Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Wahai Diri...

1411433H
Monolog seorang insan yang dhaif:

"Wahai diri, engkau suka tak kalau orang lain terasa hati dengan engkau?"

"Tak."

"Lalu layakkah engkau ingin terasa hati dengan orang lain?"

"Wahai diri, engkau suka tak kalau orang lain mudah memaafkanmu?"

"Sudah tentu."

"Lalu layakkah engkau untuk sukar memaafkan orang lain?"

"Aibmu banyak, silapmu banyak, dosamu banyak, lalu layakkah engkau melakukan sesuatu ke atas orang lain yang engkau sendiri tidak menyukainya dilakukan ke atas dirimu? Adakah engkau merasa engkau lebih mulia dari mereka?"

"Memang manusia sifatnya begitu."

"Allah mengurniakan engkau kebolehan untuk memaafkan orang lain, dan perasaan yang tenang. Bukan semua manusia mudah memaafkan atau tenang seperti engkau. Itu anugerah Ilahi, bukan bererti engkau lebih mulia dari mereka."

"Lalu jaga-jagalah akan perasaan orang lain. Perasaanmu tidak penting kerana engkau tahu setiap kali hatimu terguris, itu baik untukmu, bukan buruk, kerana ganjaranmu di sisi Allah. Lalu engkau mudah memaafkan."

"Tetapi tidak semua manusia begitu."

"Jagalah hati mereka. Takut-takut mereka akan menuntut hak mereka di akhirat kelak. Moga dengan maafmu terhadap insan lain, Allah sendiri yang akan membayar 'hutang-hutang'mu."

"Engkau suka dimarahi? Atau dibenci?"

"Tak."

"Maka engkau tidak layak untuk marah atau benci kepada insan lain, melainkan untuk hak tarbiyah (memberi pengajaran) atau dalam perkara yang dituntut Allah untuk mu memarahi atau membencinya. Tetapi marah kerana diri atau perasaan engkau sendiri, engkau tidak layak untuk itu."

Abdullah al-Ghariib, 14 Safar 1432

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Wahai Diri...
Design by a.a.ghariib