Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Fiesta Barakah 2011

19091432H
Program Fiesta Barakah telah diadakan pada 18 hingga 19 Ogos 2011 di Al-Amin Kemaman.

18 Ogos 2011, Khamis
Seusai solat Zohor, kami dikehendaki untuk berkumpul di surau bagi mendengar taklimat program ini. Tentatif program diberitahu. Waktu untuk kendiri dan kemas tempat penginapan adalah 2:10 hingga 3:10. Eh, ada kelas Biologi lepas ni. Pergi tanya muallim, muallim kata, "Nak kelas tak?" "Nak." "Kita kelas 10 minit cukuplah." Masa dah pukul 3:00 baru kami kendiri. Kemudian, kami dikehendaki masuk ke dalam kumpulan yang telah ditetapkan untuk tadarus Al-Quran. Ana kumpulan ketiga, juzu' 18. Selepas itu, dengar tazkirah yang disampaikan oleh Akh Mujahid berkenaan Al-Quran. Solat Asar dan mathurat.

Kemudian, tibalah masa untuk beriadah. Ada tiga permainan. Pertama, main kira-kira. Ni kena pandai matematik. Berkumpul ikut bulan kelahiran. Kemudian, bergabung kumpulan. Kumpulan 1 dari bulan Januari hingga April. Kumpulan 2, bulan Mei hingga Ogos. Kumpulan 3, bulan September hingga Disember. Kumpulan ketiga kumpulan yang paling ramai, jadi ada yang kena masuk ke dalam kumpulan 1 dan 2, nak biar sama rata. Sama kumpulan dengan adik ana.

Kedua, mainan memasak. 8 orang chef iaitu Aqilah, Fatimah, Iera, Khadijah, Mardhiyyah, Marsha dan Zalilah (siapa lagi sorang ye?), perlu mencari bahan-bahan kek mereka yang hilang. Setiap orang diberi nama bahan yang dia perlu jadi. Ana jadi 1 cawan gula perang. Kemudian, kena cari chef kita. Chef ana, Iera, masak kek coklat. Sama lagi kumpulan dengan adik ana. Kumpulan kami siap dulu, kemudian kena ajar cara memasak kek coklat. Tak sempat buat semua kumpulan, sempat kek coklat (Chef Iera), kek tiramisu (Chef Fatimah), kek black forest (Chef Aqilah) dan kek blueberry (Chef Marsha).

Ketiga, main pecahkan belon. Kena tiup belon yang diberi dan letak atas tikar. Pecahkan belon tersebut dengan mengangkat kawan kita dan tindih belon tersebut sampai pecah. Syaratnya, mesti angkat kawan bukan duduk sendiri atas belon. Akhir sekali, buat kesimpulan apa yang kita dapat dari permainan ini.

Seterusnya, ada majlis khatam al-Quran. Muallimah-muallimah sibuk menyediakan makanan untuk berbuka bersama beberapa orang yang telah ditugaskan untuk berbuat demikian. Banyak kuih, ada kuih kasui, kuih bakar, muffin (kak Muazzamah buat) dan popia. Buah tembikai, nasi. Selesai berbuka, pergi ke musolla untuk menunaikan solat Maghrib dan diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Akh Anwar.


Ada sekali tu, nak simpan pinggan mangkuk dekat dapur. Kemudian, nampak Afiah menggigil. Ketar tangan dia, sejuk. Dia kata, tadi Fatimah ada kata nak ambil barang belakang asrama. Kemudian, Hazimah ternampak ada orang belakang asrama, dia kata, "Beraninya Fatimah pergi sorang-sorang belakang asrama (sebab kawasan tu gelap)." Dia baru je nak pergi, lepas tu ada orang tahan Hazimah. Fatimah pun baru datang belakang dia. Kemudian, diorang pun panggil muallimah An, pucat-pucat muka diorang. Muallimah An dengan muallimah Su pun turun. Muallimah An ronda asrama dengan yang lain. Muallimah Su pun tanya kami apa yang berlaku tadi. Kami pun ceritalah, kemudian, kami ajak muallimah Su dengan pelajar asrama SRI tidur sekali dekat musolla. Ronda kali kedua pula, muallimah An ronda dekat belakang, kami dengan muallimah Su ronda ikut depan. Muallimah Su nampak ada orang jalan tepi pagar asrama banat tu, orang tu kelihatan mencurigakan, dia jalan straight je, tak toleh pun kat sini.>


Teruskan dengan tugasan. Bawa turun sejadah, solat terawih nanti dekat atas kanvas, kawasan tengah sekolah, tempat majlis khatam Quran tadi. Lepas Isya' dan terawih, ada slot 1. MT01 ada tayangan dekat musolla, cerita perang antara orang Turki dengan orang Israel. MT02, dengar ceramah oleh Akh Irfan (MIB) dekat bilik APD. Pembentangan tentang surah al-Anfal, ayat 1 hingga ayat 14. Sepatutnya sampai 20, tapi tak sempat. Masa ustaz Idris bagi tugasan tu dekat dia pun, ustaz kata, sejam tak cukup ni. Macam-macam gelagat. Marsha kata, orang dekat belakang-belakang tu dah jadi macam 'mabuk', macam mamai pun ye juga.

Bila habis ceramah ni, ingat nak terus tidur, pening kepala. MT01 dah selamat dah (meneroka alam mimpi). Tapi Marsha ajak ana dengan Mardhiyyah turun, "Eh, ada moreh kan. Jomlah turun. Kesian diorang, mesti diorang dah tempah makanan. Kalau orang tak makan, nanti membazir pula." Turunlah bawah, ada bubur kacang hijau. Lepas tu, terus naik ke musolla dengan Marsha untuk mengikut jejak langkah MT01. Mardhiyyah tolong basuh dulang dan pinggan orang.


Masa ni, ada sesuatu yang berlaku juga. Yang tinggal dekat sinki bawah, Auni, Robiatul dan Syikin. Ada beberapa orang banin form 5 yang membasuh dekat dapur. Tengah-tengah membasuh, ada orang lelaki tepi pagar sekolah, duduk atas basikal, berpakaian putih sibuk memerhati mereka di sinki. Masa Robiatul toleh ke arah dia, tiba-tiba orang tu tunding jari dekat dia. Ketakutan menyelubungi, akhirnya mereka bertiga lari masuk dalam bangunan sekolah. Paip dibiarkan terbuka, pinggan mangkuk dibiarkan di sinki. Banin baru naik masa tu.

Diorang pun panggil banin, masa tu, masing-masing dah terketar-ketar. Ada Mujahid, Irfan dan Faiq.
Banat: Banin, turun jap kat bawah, teman banat.
Mujahid: Bakpe, bakpe?
Banat: Tadi ada orang lelaki duduk tepi pagar sekolah.
Banin: (Turun bawah)
Banat: Tunggu dekat pentas eh. Jangan gi mana-mana. Tidur je dekat situ dulu.
Irfan: Bakpe, kena kacau ke tadi?
Banat: A'ah. Orang tu duduk atas basikal, baju putih.
Faiq: Sukarelawan je, kayuh basikal malam-malam.
Banat: (Buat lawaklah pulak dia ni "-_-)

Banin pun duduklah dekat pentas. Ada juga yang sorang tu main i-Talk, nyanyi dekat situ. Masa Robiatul beritahu ana tu, dia kata, nasib baik banin faham.


19 Ogos 2011, Jumaat
Bangun pada jam 3:30 pagi. Bersiap untuk qiamullail. Muallimah An pesan suruh masak air. Masa masuk tandas SMI, nampak 'adik' ana (bukan Sarahlah) terbaring atas lantai. Sawan. Masa MaUTaDi tahun lepas pun dia juga. Panggil muallimah.

Qiamullail. Masa nak masak air, nampak bubur kacang semalam dalam periuk besar. Panaskan untuk sahur. Buat air teh susu. Teringat tahun lepas, kumpulan usrah ana kena buat air. Masa nak hidupkan api, api menyambar. Ana dan Robiatul sempat mengelak, tapi kami nampaklah masa api biru tu keluar. Marsha terkena bahangnya pada bulu matanya.

Sahur, makan nasi goreng bersama ayam goreng. Solat Subuh dan mathurat. Kemudian, berkumpul di dewan untuk mendengar tazkirah daripada Akh Zainal berkenaan Taqwa. Habis je slot ni, kena gotong-royong. Kumpulan ana bersihkan tandas banat SRI. Adik tu pun bersihkan tandas juga. Tanya dia, "Dah ok ke?" "Ok, sakit ni memerlukan 3 jam untuk baik." "Qiam tak tadi?" "Qiam sekejap je, badan jadi letih." Jam 8:00 pagi, kami dibenarkan pulang ke rumah.

Balik rumah, tumpang orang. Berlaku satu insiden. Terkunci di luar rumah, bawa kunci tapi ada orang selak bahagian atas pintu. Macam-macam cara ana dengan Sarah buat. Abang ana dan Ibrahim pergi 3R. Akhirnya buat sesuatu yang tak pernah kami buat. Sepupu ana yang duduk kat rumah ana sampai dekat rumah lambat malam semalam. Mak ayah ana pun sama, buat kerja. Biasanya diorang tak tidur lepas Subuh. Ayah ana akan habiskan masa dengan mengaji, lepas Subuh, biasanya. Jarang begini.

Ketuk pintu beberapa kali. Tiada jawapan. Baling buah mempelam (yang kecil punya) dekat tingkap bilik ana sebab sepupu ana menumpang bilik ana. Takde jawapan. Cuba goyangkan kereta ayah ana dan sepupu ana dengan harapan kereta tersebut akan berbunyi. Namun, tak menjadi. Kalau Avanza, cepat je dia berbunyi.

Ana: Sarah, ke, nak panjat ke tingkat dua?
Sarah: Hmm, tu option terakhir.

Baru nak ambil galah, nak ketuk tingkap bilik. Dongak atas, nampak tebuan atas pokok. Haih, tak jadilah. Sarah berapa kali dah panjat belakang kereta ayah ana.

Sarah: Kak Syaza, Sarah panjat eh.
Ana: Turun, kalau nak panjat, kena panjat cepat-cepat, nanti orang nampak, ingat benda lain pula. Lagi pun kalau nak panjat, mana boleh ikut belakang kereta (kereta Fortuner), kena ikut depan.

Nampaknya, dia dah bertekad untuk menggunakan jalan terakhir. Bagi instuction pada dia.

Ana: Panjat atas kereta. Naik dekat tempat jaring basketball tu, panjat atas bahagian skru. Panjat lagi, masuk beranda.
Sarah: Kak Syaza, Sarah rasa Sarah boleh ketuk tingkap bilik kita.
Ana: Panjat ke beranda sebelah. Nanti saya bagi penyapu dekat awak. Lepas tu, awak masuklah ikut pintu atas nanti, biar saya bawa masuk beg awak.

Dia pun ketuk tingkat guna penyapu. Akhirnya, sepupu ana bukakan pintu bawah dan pintu dekat beranda. Bawa masuk beg. Bila fikir-fikir balik, kelakarnya. Bila terdesak, macam-macam idea datang.
Baru ingat, hari ni, 19 Ramadhan, ulang tahun kelahiran adikku.
Sanah Helwah Muhammad Ali Izzuddin Ghariib!
Barakallahu fiika wa 'umratika!

Syukran kerana sering membantuku terutamanya ketika memasak dan mengemas rumah.




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Fiesta Barakah 2011
Design by a.a.ghariib