Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Sedih?

03121431H
Assalamualaikum. Post ini sekadar ingin meluahkan kekesalan apabila ada pihak yang mereka cerita atau menyebarkan cerita yang tidak benar mengapa abangku tidak berjaya mendapatkan biasiswa. Tak perlulah sampai menyebut butir peribadinya. (nama, dari mana dll) Sungguh pun dia tiada di sini, bersama-sama si 'penyebar fakta'.

Ana pun jarang cerita tentang perkara ini pada orang lain melainkan yang agak rapat dengan diri ini kerana terlalu panjang kisahnya dan begitu rumit. Teringat aku pada ibu bapaku yang terkejar-kejar ke sana ke mari untuk menguruskan hal tersebut. Bukan salah abangku, dia tidak berjaya mendapatkan biasiswa. Tetapi ada kisah lain yang tidak disebut oleh pihak tersebut.

Dia sudah selamat belajar di sana atas tanggungan ayahku sendiri. Tidak usahlah menyebut-nyebut kembali tentang hal itu. Bercakap seolah-olah merendah-rendahkan abangku. Kami sudah cukup bersyukur kerana kami telah melihat hikmah di sebalik semua itu. Allah sudah merancang segala-galanya. Dialah sebaik-baik perancang. Inilah yang terbaik untuk abangku.

Ku tidak sanggup dia diperkatakan begitu. Dialah satu-satu abangku yang mengajarku sejak kecil. Ku pernah bertanya kepadanya, apa perasaannya apabila diburuk-burukkan atau diperkatakan yang tidak elok padanya. (Kerana seringkali juga mendengar suara-suara sumbang yang mengata di belakangnya) Katanya, hanya mampu tersenyum, biarlah apa yang orang lain mahu kata, semoga diberi hidayah oleh Allah. Kalau kita bersabar, kita dapat pahala.

Hanya meluahkan apa yang terpendam dalam diri ini selama ini.

Maaf sekiranya terkasar bahasa.

Aku hanyalah insan biasa, yang dhaif.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^
Design by a.a.ghariib