
- Sahabat anda bersifat ceria sama ada terhadap dirinya atau terhadap anda. Jika anda berasa ceria setiap kali bersama-samanya, hargailah dia.
- Sahabat anda sentiasa memberi ketenangan dan tidak pernah menyukarkan hubungan persahabatan.
- Sahabat anda sentiasa berbaik sangka malah menegur apabila anda mulai buruk sangka. Dia menegur kerana sayang akan persahabatan kalian.
- Sahabat anda tidak gemar mengata. Apabila duduk berbual atau berbincang, dia tidak pernah mengata tentang orang lain.

- Sahabat anda ikhlas dalam apa jua keadaan. Ikhlas ketika berbual, ketika menegur, ketika memuji dan seumpamanya.
- Sahabat anda sentiasa jujur dalam persahabatan dan tidak pernah ada niat buruk sama ada ketika bersama-sama atau tidak.
- Sahabat anda memiliki tutur kata yang sopan dan mulia. Tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar.
- Sahabat anda berfikiran positif dan rasional. Tidak bertindak melulu dalam perkataan dan perbuatannya malah setiap kata-katanya ada sebab dan musabab yang dapat diterima.

- Sahabat anda memiliki hati dan niat yang baik. Jika dia menegur atau menasihati anda tidak ada niat selain untuk kebaikan bersama-sama, bukan untuk mendapat pujian atau perhatian.
- Sahabat anda memiliki pendengaran yang baik. Perkara ini mampu mengelakkan daripada tersilap dengar dan pentafsiran daripada kata-kata yang didengarinya.

Semoga beroleh manfaat^^
:love:
ReplyDelete