Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

3 Minggu Sudah...

17021432H
Nampaknya sudah 3 minggu kita bersekolah, sudah 2 minggu kita belajar dan sudah seminggu kita menghadiri kelas tambahan (form 5). Jadual menjadi begitu padat dan penuh bagi pelajar tingkatan 5. Dari pagi sampai malam kami belajar. Semalam pun balik lewat, pukul 11 lebih.

Sistem pembelajaran sekarang adalah Aqidah Merentasi Kurikulum. Silibus ini dibuat oleh SMIH, JB. Maksudnya, setiap pembelajaran itu akan dikaitkan dengan ayat Al-Quran.

Setiap hari akan ada dua perkataan bahasa arab yang perlu dihafal dan perlu ditasmi' dengan pengawas pada hari Khamis iaitu isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja). Setiap minggu juga akan ada ayat yang boleh digunakan dalam hiwar (perbualan) harian. Contohnya, Lau samahta/ti (excuse me), Hayya ma'ie (Let's together with me), Intazhir lahzhah (Wait for a sec).

Selain itu, sistem hafazan juga telah dinaiktarafkan. Hari Jumaat hingga Selasa, hafal ayat baru, cukup jumlahnya satu muka sebab 1 hari 3 baris. Hari Rabu tasmi' satu muka surat. Siapa yang gagal untuk memperdengarkan hafazan mereka sebanyak 1 muka surat, perlu menetap di sekolah pada hari Khamis sehingga pukul 7:30 malam untuk membuat hafazan. Sekiranya sampai jam 7:30 malam masih tak ingat, minggu berikutnya, dia perlu stay lagi pada hari Khamis. Hari Khamis, tilawah Al-Quran. [Nasib baik dah tukar, Muallimah Rosmawati guru kumpulan hafazan ana.]

Sekarang, SPPM ditukar kepada SPPIM (Sistem Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh). Muallimah kata, KRSM pun akan ditukar begitu, tapi tak pasti lagi bila.

Jadi S/U untuk permainan badminton. Ketua seksyen 2 platun 4. Sudah bertukar tempat dengan Marsha pada tahun ini walaupun masih dalam platun yang sama.

Pengawas dan pustakawan pun nampaknya dah upgrade tahun ini. Sistem yang lebih teratur. Betul tak?

Oh ye, form 5 pun ada pelajar baru juga. Ikhwah lah, namanya Khalis. Baru masuk masa minggu kedua persekolahan. 5 Tarmizi.


Pada hari Isnin yang lepas [17012011], kami bedah katak waktu Biologi bersama-sama pelajar sains teras dan dibantu oleh Muallim Hanif, Muallimah Mursyidah, Kak Husna dan Kak Mawaddah Az-Zahra. Tapi lepas tu, ramai yang tak berselera untuk makan tengah hari terutamanya pelajar sains teras. Ana dan Marsha selamba je makan. Ada juga yang tanya, tak geli ke, baru lepas bedah katak?

Mlm Nadhir: Wafaa', ok ke bedah katak? Berani?
Kak Husna: Bukan setakat berani, dia suruh potong kaki katak ni. (tapi tak buatlah, masa ni Wafaa' takde dekat sini)

Rasanya katak ana dan Marsha sahaja yang tak hancur macam orang lain. Orang lain, habis mereka kerjakan katak tu. Lepas dah bedah, dah tengok organ-organ dia, minta muallim putuskan jantung dia. Lepas dah putuskan jantung dia, jantung dia berdegup sekali sahaja dan terus berhenti.


Terima kasih Kak Syidah atas gambarnya!

Sempatlah bela katak ni sehari. Hari Ahad, Haziqah pun bawa 3 ekor katak yang telah ditangkap oleh sepupunya. Siap beri nama lagi, Rocky, Chocky dan Toddy (paling gemuk). Ana dan Marsha ambil Chocky. Adalah tangkap beberapa ekor serangga untuk bagi dia makan sebab simpan dia dalam tupperware plastik. Adalah beberapa orang yang geli/terkejut bila kami tunjukkan katak ni. Ada juga yang terkejut bila nak lalu dekat tempat tersebut (tepi meja Zalilah). Wafaa' dengan Izyan je takde katak.

Pada hari Selasa [18012011] pula, ada berita gembira. Ustaz Idris dapat anak baru. Lelaki. Namanya Ilyas. Maryam dah dapat adik! Muallimah Hayati pun dah dapat anak perempuan masa minggu ke-2 bulan Januari ni, tak ingat hari apa.

Tiap-tiap hari kena stay dekat sekolah untuk kelas malam (7.45am-10.00pm). Memang sekolah jadi rumah kedua kamilah. Setiap hari macam-macam kerenah, macam-macam insiden berlaku. Gembira selalu. Sungguh pun jadual kami penuh, kami sentiasa berusaha menyiapkan kerja yang diberi dengan sempurna, tepat pada waktunya.

Semalam sahaja pun macam-macam benda berlaku. Walaubagaimana penat sekali pun kami tetap ceria selalu.

Ps. Pengawas dan pustakawan perlu jahit lencana sekolah juga sebab nametag tak siap lagi.

Sedang berusaha menghabiskan buku Sutera Dalam Lukisan dan The Curse.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

4 Comments
Comments

4 responses:

  1. lama tak singgah di sini..

    subhanallahx3, hanya itu yang selayaknya diucap.. begitu banyak yang berubah ya.. moga warganya juga terus mantap!(syukran atas maklumat)

    tak tahu langsung pasal ust Idris(ilyas ni anak ibu ke umi?) n Muallimah hayati...-_-"
    kirim salam pada mereka..

    ukhuwwah teras kegemilangan..~

    ReplyDelete
  2. @muhammad92
    begitulah hendaknya, afwan..

    Ilyas anak ibu juga.
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Salam ukhti.. ana tak tahu nak comment apa.. begitu banyak perubahan.. Tapi sebab instruction di atas kata POST A COMMENT IF YOU REALLY LIKE THIS ENTRY, jadi ana pun post lah.. ^^ Kirim salam buat semua Form 5..

    ReplyDelete
  4. @Muhammad
    Waalaikumussalam..Wah, bagus sebab peka pada instruction.
    InsyaAllah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: 3 Minggu Sudah...
Design by a.a.ghariib