Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Maulidur Rasul 1432

12031432H
"Dan tidaklah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam."
(Quran, 21: 107)


* * * * *

Kami baru selesai mengikuti usrah pada pagi tadi dari pukul 7:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Monica Bay. Pelajar asrama pun pergi situ juga untuk beriadah. Hari ini usrah dengan 3 orang lagi makcik; makcik Midah, makcik La dan makcik Ma. Seronok! 4 orang sekaligus. Ain pun ada sekali.

Pada mulanya, makcik Midah mengajak kami bersama-sama menunaikan solat dhuha di tepi pantai ciptaan Allah yang indah. Kemudian barulah kami memulakan aktiviti riadah kami. Makcik Midah semangat jogging bersama. Makcik La dan muallimah Yong jalan (stroll) di belakang, menikmati keindahan di tepi pantai. Masa ni, Khadijah dan makcik Ma tak datang lagi. Rumah biru mendahului! Selalu lumba dengan rumah hijau (Mardhiyyah dan Izyan). 5 orang rumah biru termasuk Ain. Muallimah Yong dan makcik La ikut jalan pintas.

Dalam pukul 8:45 pagi, kami bersarapan bersama. Makanan berat tidak dibenarkan untuk dibawa. Dapat minum air zamzam yang makcik Ma bawa. Sambil-sambil bersarapan, makcik Midah pun berkongsi cerita ketika makcik ke Australia.
  • Amanah
  • Orang dekat Australia, kalau nak beli barang, boleh letak dalam apa-apa beg yang dibawa. Contohnya, beli barang kecil je, jadi letak je terus barang tu dalam beg tangan, nanti bayarlah dekat kaunter. Tapi, semua amanah, semua bayar lepas ambil barang. Takde pun yang nak sorok-sorok barang atau cuba-cuba nak curi. Sedangkan mereka bukan orang Islam pun. Tapi begitu jujur dan amanah.

    Begitu juga keadaannya ketika hendak menaiki bas. Takde orang yang kutip tiket. Sistem mereka, naik bas terus bayar dalam tabung yang disediakan di depan.

  • Bersih
  • Kebersihan di sana amat dititikberatkan. Contohnya, lepas mereka makan di suatu tempat, mereka akan kemas dan bersihkan semula tempat tersebut. Tak perlu nak upah orang untuk bersihkan tempat tersebut sebagaimana di Malaysia. Tandas pun bersih. Nak masuk tandas tak perlu bayar tapi bersih sangat tandasnya. Boleh tidur dalam tandas. Dan semua tandas boleh digunakan, semua berfungsi. Sebab kerajaan dia guna duit cukai untuk kemudahan rakyat. Walaupun cukai di sana agak tinggi, takde pun orang merungut sebab mereka tahu duit tersebut akan digunakan untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat juga.

  • Ikut peraturan
  • Sistem di jalan raya begitu teratur. Biasanya, di tepi-tepi jalan, ada papan tanda had laju kenderaan. Mereka akan ikut had laju tersebut. Takdelah kemalangan dahsyat-dahsyat seperti di sini. Kadar kemalangan di sana rendah.

  • Berterus terang
  • Kalau ada apa-apa yang tak puas hati, mereka tak akan simpan. Mereka sentiasa berterus terang dan cuba menyelesaikan masalah. Takde cakap-cakap belakang.

  • Rakyat diutamakan
  • Ada tu, orang Islam minta masjid untuk dibina di kawasan tersebut. Kemudian, memang kerajaan dia bina masjid untuk orang Islam di situ. Bahkan masjid di sana lebih besar dari masjid yang terbesar di sini. Yalah, negara mereka besar, rakyat sikit, cukai tinggi.

    Tapi ada juga orang yang menyebarkan dakyah-dakyah kristian. Walaupun mereka tahu kita Islam, mereka tetap datang. Biasanya, kalau orang yang tak kuat, ada masalah, dia akan mudah terikut dengan dakyah-dakyah mereka ni.

  • Orang-orangnya peramah
  • Mulut mereka begitu ringan untuk menyapa kita di sana walaupun dengan orang yang mereka tidak kenal. Sepatutnya, kita sebagai orang Islam perlu sentiasa menyebarkan salam. Malangnya, rata-rata umat Islam di dunia kini tidak berbuat demikian.

Seterusnya, kami ditanya, apa yang kami dapat, apa yang paling terkesan daripada SHB, Seminar Hasan al-Banna tempoh hari. Macam-macam jawapan. Makcik-makcik semua kata, kami beruntung kerana dapat pendedahan tentang dakwah lebih awal daripada mereka. Antara bab yang kami sentuh yang berkaitan dengan SHB adalah tentang guru, kepentingan usrah, sukan dll.

Masa sebut pasal guru, makcik-makciklah banyak bercakap. Maklumlah, semua jadi guru. Makcik Ma paling banyak cakap. "Dulu, zaman kami, macam tu lah cara cikgu kami mengajar (macam Ustaz Zawawi). Tapi hasilnya kami semua dapat. Budak-budak le ni, nak kepelbagaianlah. Kita pula kena belajar tahap kepandaian pelajar. " Kemudian, masuk pula pasal kelas tambahan sekolah makcik. Muallimah Yong cadangkan sistem rakan sebaya untuk belajar. Maksudnya, untuk kelas tambahan, pelajar yang ajar. Siapa yang paling mahir subjek/topik tersebut boleh ajar orang lain.

Lupa pula, kak Humaira' pun turut serta bersama kami. Dia cerita cara murabbi di sana mengajar dan mendidik. Barulah diteruskan dengan pembentangan seperti yang telah ditugaskan.

Banyak yang kami dapat hari ini. Dengan kehadiran makcik-makcik dan kak Humaira', lagi meriahlah dan lebih banyak perkongsian yang kami dapat. Makcik Midah banyak bercerita, makcik Ma sentiasa menjadi penceria suasana (sentiasa membuat kami tersenyum walaupun apa yang diperkatakannya itu betul), makcik La lebih banyak menyokong apa yang diperkatakan oleh sahabat-sahabatnya (nampak diam hari ini) dan muallimah Yong sudah tentu bercakap secara menyeluruh sebagai naqibah.

Afif dah pindah, semoga nti baik-baik sahaja di sana bersama kumpulan usrah nti...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Maulidur Rasul 1432
Design by a.a.ghariib