Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Cuti Pertengahan Tahun Bermula~

Alhamdulillah, kami, pelajar menengah atas baru habis periksa OTI 2 pada jam 1.45p.m. semalam. Pukul 7.00 pagi, dah siap semuanya, tinggal nak baca buku hadis je dan cari sajak yang disuruh oleh kak Zubaidah. Jadi, bukalah internet pagi-pagi tu. Sambil cari sajak, sign in blog. Nampak banyak post-post tentang Palestin daripada blog yang difollow. Ambil kesempatan update blog, sekejap sahaja. Antara post yang menarik perhatian ana, post yang bertajuk Palestin!. Pergi sekolah lebih kurang pukul 7.20 pagi, setelah semua adik-beradik ana siap.

Pada perhimpunan pagi, Akh Nazifi dan Akh Hafizuddin bercakap tentang isu Palestin dan membetulkan persepsi-persepsi yang salah tentang Palestin.

Selepas rehat kedua, kami membuat sepanduk untuk demonstrasi esok. Banat bawa kotak dan kami memberi kad manila kepada banin untuk turut serta membuat sepanduk. Apa-apa pun, ingatlah pesanan yang telah AMT berikan.

Pada 17 dan 18 Jun ini, pihak MUSLEH telah menganjurkan Karnival Kokurikulum Musleh di UiTM Dungun. Ada macam-macam pertandingan. Ada futsal dan bola tampar bagi banin, bola jaring bagi banat, acara balapan, coral speaking, pertandingan hafazan dan tarannum dan public speaking (spontaneously).

Sekarang, sedang terfikir-fikir, nak pergi tak perkhemahan KRS buka sekolah nanti. Banat hanya 2 orang dari setiap sekolah. Maksudnya, 4 orang dari sebuah sekolah. Perkhemahan pula dijalankan selama satu minggu dan pada hari sekolah. Banin, ana tak pasti siapa yang pergi. Banat, setakat ni, Khadijah sorang. Kena istikharah dulu. "Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku. Yang mana lebih utama dan lebih baik untuk diriku ini."

Ps: Jangan lupa untuk doakan para mujahid dan mujahidah setiap hari.
Pss: Dan jangan lupa ambil peluang untuk kutip duit Palestin!!

Selamat bercuti!

::21 Jamadil Akhir 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Cuti Pertengahan Tahun Bermula~
Design by a.a.ghariib