11051433H
Assalamualaikum W.B.T.
Ini adalah post berkenaan Kembara Dakwah yang telah dianjurkan oleh MUSLEH. Sebelum kami bertolak untuk ke daurah 2 LKD, ustaz Idris adakan perjumpaan dengan wakil dari sekolah kami. Ingatkan semula pasal dakwah, ustaz bentang surah Nuh kepada kami.

12 Mac 2012 - Persediaan
13 Mac 2010 - 1st day
14 Mac 2010 - 2nd day
15 Mac 2010 - 3rd day
12 Mac 2012, Isnin
-19041433H-
Sebaik sahaja selesai majlis penutup, bergegas makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor dan Asar kerana pada jam 2:00 petang akan diadakan taklimat berkenaan kembara dakwah.
Ana dan Marsha tunggu depan pagar Al-Amin Bangi. Buat apa? Jumpa keluarga ana sebelum bertolak esok, sambil tu, kami kirim beg baju daurah kami (guna beg Marsha). ^.~ Simpan satu baju untuk pakai bila dah balik semula ke Bangi, lepas balik dari Kembara Dakwah.
Oh ye, semalam baru kami tahu jumlah harga tiket kapal terbang sebenarnya RM600 (patutlah ikhwah tanya akhawat dah bayar belum RM200). Sebab tak dapat apa-apa maklumat pun pasal ni. Hari tu kata bayar RM400 je. Agak mahal sebab beli lambat. Fikir mana nak cari lagi RM200 tu. Akhirnya Lah berbincang dengan kak Hanifah selaku bendahari LKD. Kami pun pinjam dulu duit LKD pusat.
Kami diberitahu tentatif secara kasar oleh Tuan Harun (terbiasa panggil dengan istilah tuan). Kemudian, bincang pasal kenderaan pulang nanti. Tanya ikhwah, "nanti balik Bangi dulu kan?"
Xlah. Plan mcm ni, trun dari lcct, terus ke kl sentral naik bas, pastu ke putra dgn train @ teksi. Pastu bas ke kemaman dgn bas. Setuju x?
Berbincang bla..bla..bla.. Rupanya sebab diorang excited nak ambil result. Tapi kena fikir juga kalau flight lambat. Kami tinggalkan persoalan, biarlah diorang berbincang sesama diorang dulu. Pergi rumah Afif sekejap, Marsha nak pinjam beg galas.
Balik ke sekolah, pergi surau. Lah dengan Hazirah tak balik lagi, tiket bas diorang waktu malam. Naik-naik atas kesian tengok diorang kepenatan. Kemas beg-beg untuk bawa ke Sarawak. 2 je pun, beg kami boleh dikira kecil berbanding beg orang lain.
Tanya pendapat Lah dan Hazirah pasal cara nak balik nanti. Better yang mana, terus balik lepas sampai sini ke, balik ke Bangi dulu dan bertolak balik keesokan harinya? Ikhwah still kata nak balik terus. Hmm..kena bawa baliklah beg daurah ana ni. Nasib baik Lah kata dia boleh tolong bawa balik, ringan je, 2 pakaian, satu yang Marsha, satu yang ana. Masih berkira-kira nak bawa seterika ke Sarawak tak
Beramah mesra dengan muallimah Zaiton, lagipun muallimah Yong kirim salam. Pernah jumpa beberapa kali dah, tapi ni first time cakap dengan muallimah^^ Bersiap nak pergi makan malam. Eh, takde pun dekat kantin, mana diorang pergi ni? Call Lah, rupanya depa dah pi kedai makan . Ada Syifa' Hatta, kak Hanifah, Zainab dan beberapa orang lagi.
Lepas maghrib, Lah dan Hazirah pun nak bertolak balik. Akhirnya Lah bawa balik juga seterika ana tu. Dah bawa balik, sekali, ada orang tanya mana seterika tadi? Lah dah bawa balik. Habis kalut orang lain. Macam rasa bersalah pun ada. Cadangnya nak tinggal seterika di sini tapi tak jadi sebab ikhwah kata balik nanti dah tak nak singgah Bangi.
Malam ni ada majlis perasmian untuk Kembara Dakwah MUSLEH 2012. Ikut protokol KRS. Wah, dah lama tak ikut aktiviti KRS^^ Setiap orang dapat buku nota KRS untuk buat catatan sepanjang Kembara Dakwah nanti.
Seusai majlis perasmian, kami bersyura. Setakat ini, ini sahaja AJKnya. Namun begitu, semua kena bergerak sama-sama. AJK di bawah hanya penggerak yang utama, hakikatnya semua kena sama-sama bergerak membuat kerja.

- Amirah: kak Kamaliah
- Timbalan Amirah: kak Madihah
- S/U: A'isyah Hilmiyah
- AJK Aktiviti:
-Marsha
-Sakinah
- AJK Rohani:
-Aimi
-Zainab
- AJK Cenderahati:
-Basirah
-Farhana
- Camera girl: Syaza
Sebelum tidur, macam-macam perkara yang kami bimbangkan/debarkan dan segala persoalan kami sebut.
ana: Eh, kita ni dahlah sakit. Sebelum pergi pun dah diuji dengan macam-macam kan.
Marsha: (Hanya mampu tersenyum) Harap-harap dekat sana, kita sihat.
ana: Ya Allah, semoga segalanya berjalan lancar, kuatkanlah kami untuk menghadapi sebarang ujianMu dan Engkau sembuhkanlah kami. InsyaAllah. Hanya kepadaMu kami memohon.

13 Mac 2012, Selasa
-20041433H-
Pada jam 3:30, kami bangun dan bersiap . Sementara menunggu bas, ada yang berqiam dahulu.
Dalam pukul 4:00 lebih, kami sudah turun dan tunggu bas di bawah. "Eh, Khadijah tahu tak kita dah tak balik ke Bangi?" "A'ahlah, dia balik sekali dengan kita kan? Rasa macam tak tahu lagi tu. Petang semalam tak nampak pun dia." "Oh, yelah, dia kan balik rumah orang lain (Fatin Naimah) sekejap."
Pergi cakap dekat dia. Dah gelabah sebab barang daurah, dia tinggal dekat Bangi. Nasib baik ada muallimah Zaiton, naqibah dia. Bincang~
Dalam pukul 4:30 pagi, kami naik bas. Kesian dekat orang yang duduk di bahagian depan-depan tu, ada ujian melanda. Sampai KLIA jam 5:30 pagi. 6:00 lebih, pergi solat di surau. Penuh orang, sampai ada yang terpaksa solat di luar surau. Berkumpul di tempat tadi, masing-masing baca mathurat. Kami mengalas perut kami dengan roti dan air kotak yang telah dibekalkan (semalam dapat).
Parents ana sms (ni yang dah edit punya);
"Seat nombor berapa?"
"28."
"Sekarang baru sampai nombor 27 boleh masuk."
Kami ni pun duduklah dulu dekat tempat menunggu tu.
Ust Mat Nor pun tanya,
"Kenapa tak masuk lagi?"
"Abang tu kata tak boleh masuk lagi." Dahlah kak Madihah cakap kuat.
"Masuklah. Boleh dah masuk ni."
"Kita ni sami'na wa ato'na. Sedar-sedar dah kena tinggal."
Duduk tepi kak Kam dan A'isyah. Time pergi, ada makanan disediakan. Macam-macam gelagat kak Kam dan kak Madihah ni.^^
Setibanya di Kuching, ambil slip, ambil beg. Tinggi tempat nak tandatangan slip tu, ramai kena jenjet kaki (hehe, akhawatlah). Ada ikhwah yang tak jumpa beg diorang, buat laporan.
Masa makan, muallimah tanya juga kami ni. "Jadi, antunna balik macam mana nanti?" Kami pun ceritalah perancangan ikhwah. "Tiket basnya dah ada ke? Kalau flight lambat nanti macam mana?" Kami pun tanyalah ikhwah. Tunggu jawapan sampai tertidur.
Akhawat duduk tingkat atas, ikhwah di tingkat bawah sebab sekolah dia macam rumah kedai. Bila ada orang ketuk je pintu.....
SESI PERKONGSIAN BERSAMA IKRAMTeens
Tiba-tiba dengar suara budak dekat luar (゜◇゜). Rupanya adik Kamilah, Abang Abdul Aziz. Fatimah, makcik Zaiton dan pakcik Abang Abdul Halil pun ada.
Kami bentang pasal program LKD kepada mereka. Mereka juga beritahu apa yang mereka harapkan daripada kami.
Sebelum Kamilah balik, jumpa dia sekejap dengan Fatimah. "Dengar kata orang Iban agresif." "Ye ke?" "Dengar kata." "Seram~"
PERSIAPAN
Ada meeting yang perlu dihadiri oleh amirah, timbalan amirah, AJK Rohani dan AJK Aktiviti.
Duduk dengan Afif di tepi tingkap sambil memerhati kawasan perumahan ini dan berkongsi cerita. Ada juga yang keluar, pergi beli barang untuk dibawa ke Kg. Tebun esok. Semua berkira-kira, nak beli seterika tak?
6:55 pm masuk Maghrib. Mathurat. Kemudian ada sedikit tazkirah ringkas daripada muallimah Dayang. Makan malam sambil menonton berita .
Persiapan terakhir, buat flashcard "Alif Ba Ta . . . Ya " untuk anak-anak Kg. Tebun nanti. Macam-mcacam gelagat. Ada yang tak ingat macam mana bentuk huruf kaf lah. Ada yang buat huruf to macam huruf b lah. Ana lukis huruf guna pensel (buat macam khat), Afif yang tolong ikut semula guna marker.
Jam 9:45 pm, ada meeting. Diorang pun turun awal, sebelum 9:45 pm. Padahal jam dekat atas ni pun awal dalam 15 minit, ingatkan diorang dah tahu. Dahlah hujan lebat malam ni. Akhawat pun terketar-ketarlah kesejukan dekat bawah tu. Kak Kam telefon ustaz.
Akhirnya, dah putuskan, ini dia AJK lengkapnya:
Farhana kena buat video . Malam ni pun tidur lambat lagi.
"Ya Allah, Engkau bantulah kami dalam usaha mengajak manusia menuju ke arahMu."
Pada jam 3:30, kami bangun dan bersiap . Sementara menunggu bas, ada yang berqiam dahulu.
Dalam pukul 4:00 lebih, kami sudah turun dan tunggu bas di bawah. "Eh, Khadijah tahu tak kita dah tak balik ke Bangi?" "A'ahlah, dia balik sekali dengan kita kan? Rasa macam tak tahu lagi tu. Petang semalam tak nampak pun dia." "Oh, yelah, dia kan balik rumah orang lain (Fatin Naimah) sekejap."
Pergi cakap dekat dia. Dah gelabah sebab barang daurah, dia tinggal dekat Bangi. Nasib baik ada muallimah Zaiton, naqibah dia. Bincang~
Dalam pukul 4:30 pagi, kami naik bas. Kesian dekat orang yang duduk di bahagian depan-depan tu, ada ujian melanda. Sampai KLIA jam 5:30 pagi. 6:00 lebih, pergi solat di surau. Penuh orang, sampai ada yang terpaksa solat di luar surau. Berkumpul di tempat tadi, masing-masing baca mathurat. Kami mengalas perut kami dengan roti dan air kotak yang telah dibekalkan (semalam dapat).
Parents ana sms (ni yang dah edit punya);
Salam.. Dah bertolak? So, selamat bermusafir di bumi kenyalang, do'a banyak2 semoga Allah swt mempermudahkan semua urusan dan mencapai matlamat musafir, ameen! Take care! Enjoy the trip & tsabat!!! Haibat!!! Barakallahu fiekum. Wsalam wbt...
Perkataan tsabat, ana ajar. Haibat, belajar dari video JAISY.
Pergi naik MAS. Masa nak masuk kapal terbang, pekerja dekat situ tanya,Perkataan tsabat, ana ajar. Haibat, belajar dari video JAISY.
"Seat nombor berapa?"
"28."
"Sekarang baru sampai nombor 27 boleh masuk."
Kami ni pun duduklah dulu dekat tempat menunggu tu.
Ust Mat Nor pun tanya,
"Kenapa tak masuk lagi?"
"Abang tu kata tak boleh masuk lagi." Dahlah kak Madihah cakap kuat.
"Masuklah. Boleh dah masuk ni."
"Kita ni sami'na wa ato'na. Sedar-sedar dah kena tinggal."
Duduk tepi kak Kam dan A'isyah. Time pergi, ada makanan disediakan. Macam-macam gelagat kak Kam dan kak Madihah ni.^^
Setibanya di Kuching, ambil slip, ambil beg. Tinggi tempat nak tandatangan slip tu, ramai kena jenjet kaki (hehe, akhawatlah). Ada ikhwah yang tak jumpa beg diorang, buat laporan.
Maryam 13-03-12 11:01Salam, sahabat. Hari ini, bermulalah jihad dakwah nti yang sebenar sepanjang lkd. Sebelum buat apa-apa pun, yang penting tajdid niat. Ikhlaskan hati. Timbulkan rasa kasih sayang bila jumpa dengan keluarga. Sayang kerana Allah. Sayang sebagai family seislam. Sayang sangat-sangat menyebabkan kita nak bagitau diorang betapa SWEETnya ISLAM. Betapa bahagianya menjadi islam. Muayasyah betul-betul dengan diorang. Ingat, at-taubah:111 dan al-hajj:78. Kalau kita tolong agama Allah, Allah tolong kita balik, ok? Have fun there and gunalah peluang sebaiknya.^^
Terus ke Al-Amin Kuching. Sampai, rehat, bincang-bincang, rehat (tertidur). Masa makan tengah hari, muallimah Dayang kata, result keluar 21hb. Oh, betullah macam yang Izyan cakap, yelah, ayah dia kan kerja dekat PPD. Muallimah saje tak nak beritahu awal-awal, tunggu sampai sini dulu, baru muallimah nak cakap sebab takut ada yang tarik diri daripada kembara dakwah. Macam sebelum ni pernah berlaku, 3 orang tarik diri. Jadi muallimah tak nak kejadian tersebut berulang.Masa makan, muallimah tanya juga kami ni. "Jadi, antunna balik macam mana nanti?" Kami pun ceritalah perancangan ikhwah. "Tiket basnya dah ada ke? Kalau flight lambat nanti macam mana?" Kami pun tanyalah ikhwah. Tunggu jawapan sampai tertidur.
Akhawat duduk tingkat atas, ikhwah di tingkat bawah sebab sekolah dia macam rumah kedai. Bila ada orang ketuk je pintu.....
SESI PERKONGSIAN BERSAMA IKRAMTeens
Tiba-tiba dengar suara budak dekat luar (゜◇゜). Rupanya adik Kamilah, Abang Abdul Aziz. Fatimah, makcik Zaiton dan pakcik Abang Abdul Halil pun ada.
Kami bentang pasal program LKD kepada mereka. Mereka juga beritahu apa yang mereka harapkan daripada kami.
-Usrah itu kunci pembangunan insan. Tanpa usrah, agak sukar untuk membina insan.
-Kena ada adab dan seni untuk berdakwah.
-Di mana kita berada sekalipun, dakwah tetap perlu dikembangkan.
Selepas itu, ada sedikit makanan yang disediakan. Kemudian, A'isyah bersama beberapa orang lagi cuci pinggan dan cawan.-Kena ada adab dan seni untuk berdakwah.
-Di mana kita berada sekalipun, dakwah tetap perlu dikembangkan.
Sebelum Kamilah balik, jumpa dia sekejap dengan Fatimah. "Dengar kata orang Iban agresif." "Ye ke?" "Dengar kata." "Seram~"
PERSIAPAN
Ada meeting yang perlu dihadiri oleh amirah, timbalan amirah, AJK Rohani dan AJK Aktiviti.
Duduk dengan Afif di tepi tingkap sambil memerhati kawasan perumahan ini dan berkongsi cerita. Ada juga yang keluar, pergi beli barang untuk dibawa ke Kg. Tebun esok. Semua berkira-kira, nak beli seterika tak?
6:55 pm masuk Maghrib. Mathurat. Kemudian ada sedikit tazkirah ringkas daripada muallimah Dayang. Makan malam sambil menonton berita .
Persiapan terakhir, buat flashcard "Alif Ba Ta . . . Ya " untuk anak-anak Kg. Tebun nanti. Macam-mcacam gelagat. Ada yang tak ingat macam mana bentuk huruf kaf lah. Ada yang buat huruf to macam huruf b lah. Ana lukis huruf guna pensel (buat macam khat), Afif yang tolong ikut semula guna marker.
Jam 9:45 pm, ada meeting. Diorang pun turun awal, sebelum 9:45 pm. Padahal jam dekat atas ni pun awal dalam 15 minit, ingatkan diorang dah tahu. Dahlah hujan lebat malam ni. Akhawat pun terketar-ketarlah kesejukan dekat bawah tu. Kak Kam telefon ustaz.
Akhirnya, dah putuskan, ini dia AJK lengkapnya:
- Amirah: kak Kamaliah
- Timbalan Amirah: kak Madihah
- S/U: A'isyah Hilmiyah
- Bendahari/AJK Peralatan: Nabilah
- AJK Aktiviti:
-Marsha
-Sakinah
- AJK Rohani:
-Aimi
-Zainab - AJK Propaganda aka Promosi: Afif Aliyana
- AJK Tugas-tugas Khas:
-Basirah
-Farhana
-Syaza (Camera girl )
"Ya Allah, Engkau bantulah kami dalam usaha mengajak manusia menuju ke arahMu."
14 Mac 2012, Rabu
-21041433H-
Qiam. Subuh pukul 5:30 pagi. Dekat sini, pukul 6:30 pagi dah cerah dah. Mathurat. Pagi ni sarapan makan nasi lemak berlaukkan telur dan ikan bulu. Semua pakai baju LKD hari ni. Dengan ikhwah pun pakai baju LKD walhal tak bincang pun.
8:30 pagi naik van. Setiap kali nak naik atau turun dari van, mesti pakcik van tu atau ikhwah yang naik dengan kami [amir: Haqqul Yaqin] yang kena bukakan pintu. Muallimah, kak Kam, kak Madihah dan Zainab naik van sekali dengan ikhwah. Singgah farmasi sekejap, hehe. Kemudian teruskan perjalanan. Ingatkan dekat je pejabat HIKMAH. Tengok-tengok, jam 10:30 pagi baru sampai ke pejabat HIKMAH cawangan Serian.
Di sini, kami mendengar taklimat daripada mereka. Ustaz Idris selaku pegawai HIKMAH kawasan pedalaman menerangkan keadaan Kg. Tebun kepada kami. Budaya mereka, adat mereka, JK kampung, bahasa iban dll.
Sedikit sejarah orang iban, mereka dahulu tinggal di tepi laut. Tidak hairanlah mereka dikenali sebagai Sea Dayak atau bahasa mudahnya orang Iban. Jadi, suara mereka agak lantang sebab kena 'lawan' dengan bunyi ombak (Mungkin ni kot maksud Kamilah, orang Iban agresif). Masa ni, teringat kampung ana dekat Johor, situasinya begitu juga. Sebelum ni pernah juga dengar orang kata begitu.
Kami difahamkan bahawa tuai kampung adalah bukan Islam. Pagan. Namanya Muas ak Sungam. Namun begitu, beliau selalu mengikuti aktiviti di surau. Tapi, dah uzur. Kemudian, imam di kampung tersebut masih mengikuti kursus dengan HIKMAH iaitu Sudin bin Sinin. Apa yang menarik, di sini juga ada seorang pembantu da'ie yang bernama Norsaidah Abdullah, suaminya pula adalah seorang bilal, namanya, Irwan Shah Mustafa. Mereka ini faham tentang agama.
Antara bahasa iban yang disebut ketika ini (antara yang ana ingat, waktu ni tak menulis apa-apa pun sebab beg tinggal dalam van):
Apai, Indai, Aki, Ene, Kitai, Nai, Dom, Indu.
Makai, jalai, pulai, parai, ngirup, mandik, sik.
Kami turut diingatkan agar berdakwah secara berhikmah. Dakwah bil hal penting. Sesi bergambar. Kami pun cabut undi, satu rumah, 2 orang akhawat.
Pergi masjid. Jumpa seorang makcik, dia bercakap dengan muallimah. Kemudian dia tanya, "Nak pergi mana?" "Kampung Tebun, Simunjan." "Jauhnya, saya pun tak pernah sampai sana. Takpe, orang dekat sana baik-baik."
Dalam pukul 2:00 pm bertolak. Semua lena walaupun jalan tak berapa elok. Berapa kali terjaga tapi tak sampai-sampai lagi.
Van pun masuk satu lorong, ingatkan dah sampai. Rupanya jauh lagi. Akhirnya, ada sekali tu, van berhenti, terlepas lorong pula. Nampak SK Keniong. Sekolah ni jarak ke kampung tersebut dalam 30 minit kalau jalan kaki.
Pergi ke surau. Salam indai-indai di sana. Naik surau (tinggi tangganya), untuk majlis pembukaan. Orang pertama cakap dengan ana adalah ustazah yang mana akhirnya jadi mak ana. Sekali bila dengar ustaz Idris dan penduduk kampung cakap bahasa iban, melopong juga kami ni.
Kemudian, kami turun untuk majlis penyerahan anak angkat. Tiba-tiba muallimah kata mereka sediakan 2 buah rumah je untuk akhawat Sambil itu, kami dihidangkan air teh dan kuie. Masa ni pun dah keluar macam-macam cerita daripada indai-indai. Ikhwah ada 5 rumah, akhawat 2 rumah.
Rumah pak Sudin/imam/pengerusi masjid;
Cikgu Ain, kak Madihah, Marsha, Basirah, Aina, Afif dan Zainab.
Rumah ayah Irwan Shah/bilal/SU masjid;
Muallimah Dayang, kak Kam, Sakinah, A'isyah, Nabilah, Syaza dan Farhana.
Balik. Tengah duduk dengan mak dekat ruang tamu, tiba-tiba muncul mak Marsha bersama anak-anaknya dari dapur. Rupanya, diorang masuk ikut pintu atas. Mak kata ni rumah panjang moden. Tapi rumah pak Rashid, dia dah sekat beranda rumah dia dengan rumah kami.
Kami perkenalkan diri kami kepada mak. Tapi takut mak tak ingat nama, jadi kami pun letak gelaran macam adik beradik. Susun ikut tarikh lahir. Apa yang pasti ana bukan last sebab sehari lepas tarikh lahir ana, tarikh lahir Farhana. Susun-susun, akhirnya beginilah urutannya;
Dekat rumah mak, ada 4 guni padi. Masak simple je hari ni. Goreng ikan bulu, masak sayur rebung, ikan terubuk dan tempoyak goreng. Mula-mula ingat mak nak buat tempoyak biasa, rupanya tempoyak goreng. Senang je cara buat (kalau nak minta resepi, kena buat post lain).
Solat dengan adik-adik. Ajar diorang bacaan dalam solat sikit. Lepas ayah balik dari surau, kami pun makan malam. Nyamai~
Qiam. Subuh pukul 5:30 pagi. Dekat sini, pukul 6:30 pagi dah cerah dah. Mathurat. Pagi ni sarapan makan nasi lemak berlaukkan telur dan ikan bulu. Semua pakai baju LKD hari ni. Dengan ikhwah pun pakai baju LKD walhal tak bincang pun.
8:30 pagi naik van. Setiap kali nak naik atau turun dari van, mesti pakcik van tu atau ikhwah yang naik dengan kami [amir: Haqqul Yaqin] yang kena bukakan pintu. Muallimah, kak Kam, kak Madihah dan Zainab naik van sekali dengan ikhwah. Singgah farmasi sekejap, hehe. Kemudian teruskan perjalanan. Ingatkan dekat je pejabat HIKMAH. Tengok-tengok, jam 10:30 pagi baru sampai ke pejabat HIKMAH cawangan Serian.
Di sini, kami mendengar taklimat daripada mereka. Ustaz Idris selaku pegawai HIKMAH kawasan pedalaman menerangkan keadaan Kg. Tebun kepada kami. Budaya mereka, adat mereka, JK kampung, bahasa iban dll.
Sedikit sejarah orang iban, mereka dahulu tinggal di tepi laut. Tidak hairanlah mereka dikenali sebagai Sea Dayak atau bahasa mudahnya orang Iban. Jadi, suara mereka agak lantang sebab kena 'lawan' dengan bunyi ombak (Mungkin ni kot maksud Kamilah, orang Iban agresif). Masa ni, teringat kampung ana dekat Johor, situasinya begitu juga. Sebelum ni pernah juga dengar orang kata begitu.
Kami difahamkan bahawa tuai kampung adalah bukan Islam. Pagan. Namanya Muas ak Sungam. Namun begitu, beliau selalu mengikuti aktiviti di surau. Tapi, dah uzur. Kemudian, imam di kampung tersebut masih mengikuti kursus dengan HIKMAH iaitu Sudin bin Sinin. Apa yang menarik, di sini juga ada seorang pembantu da'ie yang bernama Norsaidah Abdullah, suaminya pula adalah seorang bilal, namanya, Irwan Shah Mustafa. Mereka ini faham tentang agama.
Antara bahasa iban yang disebut ketika ini (antara yang ana ingat, waktu ni tak menulis apa-apa pun sebab beg tinggal dalam van):
Apai, Indai, Aki, Ene, Kitai, Nai, Dom, Indu.
Makai, jalai, pulai, parai, ngirup, mandik, sik.
Kami turut diingatkan agar berdakwah secara berhikmah. Dakwah bil hal penting. Sesi bergambar. Kami pun cabut undi, satu rumah, 2 orang akhawat.
- A'isyah - Aina.
- Afif - Nabilah.
- Aimi - Zainab.
- Basirah - kak Madihah.
- Farhana - Syaza.
- Sakinah - Marsha - kak Kam.
Pergi masjid. Jumpa seorang makcik, dia bercakap dengan muallimah. Kemudian dia tanya, "Nak pergi mana?" "Kampung Tebun, Simunjan." "Jauhnya, saya pun tak pernah sampai sana. Takpe, orang dekat sana baik-baik."
Dalam pukul 2:00 pm bertolak. Semua lena walaupun jalan tak berapa elok. Berapa kali terjaga tapi tak sampai-sampai lagi.
Van pun masuk satu lorong, ingatkan dah sampai. Rupanya jauh lagi. Akhirnya, ada sekali tu, van berhenti, terlepas lorong pula. Nampak SK Keniong. Sekolah ni jarak ke kampung tersebut dalam 30 minit kalau jalan kaki.
Jalan gedebak gedebuk dan lorong masuk ke Kg. Tebun (dalam lagi)
Pada jam 3:50 petang, kami tiba di Kg. Tebun. Turun-turun van..haish..hati dah dup dap..dup dap dah ni. "Jauh ek perjalanan." "A'ah, kitorang tidur je." Kak Kam dan kak Madihah pelik, "Korang boleh tidur? Dengan jalan yang gedebak-gedebuk tu korang boleh tidur?" Diorang kan naik van lain. "Satu van senyap, semua tidur." "Kak Kam sakit badan duduk belakang."Pergi ke surau. Salam indai-indai di sana. Naik surau (tinggi tangganya), untuk majlis pembukaan. Orang pertama cakap dengan ana adalah ustazah yang mana akhirnya jadi mak ana. Sekali bila dengar ustaz Idris dan penduduk kampung cakap bahasa iban, melopong juga kami ni.
Kemudian, kami turun untuk majlis penyerahan anak angkat. Tiba-tiba muallimah kata mereka sediakan 2 buah rumah je untuk akhawat Sambil itu, kami dihidangkan air teh dan kuie. Masa ni pun dah keluar macam-macam cerita daripada indai-indai. Ikhwah ada 5 rumah, akhawat 2 rumah.
Rumah pak Sudin/imam/pengerusi masjid;
Cikgu Ain, kak Madihah, Marsha, Basirah, Aina, Afif dan Zainab.
Rumah ayah Irwan Shah/bilal/SU masjid;
Muallimah Dayang, kak Kam, Sakinah, A'isyah, Nabilah, Syaza dan Farhana.
Balik. Tengah duduk dengan mak dekat ruang tamu, tiba-tiba muncul mak Marsha bersama anak-anaknya dari dapur. Rupanya, diorang masuk ikut pintu atas. Mak kata ni rumah panjang moden. Tapi rumah pak Rashid, dia dah sekat beranda rumah dia dengan rumah kami.
Kami perkenalkan diri kami kepada mak. Tapi takut mak tak ingat nama, jadi kami pun letak gelaran macam adik beradik. Susun ikut tarikh lahir. Apa yang pasti ana bukan last sebab sehari lepas tarikh lahir ana, tarikh lahir Farhana. Susun-susun, akhirnya beginilah urutannya;
- Kak Long- Kak Kamaliah
- Kak Ngah- Nur Sakinah
- Kak Lang- A'isyah Hilmiyah
- Kak Teh- Nabilah
- Kak Cik- Syaza Nadiah
- Kak Su- Nurul Farhana
Dekat rumah mak, ada 4 guni padi. Masak simple je hari ni. Goreng ikan bulu, masak sayur rebung, ikan terubuk dan tempoyak goreng. Mula-mula ingat mak nak buat tempoyak biasa, rupanya tempoyak goreng. Senang je cara buat (kalau nak minta resepi, kena buat post lain).
Solat dengan adik-adik. Ajar diorang bacaan dalam solat sikit. Lepas ayah balik dari surau, kami pun makan malam. Nyamai~
Budak-budak ni tak nak balik rumah diorang. Kami kata, tak pe biar kami hantar mereka pulai. Kononlah. Tengok-tengok mak diorang datang dulu.
Mak Manisha datang juga. Duduk-duduk dekat sini bersama kami. "Ni mau panggil apa? Indai ke, kak ke, ke apa?" "Panggil kak Zaiton lah." Rupanya kak Zaiton anak buah ayah kami. Kalau ikut 'pangkat', anak kak Zaiton kena panggil kami makcik. Hee~ Alahai macam tualah pulak .
Kak Zaiton pun buka cerita, Manisha dengan Aliya Aqilah aka Anggun tu kedua-duanya adalah anak angkat. Dekat sini, biasa diorang ada nama panggilan, budak-budaklah biasanya. Macam Aliya Aqilah, orang kampung panggil dia Anggun. Panjang kisahnya~
Sama juga dengan Atiqah, nama panggilan dia, Canai. Sebab masa indai dia mengandung, indai suka makan roti canai. Jadi, orang kampung pun panggil dia Canai.
Mak kata, biasanya mak dan ayah memang selalu tidur dekat ruang tamu. Kalau adik balik pun, adik tak tidur dekat atas. Jadi, kami pun senanglah sikit nak guna ruang atas. Muallimah dan Nabilah je tidur dalam bilik. Kami angkut semua bantal dan 2 tilam ke luar. Dah biasa tidur tanpa katil (Rumah ana takde katil). Cadang nak tidur awal malam ni.
Tengah baca doa nak tidur, kak Long dan kak Lang pun balik dari liqo'.
"Ha, tak tidur lagi. Bagus. Kejut-kejut kak su tu, ada kerja sikit. Kena buat fliers untuk edarkan dekat rumah-rumah. Malam esok ada tayangan video dan persembahan dari ikhwah."
"AJK propaganda kan ada. Ajaklah sekali rumah sebelah."
"Nanti kak Madihah nak datang."
Kak Madihah pun call ana - 14-03-12 22:06.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Syaza, cakap dekat kak Kam, diorang semua dah tidur. Ana ni pulak tak reti nak buka pintu ni."
"Ok."
"Sorry tau. Tak dapat nak tolong buat fliers sekali."
"Takpe."
"Terima kasih."
Kena buat 40 keping Sambil itu, kak Long cerita apa yang berlaku ketika liqo' dan apa yang dibincangkan. Oh ye, ada banyak juga anjing kat sini.
Kak Maya tanya pasal usrah, dia lupa kot ana takde dekat sana.
Kak Maya 14-03-12 22:23
sori2 lupa syaza pgi sarawak..hihi.. take care kat sana~ besnya dpt berdakwah kt org2 sana.
Esok kena bangun awal. Subuh masuk awal
15 Mac 2012, Khamis
-22041433H-
Bangun pukul 5:00 pagi. Subuh-5:30 pagi. Alhamdulillah, mak ayah kami jaga solat. Turun bawah masak sarapan. Masak nasi goreng. Sarapan. Peti ais rumah mak macam peti ais tempat jual air dekat kedai.
Pergi rumah sebelah, meeting kecil-kecilan dengan akhawat. Wah, lawa rumah ni, penuh lukisan dekat dinding. Anak mak sebelah lukis. Sini kot rumah paling besar, Marsha kata, banyak set kerusi, dll.
Manisha, Atiqah, Siti seawal pagi datang sini. Kak long tanya diorang, diorang nak abang ke kakak?
"Kakak." -Manisha
"Abang." Tapi dia malu-malu masa jawab. -Atiqah/Canai
"Kakak, tapi nenek aku ambil abang." -Siti
Duduk-duduk di ruang tamu. Seawal pagi juga, ayah bawa Anggun ke sini. Memang mak dan ayah selalu jaga Anggun. Petang ni adik balik, dia pergi kursus.
Lepas Anggun dah tidur, kami buaikan, mak bawa keluar gambar keluarga mak. Anak mak 4 orang. Abang, kakak, abang (SPM'10), adik (lelaki form 2). Mak asal dari Indon. Ayah yang memang asal orang Iban. Masa mak umur 11 tahun, ayah Marsha bawa mak duduk sini.
Jam 9:00 pagi, kami ke surau, kelas fardhu ain. Nak keluar rumah, nampak mak rumah sebelah anyam tikar. "Tikar mengkuang ke?" "Tikar bemban."
Ada 9 orang kanak-kanak yang datang; Atiqah, Manisha, Siti, Ariffin, Hashim, Mawardi aka Rainbow, Sazali dan Syukuri. Macam-macam gelagat.
Kami ajar a, ba, ta... Ajar juga subjek lain mengikut kesesuaian.
Farhana, "Sazali. Isy, tak bolehlah nak panggil dia. Sebab ayah ana pun Sazalli jugak, bila sebut rasa macam lain."
Kami ajar diorang lagu Demi Matahari. Dah habis, kak long baca doa.
Balik rumah untuk SBK bak kata ikhwah iaitu Sesi Bersama Keluarga. Masak daging rusa, kawan ayah bagi hasil pergi memburu. Ada orang hantar manuk pansuh juga.
Kemudian, kami bungkus hamper untuk sukaneka nanti. Kak Madihah, Marsha, Afif dan Basirah datang juga tolong.
Ada sekali tu, tengah-tengah buat kerja, kak long dengan kak lang masuk dengan wajah tegang .
"Siti duduk atas bumbung. Makin pujuk, makin ke depan ."
"Ha? Merajuk lagi?"
"Tak tau sebab apa pulak kali ni."
Kak lang panggil mak dekat bawah. Yang naiknya kak Zaiton dan mak rumah sebelah. Kak Zaiton yang nganu dia, cakap apa entah, bahasa Iban. Tegang~
Tapi lama-lama oklah. Setiap kali dia merajuk, dia kata nak balik. Sambung buat kerja, eh, dia ada lagi? Dah oklah tu.
Petang, pergi jalai-jalai dengan budak-budak tu, cikgu Ain pun ikut. Sebelum keluar rumah tanya mak, "Adik balik bila?" "Petang ni, pakcik dia tengah ambil tu." Jalai keliling kampung je pun.
Balik, tolong mak goreng keropok dari Indon. Naik atas sekejap, uruskan sesuatu. Turun-turun, nampak kak lang, kak ngah, kak long tengah buat something dengan mak. Cabut urat tengah daun Sabung [Belinjau] rupanya. Join sekaki.
"Macam mana korang buat"
"Buat macam ni je."
"Tak boleh pun. Eh, Syaza turun-turun terus pandai."
"Buat macam biasa je kan? Apa yang susahnya?"
"Kak long cabut satu-satu. Ayah kata lambat."
Mak cerita pasal Siti. Memang kuat ringat rupanya. Pandai cakap, selalu melawan. Tapi dia takut dengan nenek dia.
Maghrib berjemaah di surau. Rumah sebelah datang lepas maghrib, diorang makan dulu. Tayangan video Isya' berjemaah. Kami sediakan air dan kuie yang kami bawa.
Lepas Isya', ikhwah cakap something, tak jelas sangat. Kami pun turun.
Mak Marsha, "Sudah pulai ya?"
Mak ana, "Bedau. Baru nurun"
Syafiq cakap bahasa Iban, tengok skrip mimit. Bukan main suka lagi orang kampung dengar. Ikhwah buat persembahan chicken dance dan Demi Matahari bersama kanak-kanak lain. Hanifuddin buat ulasan daripada lagu Demi Matahari. Akhir sekali, Yaqin beri sedikit ucapan.
Lepas ni ada liqo' pulak. Tapi akhawat rumah ana balik dulu sekejap sebab tak makan malam lagi. Ana, kak teh dengan muallimah datang paling lambat, datang-datang dah habis dah.

KD: Part 2
KD: Part 3 [Final]
NOTE:
*ust.MN *mak *m.Dayang *kak Zaiton *k.long *k.ngah *k.lang *k.teh *ana *k.su *mak rumah sebelah *k.Madihah *Marsha *Aimi *Atiqah *Manisha *Siti *Kamilah *ikhwah1 *others

GLOSARI:
Bahasa Iban | BM | Bahasa Iban | BM | |
Apai | Ayah | Makai | Makan | |
Indai | Mak | Jalai | Jalan | |
Aki | Datuk | Pulai | Pulang | |
Ene | Nenek | Parai | Mati | |
Dom | Budak lelaki | Ngirup | Minum | |
Indu | Budak perempuan | Nai | Kalian (org lebih muda) | |
Kitai | Awak semua | Sik | Tak | |
Mandik | Mandi | Kuie | Biskut | |
Nyamai | Sedap | Tinduk | Tidur | |
Bedau | Belum | Nurun | Turun | |
Mimit | Sikit | Ringat | Merajuk | |
Nganu | Marah | Sabung | Belinjau | |
Manuk | Ayam | Auk | Ya/Betul |
Another version by,
Aimi [Sarawak] | Zainab [Sarawak] | Fitriyyah [Sabah] | Mujahid [Sabah]
Semoga beroleh manfaat^^
nti sronok ar tgk blog nti.comel.kemas.tersusun.siyes!
ReplyDeleteisi post pon hmm sgtsgt best!
smoga Allah sentiasa trus menerapkan roh da'wah kat nti dan kita semua!
mabrouk esah melah :))