Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Lawatan Form 4 [hari pertama]

22121431H
Salam. Alhamdulillah 24 hingga 26 hb baru-baru ini, ana telah mengikuti lawatan form 4 ke Langkawi buat kali kedua dalam hidup ana dan kali pertama buat adik ana. Tapi kali pertama ana pergi, ana baru beberapa bulan, tak ingat pun. Seramai 38 orang telah mengikuti lawatan ini termasuk 4 orang guru; ustaz Azman, muallimah An, muallimah Syu dan muallimah Iera.^^ Tahniah diucapkan kepada para AJK yang telah bertungkus-lumus merangka lawatan ini.

23 November 2010, Selasa

Kami dikehendaki berkumpul di sekolah sebelum jam 5:00 petang. Sampai-sampai sekolah, dengar azan. Masa nak turun kereta tu, ayah ana kata, "Tengok, ada je orang bawa beg besar." "Hmm, takpelah pergi 3 beg, balik pun 3 beg (untuk 2 orang)." Ana bawa dua, adik ana bawa satu. Kan senang. Pergilah solat Asar dulu sementara tunggu orang lain.

Lepas solat, tunggu depan asrama banat. "Eh, ana bawa kamera." "Ok." "Dengar tak? Ana bawa kamera." "Dengar. Biasalah tu." "Ni first time ana bawa kamera." "Oh, i see. Yelah, biasanya kakak nti yang suka bawa kamera. Sekarang dia dah ke sana kan." "Oh, ana bawa kamera!" "Apa-apalah Marsha."

Kakak-kakak form 5 pun balik dari SPM kat SMC. Muka semua happy-happy, ceria macam dah habis semua paper (padahal baru start hari ni). Takpe, bagus-bagus. Kemudian bas sampai. Dalam pukul 5:30 petang, kami bertolak dan berhenti di R&R Temerloh pada jam 7:00 malam. Solat dan makan. Dalam bas, meriah betul dekat belakang tu. Bertali arus dengar orang tu kirim salam, orang ni kirim salam. Diorang buka kedai kopi pula malam-malam ni. Adik ana berapa kali terjaga dengar kemeriahan diorang.

Dalam pukul 8:00 lebih tertidur sekejap. Pukul 9:00, tengok masih meriah ye suasana di belakang tu. 9:45 berhenti di Genting Sempah. Nak turunlah sekejap ambil udara. Masa nak turun bas, Wafaa' terkejut tengok banin tidur selubung kepala. Dalam pukul 12:00 lebih, terjaga lagi. Ya Allah, sejuknya (tapi tak lah sesejuk macam pergi Cameron Highlands hari tu). Ingatkan diorang semua dah tidur. Tengok-tengok, riuh sebab sejuk pula. Macam-macam, tutup lubang air-cond dengan langsirlah, tutup dengan stokin pun ada juga. Ish3.

24 November 2010, Rabu [hari pertama]
Banyak kali terjaga. Akhir sekali bangun pukul 5:15 pagi, masa ni berhenti dekat R&R Pekan Gurun, Kedah untuk solat Subuh. Sementara menunggu masuk waktu subuh, ada yang sempat berqiamullail. Kami terus solat berjemaah sebaik sahaja masuk waktu Subuh, 5:51 pagi. Kemudian, keluar menuju ke bas. Sementara menunggu kedatangan banin, kami membaca mathurat bersama-sama dalam bas.

Akhirnya, kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 8:00 pagi. Letak barang setempat dan pergi makan sarapan pagi. Makan nasi lemak bersama air teh. Dan menunggu lagi di jeti. Akhirnya, pukul 9:05 pagi, kami naik feri. Dalam perjalanan ke Langkawi, kami menonton cerita Ahli Nujum Pak Belalang. Setibanya kami di Langkawi, kami naik bas menuju ke tempat penginapan kami di Pantai Chenang Resort dan tiba di sana pada jam 11:00 pagi.

Sebilik, 4 orang. Duduk sebilik dengan adik ana, Izyan dan Wafaa'. Semua orang dah masuk bilik masing-masing. Nak tak nak kenalah masuk bilik yang terakhir ni, sebab bilik kami selang sebuah dari bilik orang lain. Banat yang lain semua berderet. Kami macam terasing sikitlah. Muallimah An pun tanya dekat orang tu, "Budak lelaki duduk dekat kawasan ni juga ke?" Sebab banin tak dapat bilik lagi, depa kena tunggu sat. "Maybelah." Masuk-masuk bilik, "Alamak, Wafaa', macam mana ni? Macam mana kalau banin duduk sebelah ni?" "Janganlah cakap macam tu, ana tak nak."

Check2 tandas, banyak siput. Izyan dah mula mengira berapa kali kena masuk tandas, 5 kali. Kemas barang. Sementara yang lain bersiap, ana offer untuk tolong seterika tudung. "Awat hangpa terlebih rajin ni Nadiah?" Wafaa' memang dah lama cakap utara dengan ana, dari bulan 9 hari tu. "La, che memang suka bab-bab seterika ni." Teringat kisah masa kecil dulu.

Ana suka tengok mak ana seterika baju. Lepas dah guna seterika tu, mak ana simpan dan almari, masa ni dekat hotel. Umur ana 4 atau 5 tahun ketika itu. Ana pun ambil seterika yang masih panas itu. Mak ana, "Jangan Syaza, jangan!" Yelah budak-budak, makin kata jangan makin buat. Pegang guna tapak tangan. Kemudian, hangpa pikirlah sendiri. Mak ana kata, nasib baik tak da parut dah besar ni. Mak ana suka sangat kisah ni. Katanya, patutlah sekarang pun rajin seterika baju.huhuhu...

Pukul 1:30 petang, keluar bilik, nak cari makan tengah hari. Nampak banin duduk dekat bilik lain. Huh, lega. Dah order nasi ayam, lama tu, kakak tu datang, kata ayam dah habis. Kenalah order makanan lain. Kami pun order nasi goreng, satu kongsi dua orang. Kalau tak, tak sempat. Makanan sampai 2:20, berdesup makan sebab 2:30 petang nak pergi Island Hopping.

Kemudian, van untuk ke Island Hopping pun sampai. Boleh naik 12 orang. 2 ikhwah, 10 akhawat. Sarah ajak naik awal-awal. Sampai-sampai dekat sana, ada orang tangkap gambar. Lepas muallimah cakap-cakap dengan dia, dia kata nak letak gambar tu dekat pinggan. Disebabkan semua sekali 38 orang, maka 4 buah bot disediakan untuk kami. Ana naik bot yang pertama tu, adik ana suruh naik cepat-cepat.^^ Muallimah Syu, Afiah, Fatin Nabilah, Izyan, Mardhiyyah, Nasyitah, Syifa', Wafaa', adik ana dan ana. Tunggu bot lain sat dan nampak gayanya, depa nak berlumba.

Mula-mula kami pergi ke Pulau Dayang Bunting. Tengok bukit bentuk macam perempuan mengandung, Dayang Bunting. masa pakcik tu tunjuk, "Hah, tu dia Dayang Bunting. Nampak tak? Kalau tak nampak pendek umur." (Macam cerita Ahli Nujum Pak Belalang tadi.) Masa nak sampai tu, bot kami 'kona baring'. Sampai-sampai, tengok banyak monyet dekat situ. Bacalah kisah cinta Si Enggang dan kisah Dayang Bunting ini. Jalan ke tasiknya. Dekat tasik tersebut, diorang naik paddle boat dan solar (apa ye nama dia, lupa). Majoritinya pergi main bot-bot tersebut. Ada beberapa orang sahaja yang duduk memerhatikan mereka dari jauh, tak naik bot-bot tu. Duduk dekat tepi tu sambil makan biskut.

Kemudian, ketika kami hendak pulang, sesuatu telah berlaku...

Seterusnya, kami pergi melihat burung helang. Pakcik yang bawa kami beri makan pada burung helang tersebut. Banyak sangat. Suka tengok yang masih kecil tu. Dan akhir sekali, kami ke Pantai Beras Basah. Masa nak turun ke pantai, kena 'terjun' dari bot, senang kata kena lompatlah. Kesian muallimah Syu jatuh. Kami pun bergambar ramai-ramai dekat situ tapi satu bot dah balik ke jeti tadi. Depa tak turun dekat Pantai Beras Basah ini. Kemudian, waktu nak sampai jeti tu semula, dia 'kona baring' lagi sekali. Habis basah muallimah Syu.huhuhu... Masa nak balik, dah siap dah gambar yang diletakkan atas pinggan tu. Satu RM 10.


Sampai-sampai semula dekat Pantai Chenang, tak terus masuk bilik. Berehat tepi pantai dulu. Letih tapi seronok. Best sangat naik bot. Che keciwi naik bot. Balik bilik sekejap, letak barang. Keluar-keluar ke pantai, nampak muallimah dah mandi laut dah. Main galah panjang. Tengok sunset. Adikku tak habis-habis tangkap anak-anak ketam. Pukul 6:45 petang masuk bilik. Diorang masuk pukul 7:00 malam. Janjinya nak berkumpul untuk makan malam pukul 8:00 nanti.

Masuk-masuk bilik untuk bersiap dan solat. "Eh, pasepa hingaq sangat dekat sebelah tu? Wafaa', dengaq dak?" "Dengaq, banin ke duduk bilik sebelah ni?" "A'ah laa.. Bisingnya, maghrib ni." Kami pun pasang tv, orang azan dengan harapan jiran sebelah senyap sikit. Cuba juga pasang radio ikim tapi tak berapa clear. Bila dengar banin tengah solat, barulah kami solat dengan aman. Kalau masuk pancuq dengaq je suara depa ni. Nak pukul 8:00, kami pun keluar bilik, pi hantar kasut yang Afiah nak pinjam dan ajak Mardhiyyah tunggu depa dekat luar. "Eh, Wafaa', kita tak baca mathurat lagi kan. Jom, baca sementara tunggu depa." Hujan rintik-rintik. Cepat-cepat pergi cari kedai makan. Mula-mula ingat nak bungkus je, tapi nampak gayanya macam nak hujan, makan dekat kedai je lah. Marsha pun kata macam tu juga.

"Balik ni nak tengok sukan. Diorang yang sebilik dengan ana dah beli jajan (alamak! loghat johor pula) untuk tengok sukan malam ni." "Ye ke? Wah!" Akhirnya kami makan di kedai orang Thailand dan banin pun makan di situ. Duduk semeja dengan muallimah An. Makan nasi goreng pattaya. Remote tv muallimah conquer. Sekali, muallimah kata, "Macam mana ni? Pakcik ana nak datang jumpa ana. Ana nak cakap apa, dah 14 tahun tak jumpa." "Lamanya, 14 tahun." "Huh, 14 tahun?" Maksudnya, last jumpa masa umur muallimah 10 tahun? Sambil menunggu makanan, Wafaa' mengulang hafazannya dengan kak Rahil. Kak Rahil beritahulah, kalau nak mengulang, mula-mula baca je dulu ayat yang kita dah hafal. Nanti automatik ingat. Biasanya kak Rahil memperuntukkan masa 2 jam untuk mengulang hafazan. Kagum. Lepas makan, singgah kedai beli air masak sebotol besar untuk esok.

Balik-balik, buka tv. Tapi tak berapa tengok pun. Dengan suasana jiran sebelah yang sungguh meriah. Dengarlah juga apa yang dibisingkannya. -_-" "Eh, esok ada cerita hantu, cerita hantu baru. Nak tengok." "Tak naklah. Tak payahlah." "Tengoklah kalau nti nak tengok. Abaikan je adik ana." "Eh, tapi tak boleh tengok. Esok penuh kan satu hari. Sempat ke nak tengok." Buat catatan mengenai penggunaan wang. Banyak mana sudah digunakan, untuk apa.^^ Dalam pukul 11:30 lebih, mereka berdua dah lena. Ana dan Wafaa' tengah dok baca buku. Wafaa' pula, ada je orang hantar sms pada dia, tanya, "dah tido belum? tengah buat apa?" Layan. Akhir sekali, kami tutup lampu pada jam 12:30 tengah malam, set jam 5:30 pagi. 'Sungguhpun begitu, kedai kopi di sebelah masih tidak ditutup bahkan semakin ramai pelanggannya. Takpe, tengoklah satgi hangpa mangkit pukui berapa.'

Note:
*Izyan *Marsha *Muallimah An *Wafaa' *adik ana *ana *others

Hari ke-2..
Hari ke-3...

Ps. Muallimah Wan Khadijah kirim salam...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

2 Comments
Comments

2 responses:

  1. Haha.. sini di bumi Syam dah ikut lawatan dekat 3 kali dah.. tapi x pernah sedetail ni diceritakan.. am i just plain lazy?

    Ps. Pegang seterika? Huhu.. Dulu mak ana larang pegang pisau, tajam. Tak puas hati, senyap-senyap ke dapur, cuba pegang mata pisau. Aik? Tak berdarah pun. Kemudian mak ana larang pegang pisau cukur, katanya tajam sangat. Lagilah tak percaya, sebab pisau cukur rupanya tak brutal pun.. senyap-senyap bukak laci, ambil pisau cukur, sentuh mata dia, dan eh? Darah? Okay, okay, insaf.. (critical thinking sejak kanak-kanak)..

    ReplyDelete
  2. @Muhammad
    Yes u r.^^ taklah. Kenangan terindah nih.. Entah bila boleh buat program macam ni lagi. Tahun depan dah SPM.

    "eh? Darah? Okay, okay, insaf.. (critical thinking sejak kanak-kanak).." What a cute inocent boy.
    Memang jenis degillah masa kecil.hehehe... Tak taulah fikir apa masa tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Lawatan Form 4 [hari pertama]
Design by a.a.ghariib