Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kenangan Umrah 2007 : 7/4 - 17/4

Abang ana baru balik umrah semalam... Teringat pula time ana di Makkah dulu...

6 April 2007, Jumaat
Akhirnya nenek ana mendapat visanya untuk pergi mengerjakan ibadah umrah selepas tinggal satu minggu di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga mendapat visa satu minggu lebih awal daripada nenek ana. Kami perg dengan ANDALUSIA. Makcik ana hantar kami ke KLIA...Kami tiba di KLIA pada pukul 4.30 petang. Namun kami bertolak pada pukul 7.00 malam. Tempat duduk dalam kapal terbang bercampur.. Kemudian, kami tukar-tukar tempat duduk dan ana kena jaga nenek ana. Perjalanan kami memakan masa selama 9 jam. Ana selalu dapat makan awal dalam kapal terbang sebab ana dikira sebagai kanak-kanak. Kami tiba di Jedah pada pukul 11.00 malam (waktu sana). Kat sana masa lambat 5 jam.. Kami dijemput oleh Ustaz Ali, mutawwif kami (orang Medan). Kemudian, kami singgah di Ruhaili untuk menunaikan solat Isya' dan makan malam..

7 April 2007, Sabtu

Solat subuh di dalam perjalanan. Akhirnya sampai di Hotel Al-Fairuz, Madinah pada pukul 7.30 pagi. Terus sarapan.. Setelah check in dan bersiap-siap, kami berkumpul di lobi hotel pada pukul 9.00 pagi dan terus berjalan kaki untuk pergi ke Masjid Nabawi. Terdapat beberapa orang polis yang menjaga di pintu masjid untuk membuat pemeriksaan barang-barang yang dibawa. Kami terus solat sunat tahiyatul masjid dan pergi ke Raudhah (sebahagian daripada taman-taman di syurga). Hari ni, dua kali dapat masuk ke Raudhah dan mengunjungi Rasulullah. Tapi kali kedua ini memang mengerikan melihat orang ramai menyerbu ke Raudhah kerana ketika itu, pintu Raudhah baru dibuka. Hal demikian kerana Raudhah dibuka mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada waktu petang, kami bersiar-siar ke kedai dan membeli kebab. Adik ana dua-dua tak ikut, diorang duduk dalam bilik hotel. Tiap-tiap kali selepas solat fardhu, ada orang yang kembali ke Rahmatullah.. Ana sempatlah beberapa kali solat jenazah..

8 April 2007, Ahad
Pagi ni ana tak pergi masjid. Mak ana kata banyak ada banyak belalang kat luar masjid. Selepas bersarapan, berkumpul di lobi hotel pada pukul 7.30 pagi. Mula-mula, kami pergi ke Masjid Quba'. Solat di situ mendapat pahala seperti pahala umrah. Di situlah terletaknya telaga cincin. Ceritanya bermula seperti ini. Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan Uthman sering melepak di telaga itu. Setelah Rasulullah wafat, cincinnya telah diserahkan kepada Abu Bakar. Selepas beliau meninggal dunia, cincin itu diserahkan pula kepada Umar dan seterusnya kepada Uthman. Pada suatu hari, Uthman pergi ke telaga itu untuk melepaskan rindunya kepada baginda dan sahabat-sahabatnya. Tiba-tiba, cincin itu terjatuh ke dalam telaga itu. Beliau cuba mencarinya, namun gagal ditemui dan beliau berasa sedih. Dikatakan bahawa selepas cincin itu hilang, banyak pemberontakan berlaku selepas itu. Allahua'alam. Ana rasa beruntung mendapat mutawwif yang mengetahui sejarah-sejarah di sana.

Destinasi kami yang seterusnya ialah ladang kurma. Ada macam-macam jenis kurma; Kurma Nabi, Kurma Susu, Kurma Sukar dan lain-lain. Kurma Susu untuk awet muda, Kurma Sukar untuk orang lelaki supaya jadi kuat. Kemudian, kami pergi ke Jabal Uhud. 70 orang mati syahid di sana. 3 orang daripadanya ialah Hamzah bin Abdul Mutalib, Abdullah bin Hasy dan seorang lagi ana tak ingat. 100 tahun dahulu hujan lebat di kawasan tersebut dan timbullah 3 orang mujahid ini. Keadaan mayat mereka masih baru dan darahnya masih segar seolah-olah mereka baru sahaja syahid. Maka mereka dipindahkan ke tanah di sebelahnya.

Kami meneruskan lawatan kami ke perpustakaan al-Quran di tanah halal untuk mewakafkannya di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Setelah itu, barulah kami pergi ke Masjid Qiblatain (dua qiblat). Di sinilah Rasulullah menerima wahyu untuk menukarkan qiblat ke arah kaabah kerana sebelum ini qiblat umat Islam adalah Masjid Al-Aqsa. Dalam perjalan pulang ke hotel, kami lalu di Masjid Saba'ah, Masjid al-Khamamah, Masjid al-Syams, Masjid al-Fath dan Masjid Bani Khuraizah serta perkuburan Baqi'. Akhir sekali, kami pergi ke pasar kurma.


9 April 2007, Isnin
Subuh ni pun banyak belalang. Adik ana takut belalang sebab belalangnya besar-besar. Pukul 7.00pagi, kami dah bersiap untuk ke Makkah. Sebelum itu, kami lakukan ziarah Wida'. Selamat tinggal ya Rasulullah! Semoga ini bukan kali terakhir aku bertemu denganmu. Hari ni, tukar Mutawwif, Ustaz Ridhwan, bapa saudara Ustaz Ali. Kami niat di miqat iaitu di Bir Ali. Perjalanan masih ada 5 jam untuk sampai ke Makkah selepas singgah di 'Restoran Yaman' selepas 3 jam perjalanan. Makan macam orang arab, siap tambah lagi. Solat Zohor+Asar. Sampai-sampai check in bilik dulu di Hotel Nejmah Al-Azhar. Kemudian, berkumpul di lobi hotel. Mutawwif kami sekali lagi diganti oleh Ustaz Ahmad Kef, adik Ustaz Ridhwan sebab Ustaz Ridhwan kurang sihat. Masuk Masjidil Haram ikut 'Babul Umrah, raqam 62.' Minum air zamzam, tawaf kemudian sa'ie dan bertahlul. First time ana tengok kaabah, ana tak tahulah nak cakap macam mana perasaan ana waktu tu. Solat Maghrib masa tengah Sa'ie. Adik ana dan ayah ana botak...

10 April 2007, Selasa
Pukul 7.00 pagi kami pergi ke Tan'iim untuk niat bagi mengerjakan umrah sunat. Adik ana dua-dua tak ikut. Kali ni kami pergi dengan Ustaz Ridwan. Kami melihat Masjid Kucing yang dinamakan sempena peristiwa Rasulullah bersama dengan seekor kucing. Akhirnya, kami tiba di Masjid Tan'iim. Masjid ini adalah tempat hukuman qisas (bunuh balas) dilakukan. Kemudian, kami melawat rumah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. iaitu rumah Abdul Mutalib. Sekarang, rumah tersebut dijadikan 'Maktabah Makkah Al-Mukarramah. Di situ jugalah Perkampungan Bani Hasyim dan di atas kawasan itu ialah bukit Anbiya' kerana di situ terletaknya makam para anbiya'. Kerajaan Arab Saudi pernah mencuba untuk merobohkan rumah tersebut untuk membina stesen bas. Tapi, sebaik sahaja mereka hendak merobohkannya, api keluar dari dinding rumah tersebut. Depan rumah Abdul Mutalib ialah pasar malam, 'Suuqullail'. Seusai mengerjakan umrah, kami bersiar-siar dan membeli barang. Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami beli ais krim Vanila + Strawberi.

Pada waktu petang, kami mendengar ceramah daripada Ustaz Ridhwan tentang tempat mustajab doa dan lain-lain. Pada asalnya, Iblis mahu bertaubat pada zaman Nabi Musa. Dia telah datang kepada Nabi Musa dan menyuruh Nabi Musa bertanya kepada Allah samada Allah akan ampunkan dosanya atau tidak sekiranya dia bertaubat. Mukjizat Nabi Musa adalah bercakap dengan Allah. Kemudian, Nabi Musa menyampaikan kepada Iblis dengan mengatakan bahawa Allah akan mengampuni dosanya, dengan syarat, dia hendaklah sujud pada makam Nabi Adam. Apabila Iblis mendengar nama 'Adam', dia rasa benci dan tidak jadi untuk bertaubat. Ini semua disebabkan keegoannya. Malam ni, kami solat di tingkat 2 di Masjidil Haram.

11 April 2007, Rabu

Pukul 7.00 pagi ni kena berkumpul untuk pergi ke Ja'aranah untuk mengerjakan umrah sunat. Mula-mula, kami lawat Jabal Thur, tapi kami tak panjatla... Semasa orang musyrikin hendak memeriksa Gua Thur, mereka membaling batu ke dalamnya. Sekiranya ada bunyi lantunan batu, bermakna tiada orang di dalamnya. Tetapi sekiranya tiada bunyi lantunan batu, bermakna ada orang di dalamnya. Oleh itu, Abu Bakar telah membuka giginya. Batu tersebut melantun pada giginya sehingga menghasilkan bunyi yang menyebabkan kaum musyrikin percaya bahawa tiada orang di dalam gua tersebut. Kemudian, kami pergi ke Jabal Rahmah di Arafah di mana tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Apabila mereka berdua telah diturunkan di tempat yang berlainan di bumi. Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka manakala Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Kami juga melalui padang Arafah dan Muzdalifah. Berhampiran dengan Arafah juga, ada sebuah tembok yang dibuat oleh Siti Zubaidah untuk menghalang air yang turun dari bukit. Batu di mana tempat Rasulullah berwaqaf telah tenggelam. Pada satu hari, baginda berkhutbah di atas unta dan mengatakan bahawa agama Islam telah sempurna. "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu dan telah Aku sempurnakan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agamamu." Maka unta itulah makhluk pertama yang menangis kerana dia faham bahawa baginda akan tinggalkan dunia ini tidak lama lagi dan diikuti dengan Abu Bakar. Pada mulanya Umar Al-Khatab tidak memahami lalu dijelaskan oleh Abu Bakar. Orang ramai berasa gembira mendengar ayat tersebut. Namun, mereka tidak memahami makna yang tersirat. Kami berniat di Masjid Ja'aranah. Dalam perjalanan pulang, kami melihat Masjid Jin. Mutawwif kami pada kali ini ialah Ustaz Kef. Solat Zohor atas bukit Marwah.

Jabal Rahmah, Arafah

Unta Arafah


12 April 2007, Khamis
Pagi ini keluarga ana kata nak pergi 'melontar' maksudnya beli barang sebab kita beri duit kita kepada penjual tersebut. Sebelum itu, kami singgah ke rumah kelahiran Nabi Muhammad sebab adik ana tak lawat lagi tempat ini. Jabal Qubais adalah tempat keluarnya binatang pada akhir zaman nanti untuk menjaga kaabah. Adik-beradik ana semua tak turun dengar ceramah agama pada waktu petang sebab penat sangat.


Perkampungan Bani Hasyim dan Bukit para Anbiya'

Suuqullail

Jabal Qubais

13 April 2007, Jumaat

Hari ni Solat Subuh. Sarapan. First time ana Solat Jumaat. Lepas tu, makan. Lepas Asar, balik bilik. Malam harinya, pergi Maghrib dan Isya'. Balik hotel, makan banyak-banyak sebab malam ini, nak panjat Jabal Nur ke Gua Hira'. Ada 2 buah van disediakan. Dekat kaki bukit pun rasa dah penat. Bukitnya curam sangat. Dahlah bukit batu. Adik ana dah lepas kat depan dengan mutawwif. Ana konon-kononnya nak tunggu mak ana dan nenek ana, tapi mak ana suruh pergi dulu. Ayah ana memang tak boleh panjat sebab memang ada masalah sedikit. Lagipun ayah ana gayat. Jadi, ana panjatlah seorang diri. Ana adalah orang yang ketujuh sampai di puncak. Dekat tepi gua, ada beberapa ekor kucing. Guanya kecil sahaja. Kalau yang tinggi, tak tersangkut kepalanya. Kalau yang rendah, cukup-cukup sahaja. Kalau musim haji, diorang tak panjat bukit ni sebab ramai orang, BAHAYA, yang jatuh pun ramai. Batu atas gua tu ada 4 lapis. Nak menunjukkan 4 kitab Allah. Ada seekor kucing yang tunjuk jalan untuk mak ana dan nenek ana. Nenek ana pun berjaya sampai ke Gua Hira' walaupun sudah berumur 74 tahun ketika itu. Semua orang kagum. Waktu turun, sekejap je. Kami turun macam main 'gelongsor'. Ana ialah orang yang ketiga sampai di kaki bukit. Ayah ana kata, 7 orang yang tunggu kat kaki bukit (tak panjat bukit) semua kena cakar dengan kucing tu. Dia marah kot sebab tak ikut naik...


Lepas Zohor


14 April 2007, Sabtu
Beli barang je...

15 April 2007, Ahad

Beli barang...

16 April 2007, Isnin

Bangun pukul 4.30 pagi, pergi Subuh. Makan sarapan pagi dan terus naik atas untuk bersiap-siap pergi ke Hudaibiyah untuk mengerjakan umrah sunat. Pukul 7.00 pagi, naik bas. Kali ini, Ustaz Ridhwan bawa anaknya, sepupu Ustaz Ali (9 bulan). Mula-mula pergi ke ladang unta. Unta merupakan binatang yang berakhlak. Minum susu yang baru diperah. Sedap... Nanti jadi cerdik. Buihnya pula, apabila disapu pada muka, nanti awet muda, tahan 2 minggu. Kemudian, terus ke Masjid Hudaibiyah. Ana dah lawat ke tempat berlakunya 'Perjanjian Hudaibiyah' di belakang masjid tersebut. Destinasi seterusnya ialah kilang membuat kelambu kaabah. Tiap-tiap tahun, berjaya menghasilkan 1 kelambu kaabah sebab diorang tenun dan jahit guna tangan. Masuk dalam replika kaabah. Akhir sekali, terus berangkat ke Muzium Makkah dan Madinah. Dalam perjalanan balik, tengok rumah jin. Rumah tersebut tiada tingkap dan pintu. Katanya, jin itu bunuh orang yang tinggal di situ dulu. Ada orang alim yang mahu menghalaunya tetapi jin itu kata, tak boleh pindah sebab istananya ada di situ dan susah dipindah. Rasa sedihlah nak tinggalkan Makkah esok..


Menenun kain untuk kaabah

Tulisan pada kelambu kaabah

Kemudian, diikuti dengan benang emas

Al-Quran yang pertama; tiada baris dan titik

Telaga zamzam; paras airnya tidak bertambah atau berkurang

17 April 2007, Selasa

Bangun pagi, ambil peluang Solat Subuh di Masjidil Haram. Pukul 7.00 pagi, buat tawaf wida' (tawaf perpisahan). Dah habis tawaf, balik ke hotel ikut jalan jauh. Dalam hati, rasa sedih sangat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pergi ke Jeddah bersama Ustaz Mustafa. Singgah Masjid Terapung dekat Laut Merah. Makanan dekat airport dia mahal. Last-last, duit tinggal 1 riyal.




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Kenangan Umrah 2007 : 7/4 - 17/4
Design by a.a.ghariib