Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

3 Bulan Sudah...

04101432H
Genap sudah 3 bulan dia di sini,
Tibalah masanya untuk dia pulang menuntut ilmu,
di perantauan,
Terasa sekejap sahaja masa berlalu.


Hari ini hantar dia ke KLIA, tak sempatlah dia beraya dekat kampung utara (sebelah mak), sempat beraya 3 hari di kampung selatan (sebelah ayah). Itu pun dah macam-macam benda orang bagi. Dekat kampung, makcik aku panggil dia, orang Jordan. Dia pun nampak gembira raya ni (lega dah tahu masuk U mana).

Hari ini juga genaplah umur adikku, 13 tahun (tahun masihi).
Semalam dekat kampung, dia tanya,
"Esok, sambut birthday Sarah dekat airport ke?"
"Esok, Sarah cakap je nak kapal terbang yang mana, nanti abah bagi."
"Tengok-tengok dapat model kapal terbang yang kecik tu je."
"Nanti tinggal Sarah sorang kat airport, hahaha, kitorang nak balik kampung."
Semua ketawa.

Dekat kampung ayah ana ni, memang riuh,
ramai tukang sakat,
suara masing-masing, kuat betul,
masing-masing pandai 'menjawab'.
^o^

Sanah Helwah Khadeejah Azharulhuda Ghariib!!!!


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

1 Comments
Comments

1 responses:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: 3 Bulan Sudah...
Design by a.a.ghariib