24041432H
Salam 'alaikum.
Waktu kelas hafazan tadi, masa Marsha baca dengan muallimah, muallimah ada tanya makna kalimah-kalimah bahasa arab. Lepas Marsha, ana. Alhamdulillah dapat jawab semua.

Perkataan yang dihighlightkan inilah yang ditanya tadi. Ada sesiapa ingin menjawab?^^ Muallimah tersenyum penuh makna.
M.Hayati: Ni mesti baru tengok tadi.
Ana: Taklah, ana memang biasa tengok.^^
M.Hayati: Ayat ini menceritakan tentang apa?
Ana: Cerita tentang orang ramai melemparkan penanya untuk menentukan siapa yang akan memelihara Maryam. Dan Allah sampaikan berita tentang Nabi Isa yang menjadi seorang yang terkemuka di dunia dan akhirat.
Tengah-tengah mengaji, masa giliran Mardhiyyah, muallimah tanya pasal i'irab. Senang je sebenarnya kalau faham makna.
M.Hayati:
"Mulai hari ini dan hari yang seterusnya, muallimah akan tanya semua benda ni masa hafazan. Alah, dalam qur'an ni dia ada isim, fi'il, maf'ulun bih. Mubtada', khabar. Adalah sikit-sikit isim kaana wa akhawaatuha, isim inna wa akhawaatuha dll yang awak belajar tu. Bukan susah sangat. Dia ulang hok tu le je.
Muallimah suka baca qur'an, jadi macam buku cerita kalau faham makna dia. Muallimah tak hafal satu qur'an ni, tapi kalau muallimah dengar orang baca, muallimah fahamlah makna dia, muallimah tahulah kalau orang tu salah baris dll. Muallimah suka tengok kalimah Arab dia. Dah tu buat apa awak semua belajar bahasa arab? Belajar bodoh je lah. Patutnya awak semua lagi baik dari muallimah sebab awak semua hafal qur'an. Tapi kalau hafal tak tau makna tu, hafal bodoh je lah. Muallimah target, 10 orang mesti dapat straight A.
Muallimah ingat lagi apa yang Irfan pernah cakap, "Kenapa pelajar tak suka bahasa arab? Sedangkan PQS, PSI, Aqidah, Feqah, Hadis, Tafsir, semua dalam bahasa arab." Semalam pun, muzakarah, muallim Qasim sebut, masalah pelajar dalam subjek PSI dan aqidah sebab kurang penguasaan bahasa arab. Kalau ikutkan, senang je PSI sebab jawab bahasa melayu dah. Patutnya awak kena dapat A+. Bukan setakat A+, A++ lagi. Kalau markah penuh dia 100 lebih, boleh je awak semua ni dapat A++ gitu ha. Tapi ye lah, had dia sampai 100% je.
Kalau tak suka sangat bahasa arab, belajar je lah betul-betul untuk SPM ni. Lepas tu kalau awak nak lupakan dia pun takpelah. Biarlah dapat bahasa arab A. Awak semua tinggal setahun je pun lagi dekat sekolah ni. Kalau awak takde tinggal apa-apa kesan dekat sekolah ni, nanti adik-adik yang 10 tahun lagi pun dah tak kenal awak. Masa tu muallimah pun dah tua, dah bongkok. Bila orang sebut nama awak, takde orang pun ingat. Tak naklah macam tu kan.
Sekarang ni, muallimah nak harapkan pada awaklah. Ni baru sebahagian muallimah cakap. Yang lain-lain tu tak taulah nak cakap macam mana bahasa arab diorang. Banin lagilah. (ni ayat mlmh, bkn rekaan ana. Buktikan anda hebat!) Oklah, kalau muallimah sambung, jadi lagi panjang."
Form 5, sahutlah cabaran membuktikan bahawasanya anda MAMPU!
Ana setuju sangat-sangat dengan apa yang muallimah kata. Terima kasih muallimah ajar ana dari dulu sampai sekarang bahasa arab. Mak ayah ana memang wajibkan semua adik-beradik ana belajar bahasa arab. Lepas SPM ni, apa-apa pun kena belajar bahasa arab dulu.^^
Ya Allah, bantulah kami dalam pembelajaran kami untuk menuju syurgaMu.
Ayuh mantapkan bahasa syurga, bahasa ad-diin.

Sanah Helwah Hazirah! Barakallahu fiiki fi addunya wa al-akhirah.
Ya Allah, bantulah kami dalam pembelajaran kami untuk menuju syurgaMu.
Ayuh mantapkan bahasa syurga, bahasa ad-diin.
Semoga beroleh manfaat^^