Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Bunga Kehidupan

15081436H
"Janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." [Q:20:131]

Apa hubungan antara bunga dengan kehidupan kita?

"...sebagai bunga kehidupan dunia..."

Jika diperhatikan, ketika sesuatu tanaman atau tumbuhan hendak mengeluarkan buah, proses itu dimulai dengan kemunculan bunga. Bunga itu indah sifatnya, menarik perhatian kita. Kadangkala sehingga ada yang terasa ingin memetik bunga tersebut.

Bunga mana yang bakal kau petik? *tetiba o.O

Teringat sahabat dekat Irbid cerita, budak-budak arab ni nampak bunga terus nak petik. Kesian bunga tu, katanya.

Jadi, bila dipetik, bunga tersebut tidak dapat tahan lama. Bahkan akan menjadi layu dengan lebih cepat dan akhirnya dicampak atau dibuang begitu sahaja. Daripada yang asalnya kelihatan cantik pada pohonnya, dengan segera menjadi layu apabila dipetik.

Hal ini berbeza bilamana bunga itu dibiarkan terus berada pada pohonnya untuk beberapa tempoh lagi. Akhirnya akan bertukar menjadi buah yang bukan sahaja menenangkan mata yang melihat, bahkan boleh dimanfaatkan (dimakan atau digunakan).

Tamat cerita bunga.

Melalui gambaran itu, berbalik kepada kehidupan realiti, dunia ini dilihat sangat indah dan penuh dengan pelbagai kenikmatan seperti perhiasan, harta, anak-anak, pangkat, kekuasaan dan sebagainya.

"...untuk kami uji mereka dengannya."

Allah jadikannya indah untuk menguji kita semua. Namun segala keindahan itu akan menjadi lebih indah andainya kita menunggu untuk sedikit lagi masa yakni menunggu kehidupan akhirat. Demikianlah bagaimana Allah menguji siapakah dari kalangan hambanya yang benar-benar jujur dan patuh padaNya dan siapakah hambanya yang terburu-buru mengejar kenikmatan dunia.

"Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal."

Orang yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, pasti Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik untuknya.

Dunia ibarat fatamorgana. Ia kelihatan megah tetapi hakikatnya lemah. Dalam bahasa arab, dunia bermaksud hina dan dekat. Hina kerana tiada nilai jika dibandingkan dengan akhirat. Dekat kerana dekat dengan akhirat.

Maka yang manakah yang kau pilih?
Bunga itu bakal kau petik atau kau biar?

Syair yang dibawakan oleh Imam Nawawi ini memberi makna yang mendalam,

إن لله عبادا فطنا *** طلقوا الدنيا وخافوا الفتانا
Sesungguhnya Allah memiliki beberapa hamba yang cerdik, mereka menceraikan dunia kerana khuatir bencana,

نظروا فيها فلما علموا *** أنها ليست لحي وطنا
Mereka merenungkan isi dunia, ketika mereka mengetahui bahawa dunia bukanlah tanah air orang yang hidup,

جعلوها لجة واتخذوا *** صالح الأعمال فبها سفنا
Mereka pun menjadikannya laksana samudera dan menjadikan amal soleh sebagai bahtera.

Beliau mengatakan, "Jika keberadaan dunia adalah seperti yang saya kemukakan tadi, dan status kita serta tujuan kita diciptakan aalah seperti yang saya sampaikan (untuk mengabdikan diri pada Allah), maka sudah semestinya bagi setiap mukallaf membawa dirinya ke jalan orang-orang pilihan dan mengikuti jalan-jalan orang yang memiliki akal dan fikiran."

Ini bukanlah ajakan untuk zuhud dalam kebaikan-kebaikan hidup. Tetapi ajakan untuk bangga dengan nilai-nilai dasar yang abadi, bangga dengan hubungannya kepada Allah dan redha Allah kepadanya. Jiwa jangan mudah luntur apabila berhadapan dengan kekayaan, kenikmatan yang melimpah. Hendaklah terus tetap berasa mulia daripada sekadar perhiasan yang sia-sia yang memukau pandangan.

Rujukan: Tafsir fi zilal.

*Dapat ilham lepas ziarah rumah muallimah baraah. Bahagian sutuh (atap), ruang untuk tetamu penuh dengan bunga. Cantik sangat.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: June 2015
Design by a.a.ghariib