Setiap pertuturan atau kata-kata yang dikeluarkan dari mulut manusia adalah cerminan kepada hati mereka. Jika baik kata-katanya maka baiklah hatinya. Jika buruk kata-katanya maka buruklah hatinya.
Jagalah lidah kita dengan sebaik-baiknya. Lidah kita bagaikan emas yang berharga, sempurna penjagaannya. Begitulah juga dengan lidah. Oleh disebabkan satu perkataan yang dituturkan menyebabkan kita dihormati dan tidak kurang juga membinasakan kita. Jika apa yang ingin dikatakan itu tidak sedikit pun membawa kebaikan, lebih baik mendiamkan diri. Jagalah lidah kita sebaik mungkin.
Perlu ingat bahawa lidah kita akan digunakan untuk mengucapkan 'Lailahailllallah..' ketika sakaratul maut datang menjemput kita. Bagaimana apabila datangnya ajal kita jika Allah kelukan lidah kita daripada berkata-kata? Tepuk dada tanya iman. Fikir-fikirkanlah kerana segala pekerjaan dan apa yang dituturkan akan dikira walaupun sebesar biji sawi. Ingatlah, kata-kata menggambarkan hati kita.
Semoga kita menggunakan lidah kita dengan sebaik-baiknya, InsyaAllah.
Masih ana ingat pada tahun 2006, beberapa orang pelajar tahun 6 dan tahun 4 dipilih untuk melakukan persembahan nasyid pada hari ihtifal. Ada 2 buah lagu yang dinyanyikan dan salah satunya ialah sendaloka anak-anak Al-Amin. Kami telah dilatih oleh Sir Malik dan lagu yang dinyanyikan juga diubah suai oleh beliau. Ayat yang biasa digunakannya, "nyanyi biar harmoni". Kemudian, tak pasal-pasal ana kena jadi ketuanya.
SENDALOKA ANAK-ANAK AL-AMIN Bang, janganlah dimakan pujian orang Takut nanti tersungkur tak sedar diri Biar apa dikata orang Baju mesti diukur di badan sendiri Baju mesti diukur di badan sendiri
Mungkin juga Al-Amin tidak setaraf Bangunannya juga mungkin tak secantik Biar apa dikata orang Kami tetap berdiri di kaki sendiri Kami tetap berdiri di kaki sendiri
Biarlah orang berkata Mengikut tafsir mereka Hatiku pasrah semata Ku serah pada yang Esa Bukan ku minta simpati Tak ingin dikasihani Ku mohon pada Ilahi Mudahkan saja hasrat di hati
Ayuhlah bersama Kita tingkat diri Lupakanlah prasangka di jiwa Sahut cabaranku Ayuh bersegera Sucikan hati............... Tetap Al-Amin di hati..........
AL-AMIN KAU TETAP DI HATI
Ku tatap mesra wajahmu Tekad hati ini Terus bersamamu Semenjak kau bertapak Kau melangkah berani Membina wawasan Bersama semua Kita jadi satu
Kau terlalu istimewa Lambang dan harapan semua Seikhlas tiada batasan Terus membara Tak sabar rasa hati Inginku lihatmu gemilang Tetap gagah Moga Tuhan merahmatimu
Kau pasti bergemerlapan Restu Maha Esa Bersama semua Kita jadi satu
Tak tertanggung rasa... Betapa beratnya... Namun ku tempuh jua...
*Kalau tak salah, lagu ini diubahsuai dari lagu Adibah Noor...Kreatif Sir Malik. dan kami.. *2thn lps rsenye, dgr junior nyanyi. Teringat kisah dulu..tapi..x harmoni..hehe, jgn mrh.
Abu Hurairah atau nama penuhnya Abdurrahman bin Sakhar. Beliau berasal daripada Bani Zahran di daerah Daus. Daus adalah daerah yang subur dan beriklim sejuk. Sumber pendapatan penduduk Daus ialah pertanian dan penternakan. Kini, Daus termasuk dalam daerah jajahan negara Arab Saudi.
Sebelum Abu Hurairah beragama Islam, beliau beragama Majusi yang menyembah api. Namanya sebelum Islam ialah Abdus Sham yang bererti hamba api. Selepas beliau memeluk Islam pada bulan Muharram, tahun ke-7 Hijrah, namanya itu digantikan dengan nama Abdullah yang bererti hamba Allah. Nabi Muhammad yang memberi nama itu. Kemudian, beliau digelar Abu Hurairah yang bererti si bapa kucing.
Beliau berkata,
"Saya mendapat gelaran Abu Hurairah ini kerana saya menemui anak-anak kucing liar. Lalu saya ambil anak-anak kucing itu dan dimasukkan ke dalam baju jubah saya."
Orang bertanya kepada saya, "Apa yang bergerak-gerak dalam baju kamu itu?"
Album : Tak Kenal HENTI !!! Munsyid : Shoutul Harokah
Palestina, negeri yang tercinta Tempat suci umat Islam, kiblat yang pertama Palestina, kini terluka Tertindas oleh yahudi durjana Palestina, tanah jihad kita Berjuanglah kobarkan perlawanan Intifadhoh! Intifadhoh
Reff : Majulah serentak, hai mujahid setia Bebaskan Palestina dari taring penjajah Majulah serentak, hai mujahid setia Bebaskan Palestina dari taring penjajah
Binasakan (binasakan)! Lantakkan (lantakkan)! Yahudi la'natulloh! Binasakan (binasakan)! Lantakkan (lantakkan)! Yahudi la'natulloh! Yahudi la'natulloh!
Hancurkan, segala, kedzoliman Tumbangkan, tirani, angkara murka Langkahkan kakimu Ayo jangan ragu (Alloh) Allohu Akbar, Allohu Akbar Allohu Akbar, Allohu Akbar Alloh allohu akbar Allohu Akbar, Allohu Akbar Alloh allohu akbar
Majulah serentak, hai mujahid setia Bebaskan Palestina dari taring penjajah Majulah serentak, hai mujahid setia Bebaskan Palestina dari taring penjajah
Binasakan (binasakan)! Lantakkan (lantakkan)! Yahudi la'natulloh! Binasakan (binasakan)! Lantakkan (lantakkan)! Yahudi la'natulloh Yahudi la'natulloh
Palestina, negeri yang tercinta Tempat suci umat Islam, kiblat yang pertama Palestina, kini terluka Tertindas oleh yahudi durjana Palestina, tanah jihad kita Berjuanglah kobarkan perlawanan Intifadhoh! Intifadhoh
Hancurkan, segala, kedzoliman Tumbangkan, tirani, angkara murka Langkahkan kakimu Ayo jangan ragu (Alloh) Allohu Akbar, Allohu Akbar Allohu Akbar, Allohu Akbar Alloh allohu akbar Allohu Akbar, Allohu Akbar Allohu Akbar Allohu allohu akbar
Alkisahnya, setelah 17 tahun berlalu, kini, seorang hamba Allah ini telah bertemu dengan sahabatnya semula di dalam sebuah masjid. Dia mengenali wajah sahabatnya itu, namun namanya tidak dapat diingati. Dia membuka kisah yang telah berlaku kepadanya selepas tamat belajar.
Dipendekkan cerita, hidupnya menjadi sangat tertekan selepas memasuki alam pekerjaan sehingga menyebabkan dirinya menjadi seperti orang gila. Berjalan-jalan di tepi jalan dengan memakai baju sebelah badan sahaja. Pendek kata, kelakuannya, mirip orang gila.
Namun, apa yang menariknya, dia masih pandai melihat jam, "Oh, dah masuk waktu Asar." Pergi solat. Dia memang jaga sangat waktu solatnya. Tapi pada waktu-waktu lain, gayanya seperti orang gila. Pernah sampai ke satu tahap, dia ingin membunuh diri, terjun bangunan tapi dibatalkan kerana dah masuk waktu solat Zohor.
"Mungkin sebab aku jaga solat, Allah lindung aku."
Dia juga ada menyebut tentang hadis ini.
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, Nabi SAW bersabda, “Solat itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.”
"Kalau jahat mana pun seseorang itu, tapi dia jaga solat, InsyaAllah, dia akan kembali ke pangkal jalan. Rumah, kalau tiang tak ada, runtuhlah. Tapi, kalau rumah runtuh, tiang masih ada, boleh didirikan semula." katanya lagi.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
-Riwayat at-Tirmidzi-
Huraian
Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”
*Kisah benar
Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.
Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu'alim, mu'addib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.
Mu'allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu'allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu'allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.
Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu'allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.
Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.
Mu'addib (Ta'dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu'addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu'addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu'addib adalah menyiapkan mu'addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu'addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu'addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.
Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ... (Q:11:29)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman (Q:42:215)
Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.
Hmm...hebatkan peranan guru! Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan mulia. Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi insan yang terpuji sifat dan peribadinya sesuai dengan tema sambutan hari guru, "Guru pembina negara bangsa."
TERIMA KASIH GURUKU Pagiku cerahku, matahari bersinar, ku gendong tas merahku, di punda.
selamat pagi semua, kunantikan dirimu, di depan kelas mu, menantikan kami, guruku tersayang, guru tercinta, tanpamu, apa jadinya aku, tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal, guruku, terima kasihku.
nakal nya diriku, kadang buatmu marah, namun segala maaf, kau berikan.
Album : Tak Kenal HENTI !!! Munsyid : Shoutul Harokah
Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi Jangan ragu lagia janji surganya pasti Kobarkanlah api peperangan suci Yakin kemenangan janjikan bidadari
Bangkitlah segera wahai pemuda Jangan terlalaikan oleh buai dunia Di sana ada negeri Islam terluka Sadarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata Panjatkan do'a untuk citakan surga Pekikkan takbir sampai nafas terakhir Kejayaan di tangan kita
Satu! hati! bebaskan Palestina Hancurkan yahudi penjajah Tegap! maju! dan songsonglah surga Tak kan pernah gentar Sampai Al-Quds merdeka
Hahahahahahahahahahaa Hahahahahahahahahahaa Aha hahaha Ahahahahaha Aha hahaha hahahahaha
Satu! hati! bebaskan Palestina Hancurkan yahudi penjajah Tegap! maju! dan songsonglah surga Tak kan pernah gentar Sampai Al-Quds merdeka
Bangkitlah segera wahai pemuda Jangan terlalaikan oleh buai dunia Di sana ada negeri Islam terluka Sadarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata Panjatkan do'a untuk citakan surga Pekikkan takbir sampai nafas terakhir Kejayaan di tangan kita
Satu! hati! bebaskan Palestina Hancurkan yahudi penjajah Tegap! maju! dan songsonglah surga Tak kan pernah gentar Sampai Al-Quds merdeka
Satu! hati! bebaskan Palestina Hancurkan yahudi penjajah Tegap! maju! dan songsonglah surga Tak kan pernah gentar Sampai Al-Quds merdeka Tak kan pernah gentar Sampai Al-Quds merdeka
Masih mekar kenangan indah, Zaman gemilang islam menjulang, Ketika rasul ada bersama, Para sahabat mentadbir dunia, Zaman nubuwwah era khulafa’, Islam umpama api membara, Menerangi ummah dan juga sahabat, Bahangnya bagai membakar lawan.
Di celah itulah kami mengatur, Lankah membina sebuah tamadun, 1 barisan 1 perjuangan, Bersama kita segera tunaikan, Amanah rasul itu yg utama,
Ayuh semua para mujahid, Ayuh semua mujahidah, Mari bersama kita nyalakan, Bara perjuangan di dalam diri, Agar tertegak kalimah ilahi.
Who should I give my love to? My respect and my honor to Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah
Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hold you And clean you and clothes you Who used to feed you? And always be with you When you were sick Stay up all night Holding you tight That?s right no other My mother
Who should I take good care of? Giving all my love Who should I think most of? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hear you Before you could talk Who used to hold you? Before you could walk And when you fell who picked you up Clean your cut No one but your mother My mother
Who should I say why close to? Listen most to Never say no to After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hug you And buy you new clothes Calm your head And blow your nose And when you cry Who wiped your tears? Knows your fears Who really cares? My mother
Say Alhamdulillah Thank you Allah Thank you Allah For my mother
Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.
Suatu hari, Malaikat Maut datang menemui Nabi Ibrahim a.s. untuk mengambil nyawanya. Nabi Ibrahim bertanya kepada malaikat, "Pernahkah engkau melihat seorang kekasih mematikan kekasihnya?"
Maka Allah pun menjawab dengan pertanyaan kepada Nabi Ibrahim, "Apa kamu pernah melihat seorang kekasih tidak mahu pergi menjumpai orang yang dikasihinya?"♥
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."
(Az-Zariyat:56)
Kita haruslah sedar bahawa kita adalah khalifah Allah di muka bumi adalah untuk memakmurkan bumi ini dengan kalimah tauhid. Khalifah + Ibad = Real Muslimah/Muslim.
"Janganlah kamu meminta amanah kerana sesungguhnya dalam diri kamu sudah ada amanah."
(Hadis)
Apa yang dimaksudkan dengan 'sesungguhnya dalam diri kamu sudah ada amanah.'??? Sedarlah, sebagai seorang muslim, tugas kita adalah untuk menegakkan Islam dengan cara berdakwah, mengajak orang menuju kepada kebenaran yang hakiki. Dalam hal ini, kita haruslah sentiasa mencontohi Rasulullah. Ini bermakna, kita perlu menjadi pemimpin kerana hakikatnya kita adalah pemimpin.
Jangan kita memberi alasan, "Bukankan seorang muslim itu, seharusnya bersifat tawadhu'? Tak perlu sibuk-sibuk berdakwah. Malulah. Kita nak jadi orang biasa je." Kita seharusnya menjadi 'orang biasa yang luar biasa' dan merendah diri mengikut keadaan. Semua orang berpotensi untuk menjadi manusia yang hebat. Manusia yang hebat ialah manusia yang mengetahui potensi diri sendiri.
"Sesungguhnya, Kami telah jadikan manusia itu sebaik-baik ciptaan."
(At-Tin:4)
"Orang yang tidak berjasa ibarat lebihan dunia."
(Hadis)
Bersyukurlah kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam. Jadi, bagaimana kita mahu menyumbang kepada Islam? Berdakwah. Dengan cara yang berhikmah, berbudi bahasa tetapi tegas. Namun, menunjukkan contoh teladan salah satu daripada cara berdakwah.
"Berdakwah dengan peribadi lebih berkesan berbanding berdakwah dengan lisan."
(Hadis)
Ada satu kata-kata yang ana dengar, "Sekiranya Islam hilang daripada remaja, akan hancurlah dunia."
Sama-samalah mencari MARDHATILLAH dengan BERDAKWAH.
Oh, itu, J.I.N. bukan jin. Ada titik tuuuuu, maksudnya, short form.
Hah! Short form? Untuk apa?
Jangan Ikut Nafsu...
Kenapa? Ikuti kisah di bawah...
Dalam sebuah kitab karangan 'Uthman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syakir Alkhaubawiyi menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal menghadaplah engkau." Maka akal pun menghadap ke hadapan Allah, kemudian Allah berfirman, "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akan pun berbalik.
Kemudian Allah berfirman lagi, "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu yang dhaif dan lemah." Lalu Allah berfirman, "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya, "Wahai nafsu menghadaplah engkau." Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi, "Wahai nafsu! Siapakah aku?". Lalu nafsu menjawab, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu menjawab, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah menyeksanya dengan neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah berfirman, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku."
* * *
Dalam kisah ini, dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu adalah jahat dan sentiasa menyuruh kita melakukan kejahatan. Antara sifatnya ialah fakir, jahil, suka kerehatan, zalim dan lain-lain. Di sebalik hati, adanya nafsu dan di sebalik nafsu, adanya syaitan. Kesannya, kita akan menjadi malas untuk beribadah.
Salah satu cara untuk mendidik nafsu adalah dengan berlapar atau dalam erti kata lain, berpuasa. Sebab apa perlu berpuasa???
Dapat jernihkan hati dan tajamkan akal.
Tundukkan nafsu, halang dan hilangkan rasa bangga diri.
Apabila lapar, kita akan mengingati orang lain.
Kurang tidur dan akan jaga malam.
Cegah sakit, sihat tubuh badan.
Oleh itu, hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita kerana sekiranya dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Semoga kita semua dilindungi daripada tipu daya syaitan...
::19 Jamadil Awal 1431H::
Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~
About Me
Khaleefah Allah ^_^
The silent extraordinaire and underestimate her at your own peril...