Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

'Idad Du'at

28081432H
Alhamdulillah, baru balik sekolah. Pagi tadi, pergi sekolah dalam pukul 8:30 pagi sebab tolong kak Izyana kendalikan slot Ice Breaking sempena program 'Idad Du'at. Patutnya, orang lain yang uruskan bersama-sama kak Izyana tetapi memandangkan mereka semua ada urusan yang tidak dapat dielakkan, maka kami jadi pengganti sementara. Yang jadi fasi, yang turut serta dalam program ini adalah terdiri daripada barisan LKD batch 1 (batch abang ana, jadi ramailah yang ana kenal).

Tahun ni, Al-Amin Kemaman jadi tuan rumah lagi. Dua tahun lepas dekat sini juga.

Seronok tengok adik-adik berprogram. Ada juga pelajar tingkatan 5.

Rindu nak berprogram bersama rakan-rakan sekolah MUSLEH, kan Maryam CR (antara yang rapat dengan ana)? Nak jumpa Fida', kak Hidayah, Fadhilah, Rumaisa', Nabilah, Ain, Zinnierah, Liyana, Amirah, Isna, Mas Marisa, Fairuza dll. Kali terakhir berprogram bersama-sama mereka, masa ana form 3.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Iman 20sen

22081432H
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... Syarikat bas ni dah kaya, setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen," kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni? Kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Ingatlah, kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. http://www.smileycodes.info

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah s.a.w. suri teladan yang baik bagimu." (Al-Ahzab:21)

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

sumber: wavewsa

Ps. Best sambut birthday 'matahari' kami \(^_^)/


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Mukhayyam Khariji 2011

13081432H
ALHAMDULILLAH, selesai sudah Mukhayyam Khairiji sesi 2011 yang mana telah dijalankan di Sungai Loh, Dungun bermula 12 hingga 14 Julai 2011. Mukhayyam TERBAIK! Bersyukur dapat TUAN sebagai kem komander kami.^^

KAMI diberi taklimat oleh Ustaz Idris. Pelbagai pesanan disampaikan kepada kami. Hari tu, muallimah An kata, kem komander bagi MT02 banat ialah muallimah Fatimah. Tapi masa taklimat hari ni, ustaz ada sebut yang muallimah Fatimah jadi AJK makanan. Jadi, masa inilah, ramai orang syak yang kem komander kami adalah muallimah An. Budak-budak asrama kata, muallimah nak 'balas dendam'.

Majoriti daripada kami rasa macam berdebar. Ada je yang kata, doalah supaya bukan muallimah. Last sekali, Marsha kata, "Alah, ikut je apa muallimah kata. Kalau kena denda, ikut je. Kalau dikata apa-apa, dengar je. Kalau disuruh, ikut je. Muka rileks je, senyum jelah." "Betul3." "Bagus Marsha." "Biasa macam tulah yang kita kena buat."
MASA beratur di tapak perhimpunan, baru tahu yang Amirah tak datang. Haziqah, memang kami tahu yang dia tidak dapat menyertai mukhayyam dan dia telah 'mewasiatkan' agar Aishah menggantinya menjadi ketua kumpulan. Maka Syifa' Mohd Nor jadi penolong. Jadilah kumpulan kami 9 orang sahaja. Kena buat kerja cepat sikitlah sebab banyak kerja yang perlu dibuat memandangkan ahli kami sedikit.

Bawa barang masuk bas. Kami dapat bas udara 'recycle' bak kata ustaz Idris. Bas air-cond lah. Dalam bas, kami dapat arahan daripada penghuluwati, Fatin Nadhirah bahawa semua muallim dan muallimah perlu dipanggil dengan satu panggilan sahaja iaitu 'Tuan'. Kami membuat hafazan dalam bas sebelum mengambil peluang untuk tidur.

Sampai, terus menuju ke pangkalan. Mula-mula, salah tempat. Awal-awal lagi dah mencabar begini. Sampai di pangkalan, tebas semak untuk dirikan khemah. Ada yang cari kayu, ada yang buat tandas (guna kain batik dan plastik sampah), ada yang memasak. Kumpulan 1 bagi nasi pada kami. Syukran. Perasmian. Ada dua tiga orang yang tumbang. Alhamdulillah MT02 banat semua dalam keadaan baik. Tibalah masa yang dinantikan, iaitu penyerahan kuasa kepada kem-kem komander. MT01 banin, Tuan Azman. MT01 banat, Tuan Roshayati. MT02 banin, Tuan Sufian. MT02 banat, Tuan Norihan.

Balik ke pangkalan, berkumpul di hadapan rumah tuan, nyanyi lagu semangat, kemudian, ada sedikit taklimat. Mesti panggil 'TUAN'. Kena siapkan gajet sebelum pukul 7 malam. Pastikan kawasan rumah tuan sentiasa bersih. Kalau nampak daun atau sampah dekat rumah tuan, kutip. Sentiasa jalan bertiga-tiga apabila keluar pangkalan dan selagi nampak langit, mesti berkawad. Kami diberi peringatan tentang denda, antaranya, mandi beradab, dugong, ketam masak lemak dll. Akhir sekali, kami diberi barang amanah, 5 biji lada hitam. Kami diberi masa untuk menukar pakaian. Alhamdulillah. Dah basah dah baju no. 4 ni sebab panas. Ramai yang kata, tak sabarnya nak masuk dalam sungai. Semua pakai baju sukan, tudung hijau.

Lagu Semangat
WIRA WIRAWATI HARAPAN BANGSA
TIBA MASA KITA BERJASA
KITA SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
DEMI MENCAPAI WAWASAN

KENALI RAKAN PELBAGAI BUDAYA
SELAMI WARISAN KITA YANG KAYA
BERSAMA BERGANDINGAN
TIADA PERBEZAAN
KITA WARGA MALAYSIA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERBAKTI PENUH SETIA
SATU HASRAT SATU SEMANGAT
SATU TEKAD BERSAMA

KAMI WIRA WIRAWATI NEGARA
KINI MASA KAMI BERJAYA
KAMI SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
KAMI PASTI MENCAPAI WAWASAN

KITA SAHUT CABARAN
BERSAMA BERGANDINGAN
BERKHIDMAT UNTUK AL-AMIN
KEMAMAN

Kami turun ke bawah, pergi ke sungai. Tekan tubi di gigi sungai. Kali ini, kami masuk kumpulan game. Ada 4 kumpulan, Hindon, Sofiyah, Zainab dan Asma'. Kena lumba panjat tebing aka Sand Mountain Climbing. Rentas sungai yang deras. Kemudian, Tuan Idris ikat tali. Siapa yang dapat tempat ke-4, dapat denda. Kami diberi masa selama 10 minit untuk naik. Mula-mula, kumpulan Zainab lawan Asma'. Ni main liga. Masa ni rasanya, lipan jatuh dekat kumpulan Asma'. Zainab menang. Kemudian, Sofiyah lawan Hindon. Sofiyah menang (kumpulan ana). Ada sekali tu, ana baru je turun, pergi dekat Marsha dalam sungai. Tiba-tiba ada orang kata, "Tuan, ada ular." "Mana?" "Tu, dekat tengah." "Lari, nak campak dalam sungai." Marsha, "Ha!" Sebab masa tu kami berdua berada pada longitud yang sama dengan ular tu. (tapi, kami tak jerit) Susah nak bunuh dia. Akhir sekali, hancur badan dia, baru buang. Ada sekali tu, silap panjat. Ingatkan kumpulan ana dekat sebelah kiri, rupa-rupanya, sebelah kanan. Lintas ikut tengah tu. Ada juga yang cramp, kumpulan Asma'. Dipendekkan cerita, kumpulan Asma' kalah. Hutang, simpan untuk malam ni.

Ada je orang yang tersilap panggil tuan dengan panggilan muallimah. Tuan kata, "Bila aku jadi muallimah kau?" Ada juga, "Ya Allah, tak sabarnya aku nak tunggu pukul 7 malam." sebab kesalahan kami dimaafkan sampai pukul 7 malam. Mandi, ambil wudhu'.

Solat Jama' Qasar. Baca mathurat dalam sungai. Seterusnya, kami pergi naik ke atas, kawasan semak untuk main bola baling aka Jungle Soccer. Pasang tiang gol. Lawan. Macam-macam gaya. Innah, bila dapat bola, mesti lari dengan bola sekali. Syarat bila dapat bola cuma tak boleh melebihi 3 saat. Licin sebab kasut basah. Ada je yang jatuh, ada juga yang kena bola dekat muka. Mardhiyyah sampai berdarah gigi sebab kena bola, tapi dia pun tak perasan. Masa dia senyum, orang lain beritahu gigi depan tu berdarah. Bila berebut bola, ada yang merangkak-rangkak nak ambil bola. "O, kau nak jadi kambing ye, nanti kita buat," sanspen bila dengar ayat tuan. Kelakarlah gaya main masing-masing. Dengan tuan-tuan pun suka. Buat padang lagi satu, bina tiang gol. Zainab kalah kalau tak salah ana. Hutang malam ni.

Balik pangkalan, masak, sambung buat gajet dll. Masa ni dah 6:30 petang dah. Setengah jam je masa untuk siapkan semua gajet tu. Kumpulan ana makan nasi tengah hari tadi dengan lauk yang dibawa dari rumah. Ada sorang yang tolong suapkan sementara semua orang buat kerja. Siapkan longkang, dapur, rak kasut, tong sampah, tempat letak perkakas dan ampaian. Dapat arahan untuk kumpul ubat gigi dan berus gigi. Dah agak apa yang akan berlaku. Bawa al-Quran, mathurat, lampu suluh, barang amanah dan buku nota. Pergi ke depan pentas, bentang kanvas untuk solat. Lepas solat, turun bawah, ada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Irfan. (nanti ana tulis isi-isi tazkirahnya ya)

Habis tazkirah, kami dipanggil oleh tuan kami. Buat satu barisan memanjang. Kami, semua sekali ada 31 orang, 3 orang tak datang, sepatutnya 34 oranglah maksudnya. Kami perlu bayar hutang kami.

Tuan: Dah siap gajet?
Kami: Dah.
Tuan: Longkang?
Kami: Dah.
Tuan: Dapur?
Kami: Dah.
Tuan: Tandas?
Kami: Dah.
Tuan: Ampaian?
Kami: Dah.
Tuan: Kalau ana nampak ada yang sidai dekat selain ampaian, jaga! Rak kasut?
Kami: Dah.
Tuan: Bagus sangat. Apa lagi yang korang tak siap ha?! Ada yang jatuh tak masa perasmian?
Kami: Tak.
Tuan: Betul tak ada? Sebab apa tak jatuh? Sebab kita makan. Sebab apa 01 jatuh? Sebab diorang degil. Orang suruh makan, dia buat bijok.

Mula-mula, check barang amanah kami, ada 2 orang kena denda, berguling dalam air.

Tuan: Kita selesaikan dulu hutang. Kumpulan mana yang kalah? Asma' sahaja, satu langkah ke hadapan, gerak. Oh, kumpulan ni lah yang kalah. Apasal kau kalah? Yang nilah cramp ye? Apasal kau cramp ha?
NA: Sebab cramp dekat atas.
Tuan: Orang tanya sebab apa boleh cramp?
NA: (diam)
Tuan: Guling -- kali. Kumpulan Zainab sahaja, satu langkah ke belakang, gerak. Guling -- kali.
Tuan:Penghuluwati, ambil plastik berus gigi. Sementara tu, sorang datang depan, cerita sirah nabi.

Khadijah pun cerita pasal nabi Khidir sampai penghuluwati datang bersama plastik tersebut.

Kemudian, kami kena ambil berus gigi yang ada dalam plastik. Tak boleh pilih atau suluh dengan lampu. Ubat gigi, tuan yang pilihkan. Mula-mula nampak tuan nak pilih ubat gigi yang da nak habis. Kemudian, tuan tukar, sebab nampak ubat gigi yang paling kecil, macam ubat gigi hotel. Kena habiskan ubat gigi dan biar semua orang dapat. Fatimah yang bahagikan kepada semua orang. Pergi ke gigi sungai. Bertindak hanya mengikut arahan. Kalau suruh celup berus gigi, celup. Kalau suruh gosok, gosok. Kalau suruh bersihkan, bersihkan.

Balik khemah, bersiap-siap untuk tidur. Pukul 4:00 pagi dah kena bangun. Kami tidur pada 11:15 malam dan bangun pada 3:15 pagi. Masa waktu hirosah yang pertama, dengar bunyi guruh, hujan rintik-rintik. Waktu hirosah kedua, hujan lebat. Tiba-tiba, rasa air mengalir dari kepala, bangun. Khemah kami, tanahnya landai ke bawah sikit. Kepala kami bertentangan dari arah beg. Lipat sikit hujung kanvas supaya air dapat disekat. Baju hujan pula ada satu je. Kesian Aishah hirosah, basah lencun baju dia. Akhirnya, kami suruh dia pakai plastik sampah.
JARUM jam menunjukkan sudah pukul 1:15 pagi. Bangun hirosah, pinjam baju hujan Sarah. Kumpulan 1 masak nasi siap-siap. Jam 2:15 pagi, kejut orang lain pula. Sejuknya kaki, selimut dengan kain batik. Ada sekali, masa tidur, dengar NA jerit sebab ada pacat. Seekor je, tapi dia punya panik.^^ 3:30 pagi baru pergi ambil wudhu'. Air naik. Kemas sikit khemah. 4:20 pagi baru mula qiamullail. Tapi, kami berkumpul je awal, kalau lambat nanti kena bayar hutang lagi.

Eh, ada juga ke pelajar tidur atas pentas? Kanvas ada dekat atas pentas. Kalau nak ambil, kena kejut orang dekat atas dulu. Penghuluwati bagi arahan, "Ucapan selamat pagi." "Selamat pagi tuan." Banyak kali juga. Dah lewat beberapa minit dan tuan kira 1 minit sebagai 1 hutang. Akhir sekali, 3 orang daripada kami pergi minta. 8 minit lewat bersamaan 8 hutang yang perlu dibayar. Baru je dipuji oleh tuan sebab berkumpul awal tadi. Kena star-jump 1 set, 20 kali, maksudnya 100 kali. Mula-mula ada yang tak sama, sebab orang belakang tak dengar, diorang ingat 10 kali. Qiamullail berjemaah, tilawah al-Quran sampailah masuk Subuh. Baca mathurat, dengar tazkirah daripada Tuan Nadhir berkenaan Qana'ah.

Simpan barang-barang. Turun ke bawah, bayar 8 hutang. Kena guling ke kanan, guling ke kiri, tekan tubi dalam air, lompat bintang dalam air, bangun tubi, 'pocong', (hmm...apa lagi 2 ye?) Kemudian, waktu untuk berus gigi. Macam semalam, main ambil je berus gigi. Ubat gigi, tuan bagi yang besar punya, macam yang baru je dan yang paling penting, kena habiskan. Lepas Fatimah dah bahagikan, ada lagi lebih, jadi semua hulurkan berus gigi setempat, Fatimah picit je. Ada yang dah jadi macam bukit. Kena duduk berpasangan. Mula-mula ana gosokkan gigi Lah. "Syaza, pedas Syaza. Banyaknya ko ambik!" "Dah, kena habiskan. Tak sempat nak buang sikit, tuan dekat belakang tadi. Sabar ye Lah." Dia punya membebel kata pedas, dahlah suara dia macam kuat. Tuan kata sambil tersenyum, "Amboi, membebel pula dia." Kami ketawa je lah. "Lah, ana dah lama tak gosokkan gigi orang, sorrylah kalau ana tak reti. Buat gigi macam ni. Nganga, nganga, nak gosok kat dalam pulak." Kemudian, giliran dia pula gosok gigi ana, memang pedaslah.*berangin "Lah, sorry tadi. Memang pedaslah." "Tau pun." Semua pakat ketawa dekat situ. Gelagat masing-masing. Dapat mandi, tapi kena disiplin juga kata tuan. Semua meniarap, kemudian, baring. biar satu badan basah.

Balik khemah, sarapan, tukar baju, pakai tudung hitam. Jemur pakaian tadi dekat ampaian. Kami turun semula ke bawah. Buat senaman pagi. Kemudian, baru nak berlatih lagu semangat berserta gaya sebab tuan nak tengok petang ni. Namun, kami dipanggil untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Nadhir. Selepas itu, kami pergi berhampiran kawasan naik tebing semalam. Mula-mula, nampak Tuan Qassim berlatih silat. Masa kami duduk, nampak pula Tuan Khairuddin nak ikat tali dekat situ. Tapi air deras sangat, selipar tuan hampir-hampir hanyut. "Hoi! Selipar aku!!!" Tuan pun tangkap balik kedua-dua selipar dan lempar ke darat. Tuan Nadhir pun datang untuk membantu Tuan Khairuddin, namun kedua-duanya ditolak arus (dengan senyuman) dan mereka mengambil keputusan untuk menunggu air menjadi reda dahulu. MT01 banat pun datang. Ada orang yang bercakap dengan mereka. Tuan pun datang, "Siapa yang cakap dengan MT01 tadi, pumping dalam air."

Monkey Stealing and Assassination
Kami dikehendaki membuat dinding kubu menggunakan kasut kami. Kemudian kami diberi masa selama 10 minit untuk cari batu yang di'spray' dengan cat merah. Seorang sahaja dari setiap kumpulan pada satu masa dan berkaki ayam. Refleksologi percuma. Permainan ni pun main liga. Sebelum memulakan permainan ini, tuan check barang amanah terlebih dahulu. Kena keluarkan dari tempat simpanannya. Kalau simpan dalam plastik, kena keluarkan dan tunjukkan. Ana simpan dalam sapu tangan. Alhamdulillah, masih selamat sampai sekarang.

Sekali, ada seorang ahli kumpulan ana, SNS yang tertinggal barang amanah di khemah. Maka, dia dipanggil ke sungai. Tidak lama kemudian, kami turut dipanggil. Dia dikenakan 5 jenis denda dan setiap satunya 50 kali. Kami dibenarkan untuk menolongnya. Tekan tubi, bangun tubi, ketuk ketampi, masukkan muka ke dalam air dan (apa lagi satu ye?) Masa nak pergi tu, Athirah dan Izyani ada cakap sesuatu, macam nak memperbetulkan apa yang diperkatakan oleh tuan, lalu mereka dikenakan denda. Dugong. Aishah pun kena sebab dia ketawakan Athirah. Kemudian, tuan ada cerita kepada tuan yang lain pasal penyapu yang dibuat oleh Izyani untuk rumah tuan. "Kak Zalilah pun tolong." "O, kau kawan dengan Lah ye. Ha, Aishah, kau pula kawan dengan siapa? Dengan Timah? Korang semua pergi sana." "Sekejap tuan." "Timah!" "Sekejap tuan, lepas turn ana ni, ana pergilah." Diorang kena mandi beradab.

Dipendekkan cerita, kumpulan kami berjaya mengumpulkan 17 biji batu pada perlawanan pertama, 27 biji batu pada perlawanan kedua dan 24 biji batu pada perlawanan ketiga. Antara strategi yang digunakan ialah masa kutip batu, kutip banyak-banyak sikit, kemudian tinggalkan batu-batu tersebut di sebalik semak yang berdekatan. Jadi, orang lain tak perlu lari jauh-jauh untuk kutip batu lain. Kumpulan Asma' lagi yang kalah. Mereka dikenakan denda. Kami yang menang ini mendapat hadiah, kami pilih untuk mandi beradab. Senang sahaja, macam main air, 'baling-baling' air kepada kawan-kawan kita biar satu badan semua basah. Kemudian, kami dikehendaki untuk menyusun batu bagi membentuk perkataan SOFIYAH. Lawa, tapi tak ada kamera pula.

Ragbi Gurun
Sebelum itu, kena buat ketam celup tepung. Tindakan dilakukan mengikut bunyi wisel. Mula-mula ketam berjalan. Ketam kena tangkap. Basuh ketam biar nampak mata je. Gaul dalam tepung. Masuk dalam kuali, goreng. Siap dihidang. Ada 2 padang yang digunakan. Main liga juga. Pengadil kedua-dua padang itu caranya ada sedikit yang berbeza. Berapa banyak kali berebut bola. Mencabar emosi dan ukhuwwah betul permainan ini, bak kata Robi'ah. Ada yang menggunakan cara menolak kawannya yang pegang bola masuk ke dalam gol. Yang biasa masuk ke dalam gol ialah Iera dan Innah. Ada sekali tu Innah, "Cepat-cepat, tolak ana masuk dalam gol ni. Ana ringan je, cepat tolak." Innahlah yang paling suka psiko orang. Kumpulan kami kalah. Perlawanan akhir, bila campur markah setiap kumpulan, jumlahnya, 11 mata. Maka, kami dikenakan 11 denda.

Pertama, jalan macam kambing ke gigi sungai dan patah balik ke tuan. Kedua, jalan macam buaya darat. Dan yang seterusnya, denda macam biasa dikenakan. Pemenang menerima hadiah. Kumpulan Zainab. Diorang buat dugong dekat sungai. Kami yang kalah buat mandi beradab tapi bukan dekat sungai, sebaliknya dekat air yang keruh tu. Tuan suruh tengok muka pemenang. Kemudian bila mereka datang balik, tuan tanya, "Dugong mana yang paling handsome?" "Fatimah!""Fatimah! Kau buat lagi sekali dekat sini (air keruh) pula, diorang nak tengok macam mana rupa dugong handsome." "Nak letak muka macam mana?" "Letaklah muka kau atas pasir." "Base nggoh." "Bukan ana yang suruh, ^o^ diorang yang nak tengok dugong handsome buat." 20 ke, 30 kali, tak ingatlah.

"Dugong mana paling tak handsome?" "Khadijah." "Syifa'"Tak tahu nak sebut siapa. "Dugong mana paling tak handsome?!" "Fatin Nadhirah." "Fatin Nadhirah, meh sini! Jahat diorang ok, kata kau tak handsome. pstt..." Tuan bisik apa entah lagi dekat dia, dengan mimik-mimik muka sekali. "Semua, kena buat ketam celup tepung." "Tulah korang, cakap lagi dia ni dugong tak handsome." Buatlah dengan muka happy. Masa nak dibasuh tu, "Basuh betul-betul, biar semua badan kena, nanti bila celup dalam tepung, lekat banyak sikit. Baru crispy."

Balik ke pangkalan, Aishah kemas khemah dengan Liyana, ana, Syifa' dan Fatini memasak. Khadijah cari kayu dengan Athirah. Auni basuh storage box dengan Sarah kot. Makan dalam periuk je. Suapkan orang yang masih buat kerja. Athirah balik-balik, dia kata kena sengat dengan serangga dekat bawah dagu dia. Cari bawang merah, nasib baik ada orang bawa, dia pun letak bawah dagu dia. Solat. Panas sikit masa ni. Kering sikit baju.

Petang harinya, kami dipanggil berkumpul. Siapa yang ada jemur pakaian pada tempat selain ampaian, masuk dalam air. Kemudian, angkat baju-baju sebab hari semakin mendung. Hujan. Tuan pun bagi ambil baju hujan atau payung bagi sesiapa yang bawa. Tak ada orang. Majoriti tak bawa. "Dok bijok. Saya ada dua-dua. Fikir nak buat apa petang ni? Tapi tak boleh masuk dalam air. Bahaya.""Nak berlatih gaya lagu semangat." Berlatihlah beberapa minit. Tunjuk pada tuan. Masih tak berpuas hati. "Jom, ikut ana."

Terumbu karam?
Pergi ke kawasan main bola baling semalam iaitu di kawasan semak samun. Nampak tuan tabur guli. "Ana buat apa tadi?" "Buang guli." "Ala, bodohnya ana buang guli." "Tabur guli." "Ala, dok bijoknya ana tabur guli." dan macam-macam kami teka. Akhirnya, "Semua itu adalah orang-orang yang karam di laut. Korang semua kena selamatkan mereka yang berjumlah 200 orang. Ingat, seperti biasa, ini juga merupakan permainan, kalau korang kalah siap. Siapa cedera, tolak 10 markah. Selagi tak cukup 200 orang, korang kena duduk sini sampai ckup 200. Tak kiralah kena solat Isya' dekat sini ke, kena makan dekat sini ke, kena cukup 200 dulu, baru boleh balik."

Cari punya cari. Pusingan pertama ni, tak jumpa pun. Bila berkumpul balik, kumpulan kami yang paling sedikit, 18 orang sahaja berjaya diselamatkan. Berdebar, tak nak kalah lagi walaupun dendanya menyeronokkan. Ada kurang lagi 70 lebih. Pusingan kedua, bergandingan bahu dengan Fatini. Dia kata, ada yang tertanam, kena tengok betul-betul. Jadi, ana tolak semak guna kaki, kemudian, kami sama-sama angkat guna kayu (ana guna tangan je lah, tak jumpa kayu). Fatini marah ana guna tangan, "Sakitlah guna tangan, biar ana buat." "Nti pun ada guna tangan, kalau nti boleh, ana pun boleh juga. Takpe, sikit je." Hasilnya, kami berdua berjaya menyelamatkan dalam 19 orang. Jumlahnya, 42 orang. Dapatlah jadi tempat ketiga. Kumpulan Asma' menang dengan menyelamatkan 51 orang. Kami gagal untuk mencari lagi 34 orang yang karam. Maksudnya, kami berjaya menemukan 166 biji guli.

Kami dikehendaki membayar 34 hutang kami. 4 kami bayar di situ juga. Guling ke kanan 30 kali, kiri 30 kali, star-jump 30 kali, pumping 30 kali. Kami pun berkumpul di hadapan rumah tuan, nyanyi lagu semangat. Kami dipanggil oleh tuan untuk berkumpul di hadapan tuan-tuan yang lain yang sedang makan di pondok sana. Nyanyi lagu semangat berserta gaya. Tuan-tuan bagi keropok keping, Tuan Norihan kata, bagi tenaga sikit sebelum didenda. "Ucapan terima kasih." "Terima kasih tuan." Tuan Khairuddin, "Macam pernah dengar je suara ni pagi tadi." Memanglah, kami yang kejut tuan-tuan atas pentas pagi tadi. Semua ketawa. Turun ke bawah.

Kami dibenarkan untuk pilih sendiri 8 denda (yang dipersetujui oleh tuanlah), semua dilakukan dalam air yang keruh tu. Seterusnya, mula-mula, tuan suruh Fatimah dan Izzah campakkan kami semua ke dalam air tersebut, tapi, tak jadi. Kena beratur panjang dan cuba lompat sejauh yang mungkin ke dalam air tersebut. Naik, sambung beratur di belakang dan lakukannya sebanyak 3 kali. Buat ketam lagi sekali. Langsai hutang. Penghuluwati ambil berus gigi. Awal ye gosok gigi hari ini.

Gosok gigi
"Kali ini, beratur ikut form. Form 5 dulu. Adik-adik buat satu barisan menghadap kakak-kakak form 5. Memandangkan ini tahun terakhir mereka, jadi ana nak buat jugalah benda ni." Kami sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku. "Kalau balik mukhayyam, apa yang paling korang ingat?" "Denda." "Ha, mestilah denda kan, denda pelik-pelik, ke, korang balik ingat semua tazkirah yang disampaikan lagi?" "Denda." "Jadi, kita buatlah benda ni ye. Biar korang merasa apa yang pernah ana rasa. Pilih satu berus gigi (Khadijah pilih), pilih satu ubat gigi (Mardhiyyah pilihkan). Isi air dalam cawan ni. (Alah, kecilnya cawan.)" Kena gosok gigi ikut giliran dalam barisan tersebut. Semua sekali ada 19 orang. Ana orang ke-17. Mula-mula macam tak kisah. Tapi bila tengok orang first gosok, ngeri, sebab dia buat gaya macam nak muntah, semua pelik apasal dia buat macam tu, kan dia first. Tapi nanti dia kena jadi orang terakhir, biar semua merasa berkongsi berus gigi.

Setiap 5 orang kot, tuan tambah ubat gigi. Yang ana ingat, Auni orang ke-2, Amalina 14, Nasyitah 15, Aqilah 16, ana 17, Zalilah 18, Mardhiyyah 19. Lah cakap banyak kali, "Takpe, air liur bukan najis." Ramai je yang macam geli, gosok dekat depan-depan je. Adik-adik suka je tengok kami. Kami perasan muka Innah macam geli sekali kot. Bila dapat pada ana, ana terus gosok kat dalam (memang biasa ana start dari dalam), gosok sungguh-sungguhlah. Nasib baik ubat gigi tu berangin. Oh ye, kita kena gosok gigi sampai tuan tiup wisel, baru boleh beri pada orang sebelah. Memang masa ni, suasana jadi riuh. Masa nak kumur, air tinggal sikit sangat, tuan pun bagi tambah air separuh cawan. Lepas dah ludah, kambus dengan pasir, kan sunnah nabi.

Kemudian, tiba giliran adik-adik. Ikut form juga. Form 3, tiga orang, form 4, 9 orang. Marsha kata, "Ana gosok sungguh-sungguh, dapat je, terus gosok kat dalam sebab biasa memang macam tu." "Samalah dengan ana." Masa adik-adik gosok, tuan suruh nyanyi lagu 'gosok, jangan tak gosok, gosok'. Disebabkan form 3, 3 orang je, jadi, lamalah setiap orang gosok. Innah jadi yang first dan last. Kami suka tengok dia, gosok bersungguh-sungguh masa first. Masa last, bersungguh juga tapi muka macam dah lain. Innah, Innah, selalu jadi tumpuan. Kalau form 4, Afiah first dan last.

Bestnya mukhayyam hari ini, tiap-tiap hari gosok gigi. Akhir sekali, semua tunjuk gigi dekat tuan, "Bersih, bersih, bersih...... Nanti kita gosok gigi cara lain pula ye."

Bersiap
Kami diberi masa sampai pukul 7 malam untuk siap makan, salin pakaian, berwudhu', mandi dll. Ana, Syifa' dan Athirah masak, masak bubur, sardin. Makan dengan roti dan roti canai yang dibawa dari rumah. Fatini tak sihat, dia kata pening kepala, loya tekak, jadi kami bagi dia berehat dulu, penghuluwati dah tau. Auni dan Khadijah basuh periuk. Kemudian, kami tukar 'syif', ajak Syifa' dan Zalilah mandi. Jumpa Auni dekat bawah, beritahu dia, tuan bagi masa untuk mandi, malam ni, kena pakai tudung hitam, seluar trek, kasut hitam, baju krs, semua kena kering. Jadi memandangkan tudung hitam ada satu ni je, nak mandi awal-awal, nanti keringlah tu. Seluar trek, nasib baik dah jemur satu, keringlah juga. Ana bawa baju sikit je.

Masa mandi, tuan pun datang, mandi sekali dengan kami. Kami mandi memang bersungguh, semangat nak jalan malam ni, siap sabun lagi. Tengah-tengah mandi, tuan, "Eh, kita mandi ni bekas diorang basuh periuk. MT01 ni nak kena ni. Jaga kau nanti." Tuan berpaling ke arah kami, "Tadi ana dah buat dekat diorang sekali, takut diorang."

Naik, makan, bersiap, packing barang. Mula-mula Fatini tak nak makan. Banyak kali pujuk dia. Dalam 15 minit lagi nak kena kumpul, dia pun kata nak makan. Sebelum solat, buat perbincangan untuk resolusi malam ni. Tidak kurang juga ramai yang datang ke kumpulan kami untuk ambil ubat. (Kami pinjam first-aid) Afiah, "Nti jadi jururawat ana." "Boleh, tapi nti kena bagitau nak letak apa. Ana jarang guna ubat dalam ni." Solat, mathurat. Dengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zainal berkenaan Kesabaran dan Kebenaran. Ringkas tapi padat. Kemudian, tuan Irfan meneruskan dengan resolusi permainan-permainan. Setiap kumpulan hantar seorang wakil untuk cerita permainan yang telah ditetapkan. Masing-masing kreatif berkata-kata. Ayat ikhwah power-power.

Balik khemah, tidur sampai arahan seterusnya. Ana hirosah awal-awal. 10:40 sampai 10:55 malam. Sebenarnya start awal lagi, tapi kesian pula nak kejut, kawan tu baru nak tidur. Kemudian, masa orang kedua nak dekat habis hirosah, dapat arahan robohkan khemah. Kemas. Tapi tak sempat nak tidur sebab kena teman orang pergi 'somewhere'. Dah siap kemas, masih tak dapat tidur (buat itu dan ini). Doa je, Ya Allah, semoga Engkau beri kekuatan kepadaku. Ingat lagi, pinjam ubat untuk elakkan nyamuk, sapu. Tengok-tengok, dekat tempat tu lah yang kena. Ingatkan ana sorang je macam tu, Lah kata, "Dekat yang ana sapu ni lah kena dulu." (Balik rumah, tengok penuh dekat dahi.) Ni dah jadi betul-betul ubat untuk nyamuk tu. Tengah sandar nak rehat, Fatini tiba-tiba pegang tangan, menggigil. "Syaza, sejuk Syaza." Teringat, ana bawa jaket Ibrahim, selimutkan dia. Auni dengan ana debar tengok dia macam sesak nafas. Penghuluwati tak beritahu lagi dekat tuan masa ni sebab tuan tidur.

Akhirnya, kami dipanggil dan bertolak pada jam 12:30 pagi. Barang-barang diletakkan di atas pentas.
BERTOLAK pada jam 12:30 pagi. Tuan tanya Fatini nak ikut tak. Katanya nak. Afiah seorang sahajalah yang tinggal. Buat satu barisan memanjang. Kami telah dipesan, "Jalan dalam barisan yang lurus, jangan ada renggang, tak nak putus." Sami'na wa Ato'na. Ada beberapa kali kami diberi masa berehat. Kami disuruh berhenti buat kali kedua sebab kaki tuan melecet. First aid tak bawa. Teruskan perjalanan. Awal-awal, mata boleh tahan lagi. Tapi dalam 1 jam setengah jalan, rasa mengantuk mula datang. Iyalah, jalan mesti satu barisan (tak ada teman berbual), lepas tu, gelap je. Tengok sekeliling macam lebih kurang je pemandangannya. Hujan, basah lencun, sejuk. Dipendekkan cerita, kami berhenti di suatu tempat pada jam 3 lebih. Tuan kata, kami diberi waktu rehat sampai jam 3:30 pagi.

Tapi, sebelum jam 3:30 pagi, kami ditanya, "Antum nak rehat dekat sini ke, nak rehat dekat sana?" "Sana." "Kalau nak rehat dekat sana, kena bertolak sekarang, tak bolehlah rehat dekat sini." Semua bangun, nak pergi balik semula ke pangkalan. Jalan macam tadi. Sampai satu masa, "Jalan bertiga-tiga." Semua bergerak bertiga-tiga, tak boleh renggang, kalau renggang sekejap pasti ditegur. Jalan dengan Mardhiyyah dan Nasyitah. Kaki kami dah melecet tapi masih boleh tahan. Nasyitah kata tapak kaki dia dah bengkak, jadi kami jalan pimpin tangan. Ana duduk bahagian tengah, terkawal sikit daripada mengantuk. Semangat sikit bila ada orang lain jalan seiringan dengan kita. Kadang-kadang bila renggang tu, terpaksalah tarik juga tangan Nasyitah. Dalam perjalanan, jumpa dengan beberapa orang MT01 (yang kena tinggal, kena bebel dengan tuan kami). Banyak kali tuan kata, "Nak sampai dah ni." "Dah dekat dah." "Nak sapa lele dah." "Lepas bukit ni, sampailah." Mardhiyyah pun sama, "Ha, jambatan ni, lepas ni sampailah." Tiap-tiap kali itu jugalah, ana jadi bersemangat. Tapi tak sampai pun lepas tu. Pada saat-saat akhir, mengantuk lagi, ana pun tak sedar bila ana start tidur. Sebelum nak sampai, tuan pesan, masuk je simpang nanti, nyanyi lagu semangat. Sampai sahaja di pangkalan, kami mengambil posisi di bahagian belakang, agak jauh dari banin MT01. Ambil kanvas, tidur sekejap, masa tu jam 5:00 pagi.

Kami bangun apabila azan dilaungkan oleh Tuan Idris. Abang ana kata, ustaz Idris dan ustaz Azman sebenarnya nak biar kami tidak ada masa untuk tidur. Solat Subuh, mathurat. Baring sekejap. Tiba-tiba dengar, "Bangun. Jom, kita gosok gigi!" Terus celik mata, semangat nak gosok gigi. Sejuknya, menggigil. Pergi berkumpul di tepi sungai. Semua jalan perlahan-lahan, macam penguin, akibat melecet pada bahagian kaki. Rata-ratanya pada tapak kaki. "Skuad, hentak kaki 5 1-2, hentak kaki cepat." Semua angkat kaki rendah je, hentak kaki macam penguin. Tapi tuan tak marah pun, siap boleh gelak lagi. "Saya suka tengok Hazirah hentak kaki. Arahan kepada Hazirah sahaja, hentak kaki 5 1-2, hentak kaki cepat." Mantap, dia boleh angkat kaki betul-betul.

Akhirnya, berus gigi sampai. "Oklah, ni hari terakhir, ana bagi guna berus gigi masing-masing." Tapi sama je pun kan, berus gigi kita orang lain dah guna juga. Masa jalan nak masuk sungai, Marsha tengok je ana jalan. Kemudian, dia dan ana cakap benda yang sama, "Eh, jalan macam Zahirahlah pula." "Ana baru je nak cakap." Sorry, Zahirah. Kami diberi masa untuk mandi-manda sampai jam 8:00 pagi. Nanti ada perasmian penutup. "Nasyitah, sorry kalau ana terlalu memaksa nti jalan. Ana tarik tangan nti." "Takpe, baguslah macam tu, kalau tak ana dah tertinggal dekat belakang." Macam-macam dengar cerita orang kena gigit dengan pacat. Marsha, sampai dekat dahi. Izyan dekat leher. Ibrahim kata, dia kena dekat perut masa dia tidur, dah lah dia bergolek, habislah pacat tu kena 'penyet'.

Lepas perasmian penutup, sarapan pagi. Tiba-tiba, dengar ustaz tiup wisel banyak kali masa ada orang nak pergi ambil kain batik yang digunakan untuk buat tandas. Rupa-rupanya sebab muallimah Syuhada kata, dengar bunyi harimau. Yang mula-mula dengar tu, Dayana. Balik sekolah, bersihkan khemah.

Baru tahu, MT01 banat, barang amanah diorang, 5 biji kacang hijau. Sampai ada yang dah nak bercambah dah.

Ps. Siapa nak check untuk PLKN, boleh check di sini.
Pss. Setakat ni, 6 orang banat dan 3 orang banin terpilih.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Persiapan Mukhayyam Khairiji 2011

07081432H
Ini apa yang diberitahu kepada MT02 banat,

WAJIB INDIVIDUBaju no.1: > perasmian
-Beret
-Tudung hijau
-Skarf hitam
-Baju hijau (keras)
-Stongan hitam
-Seluar no.4
-Kasut hitam

Baju no.2:
-Skarf hitam
-T-shirt KRS
-Stongan hitam
-Seluar no.4
-Stoking hitam
-Kasut

Baju no.3:
-T-shirt sukan SMIAAK
-Seluar trek [hitam/blue black]
-Tudung hitam
-Skarf hitam
-Stongan hitam

  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Alat tulis
  • Al-Quran
  • Lampu suluh dan bateri secukupnya
  • Kasut sukan
  • Sirah nabi [1 cerita]
  • Air mineral [minimum 2 liter]
  • Tahu arahan kawad yang betul


Setiap kumpulan/khemah perlu ada:
  • Jam
  • Penyapu
  • Tong sampah
  • Dapur
  • Ampaian
  • Rak kasut
  • Parang
  • Tali
  • Mestin
  • Bilik air
  • Parit
  • Gajet - tempat untuk simpan peralatan memasak
  • Alatan membasuh pinggan dll
  • Baldi
  • Cawan
  • Pinggan
  • Sudu
  • Pisau
  • Alatan memasak - bahan bakar

Barang LARANGAN-Keronsang
-Barang kemas
-Barang elektronik
-Selendang berkeronsang/berjahit

Ps. Sekiranya ada apa-apa yang kurang, harap maklumkan di sini...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: July 2011
Design by a.a.ghariib