Kami dipanggil ke musolla untuk mendengar taklimat tentang qiamullail MT02. Dalam program ini, kami semua dikehendaki untuk 'puasa bercakap'. Kumpulan ana, kumpulan usrah Muallimah Yong, diberi tugasan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makanan. Afif seorang je tak datang sebab kena quarantine, positive influenza A. Bila dah habis sesi taklimat, Robiatul dan Marsha dipanggil oleh Kak Zubaidah. Robiatul kena ganti Marsha jadi AJK makanan. Ana kena jadi S/U dan Auni jadi bendahari. Mengejut tuh....
Kemudian, kami adakan perjumpaan dalam kumpulan usrah sekejap. Bincang, nak tugas sediakan makanan bila dan semua perkara kami bincang siap-siap. Nanti dah tak boleh cakap. Ana dan Robiatul dah pergi belajar dengan makcik tadi cara nak masak air guna periuk kat dapur tu. Seusai mengerjakan solat Asar dan bacaan mathurat, kami beriadah. Main basikal Fatimah. Gendong Marsha dengan Izyan. Orang lain buat BaSeD tanpa suara. Lebih kurang pada pukul 5.40 petang, kami bergegas ke dapur untuk menyediakan apa-apa yang patut. Ana dan Izyan isi air dalam tong. Yang selebihnya, tadah air dan bahagikan makanan untuk banin, banat dan orang yang berpuasa.
Selepas Maghrib, dengar tazkirah daripada Kak Mawaddah Lokman yang begitu mantap tentang dakwah. Seusai solat Isya', Mardhiyyah suruh rasa dahi dia. Panas. Demam. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Mazlan yang berkisar tentang dakwah. Kisah ghulamuddakwah atau lebih dikenali sebagai kisah ashabul ukhdud. Walaupun sudah banyak kali mendengar kisah ini, tetapi masa seronok atau tidak bosan mendengar kisah ini lagi. Kira-kira pukul 10.20, kami diberi masa untuk berehat sebentar sebelum slot ini diteruskan. Tiba-tiba, Mardhiyyah kata dia nak buat air untuk supper. Kami tak benarkan, Marsha dan ana pun ganti dia.
Ana dan Robiatul ajarlah cara nak buka api. Ajar sahaja, tak berani nak buat. Kemudian Marsha pun buatlah, tapi dia tersilap tekan. Kami tak sedar lagi masa tu. Dia, ana dan Robiatul pun intailah ikut lubang tersebut, nak tengok api nyala tak lagi. Tiba-tiba nampak api keluar dari lubang tersebut menyambar ke arah kami. Api biru tuh...terasa bahang panasnya. Kaget. Alhamdulillah ana dengan Robiatul selamat, kami tunduk dan terus menjauhkan diri daripada periuk tersebut. Tengok-tengok, Marsha tak bangun-bangun lagi. Wafaa' dan Nurul terkejut bila dengar bunyi api menyambar tadi menunggu sahaja di tepi itu. Kami takut jadi apa-apa pada dia. Robiatul pun bangunkan dia, dia masih menutup mukanya. Bahang api tersebut telah memberi kesan pada bahagian mukanya terutama matanya. Habis bulu mata dia rosak, ada yang bercantum, ada yang 'rapuh'. Sedih tengok muka dia. Tapi Marsha yang ana kenal seorang yang kuat dan tabah. Ana bimbang juga tengok dia macam tu, lagi-lagi ana ni ketua usrah, tapi dia kata, jangan beritahu orang lain (dlm program tu lah). Itulah yang dikatakan sebagai ujian sebagai hambaNya hatta sekecil-kecil perkara sebegini pun, masih tetap diujiNya.
Teruskan membancuh air. Bila rasa air Vico tersebut, rasa macam ada benda yang kurang. Baru ingat, patutnya bancuh dengan susu tapi sebab Marsha tak beli susu, bancuh dengan gula je lah. Lepas ana angkat banat punya tong air, diorang pun beritahu air banin macam manis sikit lah. Ana suruh diorang tambah air, tapi diorang kata dah bagi kat banin dah. Memang diorang nak tambah air tapi tak jadi bila tengok orang dah turun. Takpelah, nanti makan dengan biskut gula, jadi tak berapa manislah tu. Mardhiyyah jumpa ana, dia kata nak tugas buat air esok. Ana masih tak benarkan. "Sami'na wa ato'na pada ketua." Gunakan kuasa veto. "Ana tak nak layanan special." Akhirnya, ana benarkan dia jerang air sahaja. Bab bancuh membancuh, biar orang lain. Sebelum tidur, Mardhiyyah suruh Marsha tidur dengan meletakkan kain yang basah atas matanya.
2 April 2010, Khamis
Bangun setelah dikejut oleh Robiatul untuk hirosah pada pukul 1.30 pagi. Ada 6 orang lagi yang tak hirosah lagi. Robiatul katalah, kejut Nurul, Mardhiyyah tak payahlah sebab dia tak sihat. Ana tanya dia, "Mana Nurul?" "Tu, belakang nti." Peliknya, belakang ana Mardhiyyah. Oh, mungkin maksud dia tepi Mardhiyyah tu. Robiatul pun kejut dia, "Nurul, Nurul bangun." Mardhiyyah pun bangun. "Eh, siapa ni?" "Mardhiyyah." "Oh, takpelah tidur balik." "Tak nak." "Tidur." "Tak nak." "Tidur." "Tak nak." "Bi'ah, biarlah dia. Mardhiyyah nak jaga jugak ke?" "Ana jaga dekat sini je lah." Kejut Wafaa' pulak. Dia pun jaga dengan ana dekat depan, tempat solat banin sampai pukul 1.45 pagi. Sorang tak boleh bangun. Dua orang lagi tidak ditemui dalam kegelapan itu.
Habis waktu, kejut kumpulan Nasyitah. Tidur, bangun semula pukul 4.00 pagi. Bersiap untuk qiamullail. Turun bawah sekejap jerang air dengan Mardhiyyah. Tadah air dulu, kemudian, ajar dia cara masak air. Kali ini, ana diri jauh-jauh. Mardhiyyah pun berhati-hati. Teruskan qiam. Rasa seronok qiam kali ini, aktivitinya santai dan tak rasa mengantuk masa qiam kali ini berbanding sebelum-sebelum ini. Solat Subuh diimamkan oleh abang ana. Rakaat pertama, baca surah As-Sajadah, dia suka baca surah ni masa solat Subuh. Sujud tilawah. Manakala rakaat kedua, baca surah Al-Insan. Tak mengantuk sebab ambil peluang ini untuk mengukuhkan hafazan terhadap kedua surah ini. Best kalau orang baca surah yang kita dah hafal. Macam masa qiam tadi pun, baca surah Al-Baqarah.
Selepas mathurat, dengar tazkirah. Pukul 7.15 pagi, dengar sorang banin tu dia cakap, "Sarapan-sarapan." Kami, kumpulan usrah Muallimah Yong dengar, "Impian yang tak tercapai." sebab pada waktu pagi, sarapan tidak disediakan. Waktu orang gotong-royong, kumpulan kami beriadah sebab tugas kami hanya berkaitan dengan makanan dan tidak ada kawasan angkat. Hari ini, ada peningkatan, ana gendong 3 orang naik basikal. Melalut. Lebih kurang 7.40 pagi, Ustaz Khair kata, "Kalau dah habis kemas, bolehlah balik." Kami, "Hmm, boleh balik, maksudnya dah boleh berbuka puasa." Walaupun sudah berbuka, suasana di sekolah tetap sunyi seperti semalam. Kesian Marsha, mata dia semakin bengkak. Harap cepat sembuh. Syafahallah.
Cari abang ana, nak pinjam handphone, dia tak balik, terus pergi KL nanti, ada Latihan Kader Du'at. Lepas dah jumpa dia, tanya dia, "Awak ke yang ganti Muallimah Azlinda, ajar kita chemistry nanti." "Tau." Orang tanyalah, bukan beritahu. "Awaklah tanda kertas chemistry?" "Yelah!" Hush, debar. Cerita balik perbualan tersebut pada Wafaa' yang menemani ana ketika itu dan 'budak-budak sains tulen' yang lain. Ana balik pukul 8.30 pagi.
Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.
::18 Rabi'ul Akhir 1431H::
Semoga beroleh manfaat^^
0 responses:
Post a Comment