Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Al-Amin

Masih ana ingat pada tahun 2006, beberapa orang pelajar tahun 6 dan tahun 4 dipilih untuk melakukan persembahan nasyid pada hari ihtifal. Ada 2 buah lagu yang dinyanyikan dan salah satunya ialah sendaloka anak-anak Al-Amin. Kami telah dilatih oleh Sir Malik dan lagu yang dinyanyikan juga diubah suai oleh beliau. Ayat yang biasa digunakannya, "nyanyi biar harmoni". Kemudian, tak pasal-pasal ana kena jadi ketuanya.

SENDALOKA ANAK-ANAK AL-AMIN
Bang, janganlah dimakan pujian orang
Takut nanti tersungkur tak sedar diri
Biar apa dikata orang
Baju mesti diukur di badan sendiri
Baju mesti diukur di badan sendiri

Mungkin juga Al-Amin tidak setaraf
Bangunannya juga mungkin tak secantik
Biar apa dikata orang
Kami tetap berdiri di kaki sendiri
Kami tetap berdiri di kaki sendiri

Biarlah orang berkata
Mengikut tafsir mereka
Hatiku pasrah semata
Ku serah pada yang Esa
Bukan ku minta simpati
Tak ingin dikasihani
Ku mohon pada Ilahi
Mudahkan saja hasrat di hati

Ayuhlah bersama
Kita tingkat diri
Lupakanlah prasangka di jiwa
Sahut cabaranku
Ayuh bersegera
Sucikan hati...............
Tetap Al-Amin di hati..........

AL-AMIN KAU TETAP DI HATI
Ku tatap mesra wajahmu
Tekad hati ini
Terus bersamamu
Semenjak kau bertapak
Kau melangkah berani
Membina wawasan
Bersama semua
Kita jadi satu

Kau terlalu istimewa
Lambang dan harapan semua
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Tak sabar rasa hati
Inginku lihatmu gemilang
Tetap gagah
Moga Tuhan merahmatimu

Kau pasti bergemerlapan
Restu Maha Esa
Bersama semua
Kita jadi satu

Tak tertanggung rasa...
Betapa beratnya...
Namun ku tempuh jua...

*Kalau tak salah, lagu ini diubahsuai dari lagu Adibah Noor...Kreatif Sir Malik. dan kami..
*2thn lps rsenye, dgr junior nyanyi. Teringat kisah dulu..tapi..x harmoni..hehe, jgn mrh.


Al-amin tetap di hati@

::13 Jamadil Akhir 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

1 Comments
Comments

1 responses:

  1. Dengar je lagu tu teringat masa dulu.... Rindu betul.....:45

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Al-Amin
Design by a.a.ghariib