Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Takziah diucapkan...

01121432H
Assalamualaikum,
Al-Fatihah disedekahkan kepada Syakiirudin f1 dan ibunya yang telah meninggal dunia pada pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Tapah. Kakaknya, Siti Nur'ain kini sedang berada di Hospital Ipoh (dibius 24 jam) setelah menjalani pembedahan di Hospital Tapah akibat kecederaan yang dialami pada bahagian muka dan kepala.


Kata abangku,
Sya'ban 1432

"Malam diredah, menghabiskan sisa-sisa 4 km dari jungle trekking di atas jalan tar dengan hanya diterangi cahaya bulan. Bersama Ustaz Idris, Muallim Nadhir, Muallim Zainal Abidin, dan dua org pelajar SMI Al-Amin Kemaman, diri ini digagahkan juga untuk melangkah bersama mengangkat tubuh kecil yang terbaring kaku di atas stretcher yang dibuat dari dahan kayu. Ahmad Syakiirudin namanya, pelajar form 1. Pengsan semasa trekking. Gara-gara tak makan malam. "Ni kalau ada kereta lalu ni, nampak kita usung stretcher tengah2 malam, mau berdesup lari," diri ini berseloroh. Akhirnya si adik ni pun terjaga. "Nah, makan ni ada roti, ada air." Ucap kami sambil menghulur sebotol air 100plus dan ban berinti coklat. "Boleh jalan tak?" Dia mengangguk. Lalu walau masih berwajah pucat, digagahi juga menghabiskan 2-3 km terakhir. Jalan juang itu panjang, namun masih digagahi juga walau tubuhnya masih longlai. Tersenyum layu, terfikir betapa adik2 inilah yang bakal mewarisi ummat. "Biasalah, aku dulu begitu juga," bisikku dalam hati."

1 Zulhijjah 1432

"New tab dibuka. Home page facebook mucul memenuhi skrin. Status terawal muncul:

"~:: innalillahi wa innailaihi rajiun.hari ini, dunia islam kehilangan seorg bakal mujahid yg bakal tegakkan islam. ::~

p/s: alfatihah utk adik syakiirudin rosli.pelajar f1 al-amin kemaman.beliau meninggal akibat eksiden."

Diri ini tergamam seketika. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dia dan ibunya dijemput Allah SWT dalam suatu kejadian kemalangan. Peringatan buat kita yang masih hidup, dan ujian buat ahli keluarganya, moga dipertemu kembali di syurga kelak. Moga Allah menempatkannya dan ibunya bersama para solihin. Allahumma ghfirlahuma warhamhuma. Al-fatihah.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

3 Comments
Comments

3 responses:

  1. Terkejut sangat masa mengetahui berita nie..x percaya rasenya..setiap pagi mesti nampak ayah die hantarnya utk naik bas..nmpk die lintas jalan menuju ke bas..dan sekelip mata..die telah pergi...~

    ReplyDelete
  2. @Nurhaziqah.Mz
    Serius, ana pun tersentak bila dapat berita ni. Tak terkata. Semoga mereka dinaungi rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kita yang masih diberi peluang untuk hidup, perlu sentiasa mengupgradekan diri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Takziah diucapkan...
Design by a.a.ghariib