11051432H
DICERITAKAN bahawa pada suatu hari Amirul Mukminin Umar bin Khattab sedang berjalan-jalan seorang diri untuk melihat-lihat keadaan rakyatnya. Tiba-tiba beliau melihat seorang perempuan tua sedang berjalan tertatih-tatih kerana membawa bebanan yang berat. Dia menggendong bakul besar berisi daun-daunan dan benda-benda lain. Amirul Mukminin menghampiri perempuan tersebut dan menawarkan diri untuk membantunya.
"Kalau anak betul-betul mahu menolong, nenek sangat suka dan mengucapkan terima kasih," kata si nenek.
Dengan wajah berseri-seri, Umar pun mengangkat bakul besar nenek itu dan menghantarkannya sehingga sampai ke tempat tujuan. Si nenek yang tidak mengetahui bahawa orang yang menolongnya itu adalah Amirul Mukminin, sangat suka hatinya dan mengucapkan banyak-banyak terima kasih.
"Terima kasih di atas semua pertolongan mu. Semoga Allah memberikan pahala kepadamu wahai anakku! Kamulah semestinya yang lebih patut memegang jawatan khalifah daripada si Umar bin Khattab itu," kata nenek itu.
Mendengar itu, Khalifah Umar diam sahaja sambil beredar dari tempat tersebut.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan kepada setiap makhluk Allah tanpa mengira darjat. Apa yang penting adalah untuk mengharapkan keredhaan daripada Allah S.W.T. yang mana akan menjadi saham untuk diri kita di akhirat kelak.
Semoga beroleh manfaat^^
0 responses:
Post a Comment