Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Khalifah Uthman Dibunuh

Bagaimana Uthman dibunuh, sedangkan tidak ada sahabat yang mempertahankan?

Sebab yang pertama:
Uthman yang melarang sahabat dari membunuh mereka ini. Maka disuruh para sahabat menyimpan pedang mereka.

Hal ini menunjukkan kepada 2 perkara:
1.Keberanian Uthman.
2.Sifat rahmah Uthman kepada umat nabi Muhammad.

Kerana beliau tahu bahasa orang-orang yang ingin membunuhnya adalah orang yang melakukan kerosakan. Maka beliau berpandangan jika sahabat membunuh mereka akan berlaku kerosakan yang lebih besar dari sekadar beliau seorang yang terbunuh. Pada pandangannya untuk maslahah, biar sekadar dia seorang terbunuh. Agar sahabat lain tidak turut sama terbunuh dan tidak mahu mencemar kehormatan madinah rasulillah.


Pendapat pertama adalah lebih rojih, iaitu Uthman sendiri melarang dari membunuh para penentang itu.



Sebab yang kedua:
Bilangan para sahabat lebih sedikit berbanding bilangan para penentang. Kerana sahabat rasulullah berada di 4 tempat:

1.Makkah. Kerana ketika itu adalah musim haji. Maka ramai yang keluar untuk menunaikan haji dan mereka tiada bersama Uthman.

2.Sebahagian sahabat menetap di negara lain; Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan lain-lain.

3.Sedang berjihad.

4.Madinah. Tetapi bilangan mereka tidak setanding bilangan para penentang.

Pendapat pertama adalah lebih rojih, iaitu Uthman sendiri melarang dari membunuh para penentang itu.



Sebab yang ketiga:
Para sahabat menghantar anak-anak mereka untuk mempertahankan Uthman. Mereka tidak menyangka akan sampai ke tahap membunuh.

Pendapat pertama adalah lebih rojih, iaitu Uthman sendiri melarang dari membunuh para penentang itu.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^
Design by a.a.ghariib