Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

SeBuDaYa - Separa Bulan Dakwah dan Tarbiyyah 2009

Bermula dari Ahad 14 Jun hingga Khamis 25 Jun 2009, buat julung-julung kalinya, pihak Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SMI Al-Amin Kemaman telah mengadakan satu kempen dua minggu yang berunsurkan dakwah dan tarbiyyah. Program ini yang diberi nama Separa Bulan Dakwah dan Tarbiyyah (SeBuDaYa) adalah program penutup atau klimaks bagi AMT generasi pertama Al-Amin, iaitu bagi sesi 2008/09 sebelum mereka melepaskan jawatan kepada AMT seterusnya bagi sesi 2009/10 pada pilihan raya yang akan datang tidak lama lagi.

Tujuan program ini diadakan antaranya adalah untuk memantapkan tarbiyyah dan suasana dakwah di Al-Amin, yakni mengislah diri dan suasana sekaligus membiasakan dan membudayakan hal tersebut. Di samping itu, mereka ingin melatih generasi pelapis yang bakal menyambung kepimpinan mereka biarpun setelah mereka telah meninggalkan Al-Amin.

Setelah berpenat lelah berusaha dan merancang secara teliti, maka program ini telah selamat dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajah Ainon Binti Ismail pada Ahad 14 Jun. Promosi program ini telah diadakan jauh lebih awal agar pelajar dapat mempersiapkan rohani, mental dan fizikal bagi menyambutnya. Seluruh program ini padat diisi dengan aktivit-aktiviti yang pelbagai.

Antara kelainan yang ditampilkan ialah mewujudkan suatu pasukan da'ie sukarela yang dikenali sebagai LEADERS atau Lapisan Eksklusif Angkatan Da'ie Ekstrovert Remaja Soleh. Dengan hanya membayar yuran penyertaan sebanyak RM5, mereka dapat menyertai pasukan ini secara sukarela. Dengan dibimbing oleh para senior yang berpengalaman, sepanjang minggu ini mereka dilatih untuk belajar mengislah suasana dan belajar memimpin. Peluang yang muncul hanya sekali setahun ini telah direbut 23 orang pelajar putera dan 52 pelajar puteri. Mereka juga diberi peluang menyertai tamrin LEADERS yang akan diadakan Jumaat ini, 19 Jun yang Insya-Allah akan dibawa oleh Ustaz Luqman yang dijemput khas dari Kuala Terengganu.

Terdapat juga aktiviti yang menghiburkan misalnya pertandingan sukaneka INFLUENZA A (Interpersonal Necessary Fun & Liberty Until Explore New Zealous Attitude-). Antara permainan yang akan diadakan ialah It Lost You Found (Explorace), Eat As You Eat, Pop Yours Pop Mine, dan Splash Yourself. Setiap permainan ini adalah unik, dan dirahsiakan dari peserta hinggalah mereka mengalaminya. Ia diadakan setiap Isnin dalam dua minggu tersebut.

Selain itu, diadakan Malam Tayangan sebanyak dua kali, iaitu pada 16 dan 24 Jun. Tiket yang dijual adalah terbuka kepada semua tetapi tempat adalah terhad. Kisah yang berunsur Islamik bakal dipertontonkan. Seterusnya, dua malam ceramah perdana bakal diadakan, iaitu pada 18 dan 22 Jun masing-masing bertajuk "Tarbiyyah Para Sahabat" dan "Apa Pentingnya Dakwah?" yang Insya-Allah akan menampilkan penceramah jemputan khas yang buat julung kalinya menapakkan kaki di Al-Amin.

Tidak lupa juga diadakan Tazkirah Pagi di setiap perhimpunan pagi persekolahan serta Tazkirah Kelas setiap selepas Zohor.

Dua kempen turut diselitkan dalam program ini, iaitu Kempen Tutur Kata Sopan dan Kempen Memanfaatkan Masa bagi mengukuhkan lagi adab dan kesopanan anak-anak Al-Amin. Merit kelas juga diadakan, di mana setiap kelas ditambah dan ditolak mata berdasarkan kelakuan pelajar-pelajarnya. Sudah tentu, kelas dan pelajar terbaik akan dianugerahkan Anugerah Kelas dan Pelajar Mithali.

Sebagai program yang meriah, tidak sempurna ia jika tidak dipenuhi peraduan-peraduan yang menarik. Untuk itu, peraduan Kuiz yang berunsurkan Islam dan ilmu pengetahuan semasa diadakan. Terdapat juga Peraduan Karya Kreatif, yang bertujuan mengumpulkan karya-karya yang Islamik hasil dari buah fikiran kreatif para pelajar.

Selain itu, program 3 dalam 1, iaitu Puasa Sunat, Iftar dan Qiamullail Jam'ie akan berlangsung pada Khamis 18 Jun, ketika mana pelajar akan bermalam di sekolah untuk qiamullail. Malah dalam program wajib tarbiyyah ini diselitkan dengan ceramah perdana jemputan bertajuk "Tarbiyyah Para Sahabat". Setelah qiamullail, program ini disusuli dengan Hari Alam Sekitar, ketika mana para pelajar akan membersihkan kawasan pantai Teluk Mak Nik. Bagi para LEADERS, setelah diberi masa bersantai, program mereka bakal diteruskan dengan tamrin LEADERS yang bakal dikendalikan oleh Ustaz Luqman.

Majlis penutup program ini akan diadakan pada 25 Jun hari Khamis, beserta majlis penyampaian anugerah.

Secara keseluruhannya, program ini dimulakan dengan penuh pengharapan agar bakal melahirkan generasi pewaris kepimpinan Al-Amin yang soleh dan musleh. Semoga Allah memberkati usaha ini. Amin





Muhammad Irfan bin Bahrin

Pengarah Program SeBuDaYa 2009

Setiausaha

Ahli Majlis Tertinggi Pelajar (AMT) SMIAAK



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: SeBuDaYa - Separa Bulan Dakwah dan Tarbiyyah 2009
Design by a.a.ghariib