Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Add Math

20111431H
Selesai sudah menjawab soalan add math tadi. Tak tahulah apa yang dah jadi dengan kertas ana tadi. Kertas 2 agak mencabar tapi jawab sahaja mana yang terdaya dan termampu. Minggu ni, tangan dah start mengelupas lagi. Selepas periksa, dapat kertas peperiksaan kimia OTI 3.

Selepas makan, pergi perpustakaan sekejap atas urusan perpustakaan. Kemudian, kami turun ke bengkel untuk buat rojak dengan muallimah Ainon, banat 'sains tulen'. Budak-budak EA tengah periksa masa ni. Datang-datang, diorang tengah kupas kulit buah mempelam dan sengkuang. Dengarlah cerita-cerita tentang mereka di Indonesia.

Diorang pergi Taman Safari Indonesia. Best! (dengar je pun rasa best) Nak tengok binatang, naik kereta. Ada banyak fasa, ada bahagian binatang herbivor, karnivor dll. Kalau dekat tempat karnivor tu, tak boleh buka pintu atau turunkan tingkap. Dia letak papan tanda, kalau buka pintu, kaki kena gigit. Ada sorang tu tak habis-habis cakap, come to mama. Sir Malik kata kelakar, patutnya, come to papa.

Kemudian, ada tempat tu, boleh bergambar dengan baby lion. Sir Malik pun bergambarlah dengan baby lion tu. Belakang tu, tempat bergambar dengan baby tiger. Sir carilah mana Dean, nak ajak bergambar dekat sini. Rupa-rupanya, dia tengah bergambar dengan anak harimau putih. Sir pun suruhlah ----- bergambar dengan baby lion tu. Tapi, tiap-tiap kali dia pergi dekat baby lion tu, mesti dia terkejut, baby lion tu pun terkejutlah. Banyak kali juga. Orang yang jaga dekat situ macam nak marahlah sebab takut baby lion tu marah sebab asyik terkejut dek si dia. Kelakarlah dengar.

Muallimah Ainon pun datang, buang kulit nanas kami pun pergi basuh buah-buah yang telah dibuang kulitnya. Ambil sudu di dapur untuk buang biji jambu batu.Sambil buat kerja, ana cakap pada Marsha, "Tadi, masa add math kan, dengar ayah nti ketawa dengan form 5 dekat sebelah. Kuat sangat. Diorang kata sir cerita pasal ---- tertinggal beg." "Oh, pasal tu, nak dengar ke? ^^" "Ok." Tapi dia tak terus cerita. Pergi tengok orang lain potong buah sekejap. Dirilah tepi muallimah Ainon masa tu. Sekali, muallimah nak suap buah mempelam. Bila dah masuk dalam mulut, terkeluar balik sebab licin, lepas tu, muallimah sumbatlah balik. Secara tiba-tiba. Lepas tu, duduk jauh sikit, malulah.

Lepas ana, muallimah nak suapkan Mardhiyyah pula tapi dia mengelak. Mula-mula muallimah membebellah, dan juga tukang bantu membebel yang lain. "Eh, makanlah. Bertuah tu, pengetua suapkan. Bukan selalu." Muallimah Ainon, "OH, MARDHIYYAH PUASA! Cakaplah dari tadi..dot..dot..dot.." Akhir sekali, gaul semua buah yang telah dipotong dengan kuah rojak resepi ------- dan kacang.


*Clue: Resepi siapa?

Time itulah Marsha cerita pada ana. Kemudian, orang lain pun suruh cerita semula dari mula. Dia pun mulalah cerita kisah tertinggal beg. Nak dengar juga ke? Agak panjang ceritanya. :D Mungkin nanti boleh dengar dari tuan empunya badan. Ada juga yang tertinggal handphone. Yang banat pula, Fuadah, tersangkut masa dekat airport sana sebab tak ada borang. Kemudian, pakcik Zameran pergilah mintakan borang. Katanya, "Dulu pergi, tak payah isi borang pun." "Memanglah, dulu umi yang isikan."

Orang Indonesia, ramai suka bila tengok senarai nama yang melawat mereka sebab ada nama muallimah An. Dan banyak lagi kisah-kisah yang berkaitan dengan Sir Malik yang diceritakan kepada kami sambil memakan rojak tadi (sedulang penuh). Semua pelajar yang ambil biologi tambah Khadijah (tasawur). Semangat Marsha cerita, macam biasalah. Ajuk cakap indon. Memang sedap kalau dengar dia cakap. Maklumlah, dia ada keturunan jawa juga macam ana. Kalau balik kampung suka cakap jawa. Gaya dia cakap memang macam orang jawalah, semangat, ada perkataan tertentu ditekan sebutannya (qalqalah).

Semua budak-budak biologi yang duduk Chukai dan Tasha nak belajar sama-sama esok dekat rumah ----.

Waktu balik sekolah, macam mana entah, boleh cerita pasal waktu sekolah rendah dulu. Cakap dengan Wafaa'. Teringat main dan kawan dengan baninlah, balik lambatlah, masa duduk asramalah, macam-macam. Tapi, yang tinggal hanyalah kenangan. Sebelum tu, cerita pasal abang ana dan kakak Mardhiyyah dan macam-macam lagi. Maklumlah tahun lahir sama. Berdasarkan tahun lahir batch 7, memang pandai bercakap. Pandai bersosial dengan masyarakat.

Hari tu, kakak Mardhiyyah, kak Sakinah kena bedah dan jahit semula kaki babi a.k.a. bab 1 / 134131. Yang Muslim, semua pakai sarung tangan berlapis-lapis. Katanya, rasa macam nak muntah je.

Kalau abang ana, dia cerita baru-baru ni, dia pergi Irbid, dah tengok dah Universiti Yarmouk. "Jumpa Disaster Five." "Ye ke?" "Tak, tapi jumpa Presiden PERMAI, (Cakap bolok. Saje je dia ni.) namanya Afiq...something. Tak ingat nama penuh. Tanya senior, ada tak pelajar nama Irfan Hakimi, dia kata tak tapi Arif Hakimi ada. Tak sempat nak jumpa Hilal Asyraf. Tak silap saya, dia ni ikhwah HALUAN. Kemudian, dekat Amman ni ada anak Abu Urwah tapi perempuan la. Senior, nama suaminya abg shahrul a.k.a abg Sagol. Kalau tanya Izzat Anuar, dia kenal Abg Sagol. Abg Sagol pun kenal dia. Lepas tu ada sorang kawan, kenal masa XPERT dulu.. budak IMTIAZ.. Umar namanya. 2 orang budak Imtiaz, yang Umar tu, 1 team masa XPERT." Panjang lagi ceritanya. Nak dengar ke?

"Jarang jumpa ikan. Tadi bukak FB, ada restoran Sushi, buffett^^ dekat Amman. Bayar 20 JD boleh makan semahu-mahunya.. Setiap Isnin, tapi 20JD tu 10% 'gaji' tau." Kalau tukar duit kita x 4.5. "Wah, mahal lah." "^^, tu le barang sini mahal. Mesir murah dari Malaysia, tapi orang jordan rasanya lebih baik dan sopan.." "Ok. Awak, PPMJ (Persatuan Penuntut Malayisa Amman) juga ke?" "Tak. ^_^ Eh, ya. (ayat bolok lagi) tapi bukan JK." "Awak sorang je ke ahli baru?" "Tak. Join ikhwah dari Irbid. Umar tu dah gi Xpert, mestilah ikut usrah. Awak tu? Tak de xpert hujung tahun ni? Tak nak ke join program KRJ? Produce?" "Ada ke hujung tahun ni?" "Ada, nanti Irfan email."
salam....

untuk produce Gen5 yang telah berjaya menjalani latihan kecergasan di XREK 2009, kemudian menjalani latihan kepimpinan di LEADERS 2010, maka seterusnya mereka akan menempuh cabaran yang lebih dasyat dan mendebarkan iaitu .....

XPERT 2010

maka...
suka untuk ana memaklumkan perihal Butiran XPERT 2010....
Tarikh: 23 - 26 Dis 2010
Hari : Khamis - Ahad
Lokasi: Seluruh Negeri Melaka
Yuran: RM 100 *** ( Untuk peserta & Pengiring )
Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 Dis 2010

mohon setiap negeri memaklumkan kepada peserta masing2, kita kekalkan peserta yang sama ke XREK & Leaders tempoh hari.... ayuh.... bergerak... bergerak.... pantassssssssss......

jumpa di Melaka..........

"Oh ya, selimut duvon (8kg) dah dapat yg 2nd hand, warisan dari senior yg dah balik Malaysia. Kalau nak beli 40 dinar. Dapat free, alhamdulillah (tak sure dia beri ke dia pinjamkan :P tapi guna dulu le). Kalau 40 dinar tu, RM 180 jugak atau duit belanja seminggu. Sini banyak strawberry.. plum.. apple.. pear.. oren.. zaitun.. delima.. buah tin.. dan pisang!" Sekarang musim pisang dekat sana. Setakat ni, bila tiba giliran dia masak, mesti masak nasi goreng. Katanya tak sempat nak masak benda lain. Waktu berbuka, kalau makanan tak dimasak lagi, dia suka makan roti 'ufo'. Roti yang besar tu.



Ana rasa hari ini hari yang paling gembira dalam minggu ini walaupun periksa add math. Sedang cuba menyembuhkan dan menghilangkan parut yang masih berbaki di hati.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Grand Final MaUTaDi 3

09111431H
Assalamualaikum. Akhirnya tibalah juga MaUTadi terakhir yang dikendalikan oleh kami. Namun begitu, program yang terakhir ini tidaklah diwajibkan kepada semua kerana program terakhir ini merupakan lawatan ke Cameron Highlands dan tempat duduk juga adalah terhad. Makanya, majlis penutup diadakan pada 10/10/10 iaitu hari Ahad.

Kami bertolak pada hari Khamis malam Jumaat. Semua peserta dikehendaki untuk berkumpul di sekolah sebelum Isya'. Maksudnya, Isya' di sekolah. Tapi, ana pergi ke sekolah lewat sedikit kerana masa tidak mengizinkan. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang. Keluargaku sibuk berkemas untuk pulang ke kampung. Sampai sekolah, lebih kurang dalam pukul 9:00 malam.

Ketika itu, muallimah An sedang berucap sementara menunggu kedatanganku. Sampai-sampai, jumpa dengan AJK lain sekejap. Bagi t-shirt AJK MaUTaDi pada Marsha dan terus telefon Mardhiyyah yang masih belum tiba lagi. Kemudian, terus ajak Marsha ke depan sekolah. Haish, kena bagi tazkirah ni. Bagilah tazkirah pasal sahabat.
Bersahabatlah atas dasar iman dan taqwa.
"Selemah-lemah ukhuwwah adalah bersangka baik dan berlapang dada."
Bersahabat juga umpamanya, sekiranya sahabat kita hampir jatuh ke dalam neraka, kitalah yang akan tarik dia semula. Dapat makna tersirat?
Hee, teringat pula bila ana cakap pasal ni dekat abang ana sebelum dia pergi. Katanya, saya tak nak tarik, takut terjatuh sama. Hang ni lah. Faham-fahamlah maksudnya. Bertuah punya kawan. :D

Lebih kurang dalam pukul 9:30, bas pun datang. Huih, awalnya bas. Janji pukul 10:00 malam. Takpe, lagi awal, lagi bagus. Segera tamatkan tazkirah. Cop tempat dalam bas untuk Marsha, Fatimah, Mardhiyyah dan ana. Lepas itu, pastikan semua orang dah cukup dan bertolak. Muallimah Hayati jaga pelajar asrama malam ni. Dalam bas, ana dan Mardhiyyah terus lena.

Banyak kali terjaga sebab sejuk. Nasib baik ada jaket batch. Dah pakat dengan fasi lain nak bawa jaket batch. Tapi, muka pun tak tahan juga. Sejuk sangat pipi ni. Tapi entah kenapa tidak tergerak badan untuk tutup air-cond. Habis selubung badan dengan jaket. Dalam pukul 2:00 pagi, tutuplah air-cond. Ada sekali tu terjaga, pelik, apasal mata ni kabur sangat? Punyalah gosok mata. Baru ingat yang ana ni rabun. hehehe...

Dalam pukul 5:00 pagi lebih, ana dan Mardhiyyah bangun di saat orang lain masih lena. Tengok dekat luar, dah sampai Cameron Highlands dah. Oh, terus naik rupanya, ingatkan berhenti Tapah dulu. Nampak Tanah Rata dan kami berhenti di Brinchang untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Kayangan, Brinchang. Kejut semua orang untuk solat Subuh.

Fatimah turun tanpa jaket. Eh, biar betul! Lepas tu, dia naik semula dengan Marsha. "Sejuknya dekat luar." Pakai jaket batch. Nak masuk masjid, ramai juga orang ye. Rombongan dari Utara ada, dari Terengganu pun ada. Sejuknya, ambil wudhu' pun sejuk. Akhirnya, tak mandi pun. Takpe, sebab sejuk kering dalam bas, tak berpeluh. Jadi, tak berbau.

Seusai menunaikan solat Subuh, semua bersiap berpakaian seragam. Form 1 pakai baju batch dan form 2 pakai baju asrama banat. Best, baca mathurat dalam bas. Kemudian, kami berhenti di Tanah Rata dan makan sarapan pagi. Pecah dua kumpulan. Kami, fasi-fasi (majoritilah) makan nasi lemak dan air horlick. Bergambar sekejap depan kedai tu dan terus pulang semula ke bas. Bergambar dengan muallimah An dekat depan bas. Sukacita muallimah umumkan, siapa yang paling lambat naik atau turun bas, dikenakan denda RM 2 untuk mengelakkan berlakunya kelewatan.

Mula-mula sekali, pergi ke Honey Bee Farm. Masuk-masuk, kena turun tangga. Kemudian adalah sorang makcik Cina ni kata, "Dekat bawah ada bunga. Boleh tengok. Tapi jangan petik bunga." (ikut slang dialah) muallimah An, "Thank you." Kemudian cakap pada ana dengan Haziqah, "Tang kayu. Jangan petik bunne." Ajuk banyak-banyak kali. Sampaikan, kami berdua pun terikut-ikut cakap macam tu. Kemudian, muallimah buat rakaman. Masa nak keluar dari situ, cerita pada muallimah Ain pasal ayat tu. Kemudian katalah, "Nanti, dekat Boh orang India pula. Hari tu telefon, orang India angkat." Muallimah pun kata, takpe, kita belajarlah slang diorang, kan 1Malaysia. Tiba-tiba dapat tahu muallimah An kena sengat lebah. Muallimah Ain pun tanya kami, nak guna ubat apa ye?

Muallimah An naik-naik dekat atas, oh, okay je, muka happy macam takde apa-apa yang berlaku. Ye, muallimahku ini memang tough. Tanya kena sengat dekat mana. Katanya dekat muka dan rasa panas. "Muallimah, dalam ramai-ramai orang, kenapa ye muallimah sorang yang kena? Ni sebab ajuk orang Cina tadilah tu." "Ye kot." sambil tersengih. :) Sedang muallimah pilih barang yang hendak dibeli, Fatimah pun panggil peserta yang lain dan disuruh beratur untuk naik bas ke Teh Boh Sungei Palas. Kami, para AJK yang lain cepat-cepat tinggalkan muallimah An sebab nak biar muallimah yang bayar RM 2. Orang paling last kena bayar RM 2. (kononnyalah) Tengok-tengok, muallimah cepat-cepat lari lintas Munirah. Kami pun beri sokongan kepada Munirah supaya lintas muallimah. Tapi, mukanya kelihatan blur lagi selamba. Haish, misi tak berjaya.

Sewa sebuah bas mini, RM 100. Ye, betul. Apa yang betulnya? Ye, pemandunya orang India. Jadi, dia berilah penerangan sambil lalu di tepi-tepi pokok teh.

Sampai-sampai dekat atas sana, Amirah mabuk pula. Buatlah apa-apa yang patut. Sementara itu, orang lain pergi mendengar segala penerangan yang diberi. Semua sekali, ada 5 peringkat untuk memproses teh. Ana dan Afif pergilah tangkap gambar peringkat-peringkat pemprosesan teh ini. Cadangnya nak buat kuiz, tapi tak sempat dan terlupa kerana kesuntukan masa. Kemudian, kami pergi ke kedainya. Beli Teh Boh Sungei Palas, limited edition, tempat lain tak ada jual katanya. Kami berlima (Fatimah, Mardhiyyah, Marsha, Wafaa' dan ana) turut membeli teh yang mempunyai pelbagai perisa. Setiap sorang beli 1 perisa. Kemudian, nanti boleh tukar-tukar. Maksudnya, sorang dapat 5 uncang untuk setiap perisa sebab dalam sekotak itu ada 25 uncang.

Selesai membeli, kami bergegas menuju ke cafenya. 'Singgah' tandas sekejap. Bersih dan cantik. Sempat lagi bergambar dalam tandas. Ternampak orang putih, apa lagi, kami pun ajak bergambar sama. "Oh, right here? in the toilet?" "Yes." "Okay." Sejuk betul air dalam tandas.

Kemudian, kami bergegas menuju ke cafenya. Bukan untuk membeli, sekadar bergambar dengan pemandangan di luar. Sedang bergambar, tiba-tiba Balqis datang. "Eh, kakak, nak juga. Nak bergambar sama-sama." Kami pun bergambarlah bersama. Bila lagi kan.

Selepas itu, kami mencari muallimah An untuk ajak bergambar bersama-sama di bahagian depan yang ada papan bertulis 'Boh Tea Centre' dan seterusnya bersama semua peserta. Anak muallimah Rosmawati tengah syok makan aiskrim. Sejuk-sejuk pun makan aiskrim. Di sana, kami dapat melihat ramai pelancong asing yang turut melawat ladang teh ini. Sambil kami bergambar (maklumlah banyak kamera), Syamila dan Iffah turut bergambar, mereka mendapat perhatian, menjadi tumpuan pelancong asing. Ramai orang dok pakat tangkap gambar depa. Marsha, "Huh, hebat tu budak berdua tu.. Jadi tumpuan pelancong asing." "Tengok, muka selamba je. Nak-nak Iffah." Geram betul tengok muka dia.


Sebelum pergi ke bas, kami sempat lagi bergambar dengan orang putih tadi. Suruh Marsha cakap dengan orang tu, nak tangkap gambar sama-sama. Sementara dia mengambil masa sekejap, adalah fasi yang lain, "Can you, can you." "Photo, photo.." Kemudian, Afif dan Marsha pun cakap dalam proper English. Ana pun cerita dekat Marsha, "Ye ke diorang cakap macam tu?" "Dia dua orang ingat nti tak nak cakap kot." "Dok, ana tengah fikir nok cakap mende." "Dok taulah, orang tu faham tak."

Turun-turun, belilah barang sikit dekat tempat tadi. Fikir nak bagi apa untuk ahli kumpulan ana yang tak pergi, Farhah dan Afif Amnani. Fikir-fikir, dekat tempat lainlah. Beli untuk mak ana. Beli sekali sayur. Kemudian, sebelum masuk dan sampai ke tempat bas, Marsha suruh rasa strawberi yang disalut coklat cair. Sedap! Dalam bas pula, Marsha pun ajak makan jagung yang baru dibelinya. Jagung yang ni boleh makan mentah. Manis! Oh ye, Fatimah dan Haziqah beli key chain banyak-banyak, 40 key chain. Mula-mula diorang cadang nak bagi peserta MaUTaDi. Tapi macam tak sesuai, jadi kami pun cadangkan untuk bagi pelajar kelas kami. Untuk peserta MaUTaDi, pilih barang yang lainlah nanti.

Seterusnya, kami berhenti di tempat penjualan kaktus. Belilah apa-apa yang patut. Tertarik dengan white chocolate strawberry. Kemudian, adalah lagi bergambar dekat pokok-pokok yang dijual itu. Kemudian, Marsha dan Mardhiyyah pun lesap, pergi beli baju untuk adik Marsha. Fatimah tolong Haziqah pilih pokok kaktus. Muallimah Syu pun pilih juga. Ana, Afif, Wafaa' dan Robiatul tangkap gambar sahaja.

Kemudian, tengok-tengok sikit ada apa yang boleh dibeli untuk adik ana. Belilah gelang untuk Khadeejah. Tengok diorang, ada yang tengah rasa makanan kering. Fatimah pun ambil dan ambil, "Em, sedapnya." "Kurang asam." Banyaklah juga, ni macam bukan nak merasa.

Kami teruskan perjalanan kami ke Taman Agro. Mula-mula, pergi tempat strawberi tu. Kena jalan kaki naik ke atas. Jalan dengan muallimah Rosmawati dan Iffah. Masa tu, Iffah tengah cakap dengan ayah dia guna telefon"Walid! Walid!". Comel sangat. Sebelum sampai ke atas tu, berhenti dekat diorang sekejap. Dekat kedai buah.

Kemudian, dekat tempat strawberi tu, kami bergambar. Pergi ke kedai makannya. Belilah macam-macam yang berasaskan strawberi. Terkejut juga bila tengok, diorang beli banyak makanan yang sama. Takpelah, nanti tak payah makan tengah harilah. KONONnya. Oh ye, kami jumpa Chef Wan! Tak percaya nanti tunjuk gambar. Bergambar juga dekat kawasan untuk petik strawberi tapi kami tak petik pun.

Masa turun dari tempat strawberi tu, singgah dekat kedai buah tadi. Adalah yang beli jagung dan sweet potato. Turun-turun, beli buah-buah kering untuk banat sekelas. Marsha asyik teringat Tasha je sebab dia pesan macam-macam. Lepas dah beli ni, tiba-tiba Fatimah, "Eh, rasa nak belilah strawberi segar kat atas tadi." Dia pun pergilah lari naik dengan Robiatul. Ana, Afif an Wafaa' pun pergi naik juga, nak beli juga, macam mana entah tadi, terlupa pula nak beli. Sampai tengah jalan, penat. Kemudian, baru teringat ada handphone. Terlupa pula, sekarang ni zaman moden.

Sampai dekat kedai bawah sekali tu, pergi cari t-shirt untuk adik ana. Banyak t-shirt labuh-labuh, lawa-lawa dan murah. Last sekali, AJK masuk bas lambat sekali :P Tapi kiranya tepat-tepat pada masanya. 1:30 petang rasanya. Kemudian, berhenti dekat tanah rata sebelum turun menuju ke Kuala Lumpur. Tapi, bila dah berhenti tu, ada yang merungut, makan dekat sini lagi? Jadi, tukar plan, berhenti dekat RnR Tapah.

Sampai dekat KL dalam pukul 7:00 malam gitu. Baca mathurat dalam bas. Solat di Jusco Setiawangsa. Ronda-ronda. Pergi beli barang dekat kedai Mr. DIY untuk peserta MaUTaDi yang tak ikut lawatan. Kemudian, masuk pasaraya dia sekejap. Teman Afif cari ultraman untuk adik dia. Tapi, semua mahal-mahal. Afif pun dah kenal semua nama ultraman, kesan daripada adiknya.^^ Seterusnya, kami ke rumah Fatimah untuk makan malam dan balik. Sabtu pagi, kami balik ke rumah masing-masing.

Majlis penutup pada hari Ahad,


Hari Ahad esoknya tu (tadilah), diorang (banat f.4 yg lain) kata dah cari pakej untuk ke Langkawi. Sebelum ni, diorang kata tak aci kami je yang pergi lawatan. Kami pun berilah cadangan untuk buat lawatan form 4. Diorang pun ajak pergi Langkawi. Tadi, bincang AJK.




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Sanah Helwah dan Gimik

06111431H
Assalamualaikum. Hari ini penuh dengan gimik birthday. Ana cerita pasal form 2 dulu ya. Masa semalam, ada beberapa orang form 2 datang pada kami, beritahu pasal gimik itu sebab nak minta bantuan pengawas form 4 dalam menjayakan gimik ini. Sungguhpun diri ini bukanlah seorang pengawas, tetapi sahabat-sahabatku yang pengawas adalah antara sahabat yang rapat denganku.

Cadangnya begini, Afiq menulis surat cinta. KONON-KONONNYA. Dan dia ingin mengirimkannya kepada Ain Shamsul Azhar dan Farhahlah yang memasukkan surat tersebut ke dalam beg Ain. KONON-KONONNYA. Kemudian, pengawas form 4 banat buat sport check dan jumpa surat tersebut dan bukti (palsu) menunjukkan bahawa Farhahlah yang terlibat. Sebelum Sir Malik masuk kelas, Marsha tahan Sir Malik sekejap sebab nak cakap pasal ni. Marsha dan Mardhiyyah pun masuklah sekejap kelas mereka.

Marsha: Tadi, pihak pengawas telah mengadakan sport check. Dan malangnya, kami telah menemui sesuatu yang tidak sepatutnya. Antum semua baru form 2. Tak naklah buat masalah macam ni. (menyatakan kekesalannya). Oklah, ana tak nak cakap panjang sebab Sir Malik dah tunggu dekat luar. Nanti, esok kami panggil mereka yang terlibat masa perhimpunan.

Yang Sir Malik pula, tanya kami dekat luar.

Sir: What happen?
Fatimah: Gimik.
Sir: For what?
Fatimah: Birthday.
Sir: Whose birthday?
Haziqah: Somebody.
Fatimah: Someone.
Sir: I see.

Last sekali, sebelum Sir Malik masuk,

Fatimah: Sir, jangan cakap apa-apa eh!
Sir: Hm.

Muallimah Ainon turut bersekongkol. Pagi tadi, muallimah panggil Farhah dan Ain berdiri di depan. Kesian tengok muka diorang. Muka sedih. Tapi lari sikit dari rancangan asal. Lepas perhimpunan, muallimah panggil mereka bertiga. Marahlah kononnya. Tak berapa lama kemudian, orang pun nyanyi dari belakang, Allah selamatkan kamu. Mereka berdua apa lagi, menangislah. Hee..

Muallimah Ainon pula seronok,

M.Ainon: Yes. Saya berjaya buat mereka berdua menangis.

Cara yang kejam..hohoho..

Form 4 juga ada kisahnya. Nanti che sambung. Apa? Nak dalam loghat utara? hehehe... Jangan main-main, che anak orang utara. Sat gi, kalau ada masa, che habaq mai ceritanya. Caranya juga agak kejam.


Sekarang, kita beralih pula kepada gimik form 4. Pemulauan kepada Nurul telah dimulakan daripada petang Isnin iaitu ketika kelas tambahan add math. Semua orang tak layan dia. Masa tu, barisan ana baru tahu pasal itu. Sekejap-sekejap, Marsha dan ana tengok dia. Kesiannya... Marsha pun tanya, boleh tak ada sorang jadi watak baik? Sebab Nurul selalu minta Marsha ajar dia add math. Tapi, nasib baik Syikin ajarkan dia add math masa tu.

Sebelum itu, Nurul ada minta Marsha ajarkan tapi...

Marsha: Owh, ana pun tak faham lagi.

Tapi, bila orang lain minta ajarkan, terus Marsha ajarkan. Katanya, rasa bersalah pula. Ana buat seperti biasa sahaja. Tapi, kalau tak ada apa-apa urusan, cuma mendiamkan diri sahaja. Geng-geng barisan belakang sebelah kiri sekali memainkan paling banyak peranan sebab majoritinya duduk asrama.

Pagi Selasa, Fatini report pada ana perkembangan rancangan ini..hihihi. Katanya, Syifa' dan Iera telah berjaya membuat Nurul menangis. Masa dekat musolla, Iera memaksa Nurul ambilkan tafsirnya, tapi Nurul tak nak sebab dia nak keluar dari musolla. Kemudian, Iera dan Syifa' menghalang dia daripada keluar. Mestilah Nurul rasa bengang, tetapi akhirnya, dia berjaya keluar. Dah keluar tu, Fatimah pula membebel, apa bising-bising ni?

Ada sekali tu, Syifa' tolak Nurul. Kemudian Nurul pun cakaplah, "Apa, nti ingat ana ni binatang ke?" Ada juga Nurul cerita kepada Robi'ah.

Bi'ah: Padan muka!
Nurul: Padan muka siapa?
Bi'ah: NTILAH!

Terus Nurul masam mencuka. Dan muallimah An juga turut memainkan peranannya. Keseluruhannya, 5 kali dia menangis pada hari Isnin dan Selasa itu. Tetapi, rancangan ini tidak mampu untuk kami teruskan sehingga hari Khamis kerana semua orang berasa kasihan kepadanya. Akhirnya rancangan ini diketahui olehnya pada Selasa malam Rabu itu.

Ketika usrah di rumah Auni, Nurul jadi pengerusi majlis dan penyampai tazkirah. Dan tajuk tazkirahnya mengenai Apa Bahagian Tubuh Paling Bererti. Pada akhir tazkirah pun, dia cakap, "seperti yang ana lalui semalam, 5 kali ana menangis." dan cerita semua peristiwa yang dialaminya. "Ana rasa, hari tersebut adalah hari yang paling pahit dalam hidup ana." Muallimah Yong pun ketawa je. "Bagus juga sekali-sekala buat macam tu. Barulah dapat melatih ketahanan emosi kita. Mungkin sekarang, kita ada kawan-kawan yang baik sebab ada biah solehah. Nanti tak lama lagi, u all akan ke U, macam-macam orang kita jumpa. Tak semua boleh dijadikan kawan. Masa tu pun, semuanya bergantung ke atas kita. Tak ada cikgu dah nak beritahu dekat kita pasal kawan-kawan ni. Masa u all dekat sini semakin singkat. Tapi, janganlah buat selalu, kesian kawan kita, sampai kering air mata nanti."

Esoknya itu, ada rancangan lain pula sebelum nak keluarkan kek. Selesai sahaja ULBS dan pembentangan BM, ana duduk tepi dia. Mula-mula nak buat rancangan lain, tapi dia syak.

Nurul: Eh, nti pun berkomplot dengan diorang juga ke?
Ana: Kita kan baru habis bentang ULBS.
Nurul: Oh, ye ke.
Ana: Eh, dia syaklah.
Aqilah: Ye ke. Nantilah ana cakap kat muallimah An.

Masa muallimah nak suruh orang yang baru uat ULBS tandatangan,

M.An: Nurul! Kan ana suruh nti jumpa ana tadi!
Nurul: Tak sebab...
M.An: Sini, tandatangan. Lepas ni jumpa ana.

Habis je waku BM,

M.An: Nurul, jumpa ana!

Muallimah pesan dekat kami, 10 minit lepas dia jumpa muallimah, semua masuk bilik guru. Macam-macam muallimah cakap dekat dia.

M.An: Nti nak tak hadiah ni?
Nurul: Kalau muallimah nak bagi, bagi je lah.
M.An: Ana memang sakit hati kalau orang cakap macam tu dengan ana.

M.An: Nti bincang baik-baik dengan pakcik nti, boleh tak kalau nti duduk je rumah pakcik nti tahun depan. Sebab nti asyik buat masalah dekat asrama.

Dan macam-macam lagi. Menurut Nurul, last sekali, dia tahankan juga dirinya daripada menangis. Tapi, makin tahan, makin nak menangis. Akhirnya, tumpah juga air matanya. Kami pun datang, Allah selamatkan kamu! Guru-guru semua tengok dia.

Marsha: Tepi-tepi, ana nak tengok juga. Tengok kek.
M.An: Kejap-kejap, nah hadiah dari ana. Jadilah seperti dia. Senyum selalu, jangan asyik nangis.

Begitulah sedikit sebanyak kisahnya. Akhir sekali, ana minta maaflah pada dia. YEAY~DIMAAFKAN, sayang 'anak sedara' ana ni...

Nanti, che cari masa untuk update pasal MaUTaDi pula ye!

Di sini, che juga ingin kongsi dengan hangpa semua sedikit sebanyak loghat utara yang biasa digunakan di kampung che dan pernah che dengaq:

acaq, aci, aih, aiyaq, ajaq, akai, apum, awat, balun, bataih, belah, belahak, blemoih, boh, botoi, buaih, buluq, capoi, cemerkap, cemuih, cenge', coki'a, cup, daun selom, deghaih megheyup, dendan, depa, geghek, ghalit, ghona-ghoni, ghosek, gulai, habaq, hangat, hingaq, jege, jegheluih, jelan, jengkek, jengoi, julin, kaih, kecek, kedarah, kedara, kedhagah, kelentong, keraih kedekiang, ketayap, ketegaq, koi, kupang, kuruih kedengkiang, lagu, lekaih, lena, lencun, ligan, loghat, loklaq, luku, mai, mamai, mamun, mangkit, manih melecaih, masam piang, meghelam, meghelip, megheloh, meghelop, meghemut, meghenyeh, meghudum, melehaq, melengkaq, melewaq, meleweh, menakan, mot, mottan,mutu, ndoi, nyiok, pasai kat aku, phait bedengung, pak pandiaq, panaih lit-lit, panchoq, pi, pulun, ranggi, sagat, sakan, sat, segan, seghebeh, seghiau, sejuk gedi/ dik-dik, selekeh, selului, selumbaq, sempoi, sengau, siru, tak ketahuan, tang, terpele'ot, tertomoi, tibai, tidoq, tonyoh, tungin.

Hampa cari sendiri makna yang hangpa dak faham. Banyak lagi sebenarnya. Cara sebut pun lain pada sesetengah perkataan cuma lebih pendek harakatnya :D Contohnya, jauh. Oh ye, lagi satu, kebanyakan perkataan yang ada ng, dibuang g. Contohnya, burun.

Awat? Ada orang nak cuba terjemah ka?

Mak ana orang utara, ayah ana orang selatan, ana, duduk tengah. Jadi, boleh macam-macam loghat. Bahasa Jawa sikit, Cina sikit, India sikit, Melayu sikit sebab keturunan campur-campur. Ada keturunan Acheh juga. Dalam keluarga, ada pula sorang orang Siam, orang Australia dan Singapura. Universal betul. Nak belajar bahasa Arab betul-betul.

Masing-masing begitu kreatif. :D

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

MaUTaDi terakhir kami

03111431H
MaUTaDi terakhir yang dikendalikan oleh kami telah diadakan di Cameron Highlands pada 8 Oktober baru-baru ini yang disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Objektifnya adalah untuk merapatkan ukhuwwah sesama mereka, melihat keajaiban dan kekuasaan ciptaan Allah dan mempraktikkan segala input yang telah kami beri kepada mereka sebelum ini.

Penaung: Mlmh Ainon
Penasihat: Mlmh An
Pengarah: (ana)
Setiausaha: Mardhiyyah
Bendahari: Nurhaziqah
AJK- Program: Afif Aliyana
Tempat: Marsha
Disiplin dan Keselamatan: Robiatul Adawiyah
Pengangkutan dan Makanan: Siti Fatimah
Hadiah dan Peralatan: Wafaa'

Setakat ini sahaja dulu buat pengenalannya. Nanti, kalau ada masa, akan update cerita dan gambarnya. :)

Lama che tak update kan? (Terbiasa cakap loghat utara la ni) ^_^
Mood:
Tengah siapkan beg sandang untuk Robiatul.

Sedih rasanya. Ye ke? Perasaan bercampur-baur.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kisahnya...

23101431H
Assalamualaikum. Tiba sudahlah abangku di Jordan pada 28 September 2010, jam 12:00 tengah hari (waktu sana) bersamaan 5:00 petang jam Malaysia. Katanya cuaca di sana macam di Genting Highlands sekarang.

Masihku ingat keadaannya dan peristiwa sebelum bertolak. Start kemas betul-betul, masa hari Ahad, 26 September tu lah. Tapi, barang, semua dah adalah. Tiba-tiba mak ana masuk bilik ana, katanya, boleh tak abangku nak bawa jaket batchku. Kataku, bawalah.. tapi jaket tu ada nama banat. Mak ana pun tunjuk pada abangku dan ayahku. Dengar komen mereka berdua dari dalam bilik. Mak ana pun masuk balik sambil tersenyum. Takpelah, nanti orang tengok pulak, ramainya 'makwe' abang Irfan. Sudah ku duga. :D
Diri ini bukan malaikat, diri ini bukan sempurna, diri ini bukan suci, tapi diri ini pejuang ilahi... amin.
Esoknya, minta izin balik awal untuk hantar mereka bertiga ke airport. Pergi ambil abangku yang sedang buat pemeriksaan gigi. Bertolak ke airport lepas Asar. Sampai-sampai dekat sana, baru tahu, pakcik Zameran, Sir Malik dan Sir Azman nak datang. Oh, Marsha mesti ada juga, monologku. Dia balik awal jugalah. Dalam pukul 5:00 petang macam tu.

Keberangkatan abangku lebih memberi kesan kepada kami berbanding keberangkatan ibu bapaku. Ada orang tu masuk kepala dalam almari, sedih. Siapa ya? :D Sarah seperti tidak sedar bahawa abangku akan berada di perantauan buat masa yang agak lama. Kemudian, ku ditugaskan oleh ibuku untuk menginstall skype di komputer. (Bab2 komp. ni, keluargaku suka suruh ana) Install pada keesokan harinya.

Dalam pukul 5:00 petang, abangku menghantar sms.
Alhamdulillah selamat sampai jam 12 waktu sini. Sekarang ke penempatan. Panas juga tengah hari. Kirim salam semua. Doa-doa dipermudahkan.
Beza masanya dengan kita adalah 5 jam. Sementara itu, ayahku juga menghantar sms, katanya sudah tiba di sana pada jam 12:30 tengah hari. Beza dengan Malaysia, 6 jam.
Ahaha... ingatkan beg besar, sekali student sana tanya, "Aik, banyak tu je? Cukup ke 4 tahun?"
(Handle bag dua kali patah, menggambarkan isipadu x ketumpatan x daya pecutan graviti = handle beg patah) Alhamdulillah, sudah di Amman, Jordan. Terima kasih atas ingatan dan bantuan semua. Perjalanan je dah 1000 pengalaman. Darab dengan setahun. Darab 4 tahun.
Nak tahu perkembangannya, boleh tengok status di yahoo atau facebooknya. Setakat ini, masih tak sempat nak update blog. Layan emailnya yang banyak itu. Hari tu, tengok cerita catdog. Baru-baru ni, cerita Naruto pulak. Katanya, jadi peliklah pula suara Naruto tu.

Malam Jumaat baru-baru ni, skype dengan mereka. Adikku terus skype dengan Akh Munzir setelah diberitahu abangku. Kami turut skype bersama Kak Humaira'. Lama sangat dengan Kak Humaira'. Daripada lepas Asar sampai Maghrib. Lebih kurang 2 jamlah juga. Banyak ceritanya. Yelah, tak sempat jumpa di saat-saat akhir dia di sini.

Abangku start belajar pada 10 Oktober ini.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah sini di Jordan baik2 sahaja. Kebanyakan urusan mudah, dipermudahkan Allah. Senior2 banyak membantu, cuma masih kekok dengan suasana yang dipenuhi orang Arab dan landskap yang masih asing. Masih tertunggu2 dengan penuh debaran permulaan kuliah pada 10/10 ni...

7-9/10 ni ada program, macam orientasi lebih kurang, untuk pelajar2 Malaysia seluruh Jordan.
Antara cabaran paling besar ialah masalah bahasa, kita masih dengan bahasa arab simple... Membaca itu mudah, tetapi mendengar itu lain cabarannya. Laju...

Cuma Ustaz2 menyuarakan kebimbangan kalau2 kena dipanggil balik untuk BtN... Tengah mohon supaya jika perlu BtN, biarlah lepas habis setahun di sini...

Alhamdulillah, rasanya bolehlah survive... "snippet-snippet" tentang kehidupan di sini ada dipost dalam Yahoo updates dan facebook (Muhammad Eirfan). Kalau ada masa sebenarnya nak update blog, tapi blog ni, makan masa sikit. Lagi nak susun ayat, dll...^^

Insya-Allah doa-doakan...

Muhammad,
http://astrangemuslim.blogspot.com

Semalam, dia pergi jamuan raya.
Semalam jamuan sambutan pelajar baru Amman... pertandingan nasi kerabu dan sate... alhamdulillah walau tak menang, tapi sedap gila...^^, Kumpulan kami sate XL, walau tak menang tapi ramai komen sedap... Dgn jumlah kami tak ramai, Amman Malaysians macam satu keluarga... Alhamdulillah suasana penuh ukhuwwah...

Pagi tadi Syed Ubaidah sampai... kuliah sama rupanya... Rupa2nya orangnya dah berjambang hehe...^^


Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan.

Ps. Abangku kirim salam pada semua..
Pss. Kak Humaira' kirim salam pada semua 'budak' form 4.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: October 2010
Design by a.a.ghariib