Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Sangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api...
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya..

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Malay Version

Satu-sembilan-sembilan-dua, kami dilahirkan
Warna berlawanan rupa berlainan
Zaman kanak-kanak berbeza kenangan
Tapi dek takdir...
Kami bersama...

Korus:

Walau apa menimpa, kami teguh berdiri
Kami redah bersama hingga destinasi
Ukhuwwah mantap bersatu kami...
Satu kami...!!!

Kami seventeen...Sentiasa seventeen...

Dua ribu sembilan kami satu kelas
Ramai dah keluar, jatuh dan tewas
Tapi junjung Islam, kami tetap tegas
Dek Istiqamah...
Kami bersama...

(Korus)
Demi Muslimeen...Demi Islamii...

Tahun ke tahun, kami lihat dunia
Dua ribu sembilan tambah lagi bencana
Gaza, Palestin, Muslim sedunia
Dek sayang ummah...
Kami bersama...

(Korus)
Demi Palestin...Demi Muslimeen...

Dua ribu sepuluh, selamat tinggal sekolah
Kami kan diuji, moga tak rebah
Bangkit bersama, angkatlah Islam
Dek Iman Ukhuwwah...
Kekal bersama...

(Korus)
Batch Lima Al-Amin...3X

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Batch 5 Al-Amin

Lyrics : Muslim in Black
Melody : M.I.B

One-nine-nine-two and we were born
Of different hues and different tones
Different childhood with pros and cons
But destiny...
Brings us here...

Chorus:
Though what befalls, we all will stand
Together we make it till the end
Together we're bound coz we are one.......
We are one.....!!!

Were seventeen...Forever seventeen...

Two-o-o-nine we're all in class
Though many didn't make it, they didn't last
But carrying Islam, we're still steadfast
Istiqamah...
Brings us here...

(Chorus)
For muslimeen...For Islamii...

Year by year we see the word
Two-o-o-nine, new trouble unfurl
Gaza, Palestine, the Islamic world,
Loving ummah...
Brings us here...

(Chorus)
For Palestine...For Muslimeen...

Two-o-and-ten-we're leaving the school,
The test to see we're smarts or fools
Stay together, bring up Islam
Iman ukhuwwah...
Brings us here...

(Chorus)
Batch 5 Al-Amin...3X




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Dengki Mendengki, Sindir Menyindir


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari 3 hari lamanya. [Bukhari & Musim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Haram bagi seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari 3 malam, apabila kedua-duanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara kedua-duanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pai Epal

Pastri:
2 cawan tepung serbaguna
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan mentega
1 biji telur
4 hingga 5 sudu besar susu segar

Inti:
8 cawan epal hijau-dibuang kulit dan dihiris/dipotong kiub
2 cawan air
2 cawan gula
2 batang kayu manis

Cara membuatnya:
  1. Pastri; campur semua bahan. Uli hingga sekata. Balut dan sejukkan doh tersebut selama 30 minit.
  2. Inti; campurkan semua bahan dan reneh bahan-bahan tersebut selama 15 minit sehingga ia menjadi pekat.
  3. Canai setengah bahagian doh ke dalam bekas pai dan isikan intinya. tutup permukaannya. Cucuk permukaan pai dengan garfu dan sapukan sedikit susu di atasnya. bakar selama 30 hingga 50 minit dalam ketuhar bersuhu 180oC sehingga keemasan.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

3 M; Murshidah Ma'a Majah

17 Julai 2009, Jumaat
Perasmian program ini dilakukan pada pukul 4 petang. Ada 2 orang banat tak datang; Aqilah dan Adrina. Para AJK diminta untuk tunggu sebentar. Banin beritahu, hari ni, hari jadi Faris. So, diorang nak buat Faris sedih, tertekan dengan cara, tak layan Faris, sisihkan dia, marah dia kalau tersilap sikit dll. Kami kemas tempat penginapan. Banat tidur di 3 Ibnu Majah. Ana nak sapu, Syifa' kacau. Dia berebut penyapu dengan ana. Ana nak sapu, Zalilah kacau. Tiba-tiba, ana dapat gelaran baru, 'Murshidah II'.

Then, solat Asar dan baca mathurat. Selesai baca mathurat, kami bergegas turun ke bawah untuk minum petang. Auni dan Dayana buat air. Kami 'berkelah' di tempat parking bas sekolah. Ada kek batik, pai epal, coklat, buah rambutan dll. Time riadhah, Auni sorang je yang bersih ayam. Banat yang lain main lompat-lompat, tangkap gambar dan bincang untuk persembahan. Banin pula sedang berusaha menghidupkan bara api untuk BBQ. Asyikin balik.

Kemudian, kami naik ke kelas untuk kendiri. Ana dan Robiatul tampal surat khabar pada tingkap dulu. Barulah kami berdua kendiri. Tema kami pada malam ini ialah 'pink dan hitam'. Banin pakai baju warna hitam. Banat, warna pink. Sebab Kak Shidah suka warna pink. Banin dan banat yang lain kemudiannya solat Maghrib. Kami adakan sesi penyampaian tazkirah. Pentazkirah dipilih melalui cabutan dan mereka yang bertuah ialah Adli, Hidayah, Anwar dan Hidayah.

Banin meneruskan sesi menghidupkan bara api. Banat yang lain bergegas ke musolla untuk menunaikan solat Isya'. Kak Shidah ikut banin. Ana buat air dan tolong Robiatul angkat kerusi dan bangku ke luar. Kemudian, kami susun buah, sediakan cawan dll. Bila banat yang lain dah turun, diorang tolong ana buat air. Selebihnya buatlah apa-apa yang patut. Ada juga yang masih berfikir tentang persembahan.

Bila semua kerja banat dah selesai, kami duduk di atas bangku dan menghadap banin untuk menonton 'tv'. Banin sedang melaksanakan rancangan mereka terhadap Faris. Banat yang tengok, rasa kesian pulak. Last sekali, kami ucap selamat hari jadi pada Faris. Dia menangis, terharu. Guru yang dijemput pada malam ini ialah Muallimah Hayati dan Sir Malik.

Kami pun menjamu selera. Persembahan disampaikan oleh banin dahulu. Persembahan mereka adalah DEBAT?! Samalah macam BANAT. Memang masa ni, orang suka dengan debat. Usul debat mereka ialah 'Harapkan pok guard, pok guard dok mari'. Yang Di-Pertua ialah Adli dan Haiqal. Barisan kerajaan ialah Fathi, Anwar dan Mujahid. Manakala barisan pembangkang ialah Syamir, Faiq dan Abd Muqsit. Akhirnya barisan kerajaan menang... Memanglah, budak debat semua masuk situ. Yang Di-Pertua banat pula ialah Izzah dan Dayana. Barisan kerajaan ialah Robiatul Adawiyah dan Marsha. Barisan pembangkang ialah Khadijah dan Fatini.

Dah habis persembahan, kami kemas tempat tersebut. Naik atas. Siap-siap nak tidur. Banin main badminton lagi. Esok boleh bangun tak ni.. Baru nak tidur, Kak Shidah tak naik-naik. Kami pun call Kak Shidah. Rupanya Kak Shidah tak habis kemas lagi kat bawah. Kami baru nak turun, tolong. Kak Shidah naik dah. Tapi Kak Shidah tak terus tidur, buat nota sejarah dulu.

18 Julai 2009, Sabtu
Pagi ini, kami telah dikejut oleh AJK ibadah. Banat bangun tepat pada masanya. Banin pula.... Kak Shidah telefon diorang banyak kali. Tapi sorang pun tak bangun. Tu lah, malam semalam main badminton. Tapi diorang sempat juga lah bangun bertahajud.

Solat subuh. Then, baca mathurat di kantin pada pukul 6 pagi. Entah kenapa diorang tak baca mathurat sama-sama dengan pelajar asrama. Ana dan Robiatul turun lambat sikit. Ada hal. Kami turun kira-kira 6.30 pagi. So, tak sempat baca mathurat sama-sama. Sementara banat yang lain kupas kulit telur, kami berdua pun baca mathurat kat depan sekolah.

Bila dah habis baca, terus masuk dapur. Tolong sediakan sarapan. Ana dan Izzah hancurkan telur. Lepas tu, dia give up. Katanya geli tengok telur tu hancur. So, ana hancurkan telur tu sorang-sorang. Dah hancur, Auni letak telur tersebut pada roti. Izyan dan Zalilah susun roti. Ana, potong roti. Nampak je ramai kat dapur tu. Tapi bukan semua orang sediakan sarapan. Yang lain tu, cuma tengok, tangkap gambar, possing..

Kami bertolak pukul 7 lebih. Marsha bawa bola ragbi dan baseball. Banin tak bawa apa-apa mainan. Jadi, diorang pinjam bola tampar sekolah. Banat yang lain, bawa sarapan. Sampai dekat pantai, banat terus serbu taman permainan. Kami main sekejap. Baru breakfast.

Gambar ana sikit sangat sebab ana yang selalu jadi kameragirl. Kak Shidah sibuk buat nota Sejarah. Ana dan Khadijah je tak main. Banat yang lain main bola beracun. Tapi lain sikit dari yang biasa. Tiba-tiba Fatini datang dekat ana. Dia kata sakit perut. Ana pun bagilah dia minum air. Suruh dia duduk rehat dulu.

Kak Shidah kata, banin nak tukar bola. So, diorang kenalah berhenti main. Dahlah bola tampar tu asyik bergolek masuk laut. Kami pun cari permainan lain. Suddenly, tercetuslah satu idea untuk main tanam-tanam. Kami pun tanam Fatini. Senang, sebab dia kecil sekali. Dah tanam habis semua, dia pun kata dia dah tak sakit perut. Amazing.

Banin pula main bola ragbi dengan penuh semangat. Marsha pun rasa kelakar tengok banin main. Terlalu bersemangat. Mungkin first time jumpa bola ragbi. Last sekali, kami bergambar. Banin macam tak nak balik. Ada yang dah basah. Dalam perjalanan pulang, ana singgah kedai, beli ais krim untuk mereka semua.

Balik sekolah, kami kendiri, kemas tempat penginapan. Siapa yang ada laptop tu, sibuk masukkan gambar ke komputer. Pukul 11 baru belajar sejarah. Kami belajar di kelas 5 Talhah, SRI. Macam-macam gaya belajar. Yalah, penat balik dari pantai. Masa penutup tu, memang rasa sedih sebab Kak Shidah nak pergi dah...

Walaubagaimanapun, inilah kenangan yang paling manis yang pernah tercatat bagi mereka yang belajar di 3 Ibnu Majah.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pai Epal Spicy (Resepi Mardhiyyah)

Bahan Kulit Pai:
360 g tepung serbaguna
110 g mentega
110 g marjerin
7 sudu besar air dingin
2 sudu kecil gula kastor
Garam secukup rasa
Serbuk kayu manis secukup rasa
Serbuk pala secukup rasa

Bahan Inti Pai:
100 g gula kastor
60 g gula perang
30 g tepung serbaguna
6 biji epal hijau-dibuang kulit dan dipotong kiub
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil gula kastor
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk pala

Cara membuatnya:
  1. Untuk inti pai; campurkan semua bahan dan kaup balikkan supaya rata. Ketepikan.
  2. Untuk kulit pai; campur semua bahan kecuali air dingin. Uli hingga sekata.
  3. Tuang air dingin dan jadikan doh lembut. Canai setengah bahagian doh ke dalam bekas pai dan isikan intinya. tutup permukaannya.
  4. Cucuk permukaan pai dengan garfu dan sapukan sedikit susu di atasnya. bakar selama 30 hingga 50 minit dalam ketuhar bersuhu 180oC sehingga keemasan.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: July 2009
Design by a.a.ghariib