Atheis: Kenapa manusia tetap masuk neraka jika mereka berbuat jahat? Bukankah Tuhan yang mentakdirkan manusia baik atau jahat?
Islam: Manusia ada pilihan.
Atheis: Mana ada! Tuhan yang tetapkan segalanya! Dia kejam! Dia takdirkan manusia menjadi jahat, kemudian dia masukkan mereka ke dalam neraka?
Islam: Manusia ada pilihan.
Atheis: Bohong! Segala tindakan manusia adalah takdir Tuhan. Manusia cuma mengikut.
Lelaki itu pun mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke kepala si atheis.
Islam: Tuhan takdirkan saya tembak saudara hari ini. Maafkan saya, saya tiada pilihan melainkan untuk mengikut sahaja.
Atheis: Tidak! Tidak! Kamu ada pilihan! Kamu ada pilihan! [walhal, pistol itu adalah pistol mainan]
Apa yang dapat kita simpulkan daripada perbualan di atas ialah setiap orang mempunyai pilihan sama ada memilih untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Berdasarkan perbualan tersebut, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amalan kita dalam usaha menuju ke syurga Allah.
Memilih untuk berubah menjadi lebih baik, memilih untuk tidak menjadi orang yang bodoh. Sekiranya kita terjatuh sekali dalam lubang, tidak mengapa. Tetapi bodohlah sekiranya kita jatuh berkali-kali di dalam lubang yang sama. Amat bodohlah orang yang memilih untuk mengulangi kesilapan yang sama.
Di sini juga, suka untuk ana sebut, sebagai seorang muslim, kita menjalani kehidupan seharian di atas konsep amar makruf, nahi munkar. Jadi, kita seharusnya saling menegur di antara satu sama lain, dalam konteks sahabat (contoh yang paling mudah). Sekiranya kita tahu sahabat kita melakukan kesilapan, cepat-cepatlah memberi teguran. Jangan pula kita yang menjadi pembela atas kesalahan sahabat kita atau memilih untuk mendiamkan diri sahaja.
Sedarlah sahabat sekalian, seandainya kita mendiamkan diri sahaja, kita juga yang akan menyesal pada hari akhirat kelak. Sekiranya sahabat kita disoal oleh Allah atas kesalahan tersebut, lalu dijawabnya, dia tidak tahu itu adalah salah atau tiada orang menasihatinya atau mendapat pembelaan daripada kita dia atas kesalahannya. Maka, kitalah yang turut dipertanggungjawabkan di atas kesalahannya.
Bayangkanlah, kita sudah hampir masuk ke syurga. Tetapi sahabat kita menarik kita supaya turut mengikutinya ke neraka kerana tidak menegurnya dan membisukan perkara yang hak suatu ketika dahulu.
Jadilah kita manusia yang soleh wa musleh, baik dan membaikkan orang lain.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung."
"Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good, enjoinig what is right, and forbidding what is wrong. They are the one to attain felicity."
"Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good, enjoinig what is right, and forbidding what is wrong. They are the one to attain felicity."
(Quran, 3: 104)
Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.::27 Rabi'ul Akhir 1431H::
Semoga beroleh manfaat^^
0 responses:
Post a Comment