di rumah seperti anak gadis.

Aku mengabdikan diri dalam Agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsaku). Aku ditugaskan untuk menjaga api penyembahan kami supaya api tersebut sentiasa menyala.

Ayahku memiliki kebun yang luas, dengan hasil yang banyak Kerana itu beliau menetap di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapa pulang ke desa untuk menyelesaikan suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, "Hai anakku! Bapa sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus kebun kita hari ini menggantikan Bapa.''

Aku pergi ke kebun kami. Dalam perjalanan ke sana aku melalui sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sembahyang. Suara itu sangat menarik perhatianku.

Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapa di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapapun. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku tertarik untuk masuk ke gereja itu dan mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Aku kagum dengan cara mereka bersembahyang dan ingin menyertainya.

Kataku, "Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami."Aku tidak berganjak dari gereja itu sehinggalah petang. Sehingga aku terlupa untuk ke kebun.

Aku bertanya kepada mereka, "Dari mana asal agama ini?"

"Dari Syam (Syria)," jawab mereka.

Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapa bertanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.

Jawabku, "Wahai, Bapa! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku berada di gereja mereka sampai petang."

Bapa menasihati akan perbuatanku itu. Katanya, "Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!"

Jawabku, "Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita."

Bapa khuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anuti. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.

Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka untuk memaklumkan kepadaku andai ada kafilah yang akan ke Syam supaya memberitahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku.

Maka aku berusaha untuk membebaskan diri daripada rantai yang membelengu diriku dan melarikan diri bersama kafilah tersebut ke Syam.

Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, "Siapa kepala agama Nasrani di sini?"

"Uskup yang menjaga "jawab mereka.

Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, "Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama anda."

'Masuklah!" kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.

Setelah beberapa lama aku berbakti kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama'ahnya bersedekah dan mendorong umatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul, disimpannya saja dalam perbendaharaannya dan tidak dibahagi-bahagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah berkumpul sebanyak tujuh peti emas.

Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang mengambil kesempatan untuk mengumpul harta dengan duit sedekah kaumnya. tidak lama kemudian dia meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak menguburkannya.

Aku berkata kepada mereka, 'Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin."

Tanya mereka, "Bagaimana kamu tahu demikian?"

Jawabku, "Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya."

Kata mereka, "Ya, tunjukkanlah kepada kami!"

Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, "Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!"

Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.

Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, "Wahai guru! Kepada siapa guru mempercayakanku seandainya guru meninggal. Dan dengan siapa aku harus berguru sepeninggalan guru?"

Jawabnya, "Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!"

Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah meninggal itu.

Kata pendeta Mosul, "Tinggallah bersama saya."

Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, "Sebagaimana guru ketahui, mungkin ajal guru sudah dekat. Kepada siapa guru mempercayai seandainya guru sudah tiada?"

Jawabnya, "Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!"

Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.
Kata pendeta Nasibin, "Tinggallah bersama kami!"

Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar dengannya sehinggalah beliau wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, "Guru sudah tahu perihalku maka kepada siapa harusku berguru seandainya guru meninggal?"

Jawabnya, "Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah dia!"

Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.

Katanya, "Tinggallah bersama kami!
Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, "Guru sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayai seandainya guru meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?"

Katanya, "Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim.

Kemudian dia akan berpindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!"

Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu segerombolan saudagar Arab dan kabilah "Kalb" lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, "Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku."

Jawab mereka, "Baiklah! Kami bawa engkau ke sana."
Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai hamba. Pada suatu hari anak saudara majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya daripada majikanku.

Aku berpindah ke Yastrib dengan majikanku yang baru ini. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.

Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi baginda masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da'wah yang baginda sebarkan kerana aku terlalu sibuk dengan tugasku sebagai hamba.

Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah saw. berpindah ke Yastrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak saudaranya mengatakan, "Biar mampus Bani Qaiah!( kabilah Aus dan Khazraj) Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba' menyambut kedatangan lelaki dari Makkah yang mendakwa dirinya Nabi."

Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku akan menimpa majikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, "Apa khabar anda? Cubalah khabarkan kembali kepadaku!"

Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, "Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!"

Keesokannya aku mengambil buah kurma seberapa banyak yang mampu kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah saw..

Kataku "Aku tahu tuan orang soleh. Tuan datang bersama-sama sahabat tuan sebagai perantau. Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekahkan kepada tuan. Aku lihat tuanlah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain." Lalu aku hulurkan kurma itu ke hadapannya.

Baginda berkata kepada para sahabatnya, "silakan kalian makan,...!" Tetapi baginda tidak menyentuh sedikit pun makanan itu apalagi untuk memakannya.

Aku berkata dalam hati, "Inilah satu di antara ciri cirinya!"

Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang terdaya kukumpulkan. Ketika Rasulullah saw. pindah dari Quba' ke Madinah, kubawa kurma itu kepada baginda.

Kataku, "Aku lihat tuan tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk tuan."

Rasulullah saw. memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan baginda mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengannya. Kataku dalam hati, "ini ciri kedua!"

Kemudian kudatangi baginda di Baqi', ketika baginda menghantar jenazah sahabat baginda untuk dimakamkan di sana. Aku melihat baginda memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada baginda, aku berjalan mengekorinya sambil melihat ke belakang baginda untuk melihat tanda kenabian yang dikatakan guruku.

Agaknya baginda mengetahui maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti belakangnya, sehingga aku melihat dengan jelas tanda kenabiannya.

Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku terus memeluk bagindanya, lalu kuciumi dia sambil menangis.

Tanya Rasulullah, "Bagaimana khabar Anda?"

Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat baginda. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.

Berbahagilah Salman Al-Farisi yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.

Salman sibuk bekerja sebagai hamba. Dan kerana inilah yang menyebabkan Salman terhalang mengikuti perang Badar dan Uhud. "Rasulullah saw. suatu hari bersabda kepadaku, "Mintalah kepada majikanmu untuk bebas, wahai Salman!" Maka majikanku membebaskan aku dengan tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah.

Kemudian Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat dan bersabda, "Berilah bantuan kepada saudara kalian ini." Mereka pun membantuku dengan memberi pohon (tunas) kurma. Seorang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon, ada yang 15 pohon, dan ada yang 10 pohon, setiap orang sahabat memberiku pohon kurma sesuai dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul benar-benar 300 pohon.

Setelah terkumpul Rasulullah saw. bersabda kepadaku, "Berangkatlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu, jika telah selesai datanglah kemari aku akan meletakkannya di tanganku."

Aku pun menanamnya dengan dibantu para sahabat. Setelah selesai aku menghadap Rasulullah saw. dan memberitahukan perihalku, Kemudian Rasulullah saw. keluar bersamaku menuju kebun yang aku tanami itu. Kami dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan Rasulullah saw. pun meletakkannya di tangan baginda. Maka, demi jiwa Salman yang berada di tanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati.

Untuk tebusan pohon kurma sudah dipenuhi, aku masih mempunyai tanggungan wang sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah saw. membawa emas sebesar telur ayam hasil dari rampasan perang. Lantas baginda bersabda, "Apa yang telah dilakukan Salman al-Farisi?"

Kemudian aku dipanggil baginda, lalu baginda bersabda, "Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman!"

"Wahai Rasulullah saw., bagaimana status emas ini bagiku? Soalku inginkan kepastian daripada baginda.

Rasulullah menjawab, "Ambil saja! Insya Allah, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberi kebaikan kepadanya." Kemudian aku menimbang emas itu. Demi jiwa Salman yang berada di tanganNya, berat ukuran emas itu 40 uqiyah. Kemudian aku penuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku, dan aku dimerdekakan.

Setelah itu aku turut serta bersama Rasulullah saw. dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.'

(HR. Ahmad, 5/441; ath-Thabrani dalam al-Kabir(6/222); lbnu Sa'ad dalamath-Thabagat, 4/75; al-Balhaqi dalam al-kubra, 10/323.)

sumber: iluvislam


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Good Luck for UPSR

11101431H
Assalamualaikum.. Kepada semua pelajar tahun 6, kami doakan agar antum, antunna dipermudahkan bagi menjawab semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang...terutamanya Khadeejah.

InsyaAllah. Amiin:thumbsup:

:.M::.A::.A::blank::.T::.A::.U::.F::.I::.Q::blank::.W::.A::blank::.N::.A::.J::.A::.H:

Today is my mother's birthday.

Semoga berjaya!


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Ada apa hari ini ya?

10101431H
Assalamualaikum. Hmm... Ada apa hari ini ya? Hari ni dah start sekolah balik! Dapat kertas periksa. Rasa sekejap pula cuti. Tadi, ustaz Azman tanya pasal raya, macam mana raya? Dapat berapa banyak duit raya? Macam-macam jawapan. "More than you." "Oh, more than me? I've lost a lots of bucks." Takpe ustaz, nanti dapat bayaran ganti di syurga nanti. InsyaAllah.

Rata-rata ramai cakap, raya ni bosan. Ana tak tahu nak jawab apa apabila ditanya ustaz. Just buat isyarat thumbs up.:thumbsup: Memang tak dinafikan, raya tahun ini mungkin tidak semeriah sebelumnya. Mungkin perlu cuti lebih lama. Tapi, ana dah berazam untuk menghabiskan masa sebaik-baiknya nikmat waktu yang diberi. Yelah, raya betul-betul sementara abangku masih di sini. Kalau kita ada matlamat yang jelas, InsyaAllah tidak akan wujud rasa bosan dalam diri. Cuti hari tu, dapatlah duit raya daripada 15 orang. Sebenarnya ada lagi, tapi diri ini rasa ingin mengelak daripada terima duit raya itu. Dapatlah dalam RM100 lebih. (tak campur yang hari ni)

Pukul 4:10 petang, ana, Mardhiyyah dan Wafaa' tak balik lagi. Setia menunggu adik-adik di tahun 6 habis kelas tambahan. Lusa nak UPSR kan. Bercerita pasal raya..hehehe... Kampung Mardhiyyah dekat selatan, Wafaa' dekat utara, ana utara dan selatan. Cakap tentang kebiasaan tempat masing-masing. Macam-macam cerita keluar. Terutamanya pasal makanan. Ketupat nasilah, ketupat bantal, ketupat bawang, ketupat palas, lepat, tempe, kuah lodeh, kuih tempe (orang Jawa je tau kot), gulai, sambal tumis, sambal goreng, sambal kacang dll. Panjang juga kisahnya..hehehe... Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Dalam perjalanan balik ke rumah, ayah ana kata, kawan abang ana nak datang rumah. Eh, kawan mana pulak? Kawan-kawan dia kan semua dah tak ada, pergi belajar. Rupa-rupanya ada senior dari Jordan nak jumpa dengan abang ana. So, balik rumah, kenalah tolong masak laksa penang. Kawannya bernama Izzat (nama penuh eden tak tau). Lepas dia balik, ana pun turunlah bawah. Ayah ana pun kata, "Kelakarnya, rupa-rupanya dia tu anak kawan abah."

Pss, tadi dapat duit raya daripada abang kesayangan yang akan ke Jordan minggu depan, 28 September 2010, jam 3:00 pagi.

Abg ana: Syaza, ni duit Palestin untuk bulan ni. Nah, ni duit raya untuk semua.
Adik2: Wow, berapa ya?
Abg ana: Tengoklah sendiri.
Sarah: Eh, ni Ibrahim punya. (Ada nama)
Ibrahim: Ni kak Syaza punya.
Ana: Nah, Sarah.
Abg ana: Eh, tertukar pulak. Duit ikut umur masing-masing.
Ana: Berapa Sarah?
Sarah: RM 10.
Ana: Banyak tuuu... Ibrahim?
Ibrahim: RM 10.
Ana: (Buka. Sama je semua, dah agak dah. Alhamdulillah.)
Sarah: Kak Syaza dapat berapa?
Ana: Awak rasa? Saya kan lagi tua. Mestilah banyak. (RM 10 tu kira banyaklah untuk duit raya)

Kemudian, mak ana masuk bilik ana, beritahu dapat duit raya daripada abang ana.

Mak ana: Wah, abang Irfan bagi duit raya. Berapa abang Irfan bagi?
Ana: RM 10.
Mak ana: Wah, banyak duit dia.
Abg ana: (Senyum)

Sebelum tu, kami berempat tertarik tengok video ni. Macam mana entah, buka-buka blog orang, terjumpa video ni.


Abg ana: Apasal dia cipta permainan macam ni.
Sarah: Biarlah, best apa.
Abg ana: Bukan, kenapa dia cipta permainan yang buat kita rasa terliur nak makan benda tu. Patutlah budak-budak bawah 8 tahun tak boleh main.

Riuh bila tengok video ni. Kami penggemar makanan Jepun. Semuanya bermula lepas pergi ke Jepun masa tahun 2003. Memang beginilah kami, bila sorang tengok satu video yang interesting, mesti akan ajak adik-beradik yang lain tengok sama-sama. (Macam video annoying orange, illusion dll)

Lepas ni, kena ikut pergi raya rumah dua pupu ayah ana. Hee..takpe, orang Johor tak kisah raya malam-malam. Lagipun dia dah jemput, datanglah. Ingat nak pergi pukul 9:30 tadi, tapi ada orang datang rumah pulak.

Keluarga bahagia.
Semoga bahagia hingga ke syurga.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Semoga Selamat!

09101431H

Kepada abang-abang dan kakak-kakak
(Akh Munzir, Akh Muaz, Ukhti Afifah dan Ukhti Humaira')
yang akan berangkat ke Mesir esok,
semoga segala-galanya berjalan lancar
dan selamat sampai.
Semoga kalian mencapai matlamat kalian
dan mendapat mardhatillah
dalam mencari ilmuNya.

Cuti baru-baru ni,
ayahku ada hobi baru,
sedang belajar mengenali orang
melalui gesture,
diri inilah anak muridnya,
2 tahun lepas,
belajar mengenali orang
berdasarkan tarikh lahir.
Tapi, baru-baru ni juga
ada belajar mengenali sifat seseorang
apabila stress.

Hobi yang kedua,
selalu dengar atau tonton video-video
berkenaan dajal,
biasanya kami dengar waktu makan
sebab komputer ada depan meja makan.

Tapi kita tak tahu bilakah
kemunculan dajal itu.
Oleh itu,
kita harus bersedia dari sekarang.

Macam mana?
Dengan cara memantapkan iman kita.
Itulah konklusinya.
Bila iman kita mantap,
InsyaAllah, kita akan selamat.

Semoga selamat segalanya.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Jom, puasa enam Syawal

07101431H

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Terima kasih, adik-adik MaUTaDi,




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Apa Kata Mereka Pada Islam?

05101431H
William Ewart Gladstone (1809-1898) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini."
-ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan-


Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi (tulis buku Negara Yahudi : 1895) "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran."
- ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897-

Lord Cromer - Gabernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis "Bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat."


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pesanan Rasulullah Untuk Wanita

04101431H




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Berhati2 di Jalan Raya

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG.


Konvoi 136 Ekor Ulat Bulu..

South Africa Isnin 6 September 2010: Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.

Jamie Rooney, 38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini." SubhanAllah.



Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-30-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Ramadhan is Leaving Us Again :(


Ya ALLAH, hanya ENGKAU Yang Maha Mengetahui betapa hibanya hati ini....

tetamu istimewa akan pergi tak lama lagi....

masihkah ada peluang untuk kita bertemu dengannya lagi?

Semoga diberi kesempatan untuk bertemunya lagi.

Ameen...

“barangsiapa tidak memperoleh kebaikan Ramadhan maka dia tidak memperoleh apa-apa”
(HR Ahmad)


Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-29-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam

  1. Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.

  2. Menghapuskan Al-Qur'an.

  3. Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.

  4. Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.

  5. Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.

  6. Lemahkan bangsa Arab.

  7. Dirikan negara diktator di dunia Islam.

  8. Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.

  9. Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.

  10. Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Ps. Jom tukar link di sini.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-28-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Mitos 'Dont Judge A Book By Its Cover'


Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi," katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok," tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

"Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW:

"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?

Dipetik daripada www.zaharuddin.net

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-27-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.
Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.
Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.
Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

sumber: haluanpalestin.haluan.org.my


Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-25-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Selamat Bercuti


Akhirnya, selesai sudah peperiksaan OTI 3 form 4 dan percubaan SPM. Esok bermulanya cuti sekolah sehinggalah 18 September 2010. Memandangkan sekarang merupakan fasa ketiga Ramadhan, marilah kita sama-sama berusaha mencari lailatul qadar. Bukan MENANTI tetapi MENCARI.

Oh ye, hari ini juga merupakan birthday girl. Masa balik sekolah, dalam kereta...

Mak ana: Siapa nak nyanyi untuk Sarah ni?
Abg ana: Allah selamatkan Sarah... Allah selamatkan Sarah... Allah selamatkan Sarah Nadiah... Allah selamatkan Sarah...
Ana dan Ibrahim: (tepuk kerusi je.)
Mak ana: Hah, orang dah doa selamat untuk Sarah, jom kita pergi ambil ubat Sarah.

Sememangnya abang analah yang paling suka usik adik ana yang sorang ni. (sebenarnya semua suka usik dia.) Tapi dah banyak kali dah ana perhatikan, biasanya anak sulung ni dia agak rapat dengan anak bongsu.

Masa berbuka puasa, potong kek. Bakar biskut coklat untuk dia. Sambil dia minum susu...

Sarah: (batuk2, macam tersedak. Semua tengok dia) Yek, masam!
Ibrahim: (bau) Owh, ehek, ehek, masamnya bau.
Ana: A'ah, masam. Ce tengok tarikh expired dia.
Ibrahim: Pelik, tahun 2011.
Mak ana: Mesti ada orang yang tak simpan balik ni. Takpe Sarah, birthday surprise.
Abang ana: Birthday surprise yang paling hebat.
Ayah ana: Takpe, kan rasa dia macam yougart.^^
Ana: Sarah, banyak mana dah awak minum?
Sarah: Banyak juga kot.
Ana: Macam mana boleh tak perasan?
Sarah: Sarah ingatkan rasa dia pelik sebab cawan tu bekas air tebu tadi. Sarah pun minumlah lagi.
Ana: Haish, apalah awak ni, tu pun tak tau nak beza. Memang birthday surprise paling hebat.

Macam-macamlah adik kecik (tak kecik pun. nak lawan kakak dia dah. :P) sorang ni.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-23-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: September 2010
Design by a.a.ghariib