Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Rehlah Form 5

23031432H
Kami telah mengadakan rehlah tingkatan 5 di Pantai Kemasik. Semua sekali 33 orang yang hadir. 2 orang lagi, Dayana dan Aqilah tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bangun pagi, terasa sakit seluruh badan. Izyan ambil ana pada jam 7:05 pagi. Sampai sekolah pada jam 7:15 pagi. Semalam muallim suruh berkumpul jam 7:00, tapi bila sampai sekolah, muallim pun tak sampai lagi. Nampak Wafaa' je. Tengok-tengok, muallim datang pada jam 7:30 pagi. Bawa semua peralatan yang nak dibawa. Kemudian, Marsha pun datang. Ingatkan dia nak tunggu depan simpang dengan Mardhiyyah.

Marsha: Ana takut ana tunggu sorang-sorang. Dia cakap semalam macam tak serius, tak confirm betul-betul.
Ana: Ha, ye lah, ana kan ada juga masa tu. Dia kata, Marsha, esok kita tunggu depan simpanglah.
Marsha: Ha, dia cakap macam tu je. Macam ye tak ye. Ana pun datang je lah sekolah.
Ana: Tengok ni eh,

Mar: Assalamualaikum. Nti kat mane? Bas dah bertolak? Klu bertolak bg tau ye
-07:13-

Ana: Waalaikumussalam. Nti tunggu dkt dpn tu ye.
-07:14-

Mar: Ya ngan Marsha sekali.
-07:16-

Marsha: (suka je)
Ana: Confident dia cakap nti tunggu dengan dia. Tengok-tengok dah sampai sekolah dah. Tadi dah beritahu dia dah lah yang nti dah sampai sekolah.

Bertolak dalam pukul 8:00 pagi. Singgah kedai, beli kordial air dan apa-apa yang patut. Ambil Mardhiyyah. Dalam bas, bercerita pasal kem kepimpinan. Baru tau apa yang AMT kena masa dipanggil tu. Kelakar pula dengar.

Sampai-sampai, angkat barang, letak barang, terus pergi tepi pantai. Banin bawa khemah (untuk dioranglah). Banyak kucing bunting dekat sini. Comel-comel. Bergambar. Kemudian, muallim Nadhir datang panjat bukit batu dekat situ. Laju muallim panjat, dahlah sebelah tangan pegang Cheezels. Main baling-baling bola ragbi Marsha. Main 'bola monyet'. Syifa'lah orang pertama yang basah sebab kena air laut.

Seterusnya, main bola tampar. Best main. Menanglah juga sekali. Biar jari-jari dekat sebelah kiri masih sakit sebab semalam pun. Main 3 pusingan. Kamera ana sentiasa pada tangan orang lain. Di mana ada pelajar asrama, di situlah ada kamera. Kata mereka, bukan senang nak jumpa kamera dekat asrama. Lepas dah habis, pergi dekat tempat tadi. Banin dah mula bakar ayam. Cawan pula takde sebab Aqilah tak jadi datang. Haziqah telefon ibu. Kemudian, diorang pergi kedai, beli air. Mula-mula, ana, Mardhiyyah, Wafaa' dan Izyan duduk dekat batu berdekatan dengan lagun. Cakap pasal cerita The Curse. Kemudian, Ana, Mardhiyyah dan Wafaa' pergi potong tembikai.

Mar: Macam mana eh, orang potong tembikai jadi bakul? Macam kalau orang kahwin, kan biasa ada.
Ana: Potong je lah macam ni, lepas tu macam ni.
Wafaa': Cuba buat Nad.
Ana: Nak buat ke?
Wafaa': Buatlah.
Mar: Boleh juga.
Ana: Ana pun tak pernah buat sebenarnya. Ana kan suka buat teori sendiri.
Wafaa': Takpe, buat je lah.

Jadilah juga. Cumanya takde sudu besi. Kalau ada, senang sikit nak korek. Air dia, kami tuang dalam cawan, sedap. Ada sekali tu, Wafaa' datang,

Wafaa': Tadi muallim kata, Ni Mardhiyyah dengan Syaza buat. Tak sebut pun nama ana.
Kami: Ye ke? Muallim sebut?
Ana: Takpe Faa', nanti ana sebut dalam blog eh. Nak ana sebut nama nti sorang je ke?
Mereka: (senyum)

Kemudian, diorang pergi beli layang-layang. Lama tak main. Ibu pun datang dengan Hasbullah. Pagi ni, banat asyik main je. Tapi buatlah juga kerja, bancuh air, pasang tempat nak bakar ayam tu. Bila ibu dah balik, mak Amalina pula datang. Jumpa kakak Amalina, pernah sekolah dekat Al-Amin Kemaman, batch 2. Kak Farhanah namanya kalau tak salah. Jumpa adik dia sekali, Syikin, 6 tahun. Syikin, 17 tahun ni, apa lagi, seronoklah jumpa budak ni.

Masa tengah hari, sambil makan, muallim datang dekat banat, bercerita, bercakap, beri nasihat dll.

Tak berapa lama kemudian, banat minta tukar giliran untuk bakar ayam. Banin pun pergi tepi pantai. Mula-mula Auni dengan Robiatul pergi. Makin lama, makin ramai pergi situ, tempat pembakar. Tinggal ana dengan Marsha je duduk situ. Tengah-tengah duduk, Marsha terdengar muallim cakap pasal kami. Rupa-rupanya, muallim kata, ana, Marsha dan Mardhiyyah macam tak lepaskan tekanan dengan habis, muka kami macam ada masalah. Memang gaya kami, cara kami begitulah muallim. Banat yang lain terkejut dengar muallim sebut macam tu kecuali 'banat sorang tu' je yang mengiyakan.

Dahlah masa tu Marsha baru bangun tidur. Ana pula tengah fikir sesuatu. Kalau ana tengah berfikir, memang macam tu lah gaya ana (macam sifat ayah ana). Ana jenis orang berfikir. Hampir sepanjang masa berfikir. Tapi bukanlah bermakna ana berfikiran serius sepanjang masa.

Muallim pun ajak solat Zohor berjemaah. Ana ajak Wafaa' ambil wudhu' tepi pantai. Yang ambil wudhu' dekat pantai, Izyan, Izzah, Nasyitah, Syifa' dan Wafaa'. Ana tak ambil pun, teman je sebab dah ada wudhu'. Dari sekolah rendah, ana belajar jaga wudhu'.
Teringat semalam, ada orang hantar surat, macam mana nak jadi bijak macam nti? Bila ana fikir-fikir balik, ana cuba beri tumpuan dalam kelas. Ana tak pernah tidur dalam kelas, waktu persekolahan kecuali 2 kali sahaja seumur hidup ana. Dan dua-dua tu waktu subjek KH, sekali masa form 1 (dahlah duduk depan sekali), sekali lagi masa form 3. Sorry muallimah Roshayati! Wudhu' sentiasa dijaga. Jarang-jarang sangat ana ambil wudhu' dekat sekolah. Tak percaya, boleh tanya sahabat ana. Itulah pesanan ayahku suatu ketika dahulu, Wudhu' kena sentiasa ada pada badan kita. Baru malaikat pun datang. Allah pun suka.

Berbalik kepada kisah tadi. Ada sekali tu, tengah-tengah diorang ambil wudhu', muallim dan banin lalu dekat situ. Ana pun cepat-cepatlah,

Ana: Biar ana tolong halang.
Kami: Jangan pandang! Jangan tengok sini.

Muallim dengan banin tunggu dekat kawasan berumput, bawah teduhan pokok-pokok.

Pada petang harinya, beberapa orang daripada kami ikut muallim tengok ekosistem dekat kawasan tersebut. Dapat tengok vivipariti dll. Banin dah selamat dengan 'ombak mereka' bersama muallim Hanif. Masa nak balik,

M.Nadhir: Tengok banin ni, habis basah. Main air pulak dia. Muallim Hanif pun sama je.
Ana: Alah, beza setahun je pun.
Others: Sekepala je.
M.Nadhir: Beza setahun je ok.

Akhir sekali, kami bergambar beramai-ramai di depat sana.

Bertolak balik ke sekolah pada jam 5:00 petang. Dalam bas, semua tertidur. Hampir semua lah. Sampai sekolah pada jam 5:40 petang.

Wafaa': Semua tidur. Ana dengan Izyan je tak tidur.
Izyan: Sedap nti tidur.

Solat Asar sekejap. Marsha balik tumpang ana. Tengok pelajar asrama main bola jaring semenetara menunggu. Jumpa kucing baru, bulu dia, macam kucing Siam. Ana dan Marsha pergi tengok anak Lolly, 3 ekor. Pukul 6:10 petang, baru kami balik. Khadijah pun tak balik lagi masa tu. Kesian pula. Offer lah dekat dia, ajak balik sekali.

Ana: Jomlah, balik sekali dengan ana.
K: Tapi rumah ana jauh.
Ana: Takpe, rumah Marsha dah jauh dah, rumah nti lagi jauh. (Alamak, apa aku merepek ni? Marsha dan ana berpandangan.) Eh, apa melalut ni. Balik je lah dengan ana tapi beritahulah dekat ayah nti yang nti balik dengan ana.

Masa nak ambil beg dengan Marsha, (tersenyum teringat kata-kata tadi)

Ana: Silap ayat pulak.
Marsha: Tu lah pasal. Membawa maksud yang bertentangan pula.
Ana: Ntah kenapa tiba-tiba melalut. Ana nak cakap macam ni sebenarnya, "Alang-alang dah hantar Marsha jauh, baik hantar nti sekali." Sorrylah Khadijah.

Baru je dia nak balik dengan ana, ustaz Idris pun datang ambil dia.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kem Kepimpinan 2011

22031432H
Seperti yang telah diketahui, Kem Kepimpinan SMI Al-Amin telah diadakan pada 24-25 Februari 2011 di Lagoona Resort, Cherating. Mereka yang menyertai kem ini adalah seramai 50 orang, 25 ikhwah dan 25 akhawat yang terdiri daripada barisan-barisan kepimpinan pelajar seperti AMT, MPP, pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan.

Kisahnya bermula di sini...

24 Februari 2011, Khamis
Pada jam 12:00 tengah hari, kami dikehendaki untuk turun ke kantin untuk makan tengah hari dan seterusnya bersiap untuk ke Lagoona. Form 5 keluar lambat sikit sebab ada perbincangan dengan guru-guru berkenaan kelas tambahan. Masa mula-mula turun, terserempak dengan muallim Nadhir. Muallim pun kata, "Muka tension je belaka. Senyum!" Ada lagi orang lain dekat situ. "Mana ada muka tension, kitorang buat muka biasa je." "Antunna kena sentiasa positif. SMILE!!!" Naik bas ke Lagoona.

Sampai di Lagoona dalam jam 1:20 petang. Undian untuk menentukan penghulu dan penghuluwati. Umar dan Adibah. Seterusnya pembahagian kumpulan. Ana kumpulan muallimah Ain bersama Afiah, Izzah, Marsha, Mutmainnah, Nurhaziqah dan Nurin. Solat. Slot pertama dikendalikan oleh muallimah Roshayati. Kami diberikan 3 helai kertas A4. 1 daripadanya digunakan untuk membuat sampul surat manakala 2 lagi untuk tulis surat. Setiap orang diberikan buddy mengikut nama yang kita dapat melalui cabutan. Kena ambil beratlah pasal buddy masing-masing. Tapi, mereka tak tahu siapa buddy mereka. Maksudnya, kita tak boleh beritahu siapa buddy kita. Sampul surat tersebut ditampal di sekitar dewan tersebut. Minum petang. Sebelum solat Asar, ada beberapa soalan yang diajukan oleh Ustaz Khairuddin. Antaranya berkenaan Ihsan, Ithar, Qanaah, Zuhud, Jamaah dll. (Boleh rujuk buku akhlak SRI) Solat dan mathurat.

Selepas itu, kami beriadah. Main galah panjang. Mula-mula kami bahagi kepada dua kumpulan, 12 dan 13 orang. Kemudian, semua orang kena main 'o-som', siapa yang kalah, dia kena masuk kumpulan pihak lawan. Apa yang menariknya ialah permainan ini tidak menggunakan burung, batu dan air atau air, batu dan gunting. Sebaliknya, kami menggunakan lelaki, perempuan dan beruk.
Lelaki kalah dengan perempuan
Perempuan kalah dengan beruk
Beruk kalah dengan lelaki

Akhir sekali, kumpulan 1 tinggal 10 orang dan kumpulan 2, 15 orang. Kita dikehendaki untuk melepasi halangan-halangan tersebut dan patah balik. Sekiranya berjaya, boleh minta soalan daripada kak Mursyidah. Seronok sangat main. Ana kumpulan 1. Banyak kali berjaya sampai ke hujung tapi tak berjaya patah balik. Fatimah, Marsha dan dua orang lagi jaga dekat hujung tu.

Selesai beriadah, kami bersiap-siap untuk program seterusnya. Makan malam. Solat maghrib. Masa ni, ana perasan adik ana masuk solat lambat, rakaat kedua baru dia datang. Kemudian waktu orang dah habis solat sunat, dia masih tak habis lagi. Lama sangat dia solat. Ana dah berdebar. Malam ni, macam pelik je tengok dia. Biasa tak macam ni. Bukan apa, baguslah solat sunat tapi utamakan yang lebih penting dari yang penting. Bila waktu tazkirah, orang suruh dia bagi tazkirah tapi dia geleng je, dia tak nak. Lagilah ana rasa pelik. Dalam fikiranku, dia bukanlah seperti adik yang aku kenal.

Kini barulah ana tahu kisah sebenarnya setelah menyoal selidiknya:
Katanya,
Dia lambat ke dewan untuk solat maghrib sebab dia dikehendaki berurusan dengan muallimah An. Kemudian, muallimah melarangnya daripada bercakap dengan orang lain, sebab itulah dia mengasingkan diri. Dan dia tidak dibenarkan untuk memberi tazkirah. Kalau ada orang suruh, dia hanya boleh menggelengkan kepalanya sahaja. Dia boleh bercakap dengan muallimah An sahaja. Sebab itulah dia solat sunat agak lama, untuk mengelakkan daripada disuruh oleh orang lain untuk memberi tazkirah.

Akhirnya, tazkirah telah disampaikan oleh akh Syafiq Akram berkenaan tanggungjawab. Solat Isya'. Program diteruskan dengan slot Bahtera Khalifah Muda. Mula-mula, muallimah Roshayati beri 9 jenis pekerjaan:
  1. Tukang kayu
  2. Doktor/Saintis
  3. Tukang masak
  4. Ulama'
  5. Petani
  6. Nelayan
  7. Polis
  8. Guru
Kumpulan yang ahli dia 8 orang, kena pilih antara saintis dan doktor. Kemudian, kami ditayangkan video mengenai Bahtera Khalifah Muda yang karam akibat terlanggar iceberg. Terdapat sebuah bot yang hanya mampu menampung 7 orang sahaja untuk pergi ke sebuah pulau dan memulakan hidup baru. Oleh itu, semua orang Kena cakap kenapa mereka perlu naik bot tersebut, kenapa mereka penting dan diperlukan, apa sumbangan atau kelebihan yang boleh diberikan nanti.

Kumpulan ana, mula-mula guru, Innah dulu bagi hujah mengapa dia diperlukan. Kemudian Marsha, tukang kayu, Sir Malik terus datang dekat-dekat. Marsha kata dia rasa nak ketawa sebenarnya masa tu bila nampak ayah dia datang. Perbincangan menjadi semakin hangat. Afiah, nelayan. Nurin, tukang masak. Yang ni, hujahnya agak 'mengarut'lah, main hentam je lah. Tapi semangat. Kebetulan masa tu dia pegang bekas pensel, habis dia ketuk-ketuk lantai guna bekas pensel. Mula-mula ok je duduk. Makin lama, dia makin tinggi. Melutut. Kemudian Izzah yang bangkang dia pun berdiri. Dia apa lagi, terus berdiri, siap berjalan lagi sampai ke tengah bulatan tu. Masa ni, ramailah guru-guru yang datang dengar. Bagus Nurin, confident! Waktu Izzah, polis pun ramai juga orang bangkang. Haziqah, doktor. Ana, ulama'. Aisyah Humaira', petani.

Dipendekkan cerita, apabila membuat cabutan, undian, kumpulan kami memutuskan untuk membuang polis. Mereka yang dibuang kena naik pentas. Semua sekali 6 orang. Banat, Izzah, Robi'ah dan Farhanim. Yang kena buang tu, semua polis. Mereka perlu memberikan amanat terakhir mereka. Izzah masih mempertahankan dirinya di atas pentas.

Izzah: Kepada kumpulan 3 (padahal kami kumpulan 2), kalau korang hidup tak aman ke, ada jenayah, siapa suruh buang ana.

Balik ke tapak perkhemahan untuk tidur. Sebelum tidur, ada disediakan supper. Kemudian, kami membaca surah Al-Mulk bersama-sama. Hirosah diteruskan.

25 Februari 2011, Jumaat
Bangun pada jam 3:30 pagi untuk hirosah sehingga jam 4:30 pagi. Jam 5:00 pagi dah kena ada di dewan untuh qiamullail. Mengantuk, minggu ni asyik tidur lewat. Tapi takdelah sampai tertidur masa solat. Masa baca mathurat, minta Mardhiyyah urutkan. Sekali, dia terketawa. Ana pun tengoklah apa yang ditengoknya. Tengok Izyan tengah buat mata bulat, dia buka mata dia guna jari, teringat macam Mr Bean. Ana pun tergelak. Perlahan je lah. Terus hilang mengantuk. Orang kata, laugh is the best medicine.

Dalam jam 7:00 pagi, kami beratur mengikut ketinggian. Yang tinggi 'gendong' yang rendah, pergi ke tapak kami beriadah semalam. Buat dua barisan. Satu barisan, orang yang digendong, dan satu lagi barisan, orang yang mengendong. Buat stretching. Kemudian, satu kumpulan kena buat bulatan. Satu kumpulan lagi buat bulatan pada bahagian dalam. Muallimah An pasang lagu 'Ku Berlari'. Orang dekat luar kena lari. Bila lagu tersebut diberhentikan, orang luar kena peluk orang dalam. Siapa yang tiada pasangan, kena keluar. Denda, jadi kambing, pergi dekat pengembala, muallimah Ain.

Ana dengan Nurin adalah orang ketiga terakhir yang terkeluar. Jadilah kambing, mengembek, last sekali, kena peluk pokok ramai-ramai sampailah muallimah An datang. Beratur. Auni dan Izzah pemenangnya. Tapi sebab dia dua orang seronok sangat peluk dekat situ, muallimah An ikat dan sambungkan tudung mereka berdua, lengan baju serta hujung tepi baju. Jadilah kembar siam. Kena jadi kambing juga. Muallimah Ain suka sangat, "Tak pernah tengok kambing kembar siam."

Ada tiga orang kena berdiri di depan dan anak-anak buah dia kena beratur ikut apa yang telah ditetapkan oleh muallimah. TYDP AMT, Marsha dan diikuti oleh AMT. MPP, Farhanim dan diikuti oleh pengawas sekolah. Penolong pustakawati, Auni dan diikuti oleh pustakawati. Semua anak-anak buah kena angkat ketua mereka menuju ke pergigian air. Kami, pustakawati lambat sekali. Izzah kena berdiri, angkat Auni je. Dia berdebar sangat masa lalu dekat ceracak-ceracak kayu tu. Kemudian, kami kena berguling dalam air. Auni dengan Izzah lagilah, bila berguling, sekejap yang tu hempap yang ni, sekejap yang ni hempap yang tu.

Balik ke tapak perkhemahan, pergi tandas, bilas pakaian, buang pasir. Sarapan pagi. Izzah kena ikut sahaja ke mana Auni pergi. Dia makan dekat kumpulan Auni. Adibah kena makan atas pokok dan diberi layanan oleh AMT. Start daripada sini, AMT selalu kena. Kemudian, kena berkumpul di dewan untuk slot yang seterusnya. Kena tekan tubi, berguling, lompat bintang dll. Syaratnya, kena sama, tak sama, ulang lagi.

Kami dikehendaki untuk beratur di luar dewan mengikut kumpulan fasilitator. Mereka yang dibuang pada slot Bahtera Khalifah Muda semalam, jadi ketua untuk program ini. Izzah jadi ketua untuk kumpulan ana. Semua diberi kain tutup mata. Kami berpegangan tangan antara ahli-ahli kumpulan. Tak boleh lepas, nanti hilang hala tuju. Kena ikut arahan ketua, dengar elok-elok suara dia. Banyak halangan yang perlu dihadapi. Muallim muallimah juga merupakan halangan. Bila ada je guru-guru yang datang nak kacau,

Izzah: Jaga-jaga, hantu datang!

Ada tu, baca ayat kursi, baca doa minta dijauhkan daripada kemudharatan, minta perlindungan daripada Allah dll. Memang lepas tu, muallimah tak kacau. Kadang-kadang 'hantu-hantu' ni beri arahan yang salah, menyamar jadi ketua kitalah dll.

Izzah: Cepat, ikut suara ana, suara ana ROCK!!
M.Roshayati: Cepat, ikut suara ana, suara ana ROCK!!

Tapi, semua dah tahu suara siapa tu. Gelak je lah. Ada kena tarik kaki, kena tolak badan, kena tarik badan, kena baling pasir, kena pukul dengan pelepah, kena ketuk kepala dll. Depan ana Haziqah, belakang ana Marsha. Takut sangat kalau dah nak terlepas. Walaupun jari ni rasa sakit, takpe yang penting, jangan putus barisan yang melambangkan ukhuwwah antara kami. Kena lalu sungailah, kawasan pokok-pokok berduri, lalu dekat ceracak-ceracak kayu, kawasan yang banyak kerengga, lalu atas jambatan yang tak ada penghadang dll.

Akhirnya, kamilah kumpulan pertama yang sampai di dewan tersebut. Bercerita sesama kami. Masa ni, tak ada sesiapa pun yang kacau. Jadi, kami ingat tak ada 'hantu' sebab tak boleh buka mata lagi.

Afiah: Tadi, ustaz Khair dengan muallim Nadhir kan.
Kami: Ye ke?
Ana: Ana tau ustaz Khair sebab ana dengar suara ustaz.
Afiah: Ana kenal bau muallim Nadhir. Bau minyak atar.
Kami: Dahsyatlah hidung nti Afiah.
Afiah: Ana bau juga muallimah An, muallimah Syu dan kak Syidah. Ana kenal bau diorang.

Marsha: Tadi, ana kena tarik kaki, rasa macam nak terbang je.
Ana: Marsha, ada sekali tu kan kita pegang hujung jari je. Debar sangat, takut terlepas.
Marsha: Ho, yelah. Masa tu, Afiah kena tarik. Ana takut terlepas, jadi ana putuskan untuk renggangkan sikit tangan ana dengan nti.
Ana: Mujur dapat pegang balik. Ana banyak kali kena tarik nti dengan Haziqah tak nak bagi putus. Kuat sangat, sakit jari ana.
Haziqah: Ye lah, ana dengar, jari nti semua berbunyi. Takut ana.
Ana: Oh ye ke? Berbunyi? Tapi ana rasalah tegangan jari-jari ana tu. (sampai sekarang masih sakit terutamanya jari telunjuk, tangan kirilah)

Ada sekali, kena meniarap, lalu bawah besi, bila dah lepas kepala, kena ketuk. Lepas ana, Marsha pula kena ketuk, "Aduh!" "Nti kena ketuk juga ke?" "A'ah." Memang tak dapat diduga. Terkejut bila kena ketuk tu. Tapi kami senyum je.

Izzah: Tau tak, muallimah sakit hati dengan kumpulan kita sebab macam tak terkesan dengan halangan-halangan tadi. Kita semua suka je, senyum je.

Bila kumpulan 3 dah datang, macam bisinglah sekejap. Sekali ada 'hantu-hantu' datang kacau. Baca ayat kursi. Bila dah habis, kumpulan 3 sambung terus sampailah habis mathurat sughra. Sambil-sambil tu, kami kena kacau. Bila dah habis baca, kumpulan 3 cakaplah, "Takpe, kalau kena apa-apa senyum je." Haziqah pun cakap, "Kalau kena apa-apa, sengih!" Habis je dia sebut, sengih, terus kena pukul guna pelepah dekat muka dia. Tapi, ketawa je. Macam-macam kena. Oh, ada tu, masa tengah baca mathurat, muallim simbah air dekat muka. Lemas sekejap.

Bila kena apa-apa je, mesti tanya sesama kita, "siapa?" "Guru kelas form 5." Kemudian campak air dekat analah, kan tengah duduk, habis basah semua. Kena 'rotan' tanganlah, kena ketuk kepalalah. Afiah kena tarik, Marsha cuba tarik dia semula. Ada juga kena campak gulungan tikar antara ana dengan Haziqah. "Huish, tikar." "Dahsyat." Kemudian, datang pula tikar kedua. "Dua tikar." Kena ketuk pula guna tikar tu. Lama juga tunggu kumpulan lain, tunggu sampai semua kumpulan siap.

Bila dah habis, dah dibuka mata. Terangnya rasa. Buat resolusi. Orang yang kita pandang rendah, orang yang kita nampak tak ada manfaat padanya, mungkin akan jadi pemimpin pada esok hari. Buktinya, polis yang kita buang semalam telah jadi ketua pada hari ini. Muallimah nak sorang banin dan sorang banat untuk beri pendapat daripada slot ini. Ana dan Marsha nak sangat Nurin bercakap bagi pihak banat. Kami bagilah isi-isi yang perlu disebut. Sebab sebelum ni Nurin kata, dia nak juga cakap tapi tak ada idea. Penghulu dan penghuluwati turut diberi peluang untuk bercakap. Perasmian penutup oleh muallimah Ainon. Kemas khemah, naik bas. Makan dekat sekolah. Kendiri. Diorang main ping pong sekejap.

Auni dan Mardhiyyah tumpang balik dengan ana. Balik dalam pukul 3:10 petang. Tengah-tengah tunggu dekat pondok dengan Auni, banin form 5 panggil. Banin bagi ayam yang siap dipotong dan dibersihkan untuk hantar ke asrama banat. 7 ekor tu. Angkat besen tu dengan Auni. Terserempak dengan Mardhiyyah, dia pun ikut sekali ke asrama. Sampai dekat asrama, tunggu dekat tangga. Nampak sekumpulan beruk datang ke arah kami.

Ana: Eh, beruk tu.

Diorang buat tak kisah je. Ana diri jauh sikit. Trauma kot. Dulu pertama kali kena kejar dengan beruk masa darjah 4 dekat rumah Marsha, dia, ana, Mardhiyyah dengan kak Humaira' . Kelakar bila ingat-ingat balik. Kali kedua, kena masa dekat Pulau Dayang Bunting, lawatan form 4 tahun lepas.

Sekali dengar diorang jerit, dengar bunyi besen macam terhempas/terjatuh. Pusing belakang tengok, dua-dua tengah takut, peluk satu sama lain. Huh, beruk dah datang dekat baru nak terkejut. Ana pun pergilah sekali dekat diorang. Auni jerit-jerit panggil budak asrama. Yang kelakarnya, dia boleh angkat besen tu sorang-sorang, takut punya pasal. Tadi punyalah berat walaupun angkat berdua. Keesokan harinya, rehlah form 5.

Update:
Kumpulan terbaik:
1. Banin - Kumpulan muallim Nadhir.
2. Banat - Kumpulan muallimah Ain.

Alhamdulillah. Kumpulan kami takde main tolak-tolak/ sepak-sepak/ berkasar dengan 'hantu-hantu' a.k.a. guru-guru.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Rehlah 2011

20031432H
Alhamdulillah, rehlah SMI Al-Amin Kemaman telah berjaya diadakan di Pantai Teluk Mak Nik / Monica Bay. Video rehlah.

Kumpulan, ikut kumpulan rumah sukan. Sampai dekat pantai, kena panjat 'bukit' batu. Teringat pula dekat gua Hira', bukit batu yang begitu terasa kecerunannya. Sambil berjalan, kutip kayu api untuk masak ayam nanti. Sampai-sampai, kena kutip sampah, bersih kawasan dulu. Kemudian, sarapan pagi, nasi lemak.

Setelah selesai, kami bergegas bergerak ke padang masing-masing. Mula-mula main ragbi. Memang toughlah. Tak nak cakap panjang-panjang pasal ragbi ni. Adalah dua tiga orang yang cedera/pengsan. Lawan dengan setiap rumah sukan. Menang bila lawan dengan rumah merah.

Permainan kedua, main soccer. Ni yang ana suka, walaupun sudah keletihan namun kami tetap bersemangat. Suka sangat sebab banyak kali dapat bola dan tendang jauh. Kalau tak salah ana, sekali je kalah. Yang lain semua seri.

Penolong rumah sukan kami turut tercedera. Cramp kaki. Masa nak ambil spray dia, tiba-tiba Sir Azman tanya, "Eh, nti tak bawa pai epal ke?" Mana bawa, lagi pun tak dan nak buat. Minggu ni penuh program. Kalau jumpa ustaz, selalu ditanya begini.

Tengah hari, kami diberi 4 ekor ayam untuk disembelih, dimasak dan dipanggang. Dah bahagi tugasan masing-masing. Ana hidupkan api dan cari kayu api dengan Nurul dan Fatini. Naili dengan Hazimah jaga api. Suka hidupkan api sebab dah tahu caranya. Muallimah An tolong ajar ana dan Nurul masa rehlah tahun lepas. Macam-macam kerenah bila sembelih ayam.

Kumpulan kami potong ayam kecil-kecil dan cucuk pada lidi. Cepat masak. Rate of reaction tinggi bila area dia kecil. Lumur marjerin dan sos BBQ pada ayam-ayam tersebut. Sapu sos BBQ guna serai. Memang dah bersedialah. Sedap! Bau macam sate! Mereka yang potong ayam ni katanya, dah down dah sebab dengar kumpulan lain semua dah start bakar ayam. Tapi, ayam kami masak dulu sebab potong kecil-kecil.

Selepas makan, berkemas untuk pulang ke sekolah. Nampak bas sekolah, tapi tak boleh naik. Banyak kosong tapi orang dekat dalam bas tu kata, orang yang duduk Kertih je boleh naik. Pakcik bas diam je. Takpelah, kami pun cepat-cepat jalan kaki dengan kak Afifah. Minggu depan, kak Afifah nak balik dah. Sampai dekat-dekat perumahan muallimah Yong, nampak kereta 'ibu' lalu, mak Haziqah, 'ibu' pun ajak naik. Ana, kak Afifah, Mardhiyyah, Nasyitah, Qurratul Ain dan Khadijah. Depan rumah hijau, nampak Haziqah. 'Ibu' hon je kereta, tak ajak naik pun. Best sangat. REHLAH TERAKHIR KAMI di SMI.
Suka sangat dah siap folio kimia bab 9. Yang tak siap lagi, cepat-cepatlah siapkan. Tinggal 5 hari je lagi masa untuk siapkan. Last hantar, akhir bulan 2.
Semalam kemas library.
Esok kem kepimpinan.
Lusa rehlah form 5.

Biar letih, tapi hasilnya memuaskan. Itulah tarbiyyah. Life is tough.

Minggu ni tak dengar apa-apa berita daripada abang ana.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lawatan ke Hospital Temerloh

17031432H
Pada hari khamis 17.2.2011 wakil Pej Perhubungan Antarabangsa IKRAM Pusat saudara Hasbullah dan Faris, wakil Aqsa Syarif Ust Hasanuddin dan isteri, Sharifah Mahiza serta Ketua Wanita Ikram Hulu Langat Pn Hamisah Mubin, telah membuat lawatan ke Hospital Besar Temerloh untuk menziarahi anak-anak yg baru pulang dari mesir, mengalami musibah.

5 orang anakanda ini telah diuji Allah mengalami pengalaman ngeri ketika berlaku kemalangan sewaktu dalam perjalanan menghadiri program forum isu Mesir di Melawati, Selangor.

Walaupun kecederaan 3 dari mereka agak teruk tapi mereka nampak tabah masih boleh tersenyum dan berbual mesra keitka kami menziarahi mereka membuat kami rasa terharu.

Doa kami agar mereka cepat sembuh dan kembali mengikuti kuliah dan siri-siri tabiyah yang mendatang. Kepada ayahanda dan bonda kepada anak-anak ini, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita mungkin tidak nampak hari ini tapi mungkin di masa akan datang.

Sewaktu hendak pulang, kami terserempak pula dengan Ketua Wanita Ikram Pusat Ustzah Maznah dan Kak Rawiah yang juga sempat melapang masa menziarhi anak-anak ini. ~ Puan Sharifah Mahiza

Sumber: fb aqsa syarif

18/02/2011, Jumaat
Kak Humaira': Latest update: Ana sekeluarga baru sahaja pulang dr hospital temerloh, selesai menziarahi ukhti2 kita. Alhamdulillah, keadaan mereka semuanya stabil, 1 org dah blh discharge from hospital esok. 2 org masih perlu warded.. dan 2 org lagi perlukan rawatan lanjut di hospital kuantan. Kak shida pukul 7 mlm td, ada operation utk lengan tangan kanannya yg patah, smg operation berjalan dgn lancar. MasyaAllah, mereka m'jadikan ana betul2 kagum dgn mrk, tak t'tahan air mata dek sebak melihat ukhty2 yg sblm ini, sama2 sihat mengikuti program bersama2(plg terbaru ialah seminar hasan al-banna), masak bersama2, solat bersama2, semuanya bersama2.. dan skrg mrk semuanya terlantar di atas katil menanggung kesakitan.. Dengar suara mereka bercakap pun, ana tahu mereka sdg menahan peritnya sakit.. tapi, mrk masih smgt tuk berkongsi cerita, mrk masih mampu tuk memberikan senyuman, wajah mereka penuh dgn keikhlasan dan redha dgn segala yg terjadi..Allah ya Rob! Mata 3 org akhwat, masih merah krn berlaku pendarahan di bahagian dalamnya. Ukhti khadijah, terdapat jahitan pd beberapa bahagian: muka, tangan dan kaki. Ukhti Rashidah, patah tangan dan terdapat luka2 di bahagian kaki dan tangan. Uhkty Nadhrah, bibir dan mukanya bengkak teruk. Juga terdapat jahitan di bahagian kepala dan sedikit di bahagian dahi. Kak Yana, tengkuknya patah, masih memakai neck collar, makan dan minum dlm keadaan baring, tp subhanallah beliau masih mampu memberikan isyarat tangan peace utk ana. Kak Aidaa yg paling ok, bahagian belakang kepalanya bengkak, disebabkan luka yg agak dalam.. dan luka dibahagian kaki..alhamdulillah dah blh berjalan tadi.. Mereka semuanya stabil, dan memerlukan rawatan lanjut.. Sama2 kita teruskan solat hajat dan doa utk mereka. Ana yakin, mereka adalah golongan terpilih, inilah ujian Allah utk mereka. Sungguh, ujian yg hebat adalah utk mereka yg hebat.

Mcm mana blh accident: Sedikit yg blh dikongsi.. Ana forwardkan: Perjalanan mereka ke program wacana, pada mulanya nak menaiki bas. Dah beli tiket pun, namun last minute tukar plan dan akhirnya menaiki kereta. Kereta dipandu laju. (pukul 7 ...di Temerloh, prog wacana mula pukul 8 di kl)

Khadijah bercerita: Dia sedang lena, dan hanya tersedar apabila kereta berpusing pusing dan dia tercampak keluar. Rupanya, akak (driver) terlanggar divider menyebabkan kereta tergolek dan semua tercmpak keluar lalu tersembam atas jalan raya (impak inertia yang tinggi plus faktor tak pakai seat belt). kereta terus berpusing-pusing dan terbabas. Khadijah berkira kira, alhamdulillah tak pakai seat belt, kalu tak semua remuk dalam kereta. (ada pro n kons)

Bila dah tercampak keluar, semua pengsan. Mereka mulai sedar diri hanya ketika dah di atas katil, dirawat oleh doktor. Khadijah kata yang dia hanya nampak darah berlumuran.
Khadijah banyak luka di muka. sebelah hidung terkoyak, dan banyak luka di pipi. Bengkak di kepala. dua orang akhawat bengkak teruk di kepala, dan cedera di dalam (internal). Seorg patah leher. Seorang dah boleh keluar esok.

20/02/2011, Ahad
Khadijah Husni: Alhamdulillah3..kami semua dh discharge dr hosp.k.shidah je ana x sure dy dh discharge dr kuantan medical centre ke belum.jazakunnallah ats doa antunna
Pernah jumpa dengan akhawat ni masa Seminar Hassan al-Banna. Semoga mereka semua cepat sembuh.

Esok ada mautadi dan ittihadi.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Maulidur Rasul 1432

12031432H
"Dan tidaklah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam."
(Quran, 21: 107)


* * * * *

Kami baru selesai mengikuti usrah pada pagi tadi dari pukul 7:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Monica Bay. Pelajar asrama pun pergi situ juga untuk beriadah. Hari ini usrah dengan 3 orang lagi makcik; makcik Midah, makcik La dan makcik Ma. Seronok! 4 orang sekaligus. Ain pun ada sekali.

Pada mulanya, makcik Midah mengajak kami bersama-sama menunaikan solat dhuha di tepi pantai ciptaan Allah yang indah. Kemudian barulah kami memulakan aktiviti riadah kami. Makcik Midah semangat jogging bersama. Makcik La dan muallimah Yong jalan (stroll) di belakang, menikmati keindahan di tepi pantai. Masa ni, Khadijah dan makcik Ma tak datang lagi. Rumah biru mendahului! Selalu lumba dengan rumah hijau (Mardhiyyah dan Izyan). 5 orang rumah biru termasuk Ain. Muallimah Yong dan makcik La ikut jalan pintas.

Dalam pukul 8:45 pagi, kami bersarapan bersama. Makanan berat tidak dibenarkan untuk dibawa. Dapat minum air zamzam yang makcik Ma bawa. Sambil-sambil bersarapan, makcik Midah pun berkongsi cerita ketika makcik ke Australia.
  • Amanah
  • Orang dekat Australia, kalau nak beli barang, boleh letak dalam apa-apa beg yang dibawa. Contohnya, beli barang kecil je, jadi letak je terus barang tu dalam beg tangan, nanti bayarlah dekat kaunter. Tapi, semua amanah, semua bayar lepas ambil barang. Takde pun yang nak sorok-sorok barang atau cuba-cuba nak curi. Sedangkan mereka bukan orang Islam pun. Tapi begitu jujur dan amanah.

    Begitu juga keadaannya ketika hendak menaiki bas. Takde orang yang kutip tiket. Sistem mereka, naik bas terus bayar dalam tabung yang disediakan di depan.

  • Bersih
  • Kebersihan di sana amat dititikberatkan. Contohnya, lepas mereka makan di suatu tempat, mereka akan kemas dan bersihkan semula tempat tersebut. Tak perlu nak upah orang untuk bersihkan tempat tersebut sebagaimana di Malaysia. Tandas pun bersih. Nak masuk tandas tak perlu bayar tapi bersih sangat tandasnya. Boleh tidur dalam tandas. Dan semua tandas boleh digunakan, semua berfungsi. Sebab kerajaan dia guna duit cukai untuk kemudahan rakyat. Walaupun cukai di sana agak tinggi, takde pun orang merungut sebab mereka tahu duit tersebut akan digunakan untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat juga.

  • Ikut peraturan
  • Sistem di jalan raya begitu teratur. Biasanya, di tepi-tepi jalan, ada papan tanda had laju kenderaan. Mereka akan ikut had laju tersebut. Takdelah kemalangan dahsyat-dahsyat seperti di sini. Kadar kemalangan di sana rendah.

  • Berterus terang
  • Kalau ada apa-apa yang tak puas hati, mereka tak akan simpan. Mereka sentiasa berterus terang dan cuba menyelesaikan masalah. Takde cakap-cakap belakang.

  • Rakyat diutamakan
  • Ada tu, orang Islam minta masjid untuk dibina di kawasan tersebut. Kemudian, memang kerajaan dia bina masjid untuk orang Islam di situ. Bahkan masjid di sana lebih besar dari masjid yang terbesar di sini. Yalah, negara mereka besar, rakyat sikit, cukai tinggi.

    Tapi ada juga orang yang menyebarkan dakyah-dakyah kristian. Walaupun mereka tahu kita Islam, mereka tetap datang. Biasanya, kalau orang yang tak kuat, ada masalah, dia akan mudah terikut dengan dakyah-dakyah mereka ni.

  • Orang-orangnya peramah
  • Mulut mereka begitu ringan untuk menyapa kita di sana walaupun dengan orang yang mereka tidak kenal. Sepatutnya, kita sebagai orang Islam perlu sentiasa menyebarkan salam. Malangnya, rata-rata umat Islam di dunia kini tidak berbuat demikian.

Seterusnya, kami ditanya, apa yang kami dapat, apa yang paling terkesan daripada SHB, Seminar Hasan al-Banna tempoh hari. Macam-macam jawapan. Makcik-makcik semua kata, kami beruntung kerana dapat pendedahan tentang dakwah lebih awal daripada mereka. Antara bab yang kami sentuh yang berkaitan dengan SHB adalah tentang guru, kepentingan usrah, sukan dll.

Masa sebut pasal guru, makcik-makciklah banyak bercakap. Maklumlah, semua jadi guru. Makcik Ma paling banyak cakap. "Dulu, zaman kami, macam tu lah cara cikgu kami mengajar (macam Ustaz Zawawi). Tapi hasilnya kami semua dapat. Budak-budak le ni, nak kepelbagaianlah. Kita pula kena belajar tahap kepandaian pelajar. " Kemudian, masuk pula pasal kelas tambahan sekolah makcik. Muallimah Yong cadangkan sistem rakan sebaya untuk belajar. Maksudnya, untuk kelas tambahan, pelajar yang ajar. Siapa yang paling mahir subjek/topik tersebut boleh ajar orang lain.

Lupa pula, kak Humaira' pun turut serta bersama kami. Dia cerita cara murabbi di sana mengajar dan mendidik. Barulah diteruskan dengan pembentangan seperti yang telah ditugaskan.

Banyak yang kami dapat hari ini. Dengan kehadiran makcik-makcik dan kak Humaira', lagi meriahlah dan lebih banyak perkongsian yang kami dapat. Makcik Midah banyak bercerita, makcik Ma sentiasa menjadi penceria suasana (sentiasa membuat kami tersenyum walaupun apa yang diperkatakannya itu betul), makcik La lebih banyak menyokong apa yang diperkatakan oleh sahabat-sahabatnya (nampak diam hari ini) dan muallimah Yong sudah tentu bercakap secara menyeluruh sebagai naqibah.

Afif dah pindah, semoga nti baik-baik sahaja di sana bersama kumpulan usrah nti...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Resepi Kek Keju

10031432H
(Base)
Biskut hancur+ Butter
*keraskan dalam peti

(Atas)
Blend 250gm feta cheese
500ml susu
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung jagung
1 cawan gula
3 biji telur
1/2 biji limau nipis
*tuang dan bakar

Credit: Kak Humaira'


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: February 2011
Design by a.a.ghariib