Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Minggu Pertama SeBuDaYa CS3

19051432H
Alhamdulillah, program SeBuDaYa CS3 a.k.a. Separa Bulan Dakwah dan Tarbiyyah Creative Season 3 telah diadakan sepanjang minggu ini. Program ini berjalan dari 17-28 April 2011.

17 April 2011, Ahad
Maka, pada hari ini, bermulalah program SeBuDaYa CS3. Program ini telah dianjurkan oleh pihak AMT MPP 2010/2011 dan dibantu oleh AJK MaUTaDi dan Ittihadi. Telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Sekolah, Tuan Haji Abdul Malik bin Mohd Isa. Banner SeBuDaYa CS3. Antara program yang akan dijalankan adalah LEADERS, kempen, karya kreatif, kulim, game ukhuwwah, cakna Palestin dll. Mata merit kelas juga perlu dikumpulkan.

Pada hari Khamis yang lepas, 100 keping borang LEADERS telah dijual. Namun, hanya 80 orang sahaja yang akan dipilih. Hari ini turut diumumkan LEADERS2 yang telah dipilih. Tingkatan 5 ada 26 orang, 11 orang ikhwah dan 15 orang akhawat.

Kulim a.k.a. kuliah 5 minit turut diadakan berkenaan 10 muwassofat tarbiyyah a.k.a. 10 ciri-ciri individu muslim. Ikut jadual yang telah ditetapkan oleh AMT MPP dan kulim ini diberi dalam kelas masing-masing bermula pada keesokan hari.

KELAS BIOLOGI
Kelas tambahan biologi petang ni, muallim nak buat analisa soalan periksa TOV kertas 1. Maksudnya, siapa yang salah untuk soalan tersebut, kena angkat tangan dan sebut jawapan yang dijawabnya itu. Oh ye, hari ini, kami bawa makanan untuk jamuan kecil-kecilan seperti yang telah dijanjikan pada minggu lepas. Tapi banin tak bawa apa-apa pun. Takpelah. Biar dulu.

Mula-mula jawab biasa-biasa sahaja. Yang Izyan pula, kalau jawab mesti nak lain dari orang lain. Contohnya, orang lain jawab B, Bola, dia akan jawab B, Badak. Lama-lama, orang lain pun nak main juga macam tu. Kalau banin, suka sebut C, cocktail (susu campur buah). Sebab banat ada buat cocktail. Main nama negaralah, nama oranglah dll. Dahlah ada 50 soalan. Last sekali, A, A+.

Meriah sangat kelas hari ni. Antara makanan yang banat bawa; puding roti, cookies, kek tiramisu keju, kek batik, kek coklat dan air cocktail.

Muallim pun suruh banin pula yang bawa makanan untuk kelas hari Ahad minggu depan. Muallim tanya juga, nak tak ajak sekelas pergi main bowling.


18 April 2011, Isnin
Bermula hari ini, ada tazkirah khas yang disampaikan oleh akh Mujahid yang bertajuk Biah Solehah, بيئة صالحة a.k.a. persekitaran yang baik. Antara isinya:
  • Visi sekolah kita adalah untuk melahirkan 4 golongan iaitu, ulama', umara' [pemimpin], azkiya' [professional] dan aghniya' [usahawan].
  • Amalan budaya ana, anta, anti untuk orang yang sefikrah dengan kita.
  • Menghormati tetamu.
    "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya." [Hadis]
  • Penggunaan kalimah2 arab seperti asif [maaf], syukran [terima kasih], lau samahta/ti [excuse me], afwan [sama-sama/maaf] dll.
  • Ucapan jazaka/jazaki selepas orang beri ucapan di hadapan.
    جزاك
    جزاك
    جزاك الله
    جزاك الله خيرا
    ولك ولنا إن شاء الله الجنة
    ولك ولنا إن شاء الله الجنة

    Segala puji bagi Allah
    Dan bagi kamu dan kami, insya Allah, syurga

  • Tidak mengamalkan budaya bersorak seperti orang lain sebaliknya mengamalkan laungan takbir, tahmid, tasbih dll.
  • Jaga kata-kata walaupun ketika sedang marah.


Seterusnya, kempen tutur kata sopan dilancarkan.
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." [Hadis]

Kita hendaklah meminta maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Ada dua jenis kesalahan, pertama menggunakan pensel dan kedua, menggunakan pen (perumpamaan). Kalau kesalahan yang menggunakan pensel boleh dipadam. Kalau pen juga boleh dipadam namun ada kesannya.
"Ilmu itu cahaya. Ilmu tidak akan dapat melekat pada hati yang kotor." [Norisha]
Kulim hari ini telah disampaikan oleh akh Syafiq Akram yang bertajuk, Aqidah yang Sejahtera.

KENALI POTENSI DIRI
Selepas waktu Asar, bermulalah program KPD, Kenali Potensi Diri yang disertai oleh para LEADERS. Namun begitu, pelajar tingkatan 5 mula mengikuti program ini pada jam 5:30 petang, baru habis kelas tambahan Matematik (makan rojak!). Solat Asar, mathurat, masuk kumpulan untuk perbincangan persembahan malam ni. Sekumpulan dengan Farhanim, Mutmainnah, Ain Zahidah, Izziani, Najwa, Syafiqah (F4) dan Syifa' Mohd Noor. Kumpulan kami adalah kumpulan E/R dan diketuai olehku.

Kemudian, kami beriadah. Mula-mula main 'cap kali cap'. Kemudian, 'Zuzz Tang'. Dan akhir sekali, main 'break lap' (main tepuk-tepuk) yang Fathin Nadhirah dan Syifa' Zameran belajar masa pergi kursus kenaikan pangkat staf sarjan. Semua ini perlukan tahap kepekaan yang tinggi.

Kendiri, makan malam, solat Maghrib, tazkirah spontan. Solat Isya'. Slot seterusnya adalah berkenaan Leadership yang telah disampaikan oleh muallim Sufian. Antara ciri pemimpin adalah pemimpin yang kreatif, berani, tidak berseorangan dan lateral thinking (fikir luar kotak).

Seterusnya, persembahan. Kumpulan kami simple sahaja, tunjuk perkara mazmumah dan diikuti dengan perkara mahmudah. Semua kumpulan memberi persembahan yang menarik. Tidur.
19 April 2011, Selasa
Bangun pada jam 5:00 pagi. Buatlah apa-apa yang patut. Selepas solat Subuh, mathurat, kemudian, ada resolusi. Masing-masing beri pendapat dan pandangan tentang program ini. Sarapan.

SESI PERSEKOLAHAN
Tazkirah khas hari ini disampaikan oleh ukhti Marsha yang bertajuk Sikap-sikap pada Seorang Muslim yang Baik.
  1. Kebersihan rohani dan jasmani serta persekitaran.
  2. Zuhud.
  3. Muraqabah.
    -Menyedari dan meyakini bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Kulim hari ini disampaikan oleh ukhti Auni. Ibadah yang Sohih.

Petang harinya, tak ada KRS tetapi telah diganti dengan permainan. Main selipar fighting. Kumpulan SEPATU vs TEROMPAH. Kumpulan terompah kalah, kumpulan ana lah tu. Sungguh pun begitu, ramai 'penonton' menyokong kumpulan kami termasuk muallimah An.

"Hidup ini ibarat roda. Kadang kala di atas, kadang kala di bawah. Sekali di duduk di bawah, memang down, tapi dia akan bangkit dengan mendadak." Muallimah An membela kumpulan kami. Sayang muallimah.

20 April 2011, Rabu
Variasi Informasi. Ya, itulah dia tazkirah khas hari ini. Rasanya panjang lagi tajuk dia, tapi sempat 'tangkap' yang ini sahaja. Disampaikan oleh akh Izzat Anuar.
  • Jangan jadi katak bawah tempurung.
  • Sentiasa tahu perkembangan terkini.
  • Daie-ikut arus perkembangan dunia seperti sukan, berita global, ICT dll.
  • Remaja kini sukakan hiburan, nilainya melalui lirik.
  • Tak nak pendakwah menjadi orang yang ditindas/dihina.
Kempen Minggu Kebersihan dan Keceriaan peringkat sekolah dilancarkan.

ESOK MUKHAYYAM DAKHILI
Kami diberi kumpulan mengikut kumpulan usrah. Ada 4 kumpulan besar; syabab MT01, syabab MT02, fatayat MT01 dan fatayat MT02. Bincang peralatan yang perlu dibawa pada keesokan harinya.

Kumpulan ana, Nurul (ketua), Izyan, Khadijah, Mardhiyyah, Marsha, Auni, Robi'ah dan Wafaa'. Ustaz Khair suruh Marsha, Aishah, Fathin Nadhirah, Syifa' Zameran dan ana kendalikan BaSeD esok. Yang MT02, pergi cari kayu pancang.

ISLAMIC RELIEF
Pakcik Zairul telah membentangkan kepada kami tentang Islamic Relief. Satu NGO/organisasi yang memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Bukan setakat di Malaysia semata-mata, juga di negara luar. Banyak pengajaran yang dapat dikutip, antaranya:
  • Sentiasa bersifat qanaah, berasa cukup dengan apa yang ada.
  • Mensyukuri nikmat yang diberikan.
  • Bikin serupa cakap.
  • Kerjasama itu penting.
  • Menukar masalah kepada peluang dan cabaran.
  • Yakinlah setiap perkara yang berlaku itu, mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Ada satu kisah, di Afrika kalau tak salah, seorang perempuan datang kepada mereka, Islamic Relief, mengadu bahawa perutnya sakit. Apabila diperiksa, perutnya dipenuhi batu-batu. Setelah ditanya kepada empunya badan, mengapa kamu makan batu? Jawabnya kerana sudah tiada rumput kering. Subhanallah. Begitu sekali penderitaan yang dialami oleh mereka.

Seterusnya, pakcik Zairul menjemput sahabatnya, ustaz Fitri. Namun begitu, dia tidak mahu dirinya dipanggil dengan panggilan 'ustaz', cukuplah sekadar pakcik kerana katanya, ustaz itu di maqam/kedudukan yang tinggi. Kami cukup kagum dengan watak dan peribadi mereka berdua yang begitu merendah diri.

Pakcik Fitri menceritakan isahnya ketika belajar di pondok. Salah satu ceritanya, pada suatu pagi, mereka terlambat bangun. Ustaz mereka sudah duduk di atas motosikalnya sambil berkata, kalau saya sampai dulu ke surau, jagalah awak semua. Jarak untuk ke surau sekitar 500 meter. Maka pakcik Fitri kata semua berlumba-lumba, lari menuju ke surau, tak sempatlah nak mandi. Semua lari, sampai ada yang tergolek tepi jalan. Tapi kalau fikir, mana sempat nak sampai dulu sebelum ustaz. Jadi semua kena denda. Macam pakcik, lewat 3 minit, kena keliling surau 3 kali. Dalam suraulah. Kena sujud, kemudian kepala ditekan oleh ustaz dan bergerak mengelilingi surau tersebut. Bila dah habis, dahi semua merah. Lama-lama jadi hitam sebab bergeser dengan karpet. Kebetulan esok balik rumah. Bila mak tengok muka, mak kata, "Bagus anak aku tahajjud."

Banyak lagi cerita-cerita menarik daripada mereka berdua yang boleh diambil iktibarnya. Tak tertulis di sini.

JUALAN DAN TAYANGAN

Lepas usrah, tolong buat persediaan untuk jualan kelas sekejap. Malam ni, ada tayangan, cerita Despicable Me. Dalam 8:45 malam, baru balik ke rumah. Ana tak tengok tayangan tu, adik-adik ana je yang pergi tengok. Nak beli barang untuk mukhayyam esok.
21 April 2011, Khamis
Giliran ukhti Fatimah pula untuk menyampaikan tazkirah khas pada hari ini di bawah tajuk Jihad.
"Jihad yang paling besar adalah menahan marah dan kawal hawa nafsu."
Kulim disampaikan oleh akh Faiq; Akhlak yang mantap dan ukhti Wafaa'; Tubuh yang cergas.

Hari ini tak banyak sangat aktiviti sebab petang ni ada mukhayyam dakhili pula. Waktu Sejarah, muallimah Zuliana tak datang, jadi muallimah Fatimah Munirah pun ajak turun ke bilik APD. Tengok video Zaman Kegemilangan Islam. Kemudian depa minta muallimah buka video nasyid. Maklumlah, batch kami kalau bab menyanyi memang semangat! Waktu add math, makan kek coklat muallimah Syuhada. Muallimahlah guru pertama yang tambah/tolak merit kelas kami. Kalau tak, sebelum ni kosong je.

Kisah Mukhayyam Dakhili pada entri lain ya!Flower


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Minggu Pertama SeBuDaYa CS3
Design by a.a.ghariib