Waktu Pendidikan Syari'ah Islamiah, Ustaz Azman suruh siapa yang pandai solat jenazah pergi solat. Banin semua keluar. Ustaz Azman ajak Ustaz Idris pergi sekali. Ustaz Idris pun jawab, "Ana tak pandai solat jenazah." Sebenarnya, ustaz tak nak tangguh untuk ajar kami dan ustaz tak akan ulang dah tajuk ini. Lagipun, solat jenazah adalah fardhu kifayah. Manakala menuntut ilmu adalah fardhu ain. Apa-apa pun, baguslah banin yang pergi solat jenazah tadi. Jadi, tinggal banat sahaja. Entah kenapa, kami semua rasa lebih yakin, lebih berani belajar dengan ustaz bila tak ada banin. Ustaz tulis perkataan ini di whiteboard, tanpa baris dan tanya cara bacanya.
ضرب محمد
Mula-mula, kami semua baca 'dharaba muhammadun' (Muhammad pukul). Kemudian, ustaz kata, kalau kita jadi orang yang mengeluarkan hukum, habislah hancur orang lain. Kami fahamlah maksudnya salah. Ana pun tengok balik ayat tersebut ditulis tanpa maf'uulun bih. Jadi, ana pun beritahu kawan-kawan ana, cuba sebut 'dhuriba muhammadun' (Muhammad dipukul). Fatimah pun sebut kuat-kuat. Ustaz tanya, "Mana nti tahu?" "Syaza." Huh, berdebar rasa bila ustaz tengok. Marsha nak fikir lagi cara bacaan lain. Marsha, "Entah-entah 'dhirbi' kot" "Heh, mengarut." Tidak lama kemudian, ustaz pun kata, bacaan dia, "dhuriba muhammadun" sebab dia naibul faa'il. Betullah kami jawab tadi. Ustaz memang tak suka kata betul cepat-cepat. Suka buat debar orang.
Ustaz tanya pula makna taklid. Disebabkan kami tidak tahu, ustaz pun buat contoh. Ustaz panggillah sesiapa pun, ustaz suruh buka tudung. Bila kami tak nak, ustaz pun tanya kenapa? Ana jawablah wajib, Allah suruh. Ustaz minta bukti. Alamak, ana tak hafal ayat quran tu, tapi ana taulah ada ayat yang memerintahkan kita bertudung. Ustaz pun beritahu, taklid itu ialah ikut. Buat amal mestilah dengan kefahaman bukan taklid semata-mata.
Ustaz ada tanya, waktu bila solat maghrib lebih panjang daripada solat isya'. "Kenapa Marsha?" "Sebab baca surah panjang." "Huh, jawapan tak mengikut usul fiqh." "Tak apalah, sekurang-kurannya, ana cuba." Teka punya teka, jawapannya ialah bila waktu solat isya' itu diqasarkan.
Kemudian, buat contoh pasal khilaf. Ustaz tanya Robiatul dan Marsha, nak pergi KL, kenderaan apa yang akan dipilihnya dan kenapa. Katanya, kapal terbang sebab cepat, tak payah memandu, besar, dll. Marsha pula, kereta sebab boleh berhenti mana-mana tempat, murah, ruang untuk seseorang itu luas. Ustaz, "Robiatul kata, kapal terbang pun luas. Oh, sebab dia nak kapal terbang sorang-sorang sebab dia kaya. Ala kulli hal, mereka berkelahi tak, berbalah tak?" "Tak." Itulah dia khilaf. Berbeza pendapat tapi tidak berkelahi kerana masing-masing mempunyai hujah masing-masing. Jadi, kita boleh menggunakan mazhab lain mengikut 'uruf, keadaan setempat.
Contohnya, ketika tawaf keliling kaa'bah, memang susah nak simpan wudhu' kalau guna mazhab Syafie. Jadi, boleh guna mazhab lain, kalau tak salah ana, mazhab Hanafi. Ustaz ceritalah, masa pergi haji dulu, ustaz tawaf pakai seksi (kain ihram). Depan dan belakang ustaz, perempuan. Maksudnya, ustaz terkepit di tengah-tengah mereka dan ustaz lebih kecil kalau nak dibandingkan dengan mereka berdua. Orang belakang ustaz nak cepat, dia tonyoh, tolak kepala ustaz. Ustaz pula pergi tendang orang depan. Rasa kelakar bila ustaz tunjuk gaya dia kena tonyoh kepala.
Lama juga ustaz masuk kelas kami, lebih kurang, 1 jam, 20 minit. Ada sekali tu, ustaz tanya, "Lepas ni subjek apa?" "BI, Sir Malik." "Sir Malik datang tak?" Mardiyyah kata, "Datang." Ustaz pun tengok dekat luar, "Mardhiyyah bohong (dia t'kjt dgn muka blur) sebab ana tengok kat luar, tak ada pun." "Sir Malik datang ke sekolah, tapi tak datang ke kelas lagi." "Mana dia?" "Solat jenazah kot." Ini pun boleh dijadikan sebagai contoh ustaz. Ustaz, "Ala kulli hal, kita dapat lihat di situ, satu ayat yang boleh difahami dengan cara yang berbeza. Sorry ye Mardhiyyah. (senyum)" Satu ayat al-Quran itu, boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna yang berbeza.
Bila ustaz dah keluar tu, kami pun ucapkan syukran. Tapi, ada pelajar yang tertukar, mungkin pelajar baru masuk kot. Sebab sebelum ini, ucapan itu sudah jarang diucapkan. Jadi, mereka yang baru masuk tahun lepas-lepas, tak biasalah ucapkan ucapan ini. Mereka sebut, "syukran jazakillahu khairan kathiran." Masa tu, ustaz dah keluar dah, tapi ustaz dengar kesalahan tersebut. Ustaz pun cakap ikut tingkap, "jazakallah, ana bukan perempuan." Sempat lagi tu ustaz. Begitu juga masa BM. Baca doa dengan begitu semangat sekali.
Jumpa lagi, InsyaAllah.
::5 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
0 responses:
Post a Comment