Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Cuti Sekolah

22061432H
Alhamdulillah. Baru habis peperiksaan pertengahan tahun semalam. Markah, baru tahu untuk tiga subjek; PQS, Sejarah dan Matematik Tambahan.

Cuti sekolah ni, ada kelas tambahan selama lebih kurang 4 hari 4 malam. Bermula hari Khamis sehingga hari Isnin. Dan semua diWAJIBkan untuk tinggal di asrama. Maka, ana dapat berjumpa dengan abang ana lambat sikitlah. Dia balik hari Jumaat. Kena tunggu habis kelas dulu. Hari tu, muallimah Ainon excited sangat bila tahu abang ana nak balik. Katanya (dalam kump. usrah mlmh lah), "Anak saya nak balik! Ana saya yang Irfan tu nak balik. Nanti saya nak suruh dia bagi motivasi banyak-banyak dekat awak semua." Tapi masa ni, tak tahu lagi tarikh sebenar dia balik. Oh ye, warden asrama banat nanti ialah muallimah Ainon. Bestnya!

Cuti sekolah ini juga, ada banyak program yang dijalankan. Antaranya ialah EXCELL (KRJ), Karnival Kokurikulum MGB SIM (MUSLEH) dan Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waren, kursus kawat, BaSeD dan bantu mula (KRS). Semoga mereka yang terlibat berjaya menjalani aktiviti tersebut. Bagi peserta MGB SIM, semoga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Oh ye, cuti ni, ada 3 orang guru SMIAAK yang akan melangsungkan walimatul urus mereka.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

1 Comments
Comments

1 responses:

  1. Oh, kemungkinan besar, mak ana akan ambil hari Jumaat malam Sabtu tu untuk ke airport(Kuantan). Dia balk2, terus nak ikut Ibrahim pergi pelancaran IKRAMTeens. Maksudnya, dia akan ke sekolah malam (b4 12) tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Cuti Sekolah
Design by a.a.ghariib