Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kampungku yang Bakal Hilang~

06021433H
Assalamualaikum...

Wah, dah masuk bulan Safar dah. Hmm..cepat masa berlalu. Pada 24 Disember yang lalu, kami sekeluarga menghadiri perjumpaan Keluarga Hj Ahmad dan Hjh Kamirah (moyang sebelah ayah ana, mak bapak nyaie). Kali ini buat di rumah yaie Li (Sazali, anak bongsu yoyot), perjumpaan kali ke-4. Perjumpaan kali pertama, di rumah yaie Wi (anak ke-5), kali ke-2 di rumah nyaie Katim (anak ke-2), kali ke-3, yang tahun lepas punya di rumah nyaie (anak sulung).

Kami sampai agak lewat. Diorang semua dah makan dah, seperti biasa, ada jamuan. Tengok2, pengerusi, yaie Sad (anak ke-4), sampai lewat sekali. Kemudian, kami menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Kali ini, mesyuarat tak dapat dijalankan seperti biasa, sebab setiausaha (wak ji) dan bendahari (yaie Wi) tidak hadir. Yaie Wi tak datang sebab dia pergi jumpa 'orang besar' untuk 'memperjuangkan' kampung nyaie daripada diambil oleh Petronas. Keluarga kami, wak Ji dengan wak Jan je tak datang. Wak Jan kerja, lagipun, Muhammad baru sunat.

Yaie Sad ceritalah pasal yoyot dengan suaminya. Pendek kata, mereka pernah mengajar orang mengaji suatu ketika dahulu. Turut disampaikan tazkirah tentang kelebihan membaca al-Quran. Perjumpaan seterusnya, dekat rumah yaie Sad. Kemudian, cucu2 lelaki, semua kena perkenalkan diri, beritahu nama, umur, anak siapa. Orang semua dok tanya, Irfan belajar dekat mana?

Oh ye, bila orang kampung nampak Ibrahim, semua dok kata, "Ibrahim dah besar dah ek, tinggi, kalah abang dia." Ayah ana dengan semangat menjawab, "A'ah, eh, Irfan lagi tinggi, kalah dah saya. Irfan tinggi kurus, Ibrahim tinggi tapi dia berisi sikit."

Teringat masa perjumpaan tahun lepas, ana duduk sekali masa mesyuarat, budak2 main dekat pantai, depan rumah nyaie (bak kata ayahku, "tak lama lagi kita tak ada laut dah"). Akhir sekali, yaie Li tanya ada siapa2 nak tambah. Dia pun tanya setiap orang yang ada dalam mesyuarat tu. Bila sampai dekat ana, dia kata, "Itu, anak Jijan tu, tak de apa2 dah?" Ana katalah, "Anak Bahrin." Haish, orang dekat kampung selalu ingat ana ni anak wak Jan. Tu lah, masin mulut dia, masa ana kecil dulu, wak Jan selalu kata, "Ni anak Wak Jan."

Kemudian, ada sedikit game, siapa nak masuk, boleh masuk. Ada kategori kanak2, remaja, ibu2 dan bapa2. Remaja perempuan semua tak nak masuk, sorang je yang masuk, dia main dalam kategori ibu2. Ibrahim kalah main masukkan ping pong dalam cawan, tidak boleh melebihi garisan. Hampir semua dia dapat masukkan, tapi bola tu melantun keluar. Ayah ana main, dapat tempat ke-2. Ibrahim masuk lagi sekali untuk permainan lempar getah, biar masuk dalam lidi. Akhirnya, dia jadi juara. Semua permainan ni, cadangnya nak main dekat luar rumah, tapi hujan, yelah, Segamat...

Akhirnya, penyampaian hadiah. Ada juga cabutan bertuah, tapi ana tak sempat nak ambil, sebab ana dekat luar rumah masa tu. Balik.

-- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * --

Tak lama lagi, tak ada kampunglah kami. Terfikir juga, nanti diorang dipindahkan dekat mana ye? Dahlah satu kampung tu, semua saudara mara ana.

Malam tu, Mardhiyyah sms,
Assalamualaikum, dah start keje ke? Hm.. ana kat kg. JB, teringin nak pi Pengerang la. Tapi tak ada rezeki lagi. Hari ni ana belajar masak kuih tradisional Johor nama dia gegetas-simple but tasty.

Ana kat Johor juga ni. Tadi ada perjumpaan keluarga kat Segamat. Baru sampai rumah kat Pengerang. Tadi pun masa perjumpaan keluarga, ada sorang tok sedara tak datang, dia pergi Johor jumpa 'orang besar', memperjuangkan kg ni ha. Oh ye, hari tu ayah ana jumpa orang paling besar dalam PLKN dekat Kelantan.

Ya Allah, bagusnya. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Kenapa ayah nti jumpa 'dia'? Dari JB ke Pengerang berapa jam?

Kalau masuk ikut highway Ulu Tiram ke Desaru lebih kurang 1 jam je. Kenapa? Nak datang ke? Ayah ana kan ajar orang pasal kewangan Islam. Ada downline ayah ana bawa dia jumpa ayah ana...

Saje tanya. Taklah jauh sangat. Teringin nak sampai sana. InsyaAllah, jazakillah.


Memang yaie ana kenal dengan atuk Mardhiyyah. Dia tahu dah yang ana punya kampung bakal hilang. Jadi, dia kata, sekurang2nya dia naklah ziarah kampung ana walau sekali, sebelum semuanya hilang, jadi tempat perindustrian...


Glosari:
*nyaie=nenek
*yaie=datuk
*yoyot=moyang perempuan

Antara perkataan yang ana biasa dengar di kampung,
Yuk!
Meke dia
Kamain
Mangan
Jamah
Rewang
Gobok/gerobok
Gebar
Ngeteh
Jajan
Deras
Sarap
Buah semangka
Epok-epok
Noreh
Ngeteh
dan lain-lain (lupa pula perkataan jawa yg baru belajar masa Raya)

SANAH HELWAH MUALLIM SUFKERI,
terima kasih ajar ana bahasa arab,
selalu bagi tumpuan lebih pada ana
(sebab ana pernah 'jatuh' sekali dalam subjek ni)...

#sedang mengait beg tempahan iera, tak jadi nak tenun


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Kampungku yang Bakal Hilang~
Design by a.a.ghariib