Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Halaqah @ Usrah

HALAQAH:
Sekumpulan manusia yang berkumpul atas dasar cinta kepada Allah.

USRAH:
Keluarga..

ADAB HALAQAH @ USRAH:
  1. Bersedia dari sudut ruuhi.
  2. Bersedia dari sudut aqli.
  3. Bersedia dari sudut jasad.
  4. Bertanggungjawab menjaga keceriaan halaqah.
  5. Beri tumpuan.
  6. Berfikiran terbuka dan menerima teguran.
  7. Hidupkan suasana halaqah dengan perbincangan.
  8. Jauhkan diri dari sikap taksub.
  9. Jaga adab berbincang.
  10. Memberi teguran dengan berhikmah.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lembaran Hidup WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Aisyah Ameelah Ghariib

Aisyah Ameelah Ghariib
The silent extraordinaire and underestimate her at your own peril...

Apa maksud Ghariib??
Nahnu ghariiban fil ardh. Fii haadzihil ardh.

Kami orang asing, orang dagang, perantau di bumi. Bumi ini.

Aisyah Ameelah???
Aisyah ialah nama isteri Nabi, seorang cendekiawan pintar dan pemimpin yang dihormati dalam kalangan kaum wanita.

Ameelah pula memiliki dua maksud. Pertama, yang memiliki impian. Kedua, yang berusaha dan bekerja. Hidup mesti ada sasaran dan tiada guna sasaran jika tidak dikejar dengan usaha.

Seorang yang pendiam dan serius (mungkin boleh dikatakan garang). Tapi dia berani. Cerdik seperti abangnya dan berbilang kemahiran. Ameelah.



Character ini, ana ambil daripada watak dalam buku 'Ghariib' ciptaan 'Muhammad Umar Salahuddin Ghariib' yang mempunyai ciri-ciri keluarga kami. Buku tersebut sedang ditulis.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: January 2009
Design by a.a.ghariib