Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Doakan diri ini terus tsabat^^

28121433H
Assalamualaikum W.B.T.

Dalam era globalisasi ini, usia 18 amat signifikan dengan kalimah kebebasan. Dalam erti kata lain, bila sampai umur 18 tahun je, mereka menuntut hak kebebasan untuk melakukan itu dan ini. Ramai yang terikut dengan pemikiran barat lantaran media massa banyak dipelopori oleh mereka.

Teringat, ketika seorang sahabatku diajak oleh seorang senior untuk turut serta dalam MLM. Sahabatku tidak mahu terburu-buru membuat keputusan lalu memberi jawapan bahawa dia akan berbincang dahulu dengan ayahnya. Kenyataan yang dikeluarkannya disangkal oleh senior tersebut,
"Takkan dah besar pun nak tanya mak ayah. Patut boleh buat keputusan sendiri. Macam mana nak maju? Tengok dekat luar negara, 18 tahun dah bebas dah, macam-macam boleh buat."

Ya, tapi dia masih di bawah tanggungan mak ayah dia kan. Tak salah kan nak musyawarah. Bahkan Islam menganjurkannya. Agak terkilan dengar ucapan senior tersebut yang turut mengambil bidang agama.

Hakikatnya, kita sentiasa terikat dengan ikatan tauhid. Zaman sahabat dahulu, pemuda dilantik menjadi panglima perang. Kita? Apa sumbangan yang telah kita berikan untuk Islam?

Memang Islam itu akan bangkit walaupun tanpa kita yang menegakkannya, tapi rugilah kita yang tahu Islam akan menang tidak bekerja untuknya.

Ya Allah, jangan jadikan kami beban dalam gerabak da'wah ini, yang adanya hanya melambatkan pergerakan kereta api agamaMu ini. Tapi jangan kerana kelembapan kami bertatih di dalamnya KAU tapis dan turunkan kami dari gerabak ini ya Allah... T_T

* * * * *

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk terus bercucuk tanam di dunia milikNya. Bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam.

Satu lagi hari sudah berlalu, terbuku di sisi Allah. Satu lagi tahun. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Cantik Allah atur jalan hidup ini. Kita yang selalu tersalah langkah. Ya bersejarah. Jadikannya penanda, setiap hari jadi, wajib ada kemajuan. Itu permulaan baru. Tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Bersyukur ditarbiyyah oleh ibu bapa dari saat sebelum ku dilahirkan sehingga kini.
Imam Al-Ghazali pernah menyebut,
"Sesungguhnya jasa pendidik itu lebih besar berbanding jasa ibu bapa kerana ibu bapa adalah sebab kewujudan tetapi sekiranya tidak ditarbiyah, kewujudan itu hanya membawa kepada kesengsaraan."

Juga para murobbi di sekolah dan murobbi yang lain. Tidak lupa juga sahabat dan ahli keluarga yang sentiasa berusaha membimbingku selama ini.

Kadang-kadang rasa tak layak pun dapat hadiah birthday terutamanya dari parents. Namun, tak salah juga kalau nak bagi, *kenyit mata*. Kan ada hadith yang menyebut,
"Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai." (HR. Imam Al-Bukhari)

(Tapi bila dapat hadiah atau apa-apa pemberian dari orang, mesti akan ditenung pemberian tersebut. Berfikir, bermonolog sendirian. Akhirnya rasa 'mata ada habuk' :D )

* * * * *

Baru-baru ini, ketika sedang duduk di bilik. Dipanggil oleh ibu bapa ku dari arah luar. Keluar dengan muka puzzled. Kedua-duanya melihat ke arahku.
"Kenapa?"
"Memang muka cina lah. Ada sikit muka jawa."
"Ha? Apa ni?"
Alihkan pandangan ke arah tv.
"Memanglah muka macam cina, kan cicit cina."
"Tengok cerita cina ni ha, bandingkan muka diorang dengan muka kak S. S kan ada darah cina dan jawa (sebelah ayah)."


Masa cuti ni pernah seorang pakcik cina datang tanya, "Lama tak nampak u. Tingkatan berapa sekarang?"
-jawab-

Tak lama kemudian, seorang makcik cina (manager) datang, masa ni mak ayah ana dah ada bersama ana, "Amoi ni siapa?"
-Ayahku jawabkan-

Kemudian dia sambung, "Oh, anak u. Yang ni tak pernah jumpa kan. No wonderlah. I thought she's in primary school."

Ayah ana gelak je. Pakcik tadi pun sambung, "I ingat secondary school, u ingat primary school."

Mana taknya, adik-beradik yang lain semua tinggi-tinggi -_-"

*santai sekejap

Syukran kepada yang memberi ucapan dan mendoakan diri ini.

Yani-23:27
S, hepy bday. Awal sikit wish sebab takut ana tertidur. Ana doakan nti panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Harap persahabatan kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. Ukhuwwah fillah abadan abada.

Mardhiyyah-00:07
Sanah helwah!! Kullu 'am nti bikhair :)

Khadijah Husni-00:38
Semoga dengan pertambahan umur enti, bertambah juga cinta enti kepadaNya. Uhibbuki fillah!

Kak CT-00:19
Have a blessed birthday seniorita.

Khadijah-07:37
Assalamualaikum :D Selamat pagi, apa khabar? I want to wish, sanah helwah. Semoga dipermudahkan segala urusan terutama DnT nti. InsyaAllah B)

Mim-17:20
Happy bday kak S.

Robiatul-17:57
Sanah helwah nti.

Haziqah-20:34
Sanah helwah, dear.
May Allah bless you

Maksu-21:00
Selamat hari lahir.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Im-23:20
Sannah helwah! lambat sket, sorry... sibuk hari ni :P
nah, hadiah sket :)
#well, enjoy :)
Ni yang lambat wish :p (rasanya ada lagi):
14112012
Ulfah-03:01
salam kak S...happy belated besday!..sanah helwah!..smoge akk sntiasa dlm lndungan-NYA..smoge akk trus kuat!..=)...doakn ulfah trus tsabat dlm DnT..segan ngn smua akhawat..smua nye haybat!..ana jerk biasa..uhuk!.. T_T...

Maryam-15:06
Heee. bismillah. mungkin agak terlewat. tapi, ttp nk ckp:)
Sanah Helwah, ya jamilah! kullu 'am waanti bikhair.
Semoga dgn bertambahnya umur, bertambah amalan serta keyakinan pd Allah.
Semoga dirimu terus tsabat di atas jalan ini.
semoga setiap langkahmu diredhai serta diberkati Allah.
sungguh, nti insan terpilih untuk berada di atas jalan ini:)
ok. lme x borak2 bertepuk tampar kn ?:) have a nice day^^

Fan (akhi)-21:36
Kullu 'aam wa entum ilallahi aqrab. Moga hijrah kepada yang lebih baik menuju Allah. Nak berhijrah apa pulak tahun ni? Ghariib ni, 'aabir sabiil, sifatnya selalu berpindah randah, sebab sentiasa dalam perjalanan. Mana boleh state yang sama je sepanjang masa. Selagi bergelar ghariib atau 'aabir sabiil, always move on to a better state, the journey never ends while there's still life.

Bittaufiq wal hidayah deh.


15112012-16:02
Salam'alayk k.cik, sanah helwa. Asif jiddan lmbt wish! K.su ttukar, ingt harini, lupanya smalam2. May Allah bless n ease our journey as a muslim n a student^^


Akhir sekali, suka untuk ana ingatkan diri ana dan anda semua janji yang pernah kita ungkapkan di alam roh:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Q:7:172]

Doakanku terus tsabat atas jalanNya demi menggapai mardhatillah^^

"Wahai Tuhanku, demi yang Engkau kurniakan (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada yang bersalah. " [Q:28:16]

#Semakin dekat dengan kematian.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Jamie'ati

26121433H
Assalamualaikum W.B.T.

Terpanggil untuk menulis selepas membaca blog cik be'ah osem :D
Ini ditulis secara overall. 

Tamat sudah satu episod di U iaitu semester 1. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Rasa macam baru tajdid niat. Teringat, bila dibangkitkan semula di akhirat nanti, manusia minta dihidupkan semula di dunia kerana merasakan masa dan tempoh yang diberikan kepadanya untuk beramal hanya sekejap sangat.

*Sekarang bertambah label baru (tepi blog), jamie'ati dan hifz al-quran.

Terdapat 9 subjek yang perlu diambil untuk semester 1. Kami difahamkan pembelajaran kami adalah 90% dalam bahasa arab. Menarik~

Turut ditawarkan satu kursus elektif. Jika berminat perlu hadiri temu duga terlebih dahulu. Alhamdulillah lulus.

10 subjek yang dimaksudkan adalah:
  • Al-Qawaid Al-Arabiyyah
    -Lebih detail. Menarik. Bila faham qawaid, nampak indah bahasa al-Quran.
  • Al-Qiraah
    -Bukan qiraat, tapi qiraah iaitu pembacaan.
  • Al-Muhadathah I
    -Pertuturan yang merangkumi perbualan, lakonan dan perbincangan dalam BA.
  • Dakwah Islamiyyah
    -Sama macam yang dapat masa LKD, bezanya dalam BA dan lebih detail. Kitab yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Abu Fath Al-Bayanuni.
  • Mustalah Al-Hadis
    -Istilah-istilah hadith dan taraf sesuatu hadith.
  • Asas Teknologi Maklumat
    -Best time test lab.
  • Bahasa Arab Agama
    -Senang.
  • Bahasa Inggeris
    -Dirombak. Tak ikut kelas biasa. Gabung jabatan.
    -Suasana tersebut menyebabkan perwatakan diri ini agak berbeza dari kelas biasa. Agak aktif dalam kelas yang lain berbanding kelas ini. Bukan sebab tak minat BI. Susah nak kata.
  • Fiqh Ibadat
    -Guna kitab Feqh Manhaji, belajar bab Ibadah. Jabatan lain semua belajar dalam BM. Ustaz kami ajar dalam BA. Kena beli kitab Arab, 3 jilid. Tapi exam still dalam BM.
    -Dekat sekolah dulu pun belajar Feqh Manhaji dalam BM.
  • Hifz Al-Quran I (Kursus Elektif)
    -Sem ni kena habiskan 5 juzu'.

Enjoy belajar~

Berdasarkan pemerhatian, semester ini banyak ditekankan subjek BA. Kalau tak strong BA, macam mana nak faham alQuran atau Hadith.


Said Hawwa telah menulis dalam bukunya fi afaq taalim,
"Islam itu wajib difahami, ajaran Islam itu di dalam bahasa arab. Maka memahami bahasa arab itu menjadi wajib kepada seorang daei."

"...Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan." [Q:58:11]

Sebelum ini kurang berkesempatan untuk menulis di sini sepanjang berada di U. Lebih banyak menulis di laman sosial yang lain. Kalau nak letak semua status di sini, alamatnya penuhlah page ni. Status untuk 5 bulan bukan sedikit, untuk diri yang suka mencoret kata.

Sahabat satu sekolah, dari darjah 1 hingga tingkatan 5, yang sama-sama di bumi tarbiyah Al-Amin turut belajar di tempat yang sama. Walaupun tidak sekursus, tidak serumah atau sebilik, dipisahkan 4 blok, tetap terasa bahagia. Sebabnya? Kami BERSAMA BERBULATAN GEMBIRA.
*Panjang kisah pencarian usrah. Teringat perbualan dengan bonda (naqibah) dan akhawat yang belajar di Timur Tengah.

Pada pertengahan sem, ramai pelajar yang menarik diri untuk menghabiskan pembelajaran di situ kerana ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Pelajar se'course' ramai yang pergi ke timur tengah iaitu di Jordan.

Awal-awalnya ada juga yang kata,
"Kenapa ko baru nak pindah sekarang? Patutnya pindahlah awal-awal sebelum kita semua rapat. Barulah tak sedih sangat."

Last-last, dengan dia-dia sekali yang pindah.
"Amboi, hari tu pandai cakap kat orang lain. Tengok-tengok dia pun pergi juga, tinggalkan kita."
*Dia sengih je.

Dia minta ana dapatkan maklumat pasal Jordan dan tempat belajarnya nanti. Jadi, hubungi akhawat di sana. Perkenalkan dia. Settle.

Kemudian diorang yang lain ni duk tanya,
"Kenapa nti tak pergi belajar dekat sana juga?"
*Senyum, susah nak cakap.
"Hmm, ada banyak benda lagi yang nak diuruskan di sini."

Tersentak juga kot dengar sahabat sebatch ada yang dapat pergi ke sana.

Waktu yang paling terasa manisnya berada di sini adalah ketika bulan puasa. Tak ada kelas malam, boleh pergi surau atau masjid selalu. Selalu ada iftar jamaie. Seingat ana, pernah makan di cafe, 3 kali je. Minggu orientasi dikecualikan. Waktu berbuka puasa sama-sama di cafe pun, bukan makan sangat. Last-last bungkus semula makanan tu senyap-senyap. Bawa balik bilik, ajak kawan makan sekali lepas terawih. Moreh ;)

Pada hari Rabu terakhir sebelum study week, kami difahamkan bahawa terdapat 4 jabatan yang perlu mengikuti Kem Integriti pada hujung minggu. Hari tersebut agak tak stabil pemikiran lantaran dipaksa mendengar sesuatu yang tidak ingin ana dengari. Ditambah pula kepala memikirkan hari esok, perlu menghadapi 2 kuiz. Mencari hikmah~

Tersedar. Bukankah seorang da'ie perlu sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan? Usah cepat melatah dengan sesuatu yang datang mengejut. Cuba nikmati apa yang Allah beri kepada kita. Kadangkala perkara yang kita tidak suka itu baik untuk kita. Bukankah Allah sebaik-baik perancang? Ya, Allah ingin mengujiku.

Akur. Cuba menikmati kem yang dihadiri. Ternyata tidak seperti apa yang disangka. Banyak didikan yang Allah beri melalui program ini.

Pada musim peperiksaan juga terasa manis. Setiap malam, akan datang ke bilik seorang sahabat ('saingan'ku) dan belajar bersama. Tak akan pulang selagi tidak habis study. Pergi dewan peperiksaan bersama. Lately agak rapat dengannya, ditambah pula dia anak jati Terengganu. Memang cakap Terengganu lah.

Sampai satu tahap, ada seorang sahabat menegur,
"Perasan tak kadang-kadang S cakap macam kak Mai (lecturer Vietnam) cakap."
"Ha?! Macam mana?"
"Takdelah, cakap sepatah-sepatah."
Fikir. Agaknya sebab cuba cari kamus bahasa standard kot dalam kepala ni. Yalah, dia dari Pahang.

Manis terasa ukhuwwah sesama sahabat. Mencipta memori bersama agar terpahat dan tersemat dalam hati dan ingatan. Jom bersama perbaiki diri mencari mardhatillah, berpimpin tangan menuju syurgaNya. Ameen.

Ehem. Batch 7, Al-Aminians dan MUSLEHians? (pun boleh) tetap di hati. Mana boleh lupa segala kenangan manis, pahit sepanjang ditarbiyyah.^^

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." [Q:43:67]
...sebab itulah sahabat yang benar sayangkan sahabatnya, sentiasa telus menasihati.


#Kalau ikutkan banyak perkara yang ingin dikongsikan. Mungkin pada post yang lain. Mungkin. InsyaAllah jika mempunyai kesempatan.
#Ha, kan dah letak banyak link.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Maratib Amal

00091433H
Assalamualaikum W.B.T.

Meneliti Seerah Rasulullah saw, kita jelas mendapati jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra seperti yang diatur oleh Allah swt. Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya.

Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri.

Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah. Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam. Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal (7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt.

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31). Kepada mereka yang mencintai Allah dan berazam menuju kepadanya Seerah RasulNya itulah jalan menuju kepadaNya. Berusaha dan beramallah melalui Jalan dan fasa-fasa di bawah :

TAJUK-TAJUK RUKUN AMAL 7

1. Peribadi Islam

2. Keluarga Islam

3. Masyarakat Islam

4. Kerajaan Islam

5. Negara Islam

6. Khilafah Islam

7. Memimpin Alam

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

My lil brother

22121433H
Assalamualaikum W.B.T.

Genap 20 hari dia menetap di sana. Pada 18 September yang lalu, kami berulang alik ke KLIA atas beberapa urusan. Sarah ikut program pertukaran pelajar ke Indonesia. Bertolak ke sana seawal jam 7:00 pagi dan tiba lebih awal daripada mereka yang menaiki bas.

Sementara menunggu, Ibrahim ajak pergi ke kereta untuk mengambil kamera. "Im nak bergambar dengan muallim muallimah yang datang nanti." Akur. Sampai dekat lif, tak ingat pula kereta dekat tingkat berapa. Main agak je :D

Setibanya mereka di airport, semua beratur untuk check-in. Jumpa ustaz Azman dan muallim Nadhir. Tapi ustaz Azman tak pergi pun.

Muallimah, dua-dua yang pergi merupakan guru baru. Tak tahulah muallimah ingat lagi tak aku ni.
"Assalamualaikum muallimah. Ingat ana tak?"
"Waalaikumussalam. Jap-jap. Awak form 5 tahun lepas kan. Nama apa ni..jap-jap nak ingat."
"S."
"Ha, baru ingat. Awak buat apa dekat sini? Saje datang ke?"
"Ni ikut hantar dioranglah."
"Diorang?"
"Sarah n Ibrahim."

Ibrahim duk bergambar dengan muallim, jumpa muallimah dan kawan-kawannya.
"Biar muallimah bergambar dengan kakak awak je lah."

Malam harinya, datang kembali ke KLIA. Ada 4 orang yang akan berangkat ke Jordan. Hasan, Ibrahim, Alya (pelajar Hidayah JB, sama umur dengan Ibrahim) dan ditemani oleh pakcik Husni. Best, diorang bertiga pergi belajar bahasa arab selama 3 bulan di sana.

Ayah ana memang wajibkan anak-anaknya belajar bahasa arab. Sentiasa ingat wasiat ke-3 asy-Syahid Imam Hassan al-Banna.

Masa nak menghantar dia, ramai budak-budak dekat situ. Adik-adik Alya dan sepupunya kalau tak salah. Semua 'lekat' dekat Ibrahim.


Nama sangat mempengaruhi sifat seseorang. Nabi Ibrahim pun sifatnya yang lurus dan dikelilingi kanak-kanak di Syurga.

Sekarang, kalau balik kampung, dia dah tak ada untuk layan/main dengan budak-budak kecil. Balik kampung pun, budak-budak duk tarik tangan ajak main. Habis semua mainan depa angkut naik atas.

*terlari topik

Pernah tanya dia,
"Awak tak sedih ke nak pergi ni?"
"Kak S rasa?"
"Tinggal saya sorang je lah nanti. Sarah pun tak ada." Ceh, ayat.
"Apa yang kak S rasa tiap-tiap kali kak S balik U?"

Biasa sebelum nak bertolak balik U, yelah, akan salam semua orang. Biasanya diorang tak ikut sebab keesokan harinya diorang sekolah. Situasi bila bersalam dengan dia,
"Ha, ala, kak S nak balik dah?" *sambil buat muka 'sedih'.

'Awak tak cakap pun, saya tahu hati awak.' Rasa nak je cakap macam tu.

Pernah juga tanya mak ana,
"Sedih tak?"
"Huh, kak S tak tahu. Hati seorang ibu, sanggup berkorban untuk anak-anak."
"Berkorban?"
"Berjauhan dengan anak asalkan diorang dapat ilmu."

Baru-baru ni dengar mak ana cakap, "Kak S, rindu lah pulak bila masuk bilik ni (bilik Im n Fan). Nampak baju je, orangnya semua dekat Jordan."

Apa-apa pun, semoga segala urusan di sana dipermudahkanNya. Sekiranya kita belajar ikhlas keranaNya, insyaAllah akan menyebabkan kita semakin dekat dengan Allah. Belajar molek^^

Every knowledge is meant to be learnt. Whether it's a happy moment or not, it's depend on you.

Teruskan dakwah dan tarbiyyah~

Ps. Dalam belajar, perlukan pengorbanan.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: November 2012
Design by a.a.ghariib