Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

4N~Nasaie Night Never Niggle II

Genaplah seminggu, program 4N II ini telah berlangsung. Objektifnya adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru, muhasabah diri dan beribadah.

9 Ogos 2010, Isnin
Program ini bermula pada petang harinya. Pada jam 2.10 petang, yakni waktu permainan, kami bermain bersama guru. Banin bermain bersama muallim. Banat main beberapa acara sukaneka bersama muallimah. Sementara menunggu muallimah-muallimah lain turun, kami main 'pepsi cola' bersama Muallimah Ain. Setelah semua muallimah turun, kecuali muallimah Syu; ada kelas, muallimah Zuliana dan muallimah Fatimah; tak datang sekolah sebab periksa, kami bermain lontaran kasih, kaki tiga dan pecahkan belon guna badan.

Lontaran kasih itu, satu group, 3 orang, 2 pelajar dan seorang muallimah. Muallimah diri dekat tengah. Kemudian baling belon yang diisi dengan air. Habis satu pusingan, setiap pelajar kena berundur selangkah dan makin lama makin jauh. Auni baling belon ke muallimah Hayati, kemudian pecah. Muallimah pun jerit dekat situ, hehehe "Habislah, baju muallimah basah!!!" Kalau tak salah ana, muallimah Rosmawati menang. Kaki tiga, main berpasangan, ikat kaki. Pemenangnya, muallimah Zikhaini dan Iera, kedua, muallimah An dan Aqilah.

Pecahkan belon guna badan adalah permainan bonus. Pun berpasangan. Masa yang diberi untuk meniup belon hanyalah beberapa saat sahaja. Kemudian pecahkan belon yang telah ditiup dengan menggunakan belakang badan. Pemenangnya, muallimah Rosmawati dan Auni, kedua, muallimah Ain dan Haziqah dan ketiga, muallimah Ainon bersama Hazirah. Kemudian, kami sediakan air oren sejuk untuk muallimah-muallimah dan naik ke kelas, belajar add math.

Selepas solat Asar, kami bergegas bersiap untuk ke pantai. Di pantai, slot kali ini diisi oleh Akh Munzir. Kami disuruh menulis di atas sehelai kertas A4 berkenaan kelebihan dan kelemahan diri masing-masing. Kemudian, kami diberi beberapa situasi tentang kelakuan anak murid kita seandainya kita merupakan seorang murabbi, pendidik. Dan kami perlu menulis pada setiap situasi tersebut, apa perasaan kita sebagai seorang guru apabila diperlakukan sebegitu dan apa tindakan kita. Sesiapa yang berkongsi tentang perasaan dan tindakan mereka terhadap pelajar tersebut akan mendapat kuih. Macam-macam jawapan. Guru prihatin, berbaik sangka (mata juling), surat ANA JANJI dll.^^ Balik sekolah agak lewat daripada masa sebenar.

Sampai sekolah, terus makan malam. Muallimah An dan Kak Afifah masuk kumpulan ana. Selagi semua tak sudah makan, tak boleh bangun (peraturan muallimah An). Cakap pasal MPP. Solat Maghrib dan bergegas ke bilik kuliah sebab diorang kata ustaz dah datang. Masuk-masuk dalam bilik kuliah, ustaz tak ada lagi, banin pun tak ada lagi. Majoriti banat tak sempat mandi lagi. Disebabkan kepanasan, ada banat yang mencadangkan untuk duduk di bahagian yang biasa diduduki oleh banin sebab dekat dengan air-cond. Tapi, ana dan kumpulan usrah ana membantah sebab dah pernah merasa duduk di sebelah sana.

Marsha: Syaza, jom pasang microphone.
Ana: Jom.

Sememangnya kami berdua suka pasang memasang benda-benda seperti ini. Kali ini, Mardhiyyah pun ikut pasang. Banin pun masuk setelah ustaz masuk. Kuliah pada kali ini membincangkan tentang Ramadhan. Seusai kuliah ini, banat bergegas kendiri. Solat Isya'.

Slot seterusnya ialah Kami Sayang Murabbi yang turut diadakan di bilik kuliah. Mendengar luahan-luahan hati seorang guru dan harapan mereka kepada kami. Muallimah An menegaskan bahawa kita semua adalah sebuah keluarga. Kemudian, ada sedikit jamuan ringan untuk muallim dan muallimah.

M.An: Mus'ab, pergi iring guru-guru makan dekat bawah.
M.Nazmi: Mus'ab, suruh mak masak nasi.
M.Ainon: Ha, tu bapak.
M.An: Saya mementingkan kesempurnaan.

Slot berikutnya adalah One Drop. Slot ini merupakan slot muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah, Rasulullah, Ibu Bapa dan Murabbi. Dan program ini dikendalikan oleh 4 orang alumni. Kami juga dikehendaki menulis dosa-dosa kami, melukis titik-titik hitam pada 'hati' yang diberikan bagi setiap dosa, membakar lilin di atas tapak tangan dan yang paling penting, berdoa memohon keampunan dariNya. Akhirnya kami tidur dalam pukul 2:00 pagi. Cadangnya, nak bangun qiam pukul 4:30 pagi.

10 Ogos 2010, Selasa
Kringgg!!!!! Dah pukul 5:30 pagilah! Cepat-cepat bersiap, sempat lagi qiam beberapa minit. Subuh dan mathurat. Makanan pun sampai, bayar dan pergi buat air teh sekejap dengan Fatimah dan Izyan. Perhimpunan pagi ini kena jumpa dengan guru-guru dan minta maaf.

Skripnya begini :
"Ana sayang muallim/ah. Redhakan ilmu yang muallim/ah beri."

Sampai dekat muallim, 'Nak sebut sayang ke? Hentam sajalah.' Dekat ustaz Khair, ok je, ustaz angguk saja.

M.Nazmi: Huh, sayang?
Ana: Sebagai muallim. Jangan salah faham pulak.
M.Irfan: Jangan salah faham?
Ana: Dahlah.
Ust.Khair: (datang kat ana) Eh, nti panggil ni apa? (tunjuk ke arah abang ana).
Ana: Muallimlah. (misi dah habis)
M.Nazmi: Eh, maaflah gurau2 tu.
Ana: ^^.

Kemudian, ada sesi penyampaian hadiah untuk muallimah-muallimah yang telah memenangi permainan semalam. Dan cenderahati untuk semua guru.

M.Hayati: Guru yang basah tak dapat hadiah ke? cedera hati.
Kami: ^^

Akhir sekali, ada sesi bergambar di pentas seperti biasa. Seragam. Baju hijau belaka, KRS kan hari ini.

Petang harinya, waktu KRS, kena buat BaSeD. "Lah, BaSeD? Tadi kata kawat." Semua pakai seluar nombor 4 pula tu. Hmm, takpe lah.

Ana: Arahan kepada kumpulan...puan ke muallimah?
M.Rosma: Puan.
Ana: Arahan kepada kumpulan Puan Rosmawati sahaja...
M.Rosma: Puan Leftenan Muda.
Ana: Arahan kepada kumpulan Puan Leftenan Muda Rosmawati sahaja.....

Ulang balik asas pergerakan BaSeD level 2. Macam-macam gaya. Inilah kesan kalau BaSeD jarang dibuat. BaSeD adalah perkara utama dalam KRS Musleh. Kawat adalah perkara utama dalam KRS Malaysia. Kemudian, buat pattern level 1 dan 2. Siapa yang tahu level 2 tu, buatlah. Siapa yang tak tahu, bolehlah ikut sahaja buat masa ini sebab kesuntukan masa. Muallimah Rosmawati pun turut serta. Muallimah asyik tersenyum melihat telatah kami.^^ Kumpulan kami memang BEST bila buat BaSeD.

Akhir sekali, muallimah An datang. Suruh diorang ketuk ketampi 10 kali (Eden tak kena sebab duduk depan). Tapi nombor 9 dia punyalah banyak. Haziqah dah debar, takut kena tinggal bas. Tapi semua nampak happy. Bersurai.



Luahan pemimpin2 KRS.

"Sekolah kita dah tak ada kumpulan BaSeD dah kan! Dulu kalau ada apa-apa function, mesti kumpulan BaSeD buat persembahan. Tapi bila dah tak menang hari tu, terus tak ada kumpulan BaSeD."
"Macam manalah ya pelapis-pelapis KRS yang akan datang?"
"Macam manalah diorang ni, bila nak beratur mesti tak bersedia. Bila dapat arahan masih bergerak-gerak lagi. Dah panggil masuk baris, baru nak pakai beret, tergoyang-goyang lagi. Bilalah nak berubah. Kesannya masa nak naik pangkat atau ikut program-program KRS, pun buat perangai macam ni."

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-14-ramadhan-1431h-

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: 4N~Nasaie Night Never Niggle II
Design by a.a.ghariib