Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Aurat Wanita

1. Bulu kening
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
(Riwayat Abu Daud FiFathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
(An-Nur : 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina."
(Riwayat Nasaii, IbnKhuzaimah dan Hibban)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
(An-Nur : 31)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
"Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
(RiwayatMuslim dan Bukhari)

8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."
(An Nur : 31)

Sabda Nabi s.a.w., "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud danTirmidzi)

10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32

Sabda s.a.w., "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
(Riwayat Ibn Majah)

11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "
(An Nur : 31)

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
(Riwayat Al Bazzar)

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah)

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
(Al Ahzab : 59)
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
19 Hadis Mengenai Wanita...
Dunia Wanita...
Pakaian Muslimah...

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::26 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

MaUTaDi

Alhamdulillah, program ini dapat dijalankan dengan jayanya (4 kali meeting). Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

17 Februari 2010, Rabu
Selepas tamat waktu sekolah, kami melakukan persiapan. Ana dan Fatimah uruskan botol-botol yang perlu digantung yang berfungsi sebagai peti surat. Marsha jaga slot pertama ini, Keindahanmu Duhai Puteri oleh ummuha, Makcik Fadhilah. Yang selebihnya, uruskan bahagian makan dan minum untuk makcik sebab terlupa nak beli makanan untuk penceramah. So, Mardhiyyah dan Haziqah pergi kedai dengan Muallimah Fatimah Munirah. Mula-mula nak pergi dengan Muallimah An, tapi muallimah tengah sibuk buat preparation untuk malam ni. Jangan kacau muallimah. Kesian.

Seusai mengerjakan solat Asar dan baca ma'thurat, mereka masuk dalam kumpulan yang telah diberikan. Macam kumpulan ana dan Marsha, pergi jalan-jalan luar kawasan sekolah. Kami beritahu apa-apa yang patut seperti yang telah dibincangkan ketika meeting. Mereka juga berkongsi cerita, tanya hukum dan lain-lain. Kumpulan ana yang paling riuh, Balqis dan Farhah of course. On d way balik sekolah, hujan, jadi, riadah dalam musolla. Main macam masa dekat PINTAR dan X-REK. Mula-mula main harga remaja. Kemudian main disumpah menjadi telur. "Wahai rakyat jelata, kamu semua disumpah menjadi telur." Kali pertama main, Zawahir (rasanya) kalah, kali kedua, Aisyah.

Selepas makan, kendiri, solat Maghrib, kami bergegas ke library untuk slot yang seterusnya. Slot 3, Kenapa Kita di Sini oleh Pakcik Zameran. Pakcik tanya perasaan Ufairah apabila kehilangan seorang ibu. Tanya, kenapa sekolah sini dan bercakap tentang kematian. Masa dah habis slot pakcik, pakcik beritahu kami: Pakcik hilang kata-kata, hilang idea dll bila teringat Zahirah. Afif nak bagi hadiah tapi tak jumpa hadiah ada dekat mana. Jadi kelam kabut. Last-last, bagi hadiah secara tak rasmi depan tangga.

Siap menunaikan solat Isya', kami bergegas ke bilik mesyuarat. Slot ini tiada nama yang khusus. Namun begitu, para AJK memanggilnya slot NORISHA sebab slot ini dikendalikan oleh Muallimah An. Sementara menunggu, para AJK memberi sedikit teguran dan diteruskan oleh Kak Humaira'. Pada mulanya, mereka tertanya-tanya, slot ini pasal apa? Siap ada LCD lagi. Ana rasa, slot ini amat berkesan buat mereka dan kami serta mudah difahami kerana diterangkan secara berperingkat.

Pada mulanya, dibentangkan tentang wanita. Wanita ibarat bunga. Apabila ia mula menunjukkan kecantikannya, yakni mula mengembang mekar, ia akan dirosakkan oleh kumbang-kumbang ganas.

Kedua, tunjuk slide berkenaan mangsa-mangsa penculikan yang terdiri daripada golongan kanak-kanak. Puncanya adalah remaja. Sebelum ini, ana sendiri pun tak pernah terfikir bahawa kes seperti ini berlaku adalah berpunca daripada remaja itu sendiri.

Ketiga, muallimah pasang lagu azimat ibu (kalau tak salah).

Dan yang terakhir, kami ditunjukkan dengan video simulasi kematian. Walaupun, sudah banyak kali ana tonton video seperti ini, ana masih mendapat kesannya apabila melihat video ini. Masih takut akan kematian.

Selepas selesai keempat-empat pembentangan itu, muallimah menyuruh ana mengagihkan kain penutup mata. Buat simulasi, bayangkan kita disoal malaikat Munkar dan nakir di dalam kubur nanti. Dipendekkan cerita, ramai yang insaf. Mereka bermaaf-maafan. 'Jamuan ringan', baca surah Al-Mulk, barulah tidur.

18 Februari 2010, Khamis
Mereka diberi kebebasan sama ada mahu membuat qiamullail atau tidak. Tiada paksaan. Namun, pada waktu inilah, kami melihat keberkesanan program ini kepada mereka. Selepas Subuh, gotong-royong, sesi penyampaian hadiah.

Ada kumpulan terbaik yang kami nilai dari segi akhlak, ketepatan masa, kerjasama dan kebersihan. Pada mulanya, kami tidak tahu untuk memilih sama ada kumpulan Marsha atau kumpulan Wafaa'. Namun, setelah diteliti kembali, kami telah memilih kumpulan MARSHA sebagai pemenang.

Marsha: Kita kena potong markah dekat bahagian masa.
Mutmainnah: Sebab ana lambat ke tadi?
Marsha: A'ah. (straight foward cakap)
Mutmainnah: Oh, tapi tak apalah menang juga kan!

Ana pun cakap dengan Marsha, tapi, menang pun sebab Innah juga. Dia semangat nak 'gonyoh' tandas. Time perhimpunan, mereka semua minta maaf dengan semua warga SMIAAK.

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::6 Rabi'ul Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pengenalan Program MaUTaDi

InsyaAllah, pada 17 dan 18 Februari akan diadakan sebuah program yang diberi nama MaUTaDi oleh ana dan Haziqah. Apa tu? Manisnya Ukhuwwah, Tarbiyyah Diserap. Di samping itu, perkataan MaUTaDi mengingatkan kita akan kematian.

Program ini adalah program pertama yang diadakan di sekolah kita. Sasarannya adalah banat form 1 dan 2 yang semestinya WAJIB hadir kerana ini adalah salah satu program tarbiyyah yang dianjurkan oleh sekolah. Program tersebut diconduct oleh barisan AJK daripada form 4 sendiri iaitu :
  • PENAUNG: Muallimah Ainon
  • GURU PENASIHAT: Muallimah Norihan
  • PENGARAH: Afif Aliyana (MPP)
  • S/U: Wafaa'
  • BENDAHARI: Syaza Nadiah
  • AJK:-
  1. PROGRAM: Marsha
  2. TEMPAT & KEBERSIHAN: Robiatul Adawiyah
  3. MAKANAN: Nurhaziqah
  4. PERALATAN & KESELAMATAN: Mardhiyyah
  5. DISIPLIN: Siti Fatimah
TUJUAN: Sifar Masalah

TENTATIF PROGRAM:
17 FEBRUARI 2010
3.30p.m - 5.00p.m : Keindahanmu Duhai Puteri
5.00p.m - 5.30p.m : Solat/Mathurat
5.30p.m - 6.30p.m : Di mana kita, kita tetap hambaNya
6.30p.m - 7.30p.m : Kendiri/Solat/Makan
7.30p.m - 8.30p.m : Kenapa kita di sini?
8.30p.m - 9.00p.m : Solat
9.00p.m - 10.30p.m : Slot 4
10.30p.m - 11.30p.m : Al-Mulk/Tirai Berlabuh

18 FEBRUARI 2010
5.00a.m - 6.00a.m : Nak ke, tak nak?
6.00a.m - 6.30a.m : Solat/Mathurat
6.30a.m - 7.30a.m : Sarapan/Jom ke sekolah! Yahoo!!


KUMPULAN MENGIKUT FASILITATOR

1-AFIF ALIYANA:
  • Fatin Ayuni
  • Nur Hafidzah
  • Mawaddatul Husna
  • Nur Anira
  • Siti Muslihah
2-FATIMAH:
  • Nur Ain Sofia (H)
  • Safura
  • Aisyah Umairah
  • Nik Nur Nadia
  • Nur Adibah Zakiah
3-HAZIQAH:
  • Nurin Najihah
  • Nur Zaity
  • Nur Amirah
  • Nurul Ufairah
  • Zayani Izzati
4-MARDHIYYAH:
  • Nur Ain Sofia (S)
  • W.N. Ain Syafiqah
  • Fatin Anisah
  • Masyitah
  • Shasza
5-MARSHA:
  • Mutmainnah
  • Nur Aulia
  • Munirah
  • W.N. Afiqah
  • W.N. Zawahir
6-ROBIATUL:
  • Sarah Nur Syafiqah
  • Shasha
  • Qurratul Ain
  • Siti Faiqah
  • W.N. Aisyah
7-SYAZA:
  • Eli Aima
  • Nur Farhah Aqilah
  • Afif Amnani
  • Balqis Nur Balilah
  • C.E. Farhanim
8-WAFAA':
  • Fatin Fakhira
  • Fuaddah Az-Zahra
  • Atikah
  • Izzati Syafiqah
  • Nur Ain Fatini
  • W.N. Nadhirah
JADUAL TUGASAN (bersihkan kawasan)

18/2/2010
MUSOLLA - Kump. Fatimah dan Haziqah
KANTIN - Kump. Mardhiyyah dan Syaza
TANDAS - Kump. Marsha dan Wafaa'
BILIK MESYUARAT - Kump. Aliyana dan Robiatul

InsyaAllah, nanti, nak tangkap gambar sebanyak yang mampu..

*Sepatutnya, Zahirah kumpulan ana, tetapi dia telah ditimpa kemalangan dan masih tidak sedarkan diri. Baca selanjutnya...

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::2 Rabi'ul Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

PINTAR 3

Pada 12 hingga 14 Februari yang lalu, ana telah mengikuti program PINTAR iaitu Perhimpunan Remaja Soleh Solehah Terengganu 2010 di SM Teknik Dungun.

Ana pergi ke sana dengan menaiki bas sekolah. Sampai di Dungun lebih kurang pukul 5:15 petang. Masa taklimat, ada sesi ta'aruf bagi para fasilitator. Huh, abang ana pun jadi fasi. Katanya, dia anak bongsu. Abaikan dia, malas layan anak bongsu tu. Ada 8 orang banat daripada SMIAAK tidur dekat bilik urusetia. Masa ice breaking malam tu, kita main teka-teka siapa di sebalik kain tu. Masa giliran ana, ana dapat Fatimah. Kita berdua terkejut, mula-mula gelak dulu. Baru sebut nama. Kemudian, main spider web. Memang tak boleh.

Namun, acara kemuncak, masa kena jalan atas paku tu. Ana dah tahu program ni sebab Marsha pernah cerita pasal program ni, masa dia ikut kakak dia jadi fasi. Tapi, apa yang ana dapat daripada program ini ialah kita hendaklah menyerah diri dan bertawakkal kepada Allah sepenuhnya.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::1 Rabi'ul Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Syarat Untuk Membuat Maksiat

Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat”.

Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh teruskan melakukan maksiat”.

  1. “Jika kamu maksiat kepada Allah, jangan makan rezekiNya. Lelaki itu seraya berkata, Aku mahu makan dari mana? “Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”. “Ya,” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih pantas kah memakan rezekiNya, sementara kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
  2. “Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal dibumiNya!”. Syarat ini membuat lelaki itu kaget setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kau layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sementara kamu melanggar segala laranganNya?”. “Ya, Anda benar,” kata lelaki itu.
  3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,”Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam apa? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”. “Nah, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan berlaku maksiat?” kata Ibrahim.
  4. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut roh mu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematian ku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'”. Lelaki kembali itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permohonan ku?”. “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak bisa menunda dan mengundurkan datangnya kematian mu, lalu bagaimana engkau bisa lari dari murka Allah?”
  5. “Baiklah, apa syarat yang kelima?”. Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak menggiring mu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mahu ikut bersamanya”. Perkataan tersebut membuat lelaki itu tersedar. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah,” katanya sambil teresak.
Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::27 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kaki Makan

Diceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. makan kurma bersama-sama Ali bin Abi Talib. Beliau meletakkan biji-biji kurma yang telah dimakannya di hadapan Ali, yakni menjadi satu dengan biji-biji kurma yang telah dimakan oleh Ali. Maka jadilah biji-biji itu berlonggok di hadapan Ali, seolah-olah dialah yang makan kesemuanya.

"Wahai Ali, engkau ini sungguh kaki makan," kata Rasulullah s.a.w.

"Wahai Rasulullah, orang yang kaki makan adalah yang makan kurma dengan biji-bijinya sekali," kata Ali.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::16 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: February 2010
Design by a.a.ghariib