Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

MaUTaDi

Alhamdulillah, program ini dapat dijalankan dengan jayanya (4 kali meeting). Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

17 Februari 2010, Rabu
Selepas tamat waktu sekolah, kami melakukan persiapan. Ana dan Fatimah uruskan botol-botol yang perlu digantung yang berfungsi sebagai peti surat. Marsha jaga slot pertama ini, Keindahanmu Duhai Puteri oleh ummuha, Makcik Fadhilah. Yang selebihnya, uruskan bahagian makan dan minum untuk makcik sebab terlupa nak beli makanan untuk penceramah. So, Mardhiyyah dan Haziqah pergi kedai dengan Muallimah Fatimah Munirah. Mula-mula nak pergi dengan Muallimah An, tapi muallimah tengah sibuk buat preparation untuk malam ni. Jangan kacau muallimah. Kesian.

Seusai mengerjakan solat Asar dan baca ma'thurat, mereka masuk dalam kumpulan yang telah diberikan. Macam kumpulan ana dan Marsha, pergi jalan-jalan luar kawasan sekolah. Kami beritahu apa-apa yang patut seperti yang telah dibincangkan ketika meeting. Mereka juga berkongsi cerita, tanya hukum dan lain-lain. Kumpulan ana yang paling riuh, Balqis dan Farhah of course. On d way balik sekolah, hujan, jadi, riadah dalam musolla. Main macam masa dekat PINTAR dan X-REK. Mula-mula main harga remaja. Kemudian main disumpah menjadi telur. "Wahai rakyat jelata, kamu semua disumpah menjadi telur." Kali pertama main, Zawahir (rasanya) kalah, kali kedua, Aisyah.

Selepas makan, kendiri, solat Maghrib, kami bergegas ke library untuk slot yang seterusnya. Slot 3, Kenapa Kita di Sini oleh Pakcik Zameran. Pakcik tanya perasaan Ufairah apabila kehilangan seorang ibu. Tanya, kenapa sekolah sini dan bercakap tentang kematian. Masa dah habis slot pakcik, pakcik beritahu kami: Pakcik hilang kata-kata, hilang idea dll bila teringat Zahirah. Afif nak bagi hadiah tapi tak jumpa hadiah ada dekat mana. Jadi kelam kabut. Last-last, bagi hadiah secara tak rasmi depan tangga.

Siap menunaikan solat Isya', kami bergegas ke bilik mesyuarat. Slot ini tiada nama yang khusus. Namun begitu, para AJK memanggilnya slot NORISHA sebab slot ini dikendalikan oleh Muallimah An. Sementara menunggu, para AJK memberi sedikit teguran dan diteruskan oleh Kak Humaira'. Pada mulanya, mereka tertanya-tanya, slot ini pasal apa? Siap ada LCD lagi. Ana rasa, slot ini amat berkesan buat mereka dan kami serta mudah difahami kerana diterangkan secara berperingkat.

Pada mulanya, dibentangkan tentang wanita. Wanita ibarat bunga. Apabila ia mula menunjukkan kecantikannya, yakni mula mengembang mekar, ia akan dirosakkan oleh kumbang-kumbang ganas.

Kedua, tunjuk slide berkenaan mangsa-mangsa penculikan yang terdiri daripada golongan kanak-kanak. Puncanya adalah remaja. Sebelum ini, ana sendiri pun tak pernah terfikir bahawa kes seperti ini berlaku adalah berpunca daripada remaja itu sendiri.

Ketiga, muallimah pasang lagu azimat ibu (kalau tak salah).

Dan yang terakhir, kami ditunjukkan dengan video simulasi kematian. Walaupun, sudah banyak kali ana tonton video seperti ini, ana masih mendapat kesannya apabila melihat video ini. Masih takut akan kematian.

Selepas selesai keempat-empat pembentangan itu, muallimah menyuruh ana mengagihkan kain penutup mata. Buat simulasi, bayangkan kita disoal malaikat Munkar dan nakir di dalam kubur nanti. Dipendekkan cerita, ramai yang insaf. Mereka bermaaf-maafan. 'Jamuan ringan', baca surah Al-Mulk, barulah tidur.

18 Februari 2010, Khamis
Mereka diberi kebebasan sama ada mahu membuat qiamullail atau tidak. Tiada paksaan. Namun, pada waktu inilah, kami melihat keberkesanan program ini kepada mereka. Selepas Subuh, gotong-royong, sesi penyampaian hadiah.

Ada kumpulan terbaik yang kami nilai dari segi akhlak, ketepatan masa, kerjasama dan kebersihan. Pada mulanya, kami tidak tahu untuk memilih sama ada kumpulan Marsha atau kumpulan Wafaa'. Namun, setelah diteliti kembali, kami telah memilih kumpulan MARSHA sebagai pemenang.

Marsha: Kita kena potong markah dekat bahagian masa.
Mutmainnah: Sebab ana lambat ke tadi?
Marsha: A'ah. (straight foward cakap)
Mutmainnah: Oh, tapi tak apalah menang juga kan!

Ana pun cakap dengan Marsha, tapi, menang pun sebab Innah juga. Dia semangat nak 'gonyoh' tandas. Time perhimpunan, mereka semua minta maaf dengan semua warga SMIAAK.

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::6 Rabi'ul Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

1 Comments
Comments

1 responses:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: MaUTaDi
Design by a.a.ghariib