Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kelas Hifz Al-Quran ku

07091433H
Assalamualaikum W.B.T.

Baru diberi kesempatan untuk mencoret di sini pada bulan ini. Macam mana tilawah al-Quran? Ana yakin masing-masing dah letak matlamat, nak khatam al-Quran pada bulan Ramadhan kali ini.

Bercakap pasal al-Quran, mengingatkan ana tentang temuduga untuk masuk kelas Hifz al-Quran di sini. Pada minggu orientasi, ada 2 hari kami berorientasi mengikut fakulti masing-masing. Jadi, ketua jabatan (KJ) bagi bidang al-Quran dan as-Sunnah telah meuar-uarkan satu kursus elektif iaitu kursus Hifz al-Quran. Sesiapa yang berminat untuk memasuki kursus ini, serahkan nama beserta no hp kepada KJ. Kami difahamkan bahawa kami akan dihubungi oleh pihak pengurusan untuk menghadiri temuduga tersebut. Jadi, dalam tempoh seminggu tu, kami menunggu sahaja panggilan untuk temuduga.

Temuduganya begini, kami akan disuruh menghafal satu muka surat dalam masa 30minit. Kemudian tasmi' hafazan di depan ustaz/ah yang terlibat. Satu sem, hafal 5 juzu'. Habis diploma, insyaAllah dah habis 30 juzu'.

Hari Khamis, baru tahu, sebahagiannya telah menghadiri temuduga malam semalam. Tapi macam pelik sebab tak dapat apa-apa maklumat atau panggilan pun. Lagipun, malam semalamnya itu ada kelas Dakwah Islamiyyah.

Check nama pelajar yang akan ditemuduga hari Sabtu dekat pejabat KJ. Lah, nama aku tak ada. Entah-entah aku patut datang yang semalam punya. Fikir~

Cuba dapatkan no hp ustazah yang mengajar Hifz alQuran. Tanya zaujah ustaz Zawawi Ali, akhirnya berjaya dapatkan. Telefon ustazah, tanya boleh tak nak datang temuduga hari Sabtu. Ada juga seorang sahabat ana yang terlepas juga temuduga. Tapi, pada saat-saat akhir, dia menyatakan hasratnya untuk menarik diri.

Ustazah pun suruh datang hari Sabtu, jam 10:00 pagi di bilik ustazah. Kalau ikut jadual, hari Sabtu, pelajar dari course Bahasa Arab dan Kesusasteraan akan ditemuduga pada jam 11:00 pagi.

Petang Khamis tu, perasaan bercampur baur. Izyan ada singgah kat bilik ana, alang-alang teman kawan dia jumpa kawan dia dekat sini, di datang bilik ana. Hee~Berbelit-belit ayat.

Pagi Sabtu, melangkah dengan satu pengharapan kepadaNya. Diberi surah Asy-Syura, ms 484, ayat 11-15 untuk dihafal dalam masa 30minit. Dipendekkan cerita, habis tasmi', ustazah tanya, "Memang betul-betul nak masuk ke? Sebelum ni dah hafal berapa juzu'?" Ustazah tahu yang ana dah pernah menghafal dekat sekolah dulu sebab ustazah pun pernah sekolah dekat al-Amin Keramat, tapi sekolah rendah je lah.

Akhirnya, LULUS. Alhamdulillah~
1 hari kena tasmi' 1 maqra'.
1 minggu=1/2 juzu'
2 minggu=1 juzu'
1 sem=5 juzu'
5 sem+2 sem khas=30 juzu'

InsyaAllah, ameen. Doakan ana.
Salah satu cara untuk tambah vocab BA adalah melalui al-Quran di samping dapat belajar/memantapkan pemahaman berkenaan nahu/qawa'id dengan memerhati baris bacaannya. Bukankah wasiat ke-3 IHAB berbunyi begini, "Berusahalah bercapai dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam." Nak hafal, kena faham makna, baru mudah untuk ingat. Setiap hari dapat tadabbur ayat. Rasa macam Allah bercerita kepada kita, kadang-kadang nasihat, amaran dll.

"Kita berkata-kata dengan Allah ketika solat. Allah berkata-kata kepada kita melalui al-Quran."

Yang datang temuduga, semua dapat mesej. Pelajar usuluddin semua terlepas temuduga. Ingatkan ana je yang terlepas. Tapi ada buat second intake hari tu. Jadi, pelajar kelas ana ada 9 orang. Pelajar lelaki dan perempuan asing kelas. 4 dari AQSA, 3 Usul, seorang Syari'ah dan seorang BAHTERA (pelajar sek MUSLEH).


Mak ana kata, "Dia nak tengok kesungguhanlah tu." Memang Allah uji, uji kesungguhan hambaNya.

Roommate ana tanya,
"Orang yang biasa/pernah hafal al-Quran memang sedih eh kalau tak dapat hafal dah."
"Bergantung. Tapi kalau ana, memang ana sedih kalau tak dapat masuk kelas tu. Rasa macam kosong."
*Dia tanya sbb ada classmate dia (sek Musleh) yang nak masuk, tapi terpaksa mengalah sebab pelajar kelas tu semua tak ambil HQ. Jadi, diorang semua nak anjak jadual kelas.

Macam kelas ana, yang tak ambil HQ, diorang start kelas pukul 10 ke atas. Ana dan pelajar yang masuk HQ, memang setiap hari pergi kelas awal, 8:00AM-10:00AM.
#Berazam nak khatam al-Quran sekali dengan tadabbur ayat untuk Ramadhan kali ini.

Jom baca Tips Menyegarkan di Bulan Ramadhan dan Cabaran Ramadhan 1433H APG.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

2 Comments
Comments

2 responses:

  1. Assalamualaikum. Saya baru sahaja baca blog akak ni. Saya nak tanya dengan lebih lanjut. Hifz Al-Quran tu apa ? Dia kena hafal ayat alquran semua tu eh ? Saya sebenar berniat nak lanjut kan pelajaran dengan mengambil Diploma tentang Syariah. Benda ni semua baru bagi saya sebab saya memang tak pernah terfikir langsung nak try Syariah. Tetiba tiba terasa nak mencuba benda yang baru. Harap akak dapat jawab ah soalan simple saya ni. Maaf. Baru nak check check tentang Subject dalam Diploma Syariah :)

    Oh yaa. Dan apa beza Diploma in Syariah and Diploma in Usuluddin ? Terima Kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, dik.
      Kalau dekat U akak, ada ditawarkn satu kursus elektif (pilihan) iaitu Hifz AlQuran. Setiap sem kena hafal 5juzu', maksudnya, bila dah habis dip. dah hafal satu Quran. Kalau ikut silibusnya, macam ni lah (walaupun nampak macam pelik sikit):
      Sem 1: Juz 1-5
      Sem 2: Juz 6-10
      Short sem: Juz 16-18
      Sem 3: Juz 11-15
      Sem 4: Juz 21-25
      Short sem: Juz 19-20
      Sem 5: Juz 26-30

      Apa yang akak nampak, macam dekat U akak ni, fokus utama jabatan syariah ialah pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Antara isu-isu berkaitan syariah adalah seperti fiqh dan usul, kajian teks fiqh, metodologi hukum, fiqh semasa, hukum Islam dan masyarakat kontemporari dll.

      Manakala dalam jabatan usuluddin, pelajar akan didedahkan dengan persoalan dan isu-isu berkaitan dengan aqidah, pemikiran Islam dan tasawuf. Antara matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat memperkukuhkan keimanan mereka dan mampu menangani permasalahan masyarakat serta mengatasi kekeliruan minda apabila berhadapan dengan pemikiran yang menyeleweng.

      Apa-apa pun, maaf lambat balas, akak tengah exam hari tu :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Kelas Hifz Al-Quran ku
Design by a.a.ghariib